Thursday, November 4, 2010

akhirnya kutemui kebenaran - ahmad tijani - perjumpaan di atas kapal

Perjumpaan Di Atas Kapal
Aku berangkat ke Iskandariyah pada hari yang telah ditentukan untuk
dapat ikut sebuah kapal Mesir yang akan menuju Beirut. Waktu itu aku
sangat lelah dan fikiranku juga letih. Aku berbaring dan tidur barang
sejenak. Setelah dua atau tiga jam perjalanan, aku dkejutkan oleh suara
sebelahku yang berkata yang berkata : "Nampaknya saudara yang satu ini
sangat keletihan." Lalu ku jawab : "Ya, memang. Aku sangat letih kerana
perjalanan dari Kaherah ke Iskandariah. Aku mesti sampai ke pelabuhan
dengan seberapa segera dan terpaksa tidur sedikit semalam."
Dari perbualan kami, aku fahami yang beliau bukanlah orang Mesir.
Seperti biasa rasa ingin-tahuku mendorongku untuk mengenalnya lebih.
Lalu ku kenalkan diriku dan aku juga mengenalnya. Beliau berasal dari
Iraq dan bertugas sebagai pensyarah di Universiti Baghdad. Namanya
Mun'im. Beliau datang ke Kaherah untuk mengambil gelar doktor dari
Universiti al-Azhar.
Perbincangan kami sekitar Mesir, dunia Arab dan dunia Islam yang lain.
Kami juga membincangkan tentang kekalahan Arab dan kemenangan
Yahudi serta berbagai topik lain. Antara lain ku katakan bahawa punca
kekalahan adalah terpecahnya Arab dan Muslimin kepada berbagai
negara, bangsa dan mazhab. Walaupun bilangan mereka banyak tetapi
tidak ada nilai sama sekali di mata musuh-musuh mereka.
Kami juga berbincang tentang banyak tentang Mesir dan rakyatnya. Kami
sepakat tentang punca kekalahan mereka. Ku tambahkan lagi bahawa aku
sebenarnya anti dengan perpecahan yang telah dirancang oleh para
penjajah seperti ini. Tujuan mereka semata-mata ingin dengan mudah
menguasai dan mengalahkan kita. Kita masih membezakan antara Maliki
dengan Hanafi. Dan kuceritakan kepadanya tentang peristiwa pahit yang
kualami ketika masuk ke masjid Abu Hanifah di Kaherah. Waktu itu aku
ikut sembahyang Asar berjemaah. Selepas sembahyang tiba-tiba orang
yang berdiri di sampingku dengan nada marah berkata kepadaku :
"Kenapa kau tidak sedekapkan tanganmu ketika sembahyang tadi?" Ku
jawab dengan penuh adab dan hormat bahawa Mazhab Maliki mengatakan
bahawa tangan mesti lurus ketika sembahyang dan aku ikut mazhab
Maliki". Kalau begitu sembahyang saja di Masjid Malik!" Katanya geram.
lalu aku keluar dari masjid dengan perasaan kesal dan kecewa.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 20
Tiba-tiba ustaz Iraq ini tersenyum dan berkata kepadaku bahawa dia
bermazhab Syi'ah. aku terkejut mendengarnya. Tanpa mau peduli ku
katakan kepadanya bahawa jika aku tahu anda adalah seorang Syi'ah
maka aku tidak akan mahu bercakap denganmu. "Kenapa?" Tanyanya.
"Kerana kalian bukan orang-orang Muslim. Kalian menyembah Ali bin Abi
Thalib. Orang yang paling moderat dari kalian memang menyembah Allah,
namun mereka tidak beriman dengan Risalah Nabi Muhammada s.a.w.
Mereka mencaci Malaikat Jibril dan berkata bahawa dia telah berbuat
salah. yang sepatutnya wahyu diturunkan kepada Ali tetapi dia turunkan
kepada Muhammad. Aku terus bercakap kata-kata seumpama itu
sementara temanku ini kadang-kadang tersenyum dan sekali-sekali
mengucap.
Setelah selesai dia bertanya kepadaku :
"Adakah anda seorang guru?"
"Ya". Jawabku.
"Jika guru yang berfikir seperti ini maka tidak hairan kalau orang-orang
awam yang tidak terpelajar juga akan berfikir demikian."
"Apa maksud anda?" Tanyaku mengulang
"Maaf. Dari mana anda mendapatkan propaganda-propaganda bohong
seperti ini?"
"Dari buku-buku sejarah dan dari ucapan orang banyak."
"Tinggalkan apa yang dikatakan orang. Tetapi buku sejarah mana yang
anda baca?"
"Seperti buku Fajrul Islam, Dhuhal Islam dan Zuhrul Islam karya Ahmad
Amin dan lain-lainnya."
"Bila Ahmad Amin jadi hujah kepada Syi'ah? Untuk berlaku adil dan
objektif anda mesti merujuk kepada sumbernya yang asli."
"Kenapa aku mesti mengkaji sesuatu perkara yang telah dikenal oleh
kalangan khusus dan umum?" jawabku lagi.
"Ahmad Amin sendiri telah berkunjung ke Iraq. Dan aku di antara orang
yang sempat berjumpa dengannya di Najaf. Ketika kami sentuh mengenai
tulisannya tentang Syiah, beliau meminta maaf sambil berkata: aku tidak
tahu apa-apa tentang kalian dan aku tidak pernah berhubungan dengan
Syi'ah sebelum ini. Ini adalah kali pertama aku berjumpa dengan orangorang
Syiah. Kami berkata kepadanya bahawa satu permohonan maaf
kadangkala lebih buruk dari berbuat kesalahan. Bagaimana anda tidak
tahu apa-apa tentang kami lalu anda tulis segala yang buruk tentang
kami."
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 21
Kemudian beliau melanjutkan:
"Ya akhi, jika hukumkan kesalahan Yahudi dan Nasrani melalui al-Qur'an,
walaupun ianya merupakan hujah kuat bagi kita, tetapi mereka tidak
mengiktirafnya. Suatu hujah akan menjadi sangat kuat jika kesalahan
mereka kita buktikan melalui kitab-kitab yang dipercayainya."
Perkataan ini menyentuh hatiku bagaikan tersiramnya air yang deras ke
dalam kalbu orang yang dahaga. Aku perhatikan diriku berubah dari
seorang yang berasa hasad dan dengki kepada rasa ingin tahu dan
mengkaji. Aku rasakan mantiknya yang sihat dan hujahnya yang kuat. Apa
salahnya jika aku mengambil sikap rendah hati sedikit dan mendengar
kata-katanya. Aku katakan kepadanya:
"Kalau begitu anda di antara orang yang percaya kepada kenabian
Muhammad?"
"Salallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam," Jawabnya. Semua orang syiah
percaya pada kenabian itu. Anda, ya akhi mesti mengkajinya sendiri
sehingga anda betul-betul membuktikannya dan tidak menaruh prasangka
terhadap saudara-saudara anda orang syiah, mengingat "sebahagian dari
prasangka itu adalah dosa." Beliau menambah lagi:
"Jika anda benar-benar ingin mengetahui yang hak dengan mata kepala
anda sendiri dan diyakini pula oleh hati anda, saya menjemput anda untuk
melawat Iraq dan ulama-ulama Syiah serta orang-orang awamnya. Waktu
itu anda akan tahu pembohongan orang-orang yang hasad dengki dan
berniat buruk."
"Memang cita-citaku ingin melawat Iraq pada suatu hari kelak,"Jawabku
spontan."Aku ingin melihat peninggalan-peninggalan sejarah Islam yang
ditinggalkan oleh orang-orang Abbasiyyah terutamanya Harun al-Rashid
tetapi pertama-tamanya wang perbelanjaanku terbatas dan aku telah
bercadang akan pergi umrah. Kedua, pasport yang aku bawa tidak
mengizinkan aku masuk ke Iraq."
"Ketika aku katakan yang aku mahu menjemputmu datang ke Iraq
bermakna aku akan menjamin perbelanjaanmu dari Beirut sehingga
Baghdad, pergi dan balik. Dan anda, akan menginap di rumahku, kelak
sebagai tetamuku. Kedua, berkenaan dengan pasport yang anda katakan
tadi tidak boleh masuk ke Iraq, biarlah kita serahkan pada Allah SWT.
Jika Allah SWT telah mentakdirkanmu untuk melawat Iraq, hatta tanpa
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 22
pasport sekalipun anda akan pergi juga. Kita akan berusaha mendapatkan
visa masuk seketika kita sampai di Beirut kelak."
Mendengar hal ini, aku sangat gembira sekali. Aku berjanji kepadanya
akan memberi jawapan esok, Insya Allah.
Aku keluar dari kamar tidur dan naik ke atas kapal mencari udara baru.
Aku berfikir sesuatu yang baru. Fikiranku melayang-layang di lautan yang
tidak terbatas itu. Aku mengucapkan Tasbih kepada Tuhanku yang telah
menciptakan alam semesta dan memujiNya. Aku ucapkan rasa terima
kasihku kepadaNya yang telah menyampaikan aku ke tempat ini sambil
memohon kepadaNya agar melindungiku dari segala kejahatan dan
menjagaku dari segala kesalahan. Ingatanku juga melayang-layang
merakam kembali berbagai ingatan yang aku alami dan berbagai
kebahagiaan yang aku lalui dari sejak masa kecilku sehinggalah hari ini.
Aku bercita-cita akan masa depan yang lebih baik. Aku berasa seakan
Allah dan RasulNya menganugerahkan kepadaku suatu kurnia tersendiri.
Aku lihat kembali arah Mesir yang sekali-kali masih memperlihatkan
sebahagian pantainya, sambil mengucapkan selamat tinggal kepada bumi
yang di dalamnya aku cium baju Rasulullah SAWA. Betapa indahnya
kenangan itu. Kata-kata orang syiah tadi juga masih terus berdengung di
telingaku dan sangat menggembirakanku. Betapa tidak kerana cita-citaku
untuk melawat Iraq memang ada di dalam benakku sejak masa kecil lagi.
Dan kini nampaknya hampir menjadi nyata. Iraq seperti yang aku
bayangkan adalah tanah airnya Harun ar-Rashid dan Makmun pengasas
Darul Hikmah, pusat di masa berbagai pelajar dari barat datang
menuntut ilmu pada kurun kegemilangan peradaban Islam dahulu.
Sebagaimana ia juga adalah tanah airnya al-Qutb ar-Rabbani wa-Syaikh
as-Somadani Sayyidi Abdul Kadir al-Jilani di mana namanya dikenal di
seluruh pelusuk dunia dan tarekat ajarannya memasuki semua tempat.
Dan ini bagiku adalah anugerah baru dari Allah SWT.
Lama aku berkhayal dan berangan-angan sehinggalah suara pembesar
kapal tiba-tiba mengejutkanku. Suara itu memanggil semua penumpang
kapal agar pergi ke kantin untuk makan malam. Aku pergi ke sana dan
seperti biasa - manusia bersesak-sesak dan hiruk-pikuk. Tiba-tiba orang
syiah tadi memegang bajuku dan dengan perlahan menarikku ke belakang.
Katanya:"Mar yan akhi. Tak perlu anda menyusahkan diri anda. Biarlah
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 23
kita makan sebentar lagi setelah kesesakan seperti itu menjadi reda. Aku
sejak tadi mencarimu. Anda sudah solat?" Tanyanya kepadaku."Belum",
jawabku."Biarlah kita solat dahulu kemudian makan setelah orang ramai
selesai,"ajaknya.
Aku setuju dengan pendapatnya dan kami pergi ke tempat yang agak
kosong untuk berwudhu. Kemudian aku memintanya menjadi imam
lantaran ingin 'mengujinya' bagaimana dia solat, untuk kemudian aku
ulangi solatku semula. Setelah dia solat maghrib dan membaca bacaan dan
doanya dengan baik, serta merta aku ubah niatku tadi. Aku berfikir
seakan-akan aku solat berjamaah dengan salah seorang dari sahabat yang
mulia di mana aku belajar darinya, dari sifat waraknya dan taqwanya.
Setelah solat, beliau membaca doa yang panjang yang tidak aku dengar
seumpamanya di negeri kami dan di negeri-negeri yang aku kenal. Setiap
kali aku dengar beliau berselawat ke atas Muhammad dan keluarganya
dan memuji-mujinya hatiku terasa sangat tenteram dan gembira.
Setelah selesai solat aku perhatikan bekas-bekas tangis membekas dalam
kedua belah matanya. Aku juga mendengar beliau mendoakanku semoga
Allah bukakan mata dan hatiku dan membimbingku.
Kami pergi ke kantin. Tempat duduk sudah nampak kosong. Beliau tidak
mahu duduk sebelum aku sendiri duduk. Pelayan menghantarkan kepada
kami dua pinggan makanan. Dan aku lihat temanku ini menggantikan
pingganku dengan pinggannya kerana bahagian dagingku kurang sedikit
daripada bahagian dagingnya. Beliau melayanku seakan-akan aku ini adalah
tetamunya. Diceritakannya kepadaku berbagai riwayat tentang makanan,
minuman dan adab makanan yang tidak pernah aku dengar seumpamanya
sebelum ini.
Aku sangat kagum dengan akhlaknya ini. Beliau juga menjadi imam kami di
dalam solat Isya' dan membaca doa-doa yang panjang sehingga
membuatku menangis. Aku bermohon kepada Allah agar merubah
prasangkaku kepadanya kerana mengingatkan bahawa sebahagian dari
prasangka itu adalah dosa. Tetapi siapa tahu?!
Aku tidur dan memimpikan Iraq serta seribu satu malamnya. Aku
terbangun setelah beliau membangunkanku untuk solat Subuh. Kami solat
berjamaah dan berbincang-bincang tentang berbagai nikmat Allah yang
dilimpahkanNya kepada kaum Muslimin.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 24
Kami pergi tidur lagi. Ketika aku bangun aku lihat beliau sedang duduk di
atas katilnya sambil memegang tasbih berzikir kepada Allah SWT.
Melihatnya hatiku terasa tenteram dan jiwa ini terasa tenang. Lalu aku
bermohon ampun kepada Tuhanku.
Ketika kami sedang bersarapan di kantin tiba-tiba pembesar suara
mengumumkan bahawa kapal telah menghampiri pantai Lebanon. Dengan
izin Allah kami akan berada di pelabuhan Beirut dalam masa dua jam lagi.
Beliau bertanya kepadaku apa keputusanku? Aku jawab jika Allah SWT
memudahkan perkara visa masuk, maka tiada alasan untuk menolak
jemputan anda; sambil mengucapkan ribuan terima kasih.
Kami turun di Beirut dan bermalam di sana. Dari sana kami berangkat ke
Damsyik dan terus ke kedutaan Iraq. Di sana aku berjaya mendapatkan
visa untuk masuk dengan cepat sekali, tidak seperti mana yang aku
sangkakan. Sekeluarnya aku dari sana, beliau mengucapkan tahniah
kepadaku dan memuji Allah atas kurniaNya.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 25

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home