Thursday, November 4, 2010

akhirnya kutemui kebenaran - perjalanan berjaya

Perjalanan Berjaya
Di Mesir
Aku berada di Tripoli hanya selama masa visa yang mereka berikan
kepadaku melalui kedutaan Mesir di Tunisia sahaja. Di sana aku berjumpa
dengan beberapa orang temanku. Mereka banyak membantuku. Semoga
Allah membalas jasa mereka itu. Dan di dalam perjalananku ke Kaherah
yang memakan selama tiga hari tiga malam, aku menaiki sebuah teksi
bersama empat orang Mesir lain yang pulang kerja dari Libya. Di dalam
perjalanan itu aku banyak bercakap dengan mereka dan membacakan
beberapa ayat-ayat suci al-Qur'an. Mereka menyukaiku dan masingmasing
mengajakku singgah ke rumahnya. Di antara mereka seorang
sahaja yang aku pilih dan bersedia pergi ke rumahnya, lantaran sifat
warak dan taqwa yang nampak dalam dirinya. Namanya Ahmad. Beliau
menyambutku dan menerima hangat kedatanganku. Mudah-mudahan Allah
berkenan membalas jasanya.
Aku berada selama dua puluh har di Kaherah. Aku sempat berkunjung ke
tempat penyanyi terkenal, Farid at-Atharsy di rumahnya yang menghadap
sungai Nil. Aku sejak lama mengkaguminya lantaran berita tentang
peribadinya dan sikap rendah dirinya seringkali aku baca di dalam
majalah-majalah Mesir yang dijual di Tunisia. Sayang aku hanya dapat
berjumpa dengannya selama 20 minit sahaja kerana waktu itu dia akan
berangkat ke Lebanon. Aku juga berkunjung ke tempatnya Syaikh Abdul
Basit Abdus Samad seorang qari al-Qur'an yang sangat terkenal itu. Aku
juga sangat mengkaguminya. Aku hanya sempat bersamanya selama tiga
hari. Kami banyak berdiskusi dalam pelbagai masalah bersama kerabat
dan sahabat-sahabatnya. Mereka juga kagum dengan semangatku,
ketegasanku dan luasnya informasi yang aku miliki. Jika mereka bercakap
mengenai seni, maka aku juga bercakap mengenai seni dengan panjang
lebar. Dan jika mereka bercakap tentang zuhud dan tawasuf, maka aku
katakan yang aku adalah dari tarekat Tijaniyyah dan sekaligus
berperadaban tinggi. Jika mereka bercakap tentang dunia barat, maka
aku ceritakan kepada mereka tentang Paris, London, Belgik, Holand, Itali,
dan Sepanyol yang aku lawati di cuti-cuti musim panas yang lalu. Bila
mereka bercakap tentang haji maka aku katakan yang aku telah pergi haji
dan kini akan pergi menunaikan umrah pula. Aku ceritakan kepada mereka
tempat-tempat yang tidak mereka ketahui hatta oleh mereka yang
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 17
pernah menunaikan haji sebanyak tujuh kali sekalipun seperti Gua Hira',
Gua Thur, dan tempat Nabi Ismail disembelih. Dan bila mereka bercakap
tentang sains dan penemuan-penemuannya, maka aku perincikan kepada
mereka dengan bilangan dan istilah-istilahnya sekali. Dan bila mereka
bercakap tentang politik, maka aku dapat patahkan hujah-hujah mereka
sambil berkata:"Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada Nasir
Salahuddin al-Ayyubi yang telah mengharamkan dirinya dari tersenyum
apalagi tertawa. Ketika orang-orang dekatnya mencela dan berkata:
dahulunya Nabi SAWA sentiasa dilihat dalam keadaan tersenyum, maka
Ayyubi menjawab: bagaimana kamu menginginkan aku tersenyum
sementara Masjidul Aqsa masih berada di bawah tangan musuh-musuh
Allah. Tidak, demi Allah, aku tidak akan tersenyum sehinggalah aku dapat
membebaskannya atau mati kerananya.
Beberapa syaikh dari al-Azhar ikut hadir dalam majlis kami. Mereka
sangat kagum dengan apa-apa yang aku hafal seperti hadith, ayat-ayat
dan hujah-hujah yang kuat lainnya. Mereka bertanya dari universiti
manakah aku dapat sarjana. Aku menjawab aku adalah sarjana keluaran
Universiti Zaitun. yang telah didirikan sebelum Universiti al-Azhar. Aku
katakan lagi bahawa orang-orang dari kalangan Fatimiyyah yang
mendirikan al-Azhar itu sebenarnya berasal dari kota Mahdiah di Tunisia.
Aku juga sempat berkenalan dengan sejumlah ulama dari Universiti al-
Azhar. Mereka pinjamkan kepadaku beberapa buah buku. Suatu hari aku
berada di pejabat salah seorang pegawai pentadbiran al-Azhar. Tibatiba
datang seorang ahli Dewan Kepimpinan Revolusi Mesir dan
menjemputnya untuk hadir dalam suatu perhimpunan kaum Muslimin di
salah sebuah syarikat besi waja Mesir yang besar di Kaherah yang rosak
akibat Perang Oktober ketika itu. Beliau tidak mahu melainkan aku ikut
serta. Di sana mereka memintaku memberikan ceramah kepada para
hadirin. Dan aku lakukan tugas ini dengan mudah lantaran kebiasaanku
dalam memberikan berbagai ceramah di masjid-masjid dan markasmarkas
kebudayaan di negeriku.
Yang penting dari apa yang aku ceritakan dalam bab ini adalah perasaanku
yang mulai membesar dan sikap mengkagumi diri sendiri mulai timbul. Aku
berfikir ketika itu bahawa aku memang telah menjadi seorang alim yang
berpengetahuan tinggi. Betapa tidak. Ulama-ulama al-Azhar sendiri
menyaksikan sendiri hal itu. Antara lain mereka berkata:"Tempatmu
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 18
sudah sewajibnya di al-Azhar di sini." Dan yang lebih membanggakan
diriku lagi adalah "izin" Rasulullah SAWA yang diberikannya kepadaku
untuk melihat peninggalan-peninggalannya seperti yang dikatakan oleh
pegawai yang mengurus Masjid Saidina Husayn di Kaherah. Beliau hanya
mengajakku seorang untuk masuk ke dalam hujrah iaitu ruang yang tidak
dibuka kecuali olehnya sendiri. Dan ketika kami masuk beliau menutupnya
semula dari dalam. Dibukanya sebuah almari dan dikeluarkannya sehelai
baju Nabi SAWA. Lalu aku cium baju tersebut. Juga diperlihatkannya
kepadaku sejumlah peninggalan yang lain. Setelah keluar dari sana aku
menangis kerana begitu terkesan dengan perhatian Nabi SAWA
terhadapku secara peribadi. Orang ini juga tidak memintaku sebarang
upah. Dia hanya mengambil sesuatu yang sangat sedikit setelah aku paksa
dan mendesaknya. Diucapkannya tahniah kepadaku sambil berkata yang
aku ini adalah di antara orang-orang yang diterima di sisi Nabi SAWA.
Peristiwa ini barangkali sangat memberi kesan kepadaku sehingga aku
berkali-kali berfikir tentang apa yang dikatakan oleh Wahabiyyah
bahawa Nabi SAWA telah meninggal dan selesailah sudah riwayatnya
sebagaimana orang-orang lain yang mati. Aku menolak fikiran seperti itu.
Bahkan aku yakin bahawa iqtiqad seperti itu adalah karut. Seandainya
seorang syahid di jalan Allah tidak "mati", bahkan hidup mendapatka
rezeki di sisi Tuhannya, maka betapa pula penghulu para nabi dan rasul.
Perasaanku ini bertambah kuat lantaran dahulunya aku memang percaya
akan pelajaran-pelajaran tasawuf yang memberikan hak dan kebenaran
kepada para wali dan syaikh-syaikh mereka "campur tangan" di dalam
perjalanan alam ini. Mereka percaya bahawa Allah SWT telah
memberikan izin kepada mereka lantaran mereka taat kepadaNya dan
patuh pada segala perintahNya. Bukankah ada suatu hadith qudsi
menyebut:"Wahai hambaKu, taatlah kepadaKu nescaya kau akan
menjadi sepertiKu, mengatakan kepada sesuatu: jadilah maka ia akan
menjadi." Dari situ maka mulailah pertarungan-pertarungan menyala
dalam fikiranku.
Akhirnya aku akhiri kunjungan ke Mesir dengan melawat berbagai masjid
dan solat di dalamnya seperti Masjid Malik, Masjid Abu Hanifah, Masjid
Syafie dan Masjid Ahmad bin Hanbal. Kemudian aku juga melawat
Sayyidah Zainab dan Sayyidina Husayn. Juga tidak ketinggalan Pondok
Tijaniyyah yang menyirat banyak cerita.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 19

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home