Thursday, November 4, 2010

akhirnya kutemui kebenaran - ahmad tijani - jumpa syed muhammad baqir al sadar

Perjumpaan Dengan Sayyid Muhammad Baqir as-
Sadr
Bersama Abu Syubbar aku ke rumah Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr.
Dalam perjalanan, beliau sangat mesra denganku dan bercerita secara
ringkas tentang beberapa ulama yang masyhur dan tentang taklid dan
sebagainya. Setibanya kami di rumah Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr,
aku dapati rumahnya penuh sesak dengan para pelajar Hauzah yang
kebanyakannya para pemuda yang memakai serban. Sayyid berdiri
menyambut kedatangan kami. Setelah diperkenalkan, beliau menyambutku
begitu mesra dan mendudukkanku di sisinya. Beliau bertanya tentang
Tunisia dan al-Jazair dan beberapa ulama yang terkenal seperti al-Khidir
Husayn, Thahir bin A'syur dan lain-lain lagi. Aku sangat gembira dengan
percakapannya. Walaupun kewibawaannya yang agung dan penghormatan
yang tinggi yang diberika oleh orang-orang sekitarnya, tetapi aku dapati
diriku tidak begitu kaku seakan-akan aku telah mengenalnya sejak lama
sebelum itu.
Aku banyak belajar dari majlis itu. Aku dengar berbagai pertanyaan
diajukan kepada Sayyid, lalu kemudian dijawabnya dengan bijak. Waktu
itu aku betul-betul mengetahui betapa tingginya nilai mentaklid ulama
yang masih hidup yang menjawab setiap persoalan secara langsung dan
dengan jelas sekali. Aku juga mulai yakin bahawa Syiah adalah kaum
Muslimin yang menyembah Allah SWT dan beriman kepada Risalah Nabi
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 50
kita Muhammad SAWA. Sebelum ini aku meragukan, syaitan juga
menanamkan rasa waswas bahawa setiap apa yang aku lihat adalah suatu
sandiwara semata-mata. Dan mungkin inilah yang dikatakan oleh mereka
sebagai taqiyah, yakni menampakkan sesuatu yang tidak mereka percayai.
Tetapi sikap demikian akhirnya segera lenyap dari benakku kerana tidak
mungkin setiap orang yang aku lihat dan aku dengar di mana bilangan
mereka berjumlaj ratusan semuanya bersandiwara. Untuk apa mereka
bersandiwara? Siapa aku? Apa yang mereka khuatirkan dariku sehingga
harus bertaqiyah di hadapanku? Bukankah di sini ada kitab-kitab mereka
cetakan lama dan baru. Kesemuanya mengesakan Allah dan memuji-muji
RasulNya Muhammad SAWA seperti yang aku baca di dalam berbagai
muqadimmahnya. Sekarang ini aku berada di rumah Sayyid Muhammad
Baqir as-Sadr, seorang marja' Syiah yang amat terkenal di Iraq dan di
luar Iraq. Dan setiap kali nama Muhammad disebut, maka semua akan
mengangkat suara agak keras membawa salawat: Allahumma Solli 'ala
Muhammad wa-ali Muhammad.
Waktu solat tiba. Kami pergi ke masjid yang terletak di samping rumah.
Sayyid Muhammad Baqir mengimamkan kami solat Zuhur dan Asar. Aku
rasakan seakan-akan aku hidup di tengah para sahabat yang mulia. Di
antara dua solat diselangi pembacaan doa yang sangat memilukan hati.
Suara pembacanya begitu mengharukan dan memukau. Setelah selesai
membaca doa, semua membaca salawat beramai-ramai. Allahumma Solli
'ala Muhammad Wa-ali Muhammad. Semua isi doa adalah pujian kepada
Allah SWT dan Muhammad serta keluarganya yang suci dan baik.
Setelah solat, Sayyid duduk di mihrab. Sebahagian orang datang
menyalaminya dan menanyakan berbagai soalan secara perlahan atau
dengan agak keras. Beliau juga menjawab secara perlahan setiap
pertanyaan yang memang diajukan secara perlahan yang akhirnya aku
fahami menyangkut masalah-masalah peribadi. Jika jawapan yang
diharapkan telah didapati maka sipenyoal akan mencium tangannya lalu
pergi. Berbahagialah mereka dengan orang alim yang mulia ini yang
menyelesaikan segala permasalahan-permasalahan mereka dan ikut serta
di dalam dukacita mereka.
Sambutan Sayyid yang demikian hangat serta perhatian yang
diberikannya yang begitu berat membuatku terlupa dengan sanak
saudaraku di kampung halaman. Aku rasakan jika aku berada bersamanya
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 51
selama sebulan sahaja maka aku akan menjadi Syiah kerana akhlaknya
yang tinggi, sikap rendah dirinya dan kemurahan hatinya. Setiap kali aku
melihat wajahnya beliau tersenyum dan memulakan percakapan.
Ditanyanya apa kekuranganku. Selama empat hari itu aku tidak
meninggalkannya melainkan waktu tidur sahaja, walau orang-orang yang
datang berziarah atau ulama yang datang mengunjungi cukup banyak
sekali. Aku juga dapati orang-orang Saudi ada di sana. Aku tidak pernah
tahu yang orang-orang Syiah juga ada di Hjaz. Demikian juga ulama dari
Bahrain, Qatar Emiriyyah Arab Bersatu, Lebanon, Syria, Iran,
Afghanistan, Turki dan Afrika. Sayyid berbicara dengan mereka dan
membantu hajat-hajat mereka. Semua yang keluar dari rumahnya nampak
sekali senang dan puas hati. Aku tidak akan terlupa dengan suatu kes
yang aku saksikan dan sangat kagum dengan cara penyelesaiannya. Aku
sebutkan ini sebagai suatu sejarah lantaran menyirat suatu pelajaran
yang sangat penting agar kaum Muslimin tahu betapa ruginya mereka
dengan meninggalkan hukum-hukum Allah.
Empat orang datang menghadap Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr. Aku
rasa mereka adalah orang-orang Iraq kerana loghat bahasanya aku
fahami demikian. Seorang dari mereka telah mendapatkan warisan
sebuah rumah dari datuknya yang telah meninggal dunia beberapa tahun
sebelumnya. Kemudian rumah tersebut dijualnya kepada orang kedua
yang juga hadir di sana. Setelah setahun dari tarikh penjualan, datang
dua orang yang mengaku sebagai pewaris yang sah (syari'e) dari simati.
Keempat-empat mereka duduk di hadapan Sayyid, dan masing-masing
mengeluarkan berbagai kertas dan surat bukti. Setelah Sayyid membaca
surat-surat tersebut dan berbicara dengan mereka sejenak maka beliau
memberikan hukum secara adil. Diberinya sipembeli hak untuk
menggunakan rumah tersebut, dan disuruhnya sipenjual untuk membayar
hak waris bahagian dua saudara tadi dari hasil jualan. Setelah itu semua
mereka berdiri dan mencium tangan Sayyid lalu saling berpelukan.
Aku sangat terkejut dan tidak percaya. Aku tanyakan kepada Abu
Syubbar apakah kes itu telah selesai. Ya, jawabnya. Setiap mereka telah
mendapatkan haknya masing-masing. Subhanallah. "Semudah ini ada
dalam waktu yang demikian singkat, hanya beberapa saat sahaja
permasalahan ini dapat diselesaikan!!! Kes seperti ini jika berlaku di
negeri kami, paling tidak ia akan memakan waktu sepuluh tahun
sehinggalah mereka telah mati dan diteruskan kemudiannya oleh anak-
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 52
anaknya. Tambahan lagi, mereka harus membayar kos mahkamah, peguam,
dan sebagainya yang kebanyakannya tidak kurang dari harga rumah itu
sendiri. Bermula dari mahkamah umum, kemudian negeri lalu mahkamah
agung dan akhirnya semua pihak tidak puas hati setelah mengalami
kesusahan, kos yang mahal dan rasuah yang tidak sedikit jumlahnya.
Tambahan lagi permusuhan dan kebencian yang timbul antara sesama
keluarga dan sanak keluarga."Kami juga punya hal serupa itu atau bahkan
lebih,"kata Abu Syubbar,"Maksud anda?"Tanyaku."Jika orang
mengangkat permasalahan mereka kepada mahkamah pemerintah, maka
hasilnya seperti yang anda ceritakan tadi. Namun jika mereka mentaqlid
kepada seorang Marja' agama dan terikat dengan hukum-hukum Islam
maka mereka tidak akan mengangkat permasalahan mereka kecuali
kepada marja' sahaja, dan marja' juga akan menyelesaikan perkara
mereka dalam masa beberapa saat sahaja seperti yang anda saksikan
sebentar tadi. Adakah hakim yang lebih baik selain daripada Allah bagi
orang-orang yang berakal? Sayyid Sadr juga tidak mengambil apa-apa
bayaran pun dari mereka. Jika mereka pergi ke mahkamah-mahkamah
pemerintah yang ada maka mereka akan menderita banyak."
"Subhanallah. Aku masih tidak percaya dari apa yang aku lihat. Kalaulah
mata ini tidak menyaksikannya sendiri maka tidak mungkin aku akan
mempercayai."
"Begitulah, ya akhi. Kes ini masih ringan jika dibandingkan dengan kes-kes
lain yang lebih rumit dan menyangkut nyawa. Tetapi para marja' dapat
menyelesaikannya dalam waktu yang relatif singkat."
"Jadi di Iraq ini ada dua pemerintahan, pemerintahan negara dan
pemerintahan ulama, begitu?"Tanyaku hairan.
"Tidak. Di sini ada pemerintahan negara sahaja, tetapi kaum Muslimin
dari Mazhab Syiah yang bertaqlid pada marja' mereka tidak ada apa-apa
hubungan dengan pemerintahan. Mengingat di sini adalah pemeritahan
Ba'ath bukan pemerintahan Islam. Mereka patuh pada hukum-hukum
seperti kewarganegaraan, pajak, peraturan-peraturan kota dan hal-hal
peribadi lainya. Seandainya berlaku suatu kes antara seorang Muslim
yang beragama, maka pasti ia akan terpaksa mengangkatnya kepada
mahkamah pemerintah. Kerana yang kedua ini tidak suka dengan
keputusan ulama. Namun jika yang bersengketa adalah antara sesama
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 53
Mukmin, maka mereka merujuk kepada para marja'. Apa sahaja yang
dihukumkan oleh marja' tersebut akan diterima oleh semua tanpa ada
sebarang keberatan. Itulah kenapa kes-kes yang berlaku dapat
diselesaikan dalam waktu sehari sahaja oleh para marja', sementara di
mahkamah-mahkaman lain memakan masa waktu berbulan-bulan bahkan
bertahun-tahun."
Kejadian itu menggerakkan jiwaku merasa rela terhadap segala hukum
Allah SWT.
Dari situ aku faham makna firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesiapa
yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka
mereka adalah orang-orang kafir. Sesiapa yang tidak tidak
menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka
adalah orang-orang yang zalim. Sesiapa yang tidak tidak menghukum
dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka adalah orangorang
yang fasiq" (Al-Maidah: 44, 45, 47).
Ia juga menggerakkan dalam diriku suatu dendam dan memberontak
terhadap mereka yang zalim yang telah merubah hukum-hukum Allah
SWT yang adil kepada hukum buatan manusia yang zalim. Bahkan mereka
mengejek hukum-hukum Allah dengan cara yang keji. Mereka mengatakan
bahawa hukum Allah adalah barbarisme dan kejam kerana menegakkan
hukum hudud yang memotong tangan pencuri dan merejam penzina serta
membunuh sipembunuh. Dari mana datangnya teori-teori yang asing
seperti ini? Sudah pasti ianya datang dari barat dan musuh-musuh Islam
yang melihat bahawa perlaksanaan hukum-hukum Islam bermakna
penamatan terhadap kekuasaan mereka secara total. Ini kerana mereka
adalah para pencuri, pengkhianat, penzina, penjenayah, dan pembunuh.
Jika hukum-hukum Allah dilaksanakan terhadap mereka maka kita telah
aman dari mereka.
Di hari-hari itu berlaku banyak diskusi antara aku dan Sayyid Sadr. Aku
tanyakan kepadanya berbagai soalan, besar atau kecil dari kesimpulan
yang aku buat setelah berbagai diskusi dengan teman-teman, sama ada
tentang aqidah mereka, tentang sahabat, semoga Allah meredhai mereka,
tentang aqidah mereka terhadap Imam dua belas, Ali dan anak-anaknya
dan lain-lain lagi yang tidak sama dengan aqidah kami.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 54
Aku tanyakan kepada Sayyid Sadr tentang Imam Ali, kenapa diucapkan
ketika azan dengan sebutan Waliyullah? Beliau menjawab:"Amirul
Mukminin Ali AS adalah di antara hamba Allah yang dipilihNya untuk
meneruskan tanggungjawab menyampaikan RisalahNya setelah para
NabiNya. Mereka adalah para wasi Nabi SAWA. Setiap Nabi ada wasi,
dan wasi Nabi Muhammad SAWA adalah Ali AS. Kami mengutamakannya
di atas semua sahabat kerana Allah dan RasulNya mengutamakanNya. Dan
kami mempunyai dalil aqli dan naqli, al-Qur'an dan Sunnah dalam hal ini.
Dalil-dalil ini tidak dapat diragukan kebenarannya, lantaran ia mutawatir
dan sahih di dalam jalur sanad kami, dan hatta di jalur sanad Ahlul
Sunnah Wal-Jamaah. Para ulama kami telah menuliskan berbagai buku
tentang hal ini. Ketika pemerintahan Bani Umayyah cuba menghapuskan
kebenaran ini dan memerangi Amirul Mukminin Ali AS dan anak-anaknya
serta membunuh mereka; bahkan mencaci dan melaknatnya di atas
mimbar-mimbar kaum Muslimin serta memaksa manusia untuk berbuat
serupa, melihat ini maka Syiahnya dan para pengikutnya, semoga
meredhai mereka, menyaksikan bahawa beliau adalah Waliyullah. Sikap ini
sebagai bantahan mereka terhadap penguasa yang zalim saat itu
sehingga kemuliaan sebenarnya dapat dikembalikan kepada Allah,
RasulNya dan orang-orang Mukminin sahaja. Dan supaya ini terjadi
sebagai bukti sejarah kepada segenap kaum Muslimin yang datang
berikutnya, agar mereka tahu tentang kebenaran Ali dan kebatilan
musuh-musuhnya.
Para fuqaha kami mengatakan bahawa syahadah kepada wilayah Ali
sewaktu azan adalah hukumnya sunat, dengan niat ianya bukan dari
bahagian azan dan iqamah. Jika seorang muazin menganggap ianya
bahagian dari azan dan iqamah maka azannya dianggap tidak sah. Perkaraperkara
sunat di dalam ibadah dan muamalat banyak sekali jumlahnya.
Seorang Muslim akan diberi ganjaran jika melakukannya dan tidak akan
berdosa jika meninggalkannya. Sebagai contoh, dalam suatu hadith ada
disebutkan bahawa setelah mengucapkan syahadah kepada Allah dan
Muhammad di dalam azan, maka disunatkan bersyahadah bahawa syurga
itu adalah benar, neraka itu benar, dan Allah akan membangkitkan
manusia dari kuburnya."
Aku katakan bahawa para ulama kami mengajarkan bahawa Sayyidina Abu
Bakar as-Sidiq adalah khalifah yang paling utama, kemudian Sayyidina
Umar al-Faruq, Sayyidina Uthman, dan kemudian barulah Sayyidina Ali,
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 55
semoga Allah meredhai mereka semua.
Sayyid diam sejenak lalu berkata: Mereka boleh berkata apa sahaja
tetapi jauh sekali untuk membuktikannya secara dalil syariah. Lalu ianya
sangat bertentangan dengan apa yang tertulis di dalam kitab-kitab
mereka yang sahih dan muktabar. Di sana tertulis bahawa manusia yang
paling utama adalah Abu Bakar, kemudian Uthman. Tidak ada kata-kata
Ali sama sekali. Justeru Ali dijadikan sebagai manusia awam sahaja.
Namun para ahli sejarah menyebutkannya para Khulafa ar-Rasyidin
sahaja."
Aku tanyakan juga tentang tanah yang digunakan untuk sujud atau biasa
disebut Turbah Husainiyyah. Beliau menjawab:"Pertama-tama wajib
diketahui bahawa kami bukan sujud kepada tanah, seperti yang disangka
oleh mereka yang bencikan Syiah tetapi kami sujud di atas tanah. Sujud
hanya kepada Allah semata-mata. Apa yang terbukti secara dalil bagi
kami dan juga di sisi Ahlul Sunnah bahawa yang utama adalah sujud di
atas tanah atau di atas sesuatu yang tumbuh dari tanah tetapi bukan
sejenis dari bahan makanan. Selain dari itu tidak sah sujud di atasnya.
Dahulunya Rasulullah SAWA duduk di atas tanah dan menjadikan
sebongkah tanah sebagai tempat sujudnya. Beliau juga mengajarkan
kepada sahabat-sahabatnya demikian juga sehingga mereka sujud di
atasnya, dan di atas hujung bajunya. Hal ini diketahui sangat lumrah
sekali di sisi kami.
Imam Zainal Abidin dan Sayyid as-Sajidin Ali bin Husayn AS mengambil
tanah dari kuburan ayahnya Abu Abdillah al-Husayn as-Syahid sebagai
turbahnya. Ini kerana tanahnya bersih dan suci dan telah disiram oleh
darah Sayyidis-Syuhada' (Penghulu Para Syuhada - Imam Husayn AS).
Dan para Syiahnya meneruskan kebiasaan ini sehingga ke hari ini. Kami
tidak mengatakan bahawa sujud di atas selainnya bermakna tidak sah.
Sujud akan sah di atas sebarang tanah atau sebarang batu suci,
sebagaimana ia juga akan sah sujud di atas tikar atau hamparan yang
dibuat dari pelepah kurma dan sejenisnya."
Aku tanya lagi tentang peringatan Sayyidina Husayn AS, kenapa Syiah
menangis dan memukul-mukul dada sehingga berdarah? Bukankah ini
haram di dalam Islam. Nabi juga telah bersabda:"Bukan dari golongan
kami mereka yang memukul-mukul pipi dan mengoyak-ngoyak baju serta
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 56
melakukan seperti perbuatan Jahiliyyah."
Sayyid menjawab:"Hadith ini memang sahih tetapi ia tidak dapat
diterapkan untuk peringatan Abu Abdillah al-Husayn. Mereka yang
menyeru pada perjuangan Husayn da nmengikut jejaknya, perbuatan ini
bukan sejenis perbuatan Jahiliyyah. Lalu di dalam Madzab Syiah ada
manusia yang beragama, ada yang alim, dan ada juga yang jahil. Kesemua
mereka mempunyai rasa emosi. Jika di dalam mengingati kesyahidan
Husayn dan apa yang terjadi kepada keluarganya serta para sahabatnya,
sama ada yang dibunuh atau yang ditawan lalu perasaan emosinya
menguasai mereka maka mereka akan mendapatkan pahala di sisi
Tuhannya kerana niat adalah fisabillah semata-mata. Dan Allah
memberikan ganjaran kepada hamba-hambaNya sekadar niat mereka
masing-masing.
Seminggu yang lalu saya membaca suatu kenyataan rasmi dari pemerintah
Mesir sempena kematian Jamal Abdul Nasir. Dikatakan bahawa mereka
telah mencatat lapan belas kes bunuh diri kerana mendengar kematian
Jamal Abdul Nasir. Ada yang terjun dari tingkat atas bangunan yang
bertingkat; ada yang terjun ke bawah rel keretapi dan lain-lain lagi. Ini
saya sebutkan sebagai contoh bagaimana emosi manusia kadang-kadang
boleh menguasai manusia itu sendiri. Jika manusia Muslim boleh
membunuh diri lantaran kematian Jamal Abdul Nasir, walhal dia mati
secara wajar, maka tidak ada hak bagi kita untuk menghukum bahawa
Ahlul Sunnah adalah salah. Dan tidak ada hak bagi Ahlul Sunnah
menghukum saudara-saudara mereka dari Syiah sebagai salah lantaran
menangisi Sayyid as-Syuhada al-Husayn. Mereka meratapi penderitaan
Husayn dan bahkan hingga ke hari ini. Rasulullah sendiri pernah menangis
untuk Husayn, dan Jibril juga menangis kerana tangisnya Rasulullah."
"Kenapa Syiah menghiasi kuburan wali-wali mereka dengan emas dan
perak sedangkan ia haram di dalam Islam?", Tanyaku lagi.
"Ini tidak hanya ada di dalam Syiah sahaja,"jawab Sayyid."Ia juga tidak
haram. Lihatlah masjid-masjid saudara kami dari golongan Ahlul Sunnah,
sama ada di Iraq, Mesir, Turki atau negara-negara Islam yang lain. Ratarata
dihiasi dengan emas dan perak. Begitu juga dengan masjid Rasulullah
SAWA di Madinah al-Munawarah dan Baitullah al-Haram di Mekah yang
setiap tahun dipakaikan dengan perhiasan emas yang baru dengan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 57
perbelanjaan berjuta-juta. Ini tidak hanya ada pada Madzhab Syiah
sahaja.
"Ulama Saudi berkata bahawa mengusap tangan di atas kubur, minta doa
dari orang-orang yang soleh serta mengambil barakah dari mereka semua
itu adalah syirik kepada Allah. Bagaimana pendapat anda dalam hal ini?"
"Jika mengusap tangan di atas kubur dan menyebut nama-nama
penghuninya dengan niat bahawa mereka memberi manfaat atau
mendatangkan mudarat maka tidak ragu-ragu lagi ia adalah syirik. Orangorang
Muslim adalah orang yang muwahid (bertauhid) dan mengetahui
bahawa Allah sahajalah yang memberi manfaat atau mudarat. Mereka
menyeru para wali dan imam AS adalah untuk menjadikan mereka sebagai
wasilah atau perantara mereka kepada Allah SWT. Ini tidak syirik. Kaum
Muslimin, Sunnah dan Syiah sepakat dalam hal ini sejak zaman Rasul
sehingga sekarang melainkan Wahabiyyah atau ulama Saudi yang seperti
anda sebutkan. Mereka telah memfitnah kaum Muslimin dengan aqidah
mereka ini, mengkafirkan mereka dan bahkan menghalalkan darah
mereka. Para jamaah haji Baitullah al-Haram dipukul lantaran mereka
berkata: As-Salamu Alaika Ya Rasulullah. Dan tidak diperkenankan
siapapun untuk menyentuh kuburan suci Nabi Muhammad SAWA. Mereka
telah berdiskusi dengan ulama kami beberapa kali tetapi mereka tetap
degil dan sombong."
"Sayyid Syarafuddin, seorang di antara ulama Syiah ketika pergi haji ke
Baitullah al-Haram di zaman raja Abdul Aziz Ali Saud, adalah di antara
ulama yang dijemput ke istana raja untuk mengucapkan selamat Hari Raya
Aidul Adha kepada raja. Ketika tiba gilirannya untuk bersalaman dengan
raja, dihadiahkannya kepada raja sebuah mushaf al-Qur'an yang
berkulitkan kulit binantang. Raja menerima hadiah tersebut lalu
diciumnya dan diletakkannya di atas dahi sebagai tanda penghormatan
dan pentakziman. Lalu Sayyid Syarafuddin berkata ketika itu: Wahai
Raja, kenapa anda mencium kulit dan mengagungkannya. Ia hanya berupa
kulit kambing, tidak lebih?" Yang aku maksudkan adalah pentakziman
kepada al-Qur'an al-Karim yang di dalamnya, bukan kepada kulit ini."
Kemudian Sayyid Syarafuddin menjawab:"Anda bijak hai Raja. Begitulah
juga ketika kami mencium pintu-pintu kuburan Nabi atau dindingdindingnya.
Kami tahu bahawa ia adalah besi yang tidak memberi apa-apa
manfaat atau mudarat. Tetapi yang kami maksudkan adalah orang yang
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 58
ada di sebalik besi dan kayu-kayu itu. Kami bermaksud mentakzimkan
Rasulullah SAWA sebagaimana anda bermaksud mentakzimkan al-Qur'an
dengan mencium kulit kambing yang membungkus al-Qur'an ini."
"Para hadirin mengucapkan takbir sebagai tanda kagum atas Sayyid ini.
Mereka berkata: anda benar, anda benar. Akhirnya Raja terpaksa
mengizinkan para jamaah haji untuk melakukan tabaruk (mengambil
barakah) dari peninggalan-peninggalan Nabi SAWA sehinggalah datang
raja berikutnya. Lalu larangan itu dikenakan semula."
"Hal yang sebenarnya bukanlah kerana mereka takut kaum Muslimin akan
syirik kepada Allah tetapi ia ada menyirat suatu masalah politik untuk
menguasai kaum Muslimin dan memperkuatkan kerajaan mereka. Sejarah
adalah sebaik-baik bukti atas apa yang mereka lakukan terhadap ummat
Muhammad SAWA."
Aku tanya juga tentang tarekat-tarekat sufi. Jawabnya singkat:"Ada
yang positif seperti membina diri dan mendidiknya untuk sederhana di
dalam hidup dan bersikap zuhud atas kenikmatan-kenikmatan dunia serta
melatih diri untuk berangkat tinggi ke alam ruh yang suci. Sementara
yang negatif seperti mengasingkan diri dan lari dari realiti kehidupan,
terbatas hanya berzikir kepada Allah secara lafzi (lafaz) dan lain-lain
lagi. Islam seperti yang diketahui membenarkan yang positif dan
membuang jauh-jauh yang negatif. Kita patut katakan bahawa semua
prinsip-prinsip Islam adalah positif."
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 59
Ragu-ragu Dan Bingung
Jawapan Sayyid Muhammad Baqir as-Sadir jelas dan menyakinkan tetapi
apakah mungkin ia akan mempengaruhi orang seumpamaku yang telah
menghabiskan umurnya selama dua puluh lima tahun di dalam prinsip
mensucikan para sahabat dan menghormati mereka terutamanya Khulafa
al-Rasyidin yang Rasulullah SAWA menyuruh kita berpegang teguh
dengan sunnah mereka dan berjalan di bawah bimbingan mereka. Di atas
semua mereka adalah Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayyidina Umar
al-Faruq.
Dan sejak kedatanganku ke Iraq tidak pernah aku dengar nama mereka.
Yang aku dengar adalah nama-nama lain yang asing bagiku dan nama dua
belas imam. Mereka juga mendakwa bahawa Rasulullah SAWA telah
menunjuk Ali sebagai khalifah sebelum wafatnya. Bagaimana mungkin aku
dapat mempercayainya bahawa para sahabat yang mulia, manusia yang
paling utama selepas Nabi, bersepakat di dalam menentang Ali
Karamallah wajhahu. Dan sejak kecil lagi kami diajar bahawa para
sahabat RA sangat menghormati Imam Ali dan mengetahui haknya. Beliau
adalah suaminya Fatimah az-Zahra', ayahnya Hasan dan Husayn dan pintu
kota ilmu. Begitu juga Sayyidina Ali. Beliau tahu haknya Abu Bakar as-
Siddiq, orang pertama yang masuk Islam dan menemui Rasul sewaktu
beliau berada di gua sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Qur'an.
Rasulullah SAWA juga telah menyuruhnya menjadi imam jamaah ketika
baginda sakit dan bersabda untuknya:"Seandainya aku harus mengambil
Khalil (teman dekatku) maka Aku Bakar yang aku akan ambil sebagai
Khalilku." Itulah kenapa kaum Muslimin memilihnya sebagai Khalifah
mereka. Imam Ali juga tahu tentang keutamaan Sayyidina Umar
kerananya Islam telah diangkat oleh Allah dan Rasul telah memberinya
gelaran sebagai al-Faruq, yakni yang memisahkan antara haq dan batil.
Beliau juga tahu tentang keutamaan Sayyidina Uthman di mana Malaikat
Rahman malu kepadanya dan yang telah menyediakan Pasukan al-U'srah
serta dinamakan Rasulullah sebagai Zun Nurain (yang mempunyai dua
cahaya).
Kenapa saudara-saudara kami kaum Syiah tidak mengetahui semua ini,
ataukah mungkin mereka berpura-pura tidak tahu dan menjadikan mereka
sebagai manusia-manusia diumbang-ambingkan oleh hawa nafsu dan
kerakusan duniawi daripada mengikuti yang haq. Kerana itu maka mereka
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 60
melanggar perintah Nabi setelah wafatnya, padahal sebelumnya mereka
berlumba-lumba untuk menjalankan perintahnya; bahkan ada yang
membunuh anak-anak mereka, ayah-ayah mereka dan keluarga mereka
demi kemuliaan Islam dan kejayaannya. Mereka yang membunuh ayah dan
anaknya lantaran patuh kepada Allah dan RasulNya tidak mungkin akan
dipengaruhi oleh dunia yang fana ini, seperti merebut jawatan khalifah,
lalu berpura-pura jahil dengan perintah Rasulullah dan meninggalkannya.
Kerana alasan-alasan itu aku tidak percaya pada apa yang dikatakan oleh
Syiah walaupun dalam banyak hal aku yakin dengan hujah-hujah mereka.
Aku bingung dan ragu-ragu. Ragu-ragu lantaran kata-kata ulama Syiah
sangat rasional dan logik. Bingung dan tidak percaya lantaran para
sahabat RA dipandang sedemikian rupa sehingga mereka seperti manusia
biasa bagaikan diri kita ini. Tiada cahaya Risalah menyinari mereka dan
tiada pula bimbingan Muhammad mendidik mereka. Ya Ilahi, bagaimana
mungkin terjadi begini? Mungkinkah para sahabat dalam taraf yang
dikatakan oleh orang-orang Syiah itu? Yang penting sikap ragu-ragu dan
bingung ini adalah mulanya kelemahan dan pengakuan bahawa di sana ada
hal-hal tersembunyi yang harus dibongkar agar dapat sampai kepada
kebenaran.
Temanku Mu'nim datang dan kami pergi ke Karbala. Di sana aku ikut
serta dalam majlis musibahnya Sayyidina Husayan sebagaimana yang
dihayati oleh orang-orang Syiah. Waktu itu aku sedar bahawa Sayyidina
Husayn sebenarnya 'belum mati.' Orang-orang begitu ramai dan saling
bersesak-sesak di sekitar kuburannya Sayyidina Husayn. Mereka
menangis teresak-esak yang tidak pernah aku saksikan seumpama ini
sebelum ini yang bagaikan Husayn baru sahaja syahid. Aku dengar para
penceramah menggugah emosi dan perasaan para hadirin dengan
menceritakan tragegi Karbala dengan suara yang mengharukan. Hampir
setiap orang yang mendengarnya tidak dapat menahan diri kecuali ikut
menangis. Aku menangis dan terus menangis. Aku biarkan diriku
melepaskan deritanya yang seakan-akan sebelum ini terbelenggu. Aku
rasakan suatu kelegaan jiwa yang luar biasa yang tidak pernah aku
ketahui sebelum ini. Seakan-akan dahulunya aku berada di barisan musuhmusuh
Imam Husayn, dan tiba-tiba sekarang aku berbalik dan ikut serta
para sahabatnya dan para pengikutnya yang berkorban untuknya.
Waktu itu sipenceramah membawakan cerita al-Hur, salah seorang
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 61
komandan pasukan tentera musuh yang diperintahkan untuk memerangi
Husayn. Namun ketika beliau berdiri di barisan peperangan, dia gementar
dahsyat. Ketika ditanya oleh sebahagian temannya: apakah anda takut
mati hai Hur? Hur menjawab: demi Allah tidak. Tetapi aku kini sedang
mempertaruhkan nyawaku di antara syurga dan neraka. Kemudian dia
menyebat kudanya dan pergi ke arah Husayn. Dia berkata: wahai putra
Rasulullah, adakah jalan bagiku untuk bertaubat?
Mendengar ini aku tidak dapat menahan diriku. Aku jatuh dan menangis
seakan-akan aku sedang melakukan peranan Hur. Aku berkata: wahai
putra Rasulullah, apakah ada jalan bagiku untuk bertaubat? Maafkan aku
wahai putra Rasulullah!
Ketika itu suara penceramah sangat mengharukan. Terdengar suara
tangisan para hadirin menguak suasana. Ketika itu temanku mendengar
suara jeritanku lalu dia datang dan memelukku. Sambil menangis dia
memelukku bagaikan seorang ibu memeluk anaknya. Dia menyebutkan
kata-kata, ya Husayn......ya Husayn.....secara perlahan. Saat-saat itu
benar-benar mengajarku makna suatu tangisan. Air mataku seakan
membasuh semua kalbuku dan jasadku dari dalam. Waktu itu aku baru
faham maksud hadith Rasul:"Jika kalian tahu apa yang aku ketahui maka
kalian tertawa sejenak dan menangis banyak."
Separuh daripada hari ini aku hanya berdiam diri. Temanku berusaha
menghiburkanku dan mengucapkan takziah kepadaku. Diberinya aku
sedikit manisan, tetapi rasa keinginanku untuk makan hari itu sama sekali
hilang. Aku minta temanku menceritakan kepadaku kisah syahidnya
Sayyidina Husayn kerana aku tidak tahu sama sekali tentang tragedi
Karbala ini. Apa yang aku tahu adalah cerita orang-orang tua kami yang
mengatakan bahawa orang-orang munafiq membunuh Sayyidina Umar,
Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali, mereka jugalah yang membunuh
Sayyidina Husayn. Selebihnya kami tidak tahu lagi. Bahkan pada Hari
Asyura kami menyambutnya dengan sukaria kerana dianggap sebagai hari
raya Islam. Hari itu zakat-zakat harta dikeluarkan, berbagai makanan
yang lazat dihidangkan dan anak-anak pergi meminta wang dari orangorang
tua untuk membeli mainan dan manisan.
Memang ada sebahagian adat dibeberapa daerah di mana penduduknya
menyalakan api, tidak bekerja, tidak berkahwin, dan tidak bersukaria
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 62
pada hari itu. Tetapi itu kami katakan sebagai adat sahaja tanpa
mengetahui makna yang tersirat di sebalik itu. Ulama kami meriwayatkan
berbagai hadith tentang keutamaan Hari Asyura serta berbagai barakah
dan rahmat yang ada di dalamnya. Sungguh aneh perkara itu.
Setelah itu kami berziarah ke kuburan Abbas, adiknya Husayn. Waktu itu
aku tidak kenal siapa beliau. Temanku telah menceritakan kepadaku
tentang kegagahan dan kepahlawanannya. Di sana juga kami berjumpa
dengan berbagai ulama yang tidak aku ingat betul nama-nama mereka,
melainkan gelaran-gelaran tertentu seperti Bahrul Ulum, Sayyid Hakim,
Kasyf al-Ghito', Ali Yasin, Tabatabai, Fairuz Abadi, Asad Haidar, dan
lain-lain lagi.
Secara jujur harus dikatakan bahawa mereka sebenarnya adalah ulama
yang bertaqwa, berwibawa dan terhormat. Orang-orang Syiah sangat
menghormati mereka dan memberikan khums dan harta mereka kepada
mereka. Dengan wang itu mereka mentadbir urusan Hauzah Ilmiah,
mendirikan berbagai sekolah dan percetakan, serta memberikan biasiswa
kepada para talabah (penuntut) yang datang dari seluruh dunia Islam.
Mereka benar-benar berdikari dan tidak bergantung kepada para
penguasa, sama ada yang dekat atau yang jauh, tidak seperti keadaan
ulama kita yang tidak akan memberikan fatwa atau sependapat kecuali
melihat apa pendapat para penguasanya yang menjamin kehidupan mereka
dan yang dapat menyingkirkan atau melantik seseorang.
Sungguh ia merupakan suatu dunia baru yang aku
temukan atau diketemukan oleh Allah untukku. Kini aku
meyenanginya dan dapat menyesuaikan diri bersamanya
setelah sekian lama aku memusuhinya. Orang alim ini
telah membukakan untukku berbagai pemikiranpemikiran
yang baru. Beliau juga telah membangkitkan
diriku untuk mencintai pengkajian, penelitian, dan
belajar bersungguh-sungguh sehingga harus aku temui
kebenaran yang dicari.
Apa lagi hadith Nabi yang bermaksud, "Bani Israel telah berpecah
kepada tujuh puluh satu firqah, Nasrani telah berpecah kepada tujuh
puluh firqah dan umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga
firqah. Semuanya di neraka kecuali satu sahaja." Hadith ini sangat
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 63
mengusikku untuk mengetahui lebih jauh tentang suatu kebenaran yang
dimaksudkan.
Kini tidak ada kaitan dengan berbagai agama yang mendakwa bahawa ia
adalah yang benar sementara yang lain salah. Yang aku hairankan dan
membingungkan adalah maksud hadith ini. Lebih menghairankan lagi
adalah sikap kaum Muslimin yang sering membaca dan mengulang-ulangi
hadith ini di dalam khutbah-khutbah mereka tetapi tidak pernah mahu
untuk mengkaji maksudnya agar dapat membedakan mana golongan yang
hak dari yang golongan yang batil.
Anehnya, setiap golongan mendakwa bahawa ia satu-satunya yang kelak
akan selamat. Di dalam urusan hadith itu tertulis, "Sahabat bertanya,
siapa mereka ya Rasulullah?" Nabi menjawab:"Apa yang aku dan sahabatsahabatku
ada di atasnya." Adakah suatu golongan yang tidak berpegang
kepada Kitab dan Sunnah, atau mendakwa selain dari al-Qur'an dan
Sunnah? Seandainya Imam Malik, atau Abu Hanifah, atau Syafie, atau
Ahmad bin Hanbal ditanya, apakah mereka akan mendakwa selain dari
berpegang kepada al-Qur'an dan Sunnah yang sahih? Ini baru madzhabmadzhab
yang ada di dalam dunia Sunni. Bagaimana pula dengan golongan
Syiah? Madzhab ini juga mendakwa bahawa ia berpegang kepada Kitab
Allah dan Sunnah yang sahih yang diriwayatkan kesemuanya oleh Ahlul
Bayt yang suci."Dan Ahlul Bayt lebih mengetahui apa isi rumahnya
dibandingkan dengan yang lain,"kata mereka. Apakah mungkin kesemuanya
dalam kebenaran seperti yang didakwa. Ini tidak mungkin sama sekali;
mengingatkan bahawa hadith tersebut bermaksud sebaliknya. Lain halnya
jika dikatakan bahawa hadith tersebut palsu atau dusta. Tetapi ini tidak
mungkin, mengingatkan bahawa hadith tersebut bersifat mutawatir sama
ada menurut Sunnah atau pun Syiah. Apakah mungkin hadith ini tidak
mempunyai makna dan maksud? Tetapi jauh sekali bagi Rasulullah untuk
mengatakan sesuatu yang tiada bermaksud, kerana baginda tidak berkata
sesuatu kecuali merupakan wahyu ; dan setiap hadisnya mengandungi
hikmat dan pelajaran. Nah, kita terpaksa harus mengakui bahawa ada
satu golongan yang benar dan lainnya salah. Hadis ini memang
menimbulkan kebingungan, tetapi ia juga membangkitkan sikap ingin tahu
dan meneliti bagi mereka yang inginkan keselamatan.
Kerana itulah timbul sikap ragu-ragu dan bingung setelah perjumpaanku
dengan orang-orang Syiah. Siapa tahu mungkin mereka mengatakan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 64
sesuatu yang hak dan berkata jujur. Kenapa aku tidak teliti dan kaji.
Islam telah mewajibkanku mengkaji, memperbandingkan dan meneliti
seperti yang disebutkan di dalam Al Quran dan Sunnah. Allah
berfirman :"Mereka yang berjihad di jalan Kami maka Kami pasti akan
menunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami: (S: al-Ankabut :69). Dia
juga berfirman: "Mereka yang mendengar suatu perkataan lalu mengikuti
yang terbaik di antaranya, maka mereka adalah orang-orang yang diberi
hidayat oleh Allah dan mereka adalah orang-orang yang berfikir." (S: az-
Zumar :18)
Dengan keputusan dan azam yang jujur ini aku berjanji kepada diriku dan
teman-teman Syiahku di Iraq. Aku sangat terharu kerana berpisah
dengan mereka. Aku telah sangat mencintai mereka dan mereka juga
mencintaiku. Aku telah tinggalkan teman-teman yang mukhlis dan mulia,
yang telah mengorbankan waktu mereka keranaku dan tiada menyimpan
sebarang maksud. Tujuan mereka semata-mata ingin mendapatkan
keredhaan Allah s.w.t. Di dalam sebuah hadis disebutkan : "Satu orang
yang mendapatkan hidayah Allah di tanganmu adalah lebih baik bagimu
dari apa yang diterbitkan matahari."
Aku meninggalkan Iraq setelah dua puluh hari berada di sekitar makam
Imam-imam dan Syiah mereka. Kesemua itu berlalu seakan suatu mimpi
indah yang enggan dilepaskan oleh yang tidur. Kutinggalkan Iraq dengan
rasa agak kesal lantaran waktunya yang begitu singkat, dan perpisahan
yang mesti dengan orang-orang yang sangat baik hati dan berpaut cinta
kepada Ahlul Bait Nabi s.a.w.. Aku pergi menuju Hijaz bermaksud
berkunjung ke Baitullah al-Haram dan makam Sayyidul Awwalin Wal
Akhirin Sallallahu Alaihi Wa Alihi at-Tayyibin at-Tahirin.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 65

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home