Friday, November 5, 2010

muktamar baghdad

                                                                    
KITAB MUKTAMAR
ULAMA’ BAGHDAD

Dialog Abad Ke-5 Hijrah
MUQAATIL BIN  ‘ATIYYAH  BIN MUQAATIL AL-BAKRI






                                    
                                         

          
                         

                       5

                        ¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤


Diterjemahkan dari buku aslinya Kitab Muktamar Ulama‘ Baghdad Karya Muqaatil bin ‘Atiyyah bin Muqaatil al-Bakri
                                                                  
                                            Cetakan Bahasa Arab: Qum, 1399 H
                             ____________________________________________
                                         Dr. Ibrahim A. Hassan
                              ____________________________________________
                                  Hak terjemahan dilindungi undang-undang
                                                                        All rights reserved
                           _____________________________________________
                                                    Cetakan Ketiga: Oktober, 1994
                           _____________________________________________
                                     




                        
                           _____________________________________________
                                                                       Edisi Bahasa Arab
      Kitab Muktamar Ulama’ Baghdad,  cetakan ke 3, Qum, 1399 H
                                                                 
                  ___________________________________________________                                        
                                                                                                                   
       Edisi Bahasa Melayu

                                              Copyright @ Dr. Ibrahim A. Hassan














                                   
                                            
PRAKATA

Bismillahir Rahmanir Rahim


       Al-Hamdulillahi Rabbi l-‘Alamin. Selawat dan salam kepada Muhammad dan keluarganya yang suci serta para sahabat yang terpilih. Adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya  Kitab Muktamar Ulama‘ Baghdad adalah tulisan Thiqat al-Jalil Abi al-Hijaa’ Syibl al-Daulat Muqaatil bin ‘Atiyyah bin Muqaatil al-Bakri.  Beliau adalah di kalangan mereka yang telah menghadiri muktamar  antara Ahl al-Sunnah dan Syi‘ah di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad pada bulan Sya‘ban  (sebelum 12 haribulan Ramadan, 485 hijrah). Iaitu tarikh kematian Nizam al-Mulk. Kemungkinan muktamar ini telah diadakan pada bulan Sya‘ban di tahun yang sama; iaitu 485 hijrah.
       Muktamar ini adalah dibawah naungan Sultan Malik Syah Saljuqi dan diselenggarakan oleh wazirnya bernama Khawajah Nizam al-Mulk Abi al-Hasan al-Khurasaani. Kitab Muktamar Ulama‘ Baghdad ini dicetak oleh Hujjatul Islam Sayyid Hidayatullah al-Mustarhami al-Isfahani al-Jarquuni di Qum pada tahun 1399 H (cetakan ke 3/4). Manuskrip buku ini telah didapati di Maktabah Raja Mahmud Abad pada tahun 1300H dengan khat penulis: Muqaatil bin ‘Atiyyah yang asalnya bermazhab Hanafi, kemudian bertukar kepada mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas.
       Buku ini telah diberi kata pengantar oleh Ayatullah al-‘Uzma Abi al-Mu‘aali al-Sayyid Syihab al-Din al-Husaini al-Mar‘asyi al-Najafi. Antaranya beliau berkata: “Sekiranya Ahl al-Sunnah membacanya dengan insaf, nescaya mereka akan dapat manfaatnya”.
       Akhirnya beliau berkata:
       “Aku berharap daripada saudara-saudaraku di kalangan Syi‘ah keluarga Rasul s.a.w membacanya dan mengambil pencerahan daripada cahaya-cahayanya, mudah-mudahan Allah menjaga mereka daripada setiap penyakit, memberi taufik kepada mereka bagi mendapatkan ilmu agama dan hukum syarak”
       Muqaatil berkata: “Sesungguhnya aku telah menghadiri muktamar dan dialog di Baghdad. Aku telah menulis setiap apa yang berlaku di muktamar itu, tetapi aku membuang apa yang tidak perlu dan sekarang aku mengemukakan [kepada anda] apa yang telah berlaku di muktamar itu di dalam buku ini.
       Muktamar tersebut berlangsung selama tiga hari, diwakili oleh sepuluh orang ulama Ahl al-Sunnah dan sepuluh orang  ulama Syi‘ah yang pakar di dalam sejarah, hadis, tafsir dan debat. Nizam al-Mulk sebagai pengerusi muktamar. Ia telah berjalan mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui bersama oleh Ahl al-Sunnah dan Syi‘ah, dihadiri oleh Malik Syah, ketua-ketua tentera, para ulama dan lain-lain selama tiga hari berturut-turut.
       Muktamar ini diadakan atas desakan Malik Syah yang tidak berpuas hati dengan seorang ulama sunni yang mengkafirkan seorang ulama Syi‘ah bernama al-Husain bin Ali al-‘Alawi, kerana baginya Sunnah dan Syi‘ah adalah muslimun. Beliau adalah seorang yang mempunyai fikiran terbuka dan ingin mengetahui kebenaran. Di samping itu, beliau menghabiskan masanya dengan permainan dan perburuan.
       Di akhir muktamar, selepas berdialog, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Syi‘ah dengan meninggalkan mazhab moyangnya Ahl al-Sunnah (Hanafi). Kerana beliau yakin bahawa kebenaran adalah di pihak Syi‘ah.
       Pada muktamar yang sama, Nizam al-Mulk (bapa mentua penulis) mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Syi‘ah, kerana kekuatan hujah dan dalil Syi‘ah. Kemudian diikuti pula oleh para hadirin yang lain. Meskipun begitu, terdapat para ulama yang masih kekal dengan mazhab Ahl al-Sunnah kerana mengikuti moyang mereka yang terdahulu. Malik Syah dan Nizam al-Mulk yang berfikiran terbuka tidak memaksa mereka supaya mengikuti mazhab Syi‘ah, kerana ia terserah kepada kehendak mereka.
       Disebabkan kefanatikan dan kedengkian, golongan Ahl al-Sunnah telah merancang untuk membunuh mereka berdua, kerana mereka berdua, mengikut pandangan Ahl al-Sunnah, menjadi sebahagian faktor berlakunya pertukaran mazhab beramai-ramai daripada mazhab Ahl al-Sunnah kepada mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas di Baghdad.      
       Akhirnya mereka telah berjaya membunuh Nizam al-Mulk pada 12 haribulan Ramadan 485 hijrah. Kemungkinan beberapa minggu selepas diadakan muktamar di Madrasah Nizamiyyah. Kemudian mereka membunuh pula Malik Syah Saljuqi. Mereka berdua telah dibunuh pada jalan Allah, kerana mengikuti kebenaran mazhab Syi‘ah, mazhab Ahl al-Bait Rasulullah s.a.w. Semoga Roh mereka diberkati Allah. Terjemahan buku ini adalah khusus untuk mereka yang berpegang kepada mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas atau mazhab Ja‘fari SAHAJA.
     
Penterjemah:
Dr. Ibrahim A. Hassan
18 hb. Oktober, 1994.


  


KANDUNGAN

PRAKATA   3

BAHAGIAN PERTAMA   9

Pendahuluan, Latar Belakang Malik Syah Dan Nizam al-Mulk, Sebab Yang Mencetuskan Dialog,  Dialog Raja Dengan Wazirnya Tentang Syi‘ah, Cadangan Bagi Mengadakan Dialog Antara Sunnah Dan Syi‘ah, Demi Kebenaran, Syarat-Syarat Dialog Dan Lain-Lain. 

Pendahuluan   9
Latar belakang Malik Syah dan Nizam al-Mulk   9
Sebab yang mencetuskan dialog   10
Dialog raja dengan wazirnya tentang Syi‘ah   10
Cadangan bagi mengadakan dialog antara Sunnah dan Syi‘ah   11
Keengganan Nizam al-Mulk untuk mengadakan dialog   11
Desakan raja Malik Syah supaya diadakan dialog   11
Demi kebenaran   11
Penawar dan penyelesaiannya   12
Kekhuatiran Nizam al-Mulik untuk mengadakan muktamar   12
Persedian dialog hanya lima belas hari   13
Syarat-syarat dialog   13
Pembukaan muktamar   13
Dialog tentang sahabat   14
Wazir mahu campur tangan   14
Al-‘Abbasi cuba  mendapat Sokongan Raja   15
Rasul Mencaci Abu Bakr dan Umar   15
Raja meminta penjelasan   16
Raja meminta pertukaran tajuk   16
Al-Qur’an   16
Raja meminta penjelasan   17

BAHAGIAN KEDUA   18

Khalifah, Raja Meminta Penjelasan, Mengikuti Mereka Terdahulu, Khalifah Rasulullah, Penyelewengan al-Qur’an, Raja Meminta Pertukaran Tajuk, Sifat Tuhan, Muhkamah Dan Mutasyaabihah  Dan Lain-Lain.
     
Khalifah   18                                  
Raja meminta penjelasan   19
Mengikuti mereka terdahulu   19
Khalifah Rasulullah   19
Raja meminta penjelasan   20
Raja meminta pertukaran tajuk   20
Penyelewengan al-Qur’an   20
Raja meminta pertukaran tajuk   21
Sifat Tuhan   22
Raja meminta penjelasan   22
Muhkamah dan mutasyaabihah   23
Raja meminta pertukaran tajuk   24
Penyelewengan dan kebatilan Ahl al-Sunnah   24
Raja meminta penjelasan   25
Rasulullah s.a.w syak pada kenabiannya   25
Raja meminta penjelas
Mencaci Rasulullah s.a.w   25
Raja mencelah   26
Khurafat-khurafat Ahl al-Sunnah   26
Raja meminta pertukaran tajuk   27
Mengaitkan perkara yang tidak layak   27
Raja mencelah   28
Raja meminta pertukaran tajuk   28
Syi‘ah mengingkari iman mereka bertiga   29

BAHAGIAN KETIGA   32

Dalil Tidak Berimannya Abu Bakr, Raja Mencelah, Dalil Tidak Berimannya Umar, Raja Meminta Penjelasan, Al-‘Abbasi Cuba Menghalang Raja Dari Menukar Mazhab, Saat-Saat Kesusahan Menimpa Al-‘Abbasi, Raja Meminta Penjelasan Dan Lain-Lain.

Dalil tidak berimannya Abu Bakr   32
Raja mencelah   32
Dalil tidak berimannya Umar   33
Raja meminta penjelasan   33
Al-‘Abbasi cuba menghalang raja dari menukar mazhab   34
Saat-saat kesusahan menimpa al-‘Abbasi   34
Dalil tidak berimannya Uthman   34
Raja meminta penjelasan   35
Menjadi khalifah dengan wasiat Umar   35
Hadis sepuluh orang dijamin syurga adalah palsu   36
Raja meminta penjelasan   37
Apakah syaitan memaafkan orang yang bercakap benar?   37
Al-‘Alawi bersedia untuk membawa kitab-kitab rujukan    37
Raja meminta penjelasan   38
Mencaci sahabat   38
Kata-kata semua sahabat adil satu pembohongan   38
Bagaimana kaum muslimin mengambil mereka sebagai khalifah dan mengikuti mereka   38
Raja meminta pertukaran tajuk   39
Kesamaran Ahl al-Sunnah   39
Syi‘ah mengikuti khalifah Rasulullah s.a.w   40
Sebab Ali a.s tidak layak menjadi khalifah   40
Orang ramai adalah lebih alim daripada Allah dan Rasul?   40

BAHAGIAN KEEMPAT   42

Kelayakan Ali A.S Menjadi Khalifah, Raja Meminta Penjelasan,
Penentangan Umar Terhadap Rasulullah S.A.W, Raja Meminta Penjelasan, Raja Mencelah, Raja Tertarik Tentang Mut‘ah, Raja Meminta Hadirin Turut Berdialog Dan Lain-Lain.

Kelayakan Ali a.s menjadi khalifah   42
Raja meminta penjelasan   43
Penentangan Umar terhadap Rasulullah s.a.w   44
Raja meminta penjelasan   46
Raja mencelah   46
Raja tertarik tentang mut‘ah   47
Raja meminta para hadirin turut berdialog   48
Raja meminta pertukaran tajuk   48
Pembukaan Umar   48
Raja memarahi pembukaan Umar dan seumpamanya   49
Raja meminta al-‘Abbasi menjawab   49
Ikutilah khalifah Rasulullah s.a.w yang sah   49
Pembukaan Ali bin Abu Talib   50
Sebab-sebab kebencian kepada Abu Bakr   50
Raja meminta penjelasan   50
Jenayah Khalid bin al-Walid dan zinanya   51
Umar mahu membunuh Khalid, Abu Bakr menegahnya   51
Raja meminta penjelasan   52

BAHAGIAN KELIMA   53

Ahl Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu Talib?, Abu Talib Seorang Mukmin, Raja Meminta Penjelasan, Al-‘Abbasi Mengakui Abu Bakr Telah Bersalah, Raja Menjadi Hairan, Abu Bakr Dan Umar Merampas Fadak Daripada Fatimah, Kebenaran Bersama Syi‘ah Dan Lain-Lain.

Ahl al-Sunnah merupa musuh-musuh Ali bin Abu Talib?   53
Abu Talib seorang mukmin   53
Raja meminta penjelasan   54
Perasaan dengki Ahl al-Sunnah terhadap Ali bin Abu Talib a.s   54
Raja meminta penjelasan   54
Al-‘Abbasi mengakui Abu Bakr telah bersalah   55
Raja mencelah   55
Raja meminta penjelasan   56
Fatimah a.s memarahi Abu Bakr dan Umar   56
Raja meminta penjelasan   56
Raja menjadi hairan   57
Abu Bakr dan Umar merampas Fadak daripada Fatimah a.s   57
Raja mencelah   57
Rasul s.a.w melantik khalifah-khalifah selepasnya   58
Raja meminta penjelasan   58
Nama-nama Imam Dua Belas   58
Raja meminta penjelasan   59
Bagaimana manusia boleh kekal dalam masa yang begitu panjang?   59
Raja meminta penjelasan   59
Al-‘Abbasi khuatir orang awam cenderung kepada Syi‘ah   59
Raja meminta penjelasan   61
Para imam mazhab empat   61
Mazhab Ja‘fari   61
Mati sebagai seorang jahiliyah   62
Raja meminta penjelasan   62
Kebenaran bersama Syi‘ah   63
Raja mengisytiharkan diri sebagai seorang Syi‘ah   63
Wazir mengisytiharkan diri sebagai seorang Syi‘ah   64
Sebahagian mereka kekal di atas mazhab mereka   64
Rancangan jahat   64
Kematian Nizam al-Mulk dan Malik Syah Saljuqi   64
Sebuah qasidah   65
Aku menghadiri muktamar dan dan menulis buku ini  65
Bibliografi   66
Indeks   68





                              
                               


   





BAHAGIAN PERTAMA

Bismillahir Rahmanir Rahim


Pendahuluan, Latar Belakang Malik Syah Dan Nizam al-Mulk, Sebab Yang Mencetuskan Dialog,  Dialog Raja Dengan Wazirnya Tentang Syi‘ah, Cadangan Bagi Mengadakan Dialog Antara Sunnah Dan Syi‘ah, Demi Kebenaran, Syarat-Syarat Dialog Dan Lain-Lain. 

Pendahuluan

       Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Muhammad yang berbangsa Arab diutuskan sebagai rahmat kepada semesta alam dan keluarganya yang suci serta para sahabatnya yang setia.

       Wa ba‘du, dan selepas itu, maka ini adalah Kitab Muktamar Ulama’ Baghdad sebagai hasil dialog di antara Sunnah dan Syi‘ah yang telah dianjurkan oleh raja yang disegani Malik Syah Saljuqi di bawah penyeliaan seorang alim yang juga disegani wazir Nizam al-Mulk.

Latar Belakang Malik Syah Dan Nizam al-Mulk
      
       Sesungguhnya Malik Syah bukanlah seorang yang fanatik buta, mengikut bapa-bapa dan moyang-moyangnya dengan perasaan asabiah buta. Malah beliau adalah seorang pemuda yang mempunyai minda terbuka, cintakan ilmu dan para ulama. Pada masa yang sama beliau leka dengan permainan dan perburuan.
        Wazirnya Nizam al-Mulk adalah seorang lelaki yang bijaksana dan zuhud, mempunyai kemahuan yang kuat, mencintai kebaikan dan ahlinya. Sentiasa ingin mengetahui hakikat sesuatu perkara. Beliau amat mencintai keluarga Rasulullah s.a.w. Beliaulah yang telah mengasaskan Madrasah Nizamiyyah di Baghdad. Beliau telah memberi gaji bulanan kepada ahli ilmu. Dan  beliau mengasihani golongan fakir dan miskin.



Sebab Yang Mencetuskan Dialog
      
       Pada suatu hari seorang alim yang masyhur bernama al-Husain bin Ali al-‘Alawi, seorang pemuka ulama Syi‘ah telah datang kepada Malik Syah. Manakala beliau keluar dari sisi Malik Syah, seorang di kalangan  hadirin telah memperolok-olokkannya dan menjeling kepadanya, maka Malik Syah berkata: Kenapa anda telah memperolok-olokkannya? Lelaki itu berkata: Tidakkah anda mengetahui, wahai raja, bahawa dia adalah di kalangan golongan kafir di mana Allah telah memurkai dan melaknati mereka? Raja berkata di dalam keadaan hairan, kenapa? Tidakkah dia seorang muslim?
       Lelaki itu berkata: Tidak, dia adalah seorang Syi‘ah!
Raja berkata: Apakah pengertian Syi‘ah? Tidakkah Syi‘ah satu golongan daripada golongan muslimin?
Lelaki itu berkata: Tidak, sesungguhnya mereka tidak mengakui khilafah Abu Bakr, Umar dan Uthman.
       Raja berkata: Adakah di sana orang Islam yang tidak mengakui kepimpinan mereka bertiga?
       Lelaki itu berkata: Ya, mereka itu adalah Syi‘ah.
       Raja berkata: Jika mereka tidak mengakui kepimpinan para sahabat tersebut, kenapa orang ramai menamakan mereka muslimin?
       Lelaki itu berkata: Justeru itu, aku telah berkata kepada anda bahawa sesungguhnya mereka adalah kafir…, maka raja berfikir dengan serius, kemudian berkata: Wazir Nizam al-Mulk mesti datang bagi menjelaskan hal ini.

Dialog Raja Dengan Wazirnya Tentang Syi‘ah
      
       Raja telah memerintahkan Nizam al-Mulik supaya datang kepadanya dan bertanya kepadanya tentang Syi‘ah: Adakah mereka muslimun?
       Nizam al-Mulk berkata: Ahl al-Sunnah berselisih pendapat, maka sebahagian mereka berkata bahawa Syi‘ah adalah muslimun, kerana mereka mengucap “Tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah, mereka sembahyang dan mereka berpuasa. Sebahagian lain pula berkata bahawa sesungguhnya mereka adalah kafir.
       Raja berkata: Berapakah bilangan mereka? Nizam al-Mulk berkata: Aku tidak menghitung bilangan mereka dengan tepat, tetapi mereka mewakili separuh bilangan muslimin lebih kurang (taqriiban)[1].
       Raja berkata: Adakah separuh muslimin kafir? (fa-hal nisfu muslimin kuffaar). Wazir berkata: Ahli ilmu menganggapkan mereka kafir, tetapi aku tidak mengkafirkan mereka.

Cadangan Bagi Mengadakan Dialog Antara Sunnah Dan Syi‘ah
      
       Raja berkata: Adakah anda, wahai wazir, boleh mengumpulkan para ulama Syi‘ah dan Sunnah supaya kita dapat mengetahui hakikat sebenar?
       Wazir berkata: Ini adalah satu perkara yang susah, aku khuatir  keselamatan raja dan negaranya!.
       Raja berkata: Kenapa?
             
Keengganan Nizam Al-Mulk Untuk Mengadakan Dialog
      
       Wazir berkata: Kerana persoalan Syi‘ah dan Sunnah bukanlah perkara yang mudah, malah ia adalah persoalan hak dan batil. Sesungguhnya darah telah banyak mengalir kerananya, banyak perpustakaan dibakar kerananya, wanita-wanita ditawan kerananya, kitab-kitab banyak dikarang kerananya dan telah berlaku peperangan kerananya.

Desakan Raja Malik Syah Supaya Diadakan Dialog

       Raja yang muda itu merasa hairan tentang keadaan ini, lalu beliau berfikir dengan serius, kemudian berkata: Wahai wazir, sesungguhnya anda mengetahui bahawa Allah telah mengurniakan kepada kita  kerajaan yang besar, tentera yang ramai, maka kita wajib bersyukur kepada Allah di atas nikmat ini dan kesyukuran kita itu adalah  dengan mengetahui hakikat sebenar; kita menunjuk orang yang sesat kepada jalan yang benar.

Demi Kebenaran
      
       Pasti salah satu daripada dua golongan ini di atas kebenaran dan yang satu lagi di atas kebatilan, kita mesti mengetahui  kebenaran, maka kita mengikutnya dan kita mesti mengetahui kebatilan, maka kita meninggalkannya. Justeru itu, anda hendaklah menyediakan, wahai wazir, muktamar seumpama ini dengan kehadiran para ulama Syi‘ah dan Sunnah, kehadiran ketua-ketua tentera, penulis-penulis dan semua pembesar negara. Apabila kita melihat bahawa sesungguhnya kebenaran itu bersama Ahl al-Sunnah, maka kita masukkan Syi‘ah kepada Ahl al-Sunnah dengan kekuatan.
       Wazir berkata: Apabila Syi‘ah tidak mahu memasuki mazhab Ahl al-Sunnah apakah anda akan melakukannya?
       Raja berkata: Kita bunuh mereka!
       Wazir berkata: Adakah boleh membunuh separuh bilangan muslimin?

Penawar Dan Penyelesaiannya?
      
       Raja berkata: Apakah penawar dan penyelesaian?
       Wazir berkata: Anda tinggalkan perkara ini.

       Dialog di antara  raja dan wazirnya yang bijaksana telah berakhir, tetapi raja telah menghabiskan masa satu malam berfikir dengan serius mengenainya tanpa tidur sehingga pagi. Bagaimana perkara yang penting ini tidak dipatuhi? Pada pagi hari raja telah memanggil Nizam al-Mulk dan berkata kepadanya: Baiklah kita memanggil ulama dua golongan itu, kita akan melihat sepanjang perbincangan di antara dua golongan itu, kebenaran di pihak mana. Apabila kebenaran bersama mazhab Ahl al-Sunnah, kita menyeru Syi‘ah dengan hikmah, nasihat yang baik dan kita menggalakkan mereka dengan harta dan pangkat sebagaimana Rasulullah s.a.w telah melakukannya kepada golongan yang dijinakkan hati mereka (muallaf). Dengan itu kita boleh berkhidmat kepada Islam dan kaum muslimin.

Kekhuatiran Nizam Al-Mulik Untuk Mengadakan Muktamar
      
       Wazir berkata: Pendapat anda itu baik, tetapi sesungguhnya aku khuatir tentang muktamar ini!
       Raja berkata: Kenapa khuatir?
       Wazir berkata: Aku khuatir Syi‘ah akan mengalahkan Ahl al-Sunnah dan hujah-hujah mereka mengatasi hujah-hujah kita, justeru itu, orang ramai akan terjatuh di dalam syak dan kesamaran!
       Raja berkata: Adakah itu boleh terjadi?
      Wazir berkata: Ya, kerana Syi‘ah mempunyai dalil-dalil yang pemutus, hujah-hujah yang terserlah daripada al-Qur’an dan hadis-hadis yang  membenarkan mazhab mereka dan kebenaran akidah mereka![2].

Persedian Dialog Hanya Lima Belas Hari
      
       Raja tidak berpuas hati dengan jawapan wazirnya, lalu berkata kepadanya: Tidak dapat dielakkan daripada mengadakan dialog di antara dua golongan itu supaya kebenaran terserlah kepada kita dan kita membezakannya dari kebatilan. Kemudian wazir meminta tangguh sebulan bagi melaksanakan perintahnya, tetapi raja yang muda itu tidak menerima penangguhan itu. Dan akhirnya beliau menentukan masa hanya lima belas hari sahaja.
       Di dalam lima belas hari, wazir Nizam al-Mulk telah mengumpulkan sepuluh orang lelaki di kalangan ulama Ahl al-Sunnah yang besar, pakar di dalam bidang sejarah, fikah, hadis, Usul dan debat. Sebagaimana beliau mengumpulkan sepuluh orang ulama  di kalangan Syi‘ah yang besar.

Syarat-Syarat Dialog

       Dialog adalah pada bulan Sya‘ban[3] di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad dan beliau telah menetapkan bahawa muktamar diadakan dengan syarat-syarat berikut:

       Pertama: Perbincangan akan berterusan daripada waktu pagi sehingga petang dikecualikan pada masa sembahyang, makan dan rehat.
       Kedua: Perbincangan mestilah bersandarkan kepada rujukan-rujukan yang dipercayai dan kitab-kitab yang muktabar, bukan  secara dengar kata orang atau propaganda.
       Ketiga: Perbincangan yang berlaku di muktamar ini hendaklah ditulis.

Pembukaan Muktamar
                                
       Pada hari yang ditetapkan, raja, wazirnya dan ketua-ketua tenteranya duduk dan para ulama Ahl al-Sunnah duduk di kanannya. Sementara para ulama Syi‘ah duduk di kirinya. Wazir Nizam al-Mulk telah membuka muktamar dengan Bismillahir Rahmanir Rahim, selawat kepada Muhammad dan keluarganya serta para sahabatnya. Kemudian beliau berkata: Dialog mestilah bersih, dan matlamatnya adalah untuk mencari kebenaran. Justeru itu, janganlah menyebut seorang sahabat Rasulullah s.a.w dengan cacian atau kejahatan.
                                      
Dialog Tentang Sahabat
      
       Pembesar ulama Ahl al-Sunnah bernama Syeikh al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya aku tidak boleh berbincang dengan mazhab yang mencaci semua sahabat.
       Pembesar ulama Syi‘ah bernama al-Husain bin Ali dikenali dengan al-‘Alawi berkata: Siapakah yang mengkafirkan semua sahabat?
       Al-‘Abbasi berkata: Kamu Syi‘ahlah yang mengkafirkan semua sahabat (yukaffiruuna kulla al-Sahabat).
       Al-‘Alawi berkata: Kata-kata anda ini menyalahi kenyataan. Tidakkah di kalangan para sahabat itu adalah Ali a.s, al-‘Abbas, Salman Ibn ‘Abbas, al-Miqdad, Abu Dhar dan lain-lain, adakah kami Syi‘ah mengkafirkan mereka?
       Al-‘Abbasi berkata: Aku maksudkan dengan semua sahabat itu adalah Abu Bakr, Umar, Uthman dan pengikut-pengikut mereka.
       Al-‘Alawi berkata: Anda telah bercanggah dengan diri anda sendiri, tidakkah ahli ilmu Mantiq menetapkan bahawa (mujibat juz’iyyah bertentangan dengan (saalibat Kulliyyah), anda berkata pada satu ketika bahawa Syi‘ah mengkafirkan semua sahabat dan anda berkata pula bahawa Syi‘ah mengkafirkan sebahagian sahabat.

Wazir Mahu Campur Tangan
      
       Di sini Nizam al-Mulk mahu bercakap, tetapi seorang alim Syi‘ah tidak membiarkannya, lalu berkata: Wahai wazir yang mulia, tiada seorang yang berhak bercakap melainkan apabila kami lemah dari menjawabnya. Jika tidak, ia akan bercampur-aduk dengan perbincangan dan mengeluarkan percakapan dari tempatnya, tanpa keputusan.
       Kemudian seorang alim Syi‘ah berkata: Ternyata, wahai al-‘Abbasi, bahawa kata-kata anda bahawa Syi‘ah mengkafirkan semua sahabat adalah pembohongan yang jelas.
       Al-‘Abbasi tidak dapat menjawabnya, maka mukanya kemerahan kerana malu, kemudian berkata: Tinggalkan kami daripada perkara ini, tetapi adakah kamu Syi‘ah mencaci Abu Bakr, Umar dan Uthman?
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya di kalangan Syi‘ah ada golongan yang mecaci mereka dan ada golongan yang tidak mencaci mereka.
       Al-‘Abbasi berkata: Dan anda, wahai al-‘Alawi, daripada golongan mana?
       Al-‘Alawi berkata: Di kalangan mereka yang tidak mencaci sahabat, tetapi aku berpendapat bahawa sesungguhnya golongan yang mencaci sahabat mempunyai logik mereka. Dan cacian mereka kepada mereka bertiga tidak membawa kepada apa-apa; tidak kafir, tidak fasiq dan tidak pula berdosa kecil [4].
Al-‘Abbasi berkata: Adakah anda telah mendengar, wahai raja, apa yang sedang dikatakan oleh lelaki ini?

Al-‘Abbasi Cuba  Mendapat Sokongan Raja
      
       Al-‘Alawi berkata: Wahai al-‘Abbasi, sesungguhnya percakapan yang anda tujukan kepada raja itu adalah satu kesalahan, kerana raja mengumpulkan kita untuk berbincang dengan hujah dan dalil, bukan dengan hukuman  senjata dan kekuatan.
       Raja berkata: Apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi itu adalah betul, apakah jawapan anda, wahai al-‘Abbasi?
       Al-‘Abbasi berkata: Jelas sekali bahawa barangsiapa yang mencaci sahabat adalah kafir.
       Al-‘Alawi berkata: Ia jelas di sisi anda dan bukan di sisiku, apakah dalil kekafiran orang yang mencaci sahabat berdasarkan ijtihad dan dalil, adakah anda mengakui bahawa orang yang dicaci oleh Rasul berhak dicaci?
       Al-‘Abbasi berkata: Aku mengakuinya.
                         
Rasul Mencaci Abu Bakr Dan Umar
      
       Al-‘Alawi berkata: Maka Rasul telah mencaci Abu Bakr dan Umar.
       Al-‘Abbasi berkata: Di manakah beliau s.a.w telah mencaci mereka? Ini adalah pembohongan terhadap Rasulullah.
       Al-‘Alawi berkata: Ahli sejarah di kalangan Ahl al-Sunnah telah menyebut bahawa Rasul telah menyediakan tentera di bawah pimpinan Usamah dan beliau s.a.w telah menjadikan Abu Bakr dan Umar di dalamnya dan bersabda: Allah melaknati orang yang mengundurkan diri daripada tentera Usamah” (La‘ana llahu man takhallafa ‘an jaisyi Usamah) Kemudian Abu Bakr dan Umar telah mengundurkan diri[5] daripada tentera Usamah. Justeru itu, laknat Rasul meliputi mereka. Barangsiapa yang dilaknati Rasul, maka berhak bagi orang muslim melaknatinya pula.
      
Di sini al-‘Abbasi menggelingkan  kepalanya tanpa berkata apa-apa.
          
Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi itu benar?
       Wazir berkata: Ahli Tawaarikh telah menyebutnya[6].
       Al-‘Alawi berkata: Jika mencaci sahabat adalah haram, kenapakah kamu tidak mengkafirkan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan, kamu tidak menghukum kefasikannya dan kejahatannya, kerana dia telah mencaci Imam Ali bin Abu Talib a.s selama empat puluh tahun. Kemudian cacian kepadanya berterusan kepada tujuh puluh tahun? [7]

Raja Meminta Pertukaran Tajuk
       
       Raja berkata: Potong percakapan ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.

Al-Qur’an
      
       Al-‘Abbasi berkata: Di antara bid‘ah-bid‘ah kamu Syi‘ah bahawa kamu tidak mengakui al-Qur’an!
       Al-‘Alawi berkata: Malah bid‘ah-bid‘ah kamu Ahl al-Sunnah bahawa kamu tidak mengakui al-Qur’an. Dalilnya kamu berkata: Sesungguhnya al-Qur’an telah dikumpulkan oleh Uthman, adakah Rasul jahil apa yang dilakukan oleh Uthman; beliau s.a.w tidak mengumpulkan al-Qur’an sehingga Uthman datang dan mengumpulkannya, kemudian beliau berkata: Bagaimana al-Quran tidak dikumpulkan pada zaman Nabi sedangkan Nabi memerintahkan kaumnya dan para sahabatnya supaya mengkhatamkan al-Qur’an dan bersabda: “Barangsiapa yang mengkhatamkan al-Qur’an baginya pahala”. Adakah boleh Nabi s.a.w memerintahkan supaya al-Qur’an dikhatamkan sedangkan ia belum dikumpulkan, dan adakah kaum muslimin di dalam kesesatan sehingga Uthman menyelamatkan mereka? [8]
                                 
Raja Meminta Penjelasan
      
       Raja berkata kepada wazirnya: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi bahawa al-Qur‘an dikumpulkan oleh Uthman?
       Wazir berkata: Demikianlah ahli Tafsir dan Tawaarikh menyebutnya[9].
       Al-‘Alawi berkata: Ketahuilah, wahai raja,  sesungguhnya Syi‘ah percaya bahawa al-Qur’an telah dikumpulkan pada masa Rasul sebagaimana kamu melihatnya sekarang, tanpa kurang meskipun satu huruf, tanpa penambahan meskipun satu huruf. Adapun Ahl al-Sunnah berkata: Sesungguhnya al-Qur’an telah ditambah dan dikurangkan, didahului dan dikemudiankan. Sesungguhnya Rasul tidak mengumpulkannya, tetapi Uthmanlah yang telah mengumpulkannya apabila beliau memegang jawatan khalifah.

                                               










                                


                                          













                                     


   



                                 BAHAGIAN KEDUA


Khalifah, Raja Meminta Penjelasan, Mengikuti Mereka Terdahulu, Khalifah Rasulullah, Raja Meminta Pertukaran Tajuk, Penyelewengan al-Qur’an, Sifat Tuhan, Muhkamah Dan Mutasyaabihah Dan Lain-Lain.
     
Khalifah

       Al-‘Abbasi berkata: (Dia telah mengambil peluang): Adakah anda telah mendengar, wahai raja, sesungguhnya lelaki ini tidak menamakan Uthman khalifah, dia menamakannya amir sahaja.
       Al-‘Alawi berkata: Ya, Uthman bukanlah seorang khalifah.
       Raja berkata: Kenapa?
       Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Syi‘ah percaya kebatilan khilafah     Abu Bakr, Umar dan Uthman!
       Raja berkata: (Dengan hairan dan tanda tanya) kenapa?
       Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Uthman telah dilantik melalui enam ahli majis syura [10] yang ditetapkan oleh Umar. Semua ahli majlis syura yang enam tidak melantik Uthman, hanya beliau dilantik oleh tiga atau dua orang daripada mereka. Justeru itu, kesahihan Uthman bergantung kepada Umar. Dan Umar berkuasa melalui wasiat Abu Bakr. Justeru itu, kesahihan Umar bergantung kepada Abu Bakr. Abu Bakr berkuasa melalui perlantikan kumpulan yang kecil di bawah penguasaan pedang dan kekuatan. Lantaran itu, kesahihan khilafah Abu Bakr bergantung kepada senjata dan kekuatan. Lantaran itu, Umar berkata tentang haknya: Baiah orang ramai kepada Abu Bakr adalah secara faltatan jahiliyah[11]. Allah telah menjaga muslimin akan kejahatannya. Barangsiapa yang kembali kepadanya, maka kamu bunuhlah dia.
       Abu Bakr sendiri berkata: Pecatlah aku, kerana aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu sedangkan Ali  di sisi kamu. Justeru itu, Syi‘ah percaya bahawa khilafah mereka bertiga adalah batil daripada asasnya.

Raja Meminta Penjelasan
      
       Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi tentang kata-kata Abu Bakr dan Umar?
       Wazir berkata: Ya, demikianlah apa yang disebutkan oleh ahli sejarah![12]

Mengikuti Mereka Terdahulu
                    
       Raja berkata: Kenapakah kita menghormati mereka bertiga?
       Wazir berkata: Kerana mengikuti mereka terdahulu yang baik (al-Salaf al-Salih)!
       Al-‘Alawi berkata kepada raja: Wahai raja, katakanlah kepada wazir: Adakah kebenaran lebih berhak diikuti atau orang yang terdahulu (al-Salaf al-Salih)? Tidakkah mengikuti mereka terdahulu (Salaf) yang menyalahi kebenaran itu terkandung di dalam firman Allah dalam Surah al-Zukhruf (43): 23 “Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka”?!

Khalifah Rasulullah
      
       Raja berkata: (Ditujukan kepada al-‘Alawi) Jikalaulah mereka bertiga bukan khalifah Rasulullah, maka siapakah khalifah Rasulullah?
       Al-‘Alawi berkata: Khalifah Rasulullah adalah Imam Ali bin Abu Talib.
       Raja berkata: Kenapa dia menjadi khalifah?
       Al-‘Alawi berkata: Kerana Rasul telah menentukannya sebagai khalifah selepasnya. Rasul telah memberi isyarat kepada khilafahnya pada tempat yang banyak. Di antaranya di satu tempat di antara Makkah dan Madinah bernama Ghadir Khum [13]. Beliau s.a.w telah mengangkat tangan Ali dan bersabda kepada muslimin: Barangsiapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya, wahai Tuhanku, hormatilah orang yang mewalikannya dan tentanglah orang yang bermusuhan dengannya, tolonglah orang yang menolongnya, hinalah orang yang menghinanya”.
       Kemudian beliau s.a.w turun dari mimbar dan berkata kepada kaum muslimin- Bilangan mereka melebihi seratus dua puluh ribu orang-Berilah salam kepada Ali untuk kepemimpinan muslimin  Mereka telah datang kepada Ali seorang demi seorang seraya berkata kepada Ali: Al-Salamu ‘alaika ya Amir al-Mu’minin. Kemudian Abu Bakr dan Umar datang, lalu memberi salam kepada Ali a.s bagi kepemimpinan muslimin. Umar berkata: Alangkah beruntungnya anda wahai Ibn Abi Talib, anda telah menjadi maulaku dan maula semua mukmin dan mukminat[14]. Justeru itu, khalifah yang sah bagi Rasulullah adalah Ali bin Abu Talib.

Raja Meminta Penjelasan

       Raja berkata kepada wazirnya: Adakah benar apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi?
       Wazir berkata: Ya, demikianlah ahli sejarah dan ahli tafsir telah menyebutnya.
                             
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
      
       Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.
        
Penyelewengan Al–Qur’an

       Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnhya Syi‘ah berkata tentang penyelewengan al-Qur’an (tahriif).
       Al-‘Alawi berkata: Malah ia masyhur di sisi kamu, wahai Ahl al-Sunnah, sesungguhnya kamu berkata tentang penyelewengan al-Qur’an![15]
       Al-‘Abbasi berkata: Ini adalah pembohongan yang jelas.
       Al-‘Alawi berkata: Tidakkah kamu meriwayatkan di dalam kitab-kitab kamu bahawa sesunggunya ayat tentang al-Gharaaniq telah turun ke atas Rasulullah, kemudian ia dimansuhkan dan dibuang daripada al-Qur’an?
       Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang didakwa oleh al-‘Alawi?
       Wazir berkata: Ya, demikianlah telah disebutkan oleh ahli Tafsir.
       Raja berkata: Bagaimana dipegang atau dipercayai Qur’an yang diselewengkan?
       Al-‘Alawi berkata: Ketahuilah, wahai raja, sesungguhnya kami tidak berkata sedemikian. Sesungguhnya ini adalah pendapat Ahl al-Sunnah. Justeru itu, al-Qur’an di sisi kami boleh dipercayai, tetapi al-Qur’an di sisi Ahl al-Sunnah tidak boleh berpegang kepadanya!
       Al-‘Abbasi berkata: Beberapa hadis terdapat di dalam kitab-kitab kamu dan daripada para ulama kamu?
       Al-‘Alawi berkata: Hadis-hadis itu, pertamanya: Sedikit, kedua: Ia adalah mauduk dan dipalsukan di mana musuh-musuh Syi‘ah telah menciptakannya untuk mencemarkan imej Syi‘ah. Ketiga: Perawi-perawinya dan sanad-sanadnya tidak benar. Dan apa yang dipindahkan daripada ulama, maka ia tidak boleh dipegang. Sesungguhnya para ulama kami yang besar di mana kami berpegang kepada pendapat mereka, tidak berkata tentang penyelewengan al-Qur’an (tahriif). Mereka tidak menyebut ayat-ayat al-Qur’an tentang pujian kepada berhala-berhala sebagaimana kamu menyebutnya bahawa kamu berkata: Dia berfirman[16]:
                          
                    Itulah al-Gharaaniq yang tinggi
                        Daripadanyalah syafaat diharap-harapkan

Raja Meminta Pertukaran Tajuk

       Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.




Sifat Tuhan

       Al-‘Alawi berkata: Ahl al-Sunnah mengaitkan kepada Allah perkara yang tidak layak dengan kebesaran-Nya.
       Al-‘Abbasi berkata: Seumpama apa?
       Al-‘Alawi berkata: Umpamanya mereka berkata: Sesungguhnya Allah mempunyai jisim seperti manusia ketawa dan menangis, bagi-Nya tangan, kaki, mata, aurat dan kemasukan satu kaki-Nya ke dalam neraka pada hari Kiamat[17], sesungguhnya Dia turun dari langit kepada langit dunia di atas seekor keldai kepunyaan-Nya!
       Al-‘Abbasi berkata: Apakah yang menghalangnya daripada perkara tersebut sedang al-Qur’an menjelaskannya di dalam Surah al-Fajr (89):22 “Dan datanglah Tuhan mu; sedang malaikat berbaris”, Firman Allah di dalam Surah al-Qalam (68): 42 “Pada hari betis disingkapkan” dan firman Allah di dalam Surah al-Fath (48):10 “Tangan Allah di atas tangan mereka”. Hadis telah menceritakan bahawa sesungguhnya Allah memasukkan satu kaki-Nya pada neraka!
       Al-‘Alawi berkata: Adapun hadis tersebut adalah batil di sisi kami, satu pembohongan dan rekaan semata-mata, kerana Abu Hurairah dan orang seumpamanya telah membohongi Rasulullah  (s.a.w) sehingga Umar telah melarang Abu Hurairah dari memindahkan hadis dan mencegahnya[18].

Raja Meminta Penjelasan
      
       Raja berkata kepada wazir-: Adakah benar bahawa Umar telah melarang Abu Hurairah dari memindahkan hadis?
       Wazir berkata: Ya, dia telah melarangnya sebagaimana di dalam kitab-kitab Tawaarikh.
       Raja berkata: Bagaimana kita berpegang dengan hadis Abu Hurairah?
       Wazir berkata: Kerana ulama telah berpegang kepada hadis-hadisnya.
       Raja berkata: Jikalaulah begitu, ulama mesti lebih alim daripada Umar, kerana Umar telah melarang Abu Hurairah dari memindahkan hadis kerana pembohongannya terhadap Rasulullah, tetapi ulama mengambil hadis-hadisnya yang bohong?!
       Al-‘Abbasi berkata: Lihatlah, wahai al-‘Alawi, sekiranya hadis-hadis tentang Allah tersebut tidak benar, tetapi apakah yang anda lakukan dengan ayat-ayat al-Qur’an tadi?


[1] Bilangan Syi‘ah pada abad ke-5 hijrah hampir separuh bilangan keseluruhan kaum muslimin.
[2] Nizam al-Mulk telah mengetahui kekuatan hujah Syi‘ah dan kebenaran akidah mereka, tetapi tidak mahu mengikutinya.
[3] Kemungkinan muktamar telah diadakan pada bulan Sya‘ban tahun 485 hijrah.
[4] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 378-385 (Bab fi al-Haud) hadis no.578, 584, 585, 586, 587, 590 meriwayatkan bahawa para sahabat Nabi s.a.w telah murtad selepas kematiannya. Nabi s.a.w bersabda: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka adalah para sahabatku (ashaabi). Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui bid‘ah-bid‘ah (ahdathuu) yang dilakukan oleh mereka selepas anda. Sesungguhnya mereka telah menjadi murtad ke belakang”. Hanya hadis no. 587 meriwayatkan bahawa “Hanya sedikit daripada mereka terselamat seperti unta yang terpisah daripada pengembalanya” Ini disebabakan mereka telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w. Lihat juga, Muslim, Sahih, iv, hlm.1793-6 (Kitab al-Fadhaa’il) hadis no.26, 28, 29, 31 dan 32.Hadis no. 26 meriwayatkan “kerana kamu tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka (sahabat) selepas anda meninggalkan mereka. Maka aku bersabda: Terjauh, terjauh daripada (rahmat) mereka yang telah mengubah (baddala) sunnahku selepasku”.
[5] Melarikan diri.
[6] Ibn Sa‘d, Tabaqaat, bhg.2, ii, hlm.41, Ibn ‘Asaakir, Tarikh, ii,hlm.391, Ibn al-Athir, al-Kaamil, ii,hlm.129, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Umaal,v, hlm.312.
[7] Ibn al-Athir, al-Kamil, ix, hlm. 102, Ibn al-Jauzi, al-Muntazam,  vii, hlm. 283.
[8] Al-Baihaqi, al-Sunan, ii, hlm. 41, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Umaal, I, 281.
[9] Ibid.
[10] Ahli majlis syura: Sa‘d bin Abi Waqqas, Abd al-Rahman bin ‘Auf, Talhah bin ‘Ubaidillah, al-Zubair bin al ‘Awwam dan Ali bin Abu Talib a.s. Umar telah memerintahkan 50 orang tentera supaya mengawal majlis syura dalam masa tiga hari dan berkata kepada mereka: Jika seorang daripada mereka menentang dan lima bersetuju, maka bunuhlah dia. Jika dua menentang dan empat bersetuju, maka bunuhlah kedua-duanya. Dan jika tiga menentang dan tiga bersetuju, maka pilihlah pihak yang ada Abd al-Rahman bin ‘Auf, Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 24. Ini bererti jika Ali a.s menentang, maka beliau akan dibunuh. Peristiwa di majlis syura ini adalah sama dengan peristiwa di Saqifah Bani Sa’idah di mana-kedua-duanya menolak perlantikan Ali a.s sebagai khalifah. Renunglah kelicikan Umar!
[11] Tergesa-gesa atau keterlanjuran. Lihat umpamanya, Tarikh al-Khulafaa’, hlm. 67, al-Shahrastaani, al-Milal wa al-Nihal, 1, hlm. 23, Ibn Hajr, al-Sawaa’iq al-Muhriqah, hlm.8.
[12] Ibid.
[13] Seramai 110 orang sahabat yang menyaksikan perlantikan Ali a.s oleh Rasulullah s.a.w sebagai khalifah di Ghadir Khum tercatat nama-nama mereka di dalam kitab-kitab Ahl al-Sunnah, lihat al-Amini, al-Ghadir, I, hlm.14- 158.
[14] Ibn Hanbal, al-Musnad, iv, hlm.281, Khatib Baghdad, Tarikh Baghdad, viii, hlm 290, Ibn Hajr, al-Sawaa’iq al-Muhriqah, hlm. 107.
[15] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 208 menyatakan bahawa ayat al-Raghbah adalah sebahagian daripada al-Qur’an, iaitu “Laa targhabuu ‘an aabaa’i-kum”, tetapi ia tidak wujud di dalam al-Qur’an yang ada sekarang. Muslim, Sahih, ii, hlm.726 menyatakan bahawa Abu Musa al-Asy‘ari membaca selepas (Surah al-Saf 61:2) “ Fatauktabu syahaadatan fi a‘naaqi-kum…, tetapi ia tidak dimasukkan di dalam al-Qur’an sekarang.
[16] Lihat, umpamanya, al-Baidhawi, Anwar al-Tanzil, ii, hlm 320 tentang Surah al-Najm (53): 19-20 dan lain-lain.
[17] “Sesungguhnya neraka Jahannam tidak akan penuh sehingga Allah meletakkan kaki-Nya, maka neraka Jahannam berkata:”cukup, cukup” Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, iii, hlm.314, al-Bukhari, Sahih, iii, hlm.127, Muslim, Sahih, ii, hlm.482.
[18] Ibn ‘Abd al-Rabbih, al-‘Add al-Fariid, I, 26, Ibn Kathir,Tarikh, viii, hlm 113,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home