Thursday, November 4, 2010

akhirnya kutemui kebenaran - ahmad tijani - melawat iraq

Pertama Kali Melawat Iraq
Kami berangkat dari Damsyik ke Baghdad dengan sebuah bas milik
Syarikat an-Najaf al-A'lamiyyah yang berhawa dingin. Waktu itu suhu
panas kota Baghdad sehingga empat puluh darjah celsius. Sesampainya
kami di sana, kami segera pergi ke rumahnya di suatu kawasan yang indah,
Mantiqah al-I'qal. Aku masuk ke rumahnya yang berhawa dingin.
Sebentar kemudian dia datang membawa sehelai baju gamis panjang yang
mereka panggil "Dasydasyah."
Dihidangkan buah-buahan dan makanan lain. Kemudian ahli keluarganya
masuk dan mengucapkan salam kepadaku dengan penuh adab dan hormat.
Ayahnya memelukku yang seakan-akan dia telah mengenalku sejak lama
dulu. Ibunya berdiri di tepi pintu dengan memakai kain panjang (a'baah)
yang hitam sambil mengucapkan salam dan kata-kata selamat datang
lainya. Temanku ini atas nama ibunya meminta maaf kepadaku kerana
tidak bersalaman. Katanya bersalaman antara lelaki dan perempuan ajnabi
adalah haram.
Aku berasakan lebih hairan lagi. Aku katakan kepada diriku: mereka yang
kita tuduh sebagai orang yang telah terkeluar dari agama ini, justeru
lebih menjaganya dibandingkan dengan kita. dan dari beberapa
perjalananku bersamanya, aku lihat dia mempunyai akhlak yang sangat
tinggi dan jiwa yang bersih. Sikap rendah dirinya dan sifat waraknya
belum pernah aku temuinya seumpamanya sebelum ini. Benar-benar aku
rasakan aku bukanlah seorang asing yang bertamu di rumahnya.
Pada waktu malam kami naik ke atas atap rumah. Tempat tidur telah
dibentangkan untuk kami di sana. Aku masih terjaga sehingga larut
malam. Aku merasa seperti tidak percaya, apakah aku dalam keadaan
mimpi atau benar-benar sedar. Benarkah aku kini berada di Baghdad di
sisi maqam Sayyidi Abdul Kadir al-Jailani?
Temanku tertawa dan bertanya apa yang dikatakan oleh orang-orang
Tunisia tentang Abdul Kadir al-Jailani? Mula aku ceritakan kepadanya
tentang beberapa karamahnya yang sangat masyhur di tempat kami.
Begitu jua tempat-tempat yang menggunakan namanya. Beliau adalah
pusat dari suatu bulatan. Sebagaimana Muhammad Rasulullah SAWA
penghulu para Nabi, maka Abdul Kadir al-Jailani adalah penghulu para
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 26
wali. Telapak kakinya di atas pundak seluruh wali. Beliau yang
berkata:"Seluruh orang tawaf sekitar Rumah Ka'bah untuk tujuh kali dan
aku tawaf di sekitar Rumah itu dengan kemahku."
Aku cuba menyakinkannya bahawa Syaikh Abdul Kadir al-Jailani
mendatangi sejumlah murid-murid dan pencintanya secara nyata,
mengubati mereka dan menolong kesukaran mereka. Waktu itu aku lupa
atau berpura-pura lupa tentang aqidah Wahabiyyah yang aku ketahui, di
mana mereka mengatakan bahawa kesemua itu adalah syirik kepada Allah.
Ketika aku rasakan bahwa temankan ini tidak ghairah (mendengar
penjelasanku), aku cuba menyakinkan diriku pula bahawa apa yang aku
katakan tadi adalah tidak benar, lalu aku tanyakan pendapatnya.
Sambil tertawa teman ini berkata kepadaku:"Tidurlah dan
beristirehatlah dari segala keletihan yang kau alami. Esok, Insya Allah,
kita akan berziarah ke maqam Syaikh Abdul Kadir al-Jilani."
Mendengar berita ini aku sangat gembira sekali. Sedemikian hingga
kalaulah waktu itu fajar segera menyingsing tetapi rasa letih yang amat
sangat menyebabkan aku tidur sangat nyenyak sehinggalah matahari
terbit dan hilanglah waktu solat Subuh. Temanku memberitahu bahawa
dia berkali-kali cuba membangunkanku tetapi mungkin lantaran terlalu
letih aku tidak mendengarnya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home