Thursday, November 4, 2010

akhirnya kutemui kebenaran - ahmad tijani-mulanya perubahan

Permulaan Perubahan
Aku tinggal selama tiga bulan didalam kebingungan yang tidak selesai,
walaupun didalam tidurku sekalipun. Fikiranku berkecamuk dengan
berbagai bayangan. Aku rasakan jiwaku luluh melihat sikap para sahabat
yang kehidupan mereka terungkap dalam sejarah yang sedang aku
selidiki. Aku berdiri dalam suatu dilemma (pertentangan) yang tidak
mudah, kerana sepanjang hidupku, aku dididik untuk memberi
penghormatan dan menyucikan wali Allah dan orang-orang soleh dan jika
ada sesiapa juga yang mengkritik maka akan dirasakan suatu keresahan
yang agak luar biasa.
Aku pernah membaca suatu ketika didalam "Hayat al-Haywan al-Kubra"
oleh al-Dimiri [56]: Terdapat seorang lelaki yang menunggang bersama
rakan nya didalam satu kafilah, dan semasa didalam perjalanan dia terus
mencaci Umar, dan rakannya cuba menghalang dia dari melakukan itu.
Apabila dia didalam tandas, saekor ular hitam memagutnya, dan dia mati
serta-merta. Apabila mereka menggali kubur untuknya, mereka dapati
ular hitam didalamnya; mereka menggali yang lain dan perkara yang sama
berlaku. Setiap kali mereka menggali lubang yang baru, mereka dapati
ular didalamnya. Lalu seorang ulama’ memberitahu mereka, "Tanamkan dia
dimana sahaja yang kamu suka, walaupun kamu menggali seluruh muka
bumi kamu akan dapati ular hitam didalamnya. Ini adalah kerana Allah
hendak menghukumnya didunia ini sebelum menghukumnya diakhirat,
kerana cacian yang dilakukannya terhadap Sayydina Umar".
Itulah sebabnya kenapa semasa saya memaksa diri saya menjalani
penyelidikan yang sukar ini, saya merasa takut dan keliru, terutama,
sebagaimana yang telah saya pelajari di Kolej al-Zaytuni bahawa khalifah
yang paling utama secara sah adalah Abu Bakr al-Siddiq kemudian Umar
ibn al-Khattab al-Farooq, pemisah antara yang haq dan yang batil.
Selepas itu Uthman ibn Affan Dhul-Noorayn, yang mana malaikat Rahman
pun merasa malu kepadanya, dan sesudah dia, Ali ibn Abi Talib, pintu
kepada kota ilmu. Sesudah yang empat ini, tinggal yang enam dari yang
sepuluh, yang telah dijanjikan syurga, dan mereka itu adalah Talhah, al-
Zubayr, Sa’ad, Sa’eed, Abdul Rahman, dan Abu Ubaydah. Sesudah
mereka, para-para sahabat yang lainnya, dan setelah kita dinasihatkan
oleh ayat al-Quran "Kita tidak membeza-bezakan diantara mereka
pensuruh-pensuruh Allah (saw)" sebagai suatu kedudukan dimana kita
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 133
mesti mengambilnya sebagai asas bahawa kita tidak harus membezabezakan
penghormatan kita kepada semua para sahabat.
Kerana itulah aku berasa takut terhadap diriku sendiri, dan meminta
ampun kepada Allah didalam banyak keadaan dan situasi, dan
sememangnya saya mahu meninggalkan isu-isu yang membuat saya ragu
terhadap para sahabat Rasul Allah (saw), dan ianya kemudian akan
membuat saya ragu terhadap agama saya.
Namun begitu, di sepanjang setiap diskusiku dengan beberapa orang
ulama’, aku dapati jawapan-jawapan mereka sentiasa menemui banyak
pencanggahan dan tidak rasional. Mereka mula mengingatkanku bahawa
jika aku teruskan dengan penyelidikkanku mengenai para sahabat, Allah
akan mencabut nikmatNya dariku dan mungkin juga aku akan mengalami
kecelakaan. Dan kerana kuatnya bantahan dan penolakan mereka
terhadap apa sahaja pendapatku, maka aku terdorong lagi untuk
meneruskan kajian dan penelitianku agar dapat sampai kepada suatu
kebenaran yang dicita-citakan.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 134
Dailog dengan Ulama’
Aku katakan kepada seorang ulama’ kami: Apabila Muawiyah membunuh
orang yang tidak berdosa dan memalukan orang yang terhormat, kamu
menghukum dia sebagai telah berijtihad namun yang tersalah, dan
mendapat satu pahala. Apabila Yazid membunuh keturunan Rasul Allah
(saw) dan memberi kuasa menggeledah al-Madinah al-Munawwarah
kepada askarnya, kamu menghukum dia sebagai telah berijtihad namun
yang tersalah, dan mendapat satu pahala, sehingga sebahagian kamu juga
mengatakan bahawa "al-Husayn dibunuh oleh pedang datuknya" sebagai
alasan untuk membenarkan perlakuan Yazid. Nah, mengapa pula aku tidak
boleh berijtihad melalui pengajian ini, yang telah memaksaku untuk
meragui niat para sahabat dan untuk membuktikan keburukkan
sebahagian dari mereka, yang tidak sama taranya dengan pembunuhan
yang dilakukan oleh Muawiyah dan Yazid terhadap keluarga Nabi (saw)?
Jika aku benar, aku berhak mendapat dua pahala, dan jika aku tersalah,
aku hanya mendapat satu pahala. Bagaimana pun kritikanku terhadap para
sahabat, bukan untuk menghina mereka atau mencaci mereka, tetapi ini
adalah caranya untuk ku mencapai kebenaran, aku berharap semoga
demikian. Siapakah didalam kumpulan yang benar dan siapakah didalam
kumpulan yang salah. Ini adalah tugasku dan tugas setiap muslim, dan
Allah (awj) mengetahui apa yang didalam diri kita. Ulama’ itu kemudian
menjawab, "O anakku, Ijtihad [penghuraian bagi agama Islam] telah tidak
diizinkan untuk sekian lama"
Aku bertanya, "Siapa yang menutupnya?"
Dia berkata, "Imam madzhab yang empat".
Aku berkata, "Syukur kepada Allah! Oleh kerana bukan Allah yang
menghalangnya, mahupun pesuruhNya (saw), atau pun khalifah yang
empat, yang mana kita diarahkan untuk mengikutinya, maka tidak ada
halangan pada saya untuk berijtihad, sabagaimana mereka dahulu
lakukan".
Dia berkata, "Kamu tidak boleh berijtihad melainkan jika kamu
mengetahui tujuh belas cabang ilmu pengetahuan, diantaranya ialah:
Tafsir, Lughah, Nahu, syarf, Balaghah, Hadith, Sejarah dan lainnya".
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 135
Aku menyampuk dengan berkata, "Ijtihad saya bukan untuk menunjukkan
kepada manusia tentang hukum al-Quran dan Hadith nabi (saw), atau
untuk menjadi imam kepada Mazhab yang baru. Bukan! Cuma yang saya
ingin tahu adalah siapa yang benar dan siapa yang salah. Sebagai contoh,
untuk mengetahui sama ada Imam Ali yang benar atau Muawiyah, saya
tidak perlu untuk menguasai ketujuh belas cabang ilmu pengetahun. Apa
yang perlu saya lakukan adalah mengkaji corak hidup dan perbuatan
setiap dari mereka untuk mengetahui yang benar".
Dia berkata, "Mengapa engkau mahu mengetahui semua itu?" "Ini adalah
umat yang telah lama pergi; mereka akan mendapati apa yang mereka
kerjakan, dan kamu akan dapati apa yang kamu kerjakan, dan kamu tidak
akan dipanggil untuk menjawab apa yang mereka lakukan" [ 2:134]
Aku bertanya, "Bagaimana anda membacanya. Apakah La Tusaloon (kamu
tidak akan diminta pertanggungjawaban) atau La Tas-aloon (jangan kamu
tanya)".
Dia menjawab, "Tentu La Tus-aloon".
Aku berkata: Alhamdullilah. jika ayat tersebut dibaca dengan La Tasaloon
maka di sana kita dilarang supaya tidak membuat penelitian. Namun
kerana ianya ditulis dengan La Tus-Aloon, maka ianya bermaksud bahawa
Allah (awj) tidak akan menghisab kita untuk atas apa yang mereka
lakukan. Dan ini sesuai dengan firman Allah (awj), "Setiap diri
bertanggungjawab atas apa yang diusahakannya" [74:38]. Dan juga Dia
berfirman, "Dan bahawa seorang manusia tidak memperolehi melainkan
apa yang diusahakannya" [53:39]
Dan Quran yang suci mengesa kita untuk mengetahui umat yang
terdahulu, dan untuk mengambil pengajaran dari sejarah mereka.Allah
telah memberitahu kita mengenai Firaun, Haman, Namrud, Quaroon, dan
mengenai nabi-nabi terdahulu serta pengikut-pengikut mereka, bukan
hanya untuk hiburan, tetapi untuk menunjukkan kepada kita apa yang haq
dan apa yang batil.
Dan untuk pertanyaan anda, mengapa saya ingin mengetahui semuanya
itu? Kerana ianya amat penting bagi saya untuk mengetahui semuanya itu.
Pertama, untuk mengetahui siapa dia wali Allah, supaya saya dapat
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 136
mewila' (setia) mereka, dan untuk mengetahui siapa dia musuh-musuh
Allah, supaya saya harus menentangnya, dan itulah permintaan Quran,
atau pun kewajipan yang dipikulkan kepada kita.
Kedua, adalah amat mustahak bagi saya untuk mengetahui bagaimana saya
harus menyembah Allah [bersolat] dan menghampirkan diri kepadaNya
dengan semua fardhu yang diwajibkanNya, seperti cara yang Dia (awj)
inginkan kita lakukan, bukan sebagaimana Malik atau Abu Hanifah atau
sesiapa saja mujtahid-mujtahid yang lain. Aku dapati bahawa Malik tidak
memilih bacaan Basmallah(Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi
amat mengasihani) semasa solat, sedangkan Abu Hanifah menganggapnya
sebagai sesuatu yang wajib.Yang lain mengatakan solat tidak sah
tanpanya. Kerana solat adalah tiang agama, jika diterima amalan lain akan
diterima; tetapi jika ianya ditolak, amalan lain akan ditolak. Makanya aku
tidak mahu solatku ditolak. Shiah mengatakan bahawa semasa wudu’ kita
hendaklah menyapu kaki dengan tangan kita yang basah, sedangkan Sunni
berkata bahawa kita hendaklah membasuhnya. Tetapi apabila kita
membaca Quran kita dapati, "Sapu tangan dan kaki kamu" ini adalah
nyata mengenai sapu. Jadi bagaimana tanggapan tuan - anda inginkan
seorang Muslim yang berfikiran rasional menerima pendapat yang satu
sementara menolak yang lain tanpa suatu penelitian dan kajian?"
Dia berkata, "Kamu boleh mengambil apa yang kamu suka dari setiap
kepercayaan, kerana kesemuanya adalah kepercayaan Islam, dan
kesemuanya datang dari Rasul Allah (saw)"
Aku berkata, aku takut akan menjadi salah satu dari golongan yang
Allah nyatakan:"Maka adakah kamu lihat orang yang mengambil hawa
nafsu menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya, kerana mengetahui,
dan menutup pendengaran dan hatinya dan adakan tutupan diatas
pemandangannya. Siapa yang dapat menunjukkinya sesudah Allah?
Tidakkah kamu mengambil pelajaran?" [45:23]
Wahai tuan, saya tidak fikir bahawa keempat-empat Mazhab di dalam
Islam itu betul, selagi satu darinya menghalalkan sesuatu sedangkan yang
lain mengharamkannya; dan ia tidak boleh di terima akal bahawa suatu
yang sama diperbolehkan dan ditegah pada masa yang sama. Rasul Allah
(saw) tidak pernah berdebat dahulu sebelum menghuraikan hukum
ahkamnya, kerana ianya adalah wahyu dari al-Quran.Allah berfirman:"Dan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 137
jika sekiranya al-Qur'an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka akan
dapati ikhtilaf (pertentangan) yang banyak di dalamnya" [4:82] Oleh
kerana terlalu banyak pertentangannya diantara keempat-empat Mazhab
di dalam Islam, maka ianya bukanlah dari Allah (awj) atau dari RasulNya
(saw), kerana Rasul [saw] tidak mungkin bertentangan dengan al-Quran.
Apabila ulama’ (shaykh) itu mendapati penerangan saya logik (boleh
diterima akal) dan nyata, dia berkata, "Saya nasihatkan awak, demi
kerana Allah, bahawa bagaimana pun sekali keraguan awak, janganlah
meragui keempat-empat khalifah rashidin, kerana mereka adalah
keempat-empat tiang Islam, jika satu darinya runtuh, maka seluruh
bangunan akan runtuh"
Aku berkata, "Astagfirullah. Tuan, jika mereka adalah tiang agama maka
bagaimana pula dengan Rasul Allah (saw)?"
Dia berkata, "Rasul Allah (saw) itu adalah bangunannya, baginda adalah
Islam keseluruhannya"
Saya tersenyum apabila saya mendengar penilaian ini, dan berkata,
"Astagfirullah. Hai tuan, tanpa anda sedari tuan telah mengatakan
bahawa Rasul Allah (saw) tidak dapat berdiri tanpa sokongan dari mereka
berempat, sedangkan Allah (awj) berkata: Dia yang mengutuskan
rasulNya dengan petunjuk dan agama yang hak, supaya agama itu
mengalahkan semua agama. Dan Allah cukup menjadi saksi" [48:28]
Dia mengutus Muhammad dengan pengkhabaran dan tidak melibatkan
mana-mana yang empat itu, atau sesiapa pun, dan dalam hal ini Allah
berfirman: Sebagaimana kami telah menghantar diantara kamu seorang
rasul yang akan membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, membersihkan
kamu dan mengajarkan kitab dan hikmah kepada kamu dan apa-apa yang
kamu belum tahu" [2:151]
Dia berkata, "Inilah yang kami telah pelajari dari guru agama kami
dahulu, dan kami tidak mempertikaikan mengenai apa yang telah diajari
kepada kami oleh mereka, sebagaimana kamu generasi baru sekarang.
Kamu meragui segalanya, termasuk agama itu sendiri. Ini adalah di antara
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 138
tanda-tanda Hari Kiamat. Rasul Allah (saw) bersabda: Hari Kamat tidak
akan muncul melainkan pada zaman makhluk yang paling jahat".
Aku berkata, "Tuan, mengapa mesti marah. Aku berlindung kepada Allah
daripada sikap ragu terhadap agama atua membuat keraguan di
dalamanya. Aku beriman kepada Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya,
kepada malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan semua RasulNya. Aku
beriman bahawa Sayyidina Muhammad adalah hamba dan RasulNya dan
rasul yang terakhir, dan bahawa aku adalah seorang Muslim. Jadi
bagaimana kamuanda menuduh saya dengan semua itu?"
Dia berkata, "Saya patutu menuduh andadengan yang lebih dari itu,
kerana kamu meragui Sayyidina Abu Bakar dan Umar. Sedangkan Rasul
Allah (saw) yang suci bersabda: Jika keimanan ummatku dan keimanan
Abu Bakar diletak diatas neraca, adalah keimanan Abu Bakar itu lebih
berat timbangannya. Rasul (saw) juga berkata sebagai penghormatan
kepada Umar: Aku pernah ditunjukkan kepada ummatku, dan setiap
mereka memakai baju yang panjang tetapi tidak sampai menutup dada,
dan aku ditunjukkan kepada Umar dan dia sedang mengheret bajunya.
Sahabat bertanya: apa takwilnya (tafsirnya) wahai Rasulullah? Nabi
menjawab: Agama. Tiba-tiba kamu datang hari ini, didalam abad keempat
belas [hijri] dan meragui kebenaran para sahabat dan terutama Abu Bakr
dan Umar. Tidakkah kamu ketahui bahawa penduduk Iraq, adalah manusia
yang berpecah belah, kafir dan munafik!"
Apa yang boleh aku katakan kepada orang ini, yang mengaku
berpengetahuan dan ulama ini. Majlis yang tadinya berjalan dengan cara
perdebatan yang baik kini berubah menjadi semacam tuduhan dan luahan
emosi di hadapan sekumpulan hadirin yang mengkaguminya. Aku lihat
bahawa wajah-wajah mereka merah dan mata-mata mereka terbeliak
menunjukkan sikap protes. Tiada cara lain, aku segera pergi ke rumah dan
mengambil kitab al-Muwatta karya Imam Malik dan kitab Sahih al-
Bukhari. Kemudian aku katakan kepadanya, "Tuan, apa yang membuat aku
meragui Abu Bakar adalah Rasul Allah (saw) itu sendiri".
Lalu aku membuka al-Muwatta dan membaca suatu riwayat yang
bermaksud Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda
kepada para syuhuda Uhud, "Aku menjadi saksi bagi mereka". Kemudian
Abu Bakar bertanya, "Ya Rasulullah, tidakkah kami saudara-saudara
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 139
mereka? Tidakkah kami menjadi Muslim sebagaimana mereka? Tidakkah
kami berjihad sebagaimana mereka?" Rasulullah(saw) menjawab, "Ya,
tetapi aku tidak tahu apa yang akan kamu lakukan sesudah aku".Setelah
mendengarkan itu, Abu Bakr menangis tersedu-sedu dan berkata, "Kami
melakukan banyak perkara setelah kamu pergi"[57].
Selepas itu saya membuka sahih al-Bukhari dan membaca: Suatu ketika
Umar ibn al-Khattab pergi menemui Hafsah dan mendapati bersamanya
Asma bint Umays. Apabila Umar melihatnya dia bertanya, "Siapakah
dia?" Hafsah menjawab, "Asma bint Umays". Umar berkata, "Adakah dia
orang Habsyah itu? Orang laut itu?" Asma' menjawab, "Ya". Umar
berkata, "Kami berhijrah sebelum kamu, maka kami lebih berhak kepada
rasul Allah dari kamu". Asma' menjadi amat marah, lalu dia berkata:
"Tidak demi Allah, kamu berada bersama Nabi.Diberinya kamu makan,
dan diajarkannya kamu; sedangkan kami dibumi asing, di Habsyah kerana
Allah dan RasulNya semata-mata, dan setiap kali saya makan atau minum
apa saja, saya teringat akan Rasul Allah [saw]. Kami dahulunya diganggu
dan ditakut-takutkan. Demi Allah, saya akan nyatakan ini kepada Nabi
dan akanku tanya tanpa aku berdusta, menambah atau mengurangkan dari
duduk perkara".
Ketika Asma' datang kepada Nabi, dia bertanya,"Ya Nabi Allah, Umar
nyatakan begini dan begini". Baginda bertanya, "Apa yang kamu katakan
kepadanya?" Asma menjawab, "begini dan begini". Baginda menjawab,
"Dia tidak lebih berhak ke atasku lebih daripada kamu". Dia dan para
sahabatnya mempunyai satu hijrah, tetapi kamu, penghuni bahtera,
mempunyai dua kali hijrah". Asma' berkata, "Saya mendapati Abu Musa
dan kawan-kawan sekapal datang menemui saya dalam berkumpulan dan
bertanya saya mengenai sabda Nabi tersebut, dan mereka merasa
gembira dengan apa yang diucapkan oleh baginda terhadap mereka [58]."
Setelah selesai membacakan hadith, terlihat perubahan pada wajah
ulama’ dan para hadirin, mereka saling berpandangan dan menunggu reaksi
sang guru yang mati dalil. Apa yang dapat dilakukannya adalah
mengangkat kening, sebagai tanda hairan dan kemudian berkata,
"Katakanlah,Ya Allah, tambahkan untukku ilmu pengetahuan".
Aku berkata, "Jika Rasul Allah, adalah yang pertama untuk meragui Abu
Bakar, dan tidak menjadi saksi baginya, kerana rasul Allah tidak tahu apa
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 140
yang akan terjadi selepas dirinya; dan jika rasul Allah tidak setuju
dengan keutamaan Umar terhadap Asma bint Umays, tetapi
mengutamakan Asma daripada Umar; maka ini adalah didalam lingkungan
hak saya untuk meragui dan tidak mempunyai keutamaan terhadap
sesiapapun sehingga kebenaran itu nampak jelas dan aku ketahui dengan
pasti.. Dan jelas sekali bahawa dua hadith ini bertentangan dan
menafikan segala hadith yang menyatakan keutamaan Abu Bakr dan
Umar, kerana ianya lebih hampir kepada fakta yang diterima akal
berbanding dengan hadith-hadith keutamaan yang diduga itu".
Para hadirin berkata, "Bagaimana maksudnya?" Aku menjawab,"Rasul
Allah tidak menjadi saksi bagi Abu Bakar". Baginda bersabda: Aku tidak
tahu apa yang akan mereka lakukan sepeninggalanku kelak". Ianya adalah
logik [boleh diterima akal].Sejarah telah membuktikannya, dan al-Quran
yang suci dan sejarah menjadi saksi bahawa mereka telah melakukan
perubahan selepas Nabi. Kerana itulah Abu Bakr menangis, kerana dia
telah berubah dan membuat Fatimah al-Zahra marah, puteri Nabi marah,
sabagaimana kami terangkan dahulu, dan dia berubah sehingga dia
menyesal dan berangan-angan untuk tidak menjadi manusia.
Dan bagi hadith: Jika iman ummat ku dan imannya Abu Bakr diletak
diatas timbangan, imannya Abu Bakr adalah lebih berat," ianya tidak
betul dan tidak munasabah. Ianya tidak mungkin untuk iman seorang,
yang telah menghabiskan empat puluh tahun umurnya didalam
mempercayai banyak tuhan dan menyembah berhala, menjadi amat berat
dari imannya segala ummat Muhammad, yang mempunyai para wali Allah
yang solihin, syuhada, dan para Imam, yang menghabiskan masa hidupnya
di dalam berjihad di jalan Allah SWT.Bagaimana Abu Bakr boleh sesuai
dengan maksud hadith ini? Jika ianya sahih, dia tidak akan, dihari
kemudiannya berangan-angan untuk tidak menjadi sebagai seorang
manusia. Lebih-lebih lagi, jika keimanannya lebih tinggi dari iman Fatimah
az-Zahra, pemuka wanita alam semesta (Sayyidati Nisa Fil-Alamin) maka
puteri Rasul itu tentu tidak akan marah kepadanya atau mendoakan
keburukan kepadanya".
Orang alim itu tidak berkata apa-apa, tetapi sebahagian dari hadirin
berkata, "Demi Allah1 Hadith ini membuat kami ragu" Maka ulama’ itu
berkata kepada saya, "Adakah ini yang kamu mahu? Kamu telah membuat
mereka ini meragui agama mereka" Memadailah bagi saya, seorang dari
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 141
para hadirin menjawab dengan berkata, "Tidak, dia benar, kami tidak
pernah membaca keseluruhan buku itu didalam hidup kami, kami mengikut
kamu membuta tuli dan tanpa sebarang bantahan, dan sekarang telah
nampak oleh kami bahawa apa yang al-Hajj katakan adalah benar, dan
adalah tugas kami untuk membaca dan menyelidik!" Mereka yang lainnya
bersetuju dengan beliau, dan itu adalah kejayaan bagi kebenaran dan
keadilan. Ianya bukanlah kejayaan dengan kekerasan, tetapi oleh fikiran
yang logik dan pembuktian. Allah berkata, "Katakan, bawalah hujah-hujah
kamu, jika memang kamu orang-orang yang benar" [27:64].
Aku lanjutkan penelitianku dengan cara yang sangat cermat sepanjang
tiga tahun lagi. Aku ulangi segala yang aku baca dari awal hingga akhir.
Aku baca buku al-Muruja'at (Dialog Sunnah-Syiah) karya Imam
Syarafuddin, dan aku ulangi berkali-kali. Ia telah membuka luas
wawasanku dan menyebabkanku mendapat petunjuk dan hidayah dari
Allah SWT serta cinta kepada Ahlul Bayt AS.
Aku juga membaca kitab al-Ghadir karya Syaikha al-Amini dan aku ulangi
sebanyak tiga kali lantaran isinya yang sangat padat, tepat dan jelas
sekali. Juga kitab Fadak Karya Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr dan
kitab as-Saqifah karya Syaikh Muhammad Ridha al-Muzaffar. Dari dua
buah buku ini aku temukan berbagai jawapan yang sangat memuaskan.
Juga aku baca kitab as-Nas wal-Ijtihad yang menambahkan lagi
keyakinanku. Kemudian kitab Abu Hurairah karya Syarafuddin juga, dan
Syaikh al-Mudhirah karya Syaikh Mahmud Abu Rayyah al-Misri. Dari sana
aku baru mengetahui bahawa sahabat yang melakukan perubahan setelah
zaman Rasulullah ada dua kategori. Pertama, yang merubah hukum dengan
kekuasaan yang dimilikinya; kedua, yang merubah hukum dengan
meletakkan berbagai hadith palsu yang dinisbahkan kepada Rasul SAWA.
Kemudian aku baca kitab al-Imam as-Sadiq wal Mazahib al-Arba'ah karya
Asad Haidar. Dari sana aku kenal perbezaan antara ilmu mauhub (yang
dikurniakan) dan ilmu maksub (yang dipelajari). Dari situ juga aku baru
tahu perbezaan antara Hikmah yang Allah berikan kepada orang yang Dia
kehendaki, dan dari sikap berlagak berilmu, dan berijtihad dengan
pendapat peribadi yang menjauhkan ummat ini dari jiwa Islam yang
sebenarnya.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 142
Aku membaca juga berbagai buku karya Sayyid Ja'far Murtadha al-
Amili, Sayyid Murtadha al-Askari, Sayyid al-Khui, Thabatabai, Syaikh
Muhammad Amin Zainuddin, Fairuz Abadi, karya Ibnu Abil Hadid al-
Mu'tazili dalam bukunya Syarah Nahjul Balaghah, Taha Husayn dalam
bukunya al-Fitnah al-Kubra. Dari buku sejarah aku baca kitab Tarikh al-
Tabari, Tarikh Ibnul Athir, Tarikh al-Masudi dan Tarikh al-Ya'qubi. Dan
banyak lagi buku-buku lain yang aku baca sehingga aku merasa betulbetul
puas bahawa Syiah Imamiyyah ini adalah yang benar. Dari situ
kemudiannya aku mengikut Madzhab Syiah, dan dengan rahmat Allah aku
mengikut Bahtera Ahlul Bayt serta aku pegang erat-erat tali wila'
mereka kerana aku dapati Alhamdulillah, merekalah sebaga alternatif
dari sebahagian sahabat yang terbukti kepadaku telah berbalik ke
belakang, dan tiada yang terselamat melainkan sekelompok kecil sahaja.
Kini aku menggantikan mereka dengan Ahlul Bayt Nabi yang telah Allah
bersihkan mereka dari segala dosa dan disucikan mereka dengan sesucisucinya,
bahkan diwajibkan kepada seluruh ummat manusia untuk
mencintai mereka.
Shia bukanlah, sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian dari ulama’
kita, orang Farsi dan Majusi yang mana kuasa dan kebanggaan mereka
telah dihancurkan oleh Umar didalam peperangan al-Qadisiyyah, dan
itulah sebabnya mereka membenci Umar!
Jawapan saya kepada itu bagi mereka yang tidak tahu adalah bahawa
Syiah Ahlul Bayt tidak terhad kepada orang-orang Farsi sahaja, kerana
terdapat Shiah di Iraq, Hijaz, Syria, Lebanon, dan kesemuanya adalah
Arab. Sebagai tambahan kepada itu, terdapat juga Shiah di Pakistan,
India, America, dan kesemuanya ini bukanlah dari bangsa Arab ataupun
Farsi.
Jika kita bataskan Shiah hanya bagi Iran sahaja, maka hujah kita akan
menjadi lebih kuat lagi kerana saya dapati bahawa orang Farsi
mempercayai didalam kepimpinan dua belas Imam, dimana kesemuanya
adalah Arab dari Quraysh dari Bani Hashim, keluarga rasul. Jika orang
Farsi mempunyai sikap fanatik dan membenci orang Arab, sebagaimana
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 143
yang dikatakan oleh sebahagian mereka [ulama’ Sunni], tentu mereka
telah mengambil Salman al-Farisi sebagai Imam mereka, kerana beliau
adalah sahabat yang agung dan dihormati oleh Shia dan Sunni.
Disebaliknya pula saya dapati bahawa kebanyakkan imam-imam Sunni yang
utama adalah orang Farsi, seperti Abu Hanifah, al-Nisa’i, al-Tirmidhi, al-
Bukhari, Muslim, Ibn Majah, al-Ghazali, Ibn Sina, al-Farabi dan banyak
lagi. Jika Syiah berasal dari Farsi, lalu mereka membenci Umar yang
telah menghancurkan keagungan mereka dahulu, jadi bagaimana kita
menerangkan penolakan terhadap Umar oleh orang-orang Syiah Arab
yang bukan Farsi? Itu suatu contoh dakwaan tanpa dalil. Penolakan
terhadap Umar adalah kerana peranannya didalam menyingkirkan Amirul
Mukminin, Ali ibn Abi Talib, dari khalifah setelah pemergian rasul, dan
kerana peperangan saudara yang trajis dan jatuhnya suatu ummah. Bagi
seorang peneliti yang ohjektif dan rasional, memang dia akan mengambil
sikap sedemikian jika tabir sejarah yang menutupinya terungkap, tanpa
perlu memiliki rasa permusuhan sebelumnya.
Adalah benar bahawa Shiah, sama ada mereka itu Arab atau Farsi atau
apa juga bangsanya, tunduk kepada nas-nas al-Qur'an dan Hadith
Nabawi. Mereka patuh pada imam-imam yang menunjukkan mereka jalan
yang lurus. Mereka tidak rela dengan selain daripada mereka (Ahlul Bayt
as) walaupun dengan polisi paksaan dari Umayyah dan kemudian
Abbasiyyah selama tujuh abad. Dimasa itu, mereka memburu Shiah
dimana sahaja; mereka membunuhnya; mereka jadikanya tanpa kediaman;
mereka menafikan hak-haknya dari Baitul Mal dan mereka dilemparkan
dengan berbagai tuduhan dan tohmahan yang menimbulkan rasa marah
orang kepada mereka sehingga ke hari ini.
Bagaimanapun orang-orang Shiah tetap kukuh dengan pendirian mereka.
Mereka bersabar dan dan memegang erat kebenaran yang dipercayai
mereka tanpa memperdulikan cacian sesiapa pun. Dan nilai kekukuhan ini
memang mereka nikmati sehingga kehari ini. Saya mencabar mana-mana
ulama’ kita untuk berdiskusidengan ulama’ mereka. Tentu mereka keluar
setelah itu sebagai seorang yang mendapatkan bimbingan.
Kini, aku telah menjumpai pilihan yang lain, dan syukur kepada Allah yang
memanduku kepadanya, kerana aku tidak akan sampai kesana tanpa
bimbinganNya. Syukur dan puji bagi Allah yang telah memandu saya
kepada golongan yang selamat, yang mana saya mencarinya dengan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 144
bersungguh-sungguh.
Saya tidak mempunyai keraguan bahawa mereka berpegang pada kepada
Ali dan Ahl al-Bayt yang bermakna mereka telah berpegang pada tali
yang sangat kuat yang tidak akan putus selama-lamanya. Terdapat banyak
bukti dari nas Nabi yangdisepakati oleh semua Muslim. Dan akal sahaja
sebenarnya sudah cukup sebagai bukti bagi sesiapa juga yang bijak dan
teliti. Ijmak umat mengatakan bahawa Ali adalah sahabat yang paling
berpengetahuan dan tentunya yang paling berani.Dua ini sahaja telah
cukup sebagai bukti akan keutamaan Ali dibandingkan dengan orang lain
atas hak khilafah.Allah (awj) berfirman: "Berkata nabi mereka kepada
mereka: Sesungguhnya Allah telah mengutus Thalut menjadi raja
untukmu. Berkata mereka itu: Bagaimanakah ia menjadi raja diatas kami,
sedang kami lebih patut menjadi raja daripadanya, dan dia tidak
mempunyai harta yang banyak? Berkata nabi: Sesungguhnya Allah telah
memilih dia diantara kamu, serta menambahinya dengan ilmu yang luas
dan tubuh yang kuat dan Allah memberikan kerajaanNya kepada siapa
yang dikehendakkiNya dan Allah Maha Luas kurniaNya dan Lagi Maha
Mengetahui [2:247]
Dan Rasul Allah (saw) bersabda, "Sesungguhnya Ali adalah dariku, dan
aku adalah dari Ali, dan dia adalah wali bagi setiap mukmin selepasku
[59]."
Al-Zamakhshari berkata didalam sebahagian dari syairnya:
Telah banyak keraguan dan perselisihan
Semua mendakwa berada di jalan yang lurus
Aku pegang erat-erat dengan Laila Ha illa-Llah
Dan cinta kepada Ahmad dan Ali
Telah selamat anjing lantaran cinta kepada Penghuni Gua
Bagaimana aku akan celaka dengan cinta pada keluarga Nabi
Alhamdulillah, kini aku telah menemui alternatif. Selepas Rasulullah aku
menjadi pengikut Amirul Mukminin, Singa Allah al-Ghalib al-Imam Ali ibn
Abi Talib, juga kepada kedua-dua pemuka pemuda-pemuda disyurga
cahaya mata Nabi, al-Imam Abu Muhammad al-Hasan al-Zaki dan Imam
Abu Abdullah al-Husayn; dan juga kepada darah dagingnya baginda
Rasulullah SAWA ibu kepada zuriat Nubuwwah, ibu kepada seluruh imam,
sumber Risalah dan Allah, yang mana Allah marah kerana kemarahannya,
wanita alam semesta, Sayyidah Fatimah al-Zahra AS.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 145
Aku telah menukar Imam Malik, dengan gurunya para imam, dan guru
kepada ummah keseluruhan, Imam Ja’far al-Sadiq AS. Aku berpegang
kepada sembilan imam yang maksum dari zuriat Husayn AS, imamimamnya
kaum Muslimin dan wali-wali Allah as-Solihin.
Aku juga telah menukarkan para sahabat yang berpaling seperti
Muawiyah, Amr ibn al-As, al-Mughira ibn Shu’bah, Abu Hurayrah,
Ikrimah, Ka’b al-Ahbar dan yang lainnya kepada para sahabat yang
bersyukur kepada Tuhannya, dan tidak pernah memungkiri janji yang
telah diberikan kepada Rasul Allah seperti Ammar ibn Yasir, Salman al-
Farisi, Abu Dharr al-Ghafiri, al-Miqdad ibn al-Aswad, Khuzayma ibn
Thabit – dhu al-Shahadatain, Ubay bin Ka'ab dan yang lainnya.Segala puji
bagi Allah di atas petunjukNya.
Aku juga telah menukar para ulama tempatku yang telah menjumudkan
akal-akal kami yang kebanyakannya mengikut para penguasa di setiap
zaman dengan ulama-ulama Syiah yang solihin, yang tidak pernah menutup
pintu ijtihad, tidak pernah merasa hina atau meminta kasihan dari
pemimpin-pemimpin yang zalim ini.
Ya, aku telah menukar alam fikiranku yang sempit dan taksub, yang
percaya dengan berbagai khurafat dan kontradiktif dengan alam fikiran
yang cerah, terbuka, bebas dan percaya pada setiap dalil dan hujah. Atas
dengan kata lain, aku telah membasuh otakku dari daki-daki kesesatan
Bani Umaiyyah yang telah membekas sepanjang tiga puluh tahun, dan kini
mensucikannya dengan aqidah orang-orang yang maksum yang Allah
bersihkan mereka dari segala dosa dan mensucikan mereka dengan
sesuci-sucinya.
Ya, Allah. Hidupkanlah kami di atas agama mereka. Matikan kami di atas
sunnah mereka. Bangkitkanlah kami bersama-sama mereka. Kerana
NabiMu telah bersabda,"Seseorang kelak akan dibangkitkan dengan
orang-orang yang dicintainya".
Dengan demikian maka aku kini kembali ke akar umbi asalku. Ayah dan
paman-pamanku dahulu pernah mengatakan kepada kami bahawa asal
mulanya kami adalah dari golongan sayyid-sayyid yang lari dari Iraq
lantaran tekanan Bani Abbasiyyah. Kemudian meminta perlindungan di
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 146
Afrika Utara sehingga akhirnya menetap di Tunisia yang sehingga kini
masih meninggalkan bekas-bekas sejarah. Di Afrika Utara sendiri banyak
as-Asyraf lantaran keturunannya dari salasilah Ahlul Bayt yang suci.
Namun mereka telah banyak yang tenggelam dalam kesesatan Bani
Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah. Tiada tersisa dari mereka suatu
kebenaran sedikitpun melainkan sikap hormat dan penuh takzim yang
ditunjukkan orang ramai kepada mereka sahaja. Segala puji bagi Allah
kerana hidayahNya ini. Segala puji bagi Allah kerana petunjukNya
kepadaku ini dan kerana dibukakanNya mataku dan pemahamanku untuk
mengetahui suatu kebenaran.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 147

1 Comments:

At September 27, 2013 at 1:52 AM , Blogger Hazri said...

cerita rekaan serta pembohongan yang jelas nyata....kami tidak menemui fakta serta mendengar sedikit pun dari ulama' ahlus sunnah wal jamaah yang memperakui peristiwa pembunuhan terhadap cucunda Nabi S.A.W, Saidina Hussein sebagai suatu ijtihad yang memungkinkan akan mendapat pahla kepada melalukannya itu melainkan dari mulut yang berniat jahat ulama' Syiah yang busuk hati lagi sesat aqidahnya.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home