Thursday, November 4, 2010

akhirnya kutemui kebenaran - haji ke Baitullah

Sejarah Ringkas Hidupku
Saya masih ingat bagaimana ayah membawaku untuk pertama kalinya ke
masjid daerah dimana solat Tarawih didirikan didalam bulan Ramadan.Aku
pada ketika itu baru berusia sepuluh tahun. Ayah memperkenalkan saya
kepada para jemaah, yang tidak dapat menyembunyikan perasaan kagum
mereka.
Saya tahu, sabelum itu guru telah mengaturkan untuk saya supaya
mengerjakan sholat al-Ishfa untuk dua atau tiga malam. Telah menjadi
kebiasaan bagi saya untuk solat dibelakang jamaah lelaki bersama kanakkanak
setempat, dan menunggu ketibaan imam pada bahgian kedua al
Quran, i.e surah Mariam. Ayah mempastikan kami belajar al Quran di
madrasah dan juga dirumah. Secara persendirian, yang mengajar kami
adalah seorang buta, yang masih mempunyai talian persaudaraan, yang
boleh membaca al Quran secara hafalan. Memandangkan kepada
kebolehan saya membaca al Quran pada peringkat kanak-kanak lagi, guru
telah cuba menunjukkan pengaruhnya terhadap saya dengan mengajarkan
kepada saya tempat sujud sajadah didalam surah itu. Dia menguji saya
berulang kali untuk mempastikan saya benar-benar faham arahan nya.
Setelah saya lulus ujian dan selesai mununaikan solat serta bacaannya,
sebaik mana yang telah mereka harapkan, semua jamaah datang dan
menggucapkan tahniah kepada saya dan ayah, dan berterima kasih kepada
guru diatas usaha baik dan restunya dan bersyukur kepada Allah kerana
Islam.
Ingatan pada hari-hari berikutnya masih bersama saya hingga kehari ini…
saya menerima banyak sanjungan dan reputasi saya meluas dari daerah
saya hinggalah kesegenap bandar. Malam-malam Ramadan tersebut telah
meninggalkan kesan keagamaan kepada saya hingga kehari ini, dan setiap
kali saya melalui episod kekeliruan, saya merasakan seakan ada suatu
kuasa ghaib yang akan menarik saya dan meletak saya kejalannya semula.
Setiap kali saya rasakan kelemahan pada jiwa saya dan kosongnya hidup
ini, ingatan tersebut akan datang kepada saya dan menaikkan semangat
kerohanian saya dan menyalakan kepada kesedaran saya api kepercayaan
supaya saya dapat memikul tanggung jawab ini. Tanggung jawab yang
diberikan oleh ayah, atau yang lebih tepat lagi guru, untuk menjadi Imam
solat pada umur yang muda, membuat saya merasakan seakan saya belum
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 5
melakukan secukupnya, atau sekurang-kurangnya tidak mencapai tahap
yang diharapkan dari saya.
Maka saya menghabiskan masa kanak-kanak dan remaja dalam keadaan
ketulusan, tetapi tidaklah sehingga tidak bermain serta keinginan mahu
tahu dan juga meniru sesuatu. Selama tempuh itu saya dikelilingi dengan
pemiliharaan ilahi yang mana saya dapat dibezakan diantara saudarasaudara
yang lain dengan ketenangan dan kesabaran, saya selalu berada
pada jalan yang benar dan terjauh dari segala perbuatan yang tidak
bermoral.
Saya tidak akan lupa untuk menyatakan bahawa ibu saya…semoga Allah
merahmati rohnya…mempunyai pengaruh yang besar terhadap diri saya.
Dia membukakan mata saya semasa mengajar surah yang pendek-pendek
dari al Quran, cara bersolat dan cara-cara berwudhu. Saya diberi
olehnya keutamaan kerana saya adalah anaknya yang pertama, dan
mungkin dia mendapat kepuasan didalam mendidik saya, kerana dia
berkongsi rumah bersama isteri pertama bapa dan anak-anaknya.
Nama Tijani, diberikan kepada saya oleh ibu, mempunyai maksud yang
khas bagi keluarga al-Samawi yang mengikut cara Tariqa Sufi Tijani,
semenjak ianya dilawati oleh anak Shaykh Sidi Ahmed al-Tijani, yang
datang dari Algeria. Kebanyakkan orang di Gafsa - pekan kampong saya -
mengikuti cara sufi Tijani, terutama keluarga yang kaya dan terpelajar
yang telah membantu untuk mengembangkannya.
Kerana nama saya, saya menjadi popular didalam rumah Samawi dan
disekitarnya, terutama dengan mereka yang ada kaitan dengan sufi
Tijani. Maka, ramai orang dewasa yang ada pada malam yang tersebut
diatas dibulan Ramadan, datang untuk mengucapkan tahniah kepada ayah
dan kemudian mencium kepala dan tangan saya dan berkata, " Ini adalah
berkat dari ketua kita Shaykh Ahmad al-Tijani." Elok juga dinyatakan
bahawa sufi Tijani berkembang luas di Morocco, Algeria, Tunisia, Libya,
Sudan dan Mesir, dan mereka yang mempercayainya, seakan-akan fanatik
terhadapnya. Mereka tidak menziarahi kuburan ulama lain, kerana
mengikut pada kepercayaan mereka, ulama’-ulama’ tersebut mendapat
ilmu dari satu sama lain, sedangkan Shaykh Ahmed al-Tijani mendapat
pengetahuan terus dari pesuruh Allah Muhammad (saw), walaupun pada
kenyataan nya dia berada 13 abad selepas Rasul Allah (saw)
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 6
Ia telah dikatakan bahawa Shaykh Ahmed al-Tijani pernah berhubung
dengan Rasul Allah yang agung (saw), dengan berkata-kata dengannya
diwaktu dia sedang jaga, tidak didalam tidur. Dipercayai juga bahawa
kesempurnaan sholat yang digubal oleh Shaykh adalah terlebih baik dari
khatam al Quran 40 kali.
Untuk meringkaskan nya saya akan berhenti dari mengatakan tentang
sufi Tijani pada peringkat ini, jika dikehendaki Allah, saya akan
merujukannya ditempat yang lain.
Maka saya membesar dengan kefahaman ini, begitu juga dengan remajaremaja
didaerah saya. Kami semua….segala pujian untuk Allah…. Sunni
Muslim mengikuti ajaran Imam Malik ibn Anas, Imam pada Dar al-Hijra.
Bagaimanapun kami di Afrika Utara, terbahagi kepada penganut-penanut
sufi. Sebagai contoh di Gafsa sahaja terdapat al-Tijani, al-Qadiriyya, al-
Rahmaniyya, al-Salamiyya dan al-Isaiyya. Bagi setiap golonggan
mempunyai pengikut dan penyokong yang boleh membaca cara syair dan
zikir (doa dan pujian untuk Allah) didalam semua keramaian seperti
perkahwinan, berkhatan dan perjanjian (bersumpah). Walaupun terdapat
aspek-aspek negatif, sufi tariqa memainkan peranan yang penting dalam
mengekalkan upacara keagamaan dan penghormatan pada mereka yang
berilmu.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 7
Haji Ke Baitullah
Waktu itu usiaku lapan belas tahun ketika Himpunan Penelitian
Kebangsaan Tunisia (HPKT) memberiku kepercayaan untuk mewakili
negara bersama lima orang lain, di dalam menghadiri Seminar Pertama
Penelitian Arab Dan Islam yang diadakan di Mekah. Ketika itu aku adalah
delegasi yang paling muda, sama ada dari aspek usia atau kematangan.
Dua dari mereka adalah kepala sekolah; ketiga guru di pusat ibu kota;
keempat wakil dari akhbat\r tempatan dan kelima seorang kerabat
Menteri Pendidikan Kebangsaan waktu itu.
Perjalanan kami tidak langsung. Kami transit di Athena tiga hari,
kemudian Amman, ibu kota Jordan empat hari lalu ke Saudi untuk
mengikuti Seminar sambil melaksanakan fardhu haji dan umrah.
Tidak terlukiskan bagaimana perasaanku pertama kali memasuki
Baitullah al-Haram. Degupan jantungku yang kuat seakan-akan ingin
memecah dinding penghalang untuk keluar melihat sendiri Baitul A'tiq ini
yang sejak lama diimpi-impikannya. Air mataku terus mengalir seakan
tidak mahu berhenti. Aku terlena dengan khayalan yang malaikat
membawaku untuk sampai ke bumbung Ka'bah lalu menyahuti seruan
Allah SWT dari sana:"Labbaik Allahumma Labbaik. Inilah hambaMu yang
datang menghadapMu."
Ketika aku dengar suara talbiah jamaah haji, aku terfikir bahawa mereka
telah menghabiskan usia mereka untuk menyediakan bekal dan harta demi
datang ke Baitullah ini. Tetapi aku datang secara mengejut dan tanpa
persiapan dari diriku sendiri.
Masih teringat dibenakku betapa ayahku menangis dan menciumku ketika
melihat tiket pesawatku dan yakin akan kepergianku untuk menunaikan
fardhu haji. Ketika melepaskan pemergianku, belia berkata:"Tahniah
untukmu hai anakku. Allah telah menginginkanmu pergi haji sebelumku
dalam usia yang sebegini muda. Engkau adalah anakku Sayyid Ahmad
Tijani. Doakan aku di rumah Allah agar aku diampuniNya dan
diberikanNya rezeki untuk pergi haji ke tanah suci."
Itulah kenapa aku menduga bahawa Allah SWT telah memanggilku dan
melimpahkan kurniaNya kepadaku dengan menyampaikan aku ke tempat
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 8
yang sangat diidamkan oleh setiap jiwa. Adakah orang yang berhak
menyahuti panggilan itu lebih daripadaku. Waktu itu aku melebihkan
ibadah tawafku, solatku, sa'iku, bahkan ketika minum air zamzam
sekalipun. Ketika semua orang berlumba-lumba untuk nak ke gunung Jabal
Nur yang terdapat Gua Hira', tidak seorang pun yang dapat
mengalahkanku kecuali seorang anak muda dari Sudan. Aku rukuk di sana
seakan-akan aku mencium baunya Nabi SAWA dan merasakan nafasnya.
Alangkah indahnya kenangan itu, suatu pengalaman yang sangat
membekas diingatanku dan tidak mungkin akan terlupa selama-lamanya.
Ada satu limpahan kurnia Illahi lain atas diriku dimana setiap delegasi
lain yang melihatku, dia akan menyukaiku dan meminta alamatku untuk
dapat berutus surat. Teman-teman seperjalananku yang dari awal masa
keberangkatan bersikap hina terhadapku, kini mula menyukaiku. Sebelum
ini aku hanya bersabar lantaran sikap mereka. Kerana aku tahu bahawa
penduduk utara memang menghina penduduk yang mempekecil-kecilkan
orang-orang yang datang dari kawasan selatan dan menganggap mereka
sebagai orang-orang yang belum maju. Pandangan mereka terhadapku
akhirnya berubah ketika dalam perjalanan, seminar dan musim haji ini.
Aku telah banyak mengukir prestasi di hadapan para delegasi dengan
syair-syair dan qasidah-qasidah yang aku hafal. Aku juga telah berhasil
membawa pulang berbagai ijazah kecemerlangan di dalam berbagai
pertandingan yang diadakan sempena acara itu. Ketika aku pulang ke
negeriku, aku telah membawa lebih dari dua puluh alamat teman-teman
dari berbagai bangsa.
Kami berada di Saudi selama dua puluh lima hari. Kami berjumpa dengan
berbagai ulama dan mendengar ucapan-ucapan mereka. Aku sangat
terkesan dengan sebahagian kepercayaan Wahabiyyah dan bahkan
berangan-angan agar kaum Muslimin seluruhnya berpegang kepada
kepercayaan ini. Waktu itu aku menyangka bahawa Allah SWT telah
memilih mereka dari sekian banyak hamba-hambaNya ini untuk menjaga
Baitullah al-Haram. Mereka adalah makhluk Allah yang paling suci dan
paling alim di atas muka bumi ini. Allah telah memperkayakan mereka
dengan minyak agar dapat berkhidmat kepada jamaah haji yang datang
sebagai tetamu Allah, dan menjamin keselamatan mereka.
Ketika aku pulang dari haji ke tanah airku, aku memakai pakaian ala
Saudi lengkap dengan lqal melilit kepala. Aku sangat terkejut dengan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 9
sambutan yang telah dipersiapkan oleh ayahku. Orang ramai telah
berkumpul di stesyen keretapi dipimpin sendiri oleh Syaikh Terekat
I'sawiyah, Syaikh Tijaniyyah dan Syaikh Qadiriyyah yang lengkap dengan
gendang kebesaran sufi.
Mereka membawaku mengelilingi jalan-jalan kota Qafsah sambil
mengumandangkan laungan takbir dan tahlil. Setiap kali kami lalu pada
sebuah masjid, maka mereka akan memintaku berhenti sejenak. Orang
ramai yang ada disekitarku berdesak-desak mahu menciumku,
terutamanya orang-orang tua. Mereka menangis kerana sangat
merindukan untuk melihat Baitullah dan berdiri dekat pusara Nabi
SAWA. Mereka belum pernah melihat orang balik haji seusiaku, apa lagi
di kota Qafsah ini.
Itulah hari-hariku yang sangat bahagia. Pemuka-pemuka tempatan datang
ke rumah kami untuk mengucapkan salam dan tahniah sambil meminta doa.
Kebanyakan mereka memintaku membacakan surah al-Fatihah dan doa di
kehadiran ayahku. Sekali-sekali aku berasa malu juga. Setiap kali para
tetamu keluar, ibuku akan masuk sambil meniupkan asap gaharu dan
memohon perlindungan dari tipu daya orang-orang yang jahat dan syaitan
yang terkutuk.
Ayahku mengadakan kenduri selama tiga hari berturut-turut demi Yang
Mulia Tijaniyyah. Setiap hari beliau menyembelih seekor kambing. Dan
orang-orang yang hadir bertanya segala sesuatu hatta perkara yang kecil
sekalipun. Jawapanku rata-rata berkisar antara rasa kekagumanku
terhadap Saudi dan kegiatan mereka di dalam menyebarkan Islam dan
membela kaum Muslimin.
Penduduk kota kami memanggilku dengan sebutan "Tuan Haji". Jika nama
itu disebutkan maka maksudnya tidak lain kecuali diriku. Dan sejak itu
aku lebih dikenal oleh khalayak ramai terutamanya di kalangan akivisaktivis
agama seperti Jamaah Ikhwanul Muslimin. Aku pergi ke masjidmasjid
dan melarang orang-orang dari mencium nisan kuburan atau
mengusap-usap kayu-kayunya. Aku berusaha menyakinkan mereka bahawa
perbuatan itu adalah syirik kepada Allah. Aktivitiku bertambah luas. Aku
mulai mengajar di beberapa masjid pada hari Jumaat sebelum khutbah.
Aku berpindah-pindah dari masjid Abi Ya'qub ke masjid jamik agung.
Mengingat solat Jumaat didirikan pada waktu yang berlainan. Masjid
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 10
Abu Ya'qub mendirikan solat Jumaat pada waktu Zuhur sementara
masjid jamik pada waktu Asar. Pengajian-pengajian hari Ahad juga
banyak dihadiri oleh pelajar tingkatan atas tempat aku mengajar subjek
teknologi dan ilmu teknik. Mereka sangat suka menghadiri pengajianku,
mengingatkan bahawa aku banyak meluangkan masa untuk menghilangkan
segala kemusykilan yang ada pada benak mereka lantaran indoktrinasi
sebahagian daripada guru-guru falsafah atheis, sekularis dan komunis.
Mereka menunggu dengan penuh kesabaran ketika pengajian itu.
Sebahagian mereka ada yang datang ke rumah. Aku juga telah membeli
beberapa buku agama sebagai bahan bacaan yang akan dapat menambah
pengetahuanku dan dapat menjawab setiap pertanyaan dengan baik.
Di tahun-tahun hajiku itu juga aku telah dikurniakan memiliki separuh
agamaku yang lain. Ibuku sangat menginginkan aku berkeluarga sebelum
tiba akhir hayatnya. Beliaulah yang membesarkan semua anak-anak
suaminya dan menghadiri perkahwinan mereka. Cita-citanya juga ingin
melihat aku berkeluarga. Akhirnya Allah SWT menyampaikan cita-citanya
dan aku mematuhinya untuk mengahwini seorang anak gadis yang belum
aku lihat sebelumnya. Ibuku juga menyaksikan anak pertama dan keduaku.
Kemudian beliau meninggal dunia dalam keadaan redha kepadaku,
menyusuli kepergian ayahku dua tahun sebelumnya. Ayahku juga telah
menunaikan fardhu haji dan bertaubat kepada Allah, Taubatan Nasuha
dua tahun sebelum beliau menghadap Allah SWT.
Revolusi Libya muncul di saat kaum Muslimin dan Arab mengalami
kekalahan yang memalukan dalam peperangannya dengan Israel. Anak
muda pemimpin revolusi itu muncul dan berbicara atas nama Islam. Beliau
solat dengan ummat di masjid dan menyeru akan pembebasan al-Quds.
Beliau sangat menarik perhatianku dan perhatian seluruh pemuda-pemuda
Arab dan Islam yang lain. Rasa ingin tahu kami akhirnya mendorong kami
untuk mengadakan kunjungan kebudayaan ke Libya. Bersama dengan
empat puluh orang terpelajar, kami pun berangkat menuju ke sana pada
awal revolusi itu. Kemudian kami kembali dengan rasa kekaguman yang
luar biasa itu. Kami berasa sangat optimis dengan masa depan yang
diharapkan akan menguntungkan semua umat Islam dan Arab secara
keseluruhan.
Korespondensi aku dengan beberapa teman berjalan di tahun-tahun itu.
Aku telah mengadakan suatu hubungan rapat dengan beberapa orang dari
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 11
mereka yang terus mendesakku untuk datang. di suatu cuti panjang
musim panas, aku berencana ingin mengadakan sautu perjalanan selama
tiga bulan. Perjalanan darat melalui Libya, lalu kemudian ke Mesir. Dari
sana aku akan melalui jalan laut menuju Lebanon, Syria, Jordan, dan
Saudi. Di sana aku akan menunaikan ibadah murah dan memperbaharui
janji setiaku terhadap fahaman Wahabiyyah yang banyak aku
propagandakan di kalangan para mahasiswa dan pelajar serta masjidmasjid
yang dihadiri oleh Jamaah Ikhwanul Muslimin.
Kemasyhuranku menjangkau negeri-negeri yang berhampiran. Seorang
musafir kadang-kala berlalu di tempat kami lalu solat Jumaat dan
menghadiri kuliahku. Ketika pulang dia menceritakan ehwal kami kepada
masyarakat sekitarnya, sehingga sampailah ke telinga Syaikh Ismail al-
Hadifi, pemimpin tarekat sufi yang terkena di kota Tuzer, ibu negeri al-
Juraid dan tempat persemadian Abul Qasim as-Syabi. seorang penyair
yang termasyhur. Syaikh ini mempunyai pengikut dan penggemar di
serata pelusuk Tunisia; bahkan di luar negeri sekalipun di kalangan para
pekerja di Perancis dan Jerman.
Suatu hari menerusi para wakilnya di Qafsah beliau menjemputku untuk
melawatnya. Diutusnya sepucuk surat yang panjang untukku dengan
ucapan rasa terima kasih kerana khidmatku terhadap Islam dan Muslimin.
Mereka mendakwa bahawa kesemua itu tidak akan mendekatkanku pada
Allah sedikit pun jika aku tidak melalui jalannya Syaikh yang arif itu. Ini
berdasarkan hadith yang sangat masyhur di kalangan mereka:"Sesiapa
yang tidak memiliki Syaikh maka syaikhnya adalah syaitan. Mereka
berkata:"Engkau juga mesti memiliki Syaikh yang akan menunjukkanmu
kepada jalan-jalan yang sebenarnya kalau tidak maka separuh ilmumu
bermakna kurang....."Mereka juga berkata bahawa "Sohib Zaman", yakni
Syaikh Ismail ini telah memilihku untuk menjadi Khasal-Khas, yakni
kalangan yang paling dekat dengannya.
Mendengar ini hatiku terasa gembira sekali. Aku menangis lantaran
sangat terharunya pada kurnia Allah yang terus mengangkatku dari
makam tinggi ke makam yang lebih tinggi lagi dari kedudukan yang baik
kepada yang lebih baik. Sebelum ini aku pernah mengikut Sayyidi Soleh
Bis Saih dan Sayyidi al-Jilani serta berbagai guru tarekat yang ada. Aku
tunggu waktu perjumpaan yang dijanjikan itu dengan penuh kesabaran.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 12
Ketika kau masuk ke rumah Syaikh aku jumpai berbagai wajah sedang
menantinya dengan penuh semangat. Murid-muridnya ramai yang hadir di
majlis itu. Di antara mereka ada sejumlah orang-orang tua yang memakai
serban serba putih. Setelah acara Tahiyyah (ucapan salam) maka Syaikh
Ismail keluar. Semua yang hadir mencium tangannya dengan penuh
hormat. Dan wakilnya yang membawaku ini menggenggam tanganku sambil
mengatakan bahwa inilah Syaikh Ismail. Aku tidak berasa kagum sama
sekali melihat rupanya - tidak sehebat seperti apa yang aku bayangkan di
benakku. Wakil dan para mengikutnya telah menceritakan berbagai
macam keramat dan mukjizat Syaikh ini sehingga kehebatan dan
ketokohannya terukir besar di dalam bayangan fikiranku. Namun apa yang
aku lihat, beliau hanyalah seorang syaikh biasa yang tidak mempunyai
wibawa dan keagungan. Si-wakil memperkenalkan aku kepadanya di
pertengahan majlis. Beliau menyambutku dan mempersilakan aku duduk di
sebelah kanannya. Setelah makan dan minum maka acara dimulakan.
Kemudian wakil ini memintaku mengambil perjanjian dan wirid dari Syaikh
ini. Setelah itu maka semua yang hadir mengucapkan tahniah sambil
memelukku.
Dari percakapan mereka aku faham bahawa mereka sebenarnya telah
sering mendengar namaku. Sebahagian jawapan Syaikh kepada orangorang
yang bertanya kadang-kadangku sanggah berdasarkan hujah-hujah
al-Qur'an dan Sunnah. Tetapi sebahagian yang hadir menganggapnya
buruk dan bersikap kurang ajar kepada Syaikh kerana kebiasaannya
mereka tidak bercakap jika berada di hadapan kecuali dengan izinnya.
Sikap tidak puas hati mereka ini dirasakan oleh Syaikh. Dengan cara yang
bijak beliau meredakan perasaan mereka seraya berkata:"Sesiapa yang
bersikap berani-api maka pada akhirnya akan cemerlang." Para hadirin
menganggap ini sebagai 'isyarat baik' dari Syaikh, dan akan menjadi
jaminan paling besar bagi kecemerlangan akhirku. Mereka memberikan
tahniah kepadaku. Tetapi Syaikh ini adalah seorang yang pandai dan
terlatih. Beliau tidak memberikan kesempatan kepadaku untuk
melanjutkan sanggahan yang 'mengejutkan' itu. Diceritakankan hikayat
seorang yang Arif Billah (wali) ketika duduk bersama sejumlah ulama.
Kepada salah seorang dari ulama ini si-wali berkata: bangun dan pergilah
mandi. Si-alim pergi dan mandi. Kemudian dia datang semula ke majlis.
Sebelum sempat duduk, si-wali berkata lagi kepadanya: pergi mandi lagi.
Lalu dia pergi dan mengulangi mandinya dengan cara yang paling baik.
khuatir mandinya tadi tidak betul. Kemudian dia datang lagi untuk duduk
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 13
di majlis itu, namun Syaikh tetap sahaja menyuruhnya pergi dan mandi.
Kemudian si-alim ini menangis dan berkata: Ya Tuan Syaikh. Aku telah
mandi dengan cara ilmuku dan amalku. Tiada apa-apa lain dalam diriku
melainkan apa yang akan Allah bukakan kelak melalui kedua tanganmu.
Lalu Syaikh ini berkata: sekarang duduklah.
Aku tahu bahawa yang dimaksudkan dari cerita ini adalah diriku. Para
hadirin juga tahu. Setelah keluarnya Syaikh dari majlis mereka
mencelaku dan menyuruhku berdiam dan wajib hormat bila duduk di
hadapannya. Mengingatkan bahawa Syaikh ini adalah Sohib Zaman. Dan
sikapku ini dikhuatirkan akan melucutkan segala amal-amal baikku selama
ini. Hujah mereka adalah firman Allah seperti berikut:"Wahai orangorang
yang beriman. Janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari
suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras
sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian
yang lain supaya tidak terhapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak
menyedari." [Al-Hujurat:2]
Aku tahu harga diriku. Aku ikuti perintah dan nasihat-nasihatnya, dan
lebih dari itu aku dekatkan lagi diriku kepadanya. Aku tinggal bersamanya
selama tiga hari dimana aku juga bertanya berbagai masalah kepadanya
yang sebahagiannya sekadar ingin mengujinya. Syaikh ini juga sedar akan
sikapku ini lalu berkata bahawa al-Qur'an memiliki makna zahir dan batin
sehinggalah ke tujuh batin.
Allah juga telah membukakan untukku peti rahsiaNya, dan menunjukkan
kepadaku KursiNya yang khas di mana terdapat salasilah orang-orang
yang soleh dan arif secara musnad dan bersambung kepada Abul Hasan
as-Syazali dan terus kepada sejumlah para wali sehinggalah sanadnya
sampai kepada Imam Ali Karamallah Wajhahu.
Perlulah diberitahu bahawa majlis-majlis mereka adalah bersifat
ritualistik atau kerohanian. Mula-mula Syaikh akan membukakannya
dengan bacaan beberapa ayat al-Qur'an yang mudah secara tajwid.
Kemudian membaca qasidah yang diikuti oleh para muridnya yang hafal
berbagai madah dan zikir yang kebanyakannya mencela dunia dan
mengajak pada akhirat, makna zuhud serta warak. Setelah itu murid
yang duduk di sisi kanan Syaikh akan memulakan bacaan ayat-ayat al-
Qur'an yang baru dan Syaikh serta merta akan membacakan qasidah yang
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 14
lain pula diikuti oleh semua yang hadir.
Begitulah seterusnya secara bergilir-gilir walau sekadar satu ayat
sehinggalah para hadiirin seakan tidak sedar. Mulalah mereka
mengoyang-goyangkan badannya ke kanan dan ke kiri mengikut rentak
madah tadi sampaikan tuan Syaikh berdiri dan berdirilah semua yang
hadir sehingga membentuk satu bulatan di mana Syaikh berada di
tengah-tengah. Kemudian mereka menyebutkan "zikir-dada":
ah..ah..ah..Dan Syaikh di tengah-tengah mereka dan menghadap setiap
seorang dari mereka dengan suara bacaan yang keras sekali.
Kemudian sebahagian daripada mereka melompat-lompat dalam satu
gerakan bak kegilaan sambil mengangkat suara tinggi-tinggi yang
berirama tetapi menakutkan. Setelah keletihan maka majlis menjadi
tenang kembali dengan diakhiri qasidah Syaikh. Dan setelah mencium
kepala Syaikh dan bahunya secara bergilir-gilir maka semua yang hadir
akan duduk semula.
Aku telah mengikuti majlis mereka beberapa kali sebagai tanda simpati
tanpa diiringi dengan sikap rela hati. Aku dapati jiwaku berkecamuk
dengan kepercayaan yang aku pegang selama ini yakni cuba tidak
mensyirikkan Allah seperti bertawasul kepada selain daripada Allah
SWT. Aku jatuh ke bumi sambil menangis tersedu-sedu kerana bingung
dengan dua aliran yang sangat kontradiktif ini; aliran sufi yang penuh
dengan acara-acara ritualistik (kebatinan) di mana jiwa manusia akan
terasa sesuatu kezuhudan dan kedekatan pada Allah SWT melalui para
waliNya yang soleh dan hambaNya yang arif, dan aliran Wahabiyyah yang
mengajarku bahawa kesemua itu adalah syirik pada Allah. Dan syirik
adalah dosa yang tidak diampunkan.
Jika Muhammad Rasulullah SAWA tidak memberi apa-apa manfa'at dan
tidak boleh dijadikan tawasul antara Allah SWT maka apalah ertinya
mereka para wali dan orang-orang soleh itu?
Walaupun Syaikh menempatkan aku pada 'maqam' yang tinggi sebagai
wakilnya di Qafsah tetapi jiwaku belum merasa puas sama sekali. Walau
kadang-kadang aku condong kepada tarekat sufi dan sering menyimpan
rasa hormat dan takzim disebabkan para wali Allah dan orang-orang soleh
tersebut, namun aku juga memprotes berhujahkan firman Allah:"Jangan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 15
kamu menyeru bersama Allah Tuhan yang tiada lain selain Dia,"[Al-
Qishos:88]. Jika ada orang berkata bahawa Allah berfirman:"Wahai
orang-orang yang beriman, bertaqwalah kalian kepada Allah dan carilah
wasilah yang mendekatkan diri kepadaNya"[Al-Maidah:35] maka aku akan
menjawab seperti apa yang diajarkan kepadaku oleh ulama-ulama Saudi
bahawa wasilah yang dimaksudkan adalah amal yang soleh.
Al-hasil aku hidup waktu ini dengan perasaan yang gelisah dan pemikiran
yang kacau. Kadang-kadang sebahagian murid-murid Syaikh datang ke
rumahku dan mengadakan acara-acara serupa dalam bentuk halaqahhalaqah
sehinggalah para tetanggaku merasa cukup terganggu dengan
suara 'ah....ah...ah...kami. Setelah aku tahu itu maka aku minta agar
mereka mengadakannya di rumah lain dan aku minta maaf lantaran ingin
keluar negeri selama tiga bulan. Kemudian aku berpisah dengan keluarga
dan kaum kerabatku menuju Tuhanku dengan penuh rasa tawakal
kepadaNya tanpa mensyirikkanNya sekali-kali.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 16

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home