Thursday, November 4, 2010

akhirnya kutemui kebenaran - sejarah ringkas hidupku

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Ahmad Tijani; Bab:12345678
Kandungan
Persembahan
Sejarah Ringkas Hidupku
Haji Ke Baitullah
Perjalanan Yang Berjaya
Perjumpaan di Atas Kapal
Pertama Kali Melawat Iraq
Abdul Kadir Jailani dan Musa al-Kazim
Ragu-ragu
Berangkat ke Najaf
Perjumpaan dengan ulama
Perjumpaan dengan Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr
Ragu-ragu dan Bingung
Berangkat ke Hijaz
Mulanya Suatu Kajian
Awal Kajian Secara Mendalam
Sahabat Dalam Pandangan Syi'ah dan Sunnah
Pandangan al-Qur'an Tentang Sahabat
Pandangan Rasul Tentang Sahabat
Pandangan Sahabat Di Antara Satu Sama Lain
Mulanya Perubahan
Dialog Dengan Orang Alim
Sebab-sebab Ikut Madzhab Ahlul Bayt
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 1

Persembahan
Buku saya ini adalah suatu hasil kerja yang sederhana. Ia menceritakan
tentang suatu perjalanan… cerita mengenai suatu penemuan yang baru,
bukan teknikal atau penemuan alam semula jadi, tetapi khusus dalam
bidang keagamaan dan pemikiran filosofi. Oleh kerana sebarang
penemuan pada dasarnya bergantung pada yang utamaannya minda yang
sihat dan pemahaman yang jelas, yang membezakan antara manusia dari
makhluk-makhluk lainnya. Saya ingin membaktikan buku ini kepada segala
minda-minda yang sihat itu. Minda yang sihat mengambil kebenaran
untuk diteliti dan mengetahuinya dari timbunan-timbunan yang salah.
Minda yang menimbang segala yang diperkatakan pada neraca keadilan,
dan selalu berpihak kepada yang mempunyai pembuktian.
Minda yang membezakan antara perkataan dan percakapan, dan
mempunyai keupayaan untuk membezakan antara yang logik dan yang
kurang logiknya, dan antara yang sahih dan yang daif. Allah Yang Maha
Tinggi berfirman:
Mereka yang mendengar apa yang diperkatakan dan mengikuti yang
terbaik daripadanya, merekalah yang mendapat pertunjuk dan merekalah
yang mempunyai fikiran. (al-Zumar : 18)
Kepada mereka-mereka yang saya baktikan buku ini, berharap semoga
Allah, segala pujian tertentu bagiNya yang MahaTinggi, membuka minda
kita dihadapan mata kita, untuk memandu kita, untuk memberi petunjuk
kepada hati kita, untuk menunjukkan kepada kita dengan jelas jalan yang
betul supaya kita mengikutinya, dan menunjukkan kepada kita dengan
jelas jalan yang salah, supaya dapat kita menjauhinya, dan terimalah kami
bersama hamba-hambaMu yang sholeh, kerana Engkau Maha Mendengar
dan Mengkabulkan.
Muhammad al Tijani Samawi.
Kata Pendahuluan
Dengan nama Allah yang Amat Pemurah lagi Amat Mengasihani.
Segala pujian tertentu bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Dia menjadikan
manusia daripada tanah, dan dibentukkannya kepada sebaik-baik rupa.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 2
Dia meninggikannya lebih dari makhluk-makhluk yang lain, dan dijadikan
malaikat-malaikat (mukarrabin, terhampir) sujud kepadanya. Dia
menganugerahkan nya dengan akal yang dapat menggubahkan keraguan
kepada keyakinan. Dia memberinya dengan sepasang mata, satu lidah,
sepasang bibir dan menunjukkan dia kepada dua laluan. Dia mengirimkan
kepada mereka Pemberitahu tentang khabar gembira, memperingatkan
mereka, dan menyedarkan mereka, dan menghalang mereka dari
kesesatan bersama dengan syaitan terkutuk.
Dia menyuruh mereka jangan menyembah syaitan, kerana syaitan itu
adalah musuh mereka, dan menyuruh mereka supaya menyembah Allah
[swt] sahaja dan ikutilah jalanNya yang benar dengan kefahaman dan
kepercayaan yang yakin, dan janganlah hanya mengikuti kepercayaan
datuk-datuk mereka, rakan-rakan, dan saudara-mara yang telah
mengikuti orang-orang yang sebelumnya tanpa sebarang keterangan yang
nyata.
Siapakah yang boleh mengatakan sesuatu yang terlebih baik daripada
memanggil mereka kejalan Allah dan melakukan kebaikkan dan
mengatakan bahawa dia adalah salah seorang dari orang-orang Islam,
semoga rahmat Allah, salam dan kesejahteraan keatas pesuruhNya yang
membawa rahmat kepada manusia…..penolong kepada yang tertindas dan
yang lemah….penyelamat kepada semua manusia dari kegelapan dan
kejahilan…dia yang akan menunjukkan mereka kejalan kebenaran, jalan
bagi mereka-mereka yang taat dan sholeh.
Penghulu kami Muhammad ibn Abdullah…rasul bagi orang-orang Islam dan
ketua yang penuh bercahaya. Semoga rahmat dan kesejahteraan keatas
keluarganya yang terpilih lagi suci serta telah menjadi pilihan Allah
daripada orang-orang yang beriman. Firmannya didalam al Quran bahawa
kita disuruh untuk mencintai mereka, setelah mereka disucikan dan
dijadikan mereka ‘maksum’. Dia berjanji bahawa sesiapa yang menaiki
bahtera mereka akan terselamat, dan mereka yang tidak melakukannya
akan binasa.
Semoga rahmat dan kesejahteraan ini juga ditujukan terhadap sahabatsahabatnya
yang mulia, yang menyokongnya, memuliakannya,
mengorbankan diri untuknya dan untuk kemenangan Islam. Mereka
mengetahui yang sebenar, maka mereka memberi sumpah setia kepadanya
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 3
dengan bertekad dan tinggal tetap dijalan yang lurus tanpa menukar arah
dan banyak berterima kasih.
Semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka diatas jasa-jasa mereka
terhadap Islam dan orang-orang Islam. Semoga rahmat dan
kesejahteraan ini juga kepada pengikut-pengikut mereka dan terhadap
mereka yang tetap tinggal dijalan yang lurus dan mendapat petunjuk
dengan nur ….sehingga kehari pengadilan
Wahai Allah, terimalah permintaan kami, Engkaulah yang Maha
Mendengar dan Maha Mengetahui. Wahai Allah Tuhan kami bukakan lah
hati kami untuk Mu dan Engkaulah yang memberi petunjuk kepada yang
benar.
Wahai Allah bantulah kami untuk menyatakannya, kerana Engkau
menganugerahkan kebijaksanaan kepada sesiapa yang Engkau pilih
daripada kalangan hamba-hamba Mu yang sholeh. Wahai Allah berilah
hambaMu ini kebijaksanaan dan pengetahuan serta masukkan hamba Mu
bersama mereka-mereka yang benar.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 4

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home