Thursday, November 4, 2010

akhirnya kutemui kebenaran - ahmad tijani - jumpa ulama

Perjumpaan Dengan Ulama
Temanku mengajakku pergi ke suatu masjid yang berada di sisi jamik. Di
dalamnya terbentang permaidani yang indah dan mihrabnya juga terukir
ayat-ayat al-Qur'an yang sangat menarik. Tiba-tiba mataku terpandang
pada sekumpulan anak-anak remaja yang berserban yang sedang duduk
berhampiran mihrab. Mereka sedang belajar bersama-sama sambil
memegang kitab masing-masing. Aku sangat terpesona dengan
pemandangan yang indah ini kerana begitu muda, yang berumur sekitar
tiga belas tahun hingga enam belas tahun. Yang lebih menambahkan
kecantikan adalah pakaian yang mereka pakai itu. Betul-betul mereka
seperti bulan purnama yang bersinar.
Temanku bertanya kepada mereka tentang "Sayyid". Lalu diberitahu
bahawa beliau sedang solat berjamaah. Aku tidak tahu siapa "Sayyid"
yang dimaksudkan. Cuma aku fikir bahawa beliau pastilah seorang ulama.
Kemudian aku diberitahu bahwa beliau adalah Sayyid al-Khui, pemimpin
Hauzah Ilmiyyah bagi Madzhab Syiah. Perlu diketahui bahawa gelaran
"Sayyid" di dalam Madzhab Syiah adalah gelaran yang diberikan kepada
mereka yang berketurunan Nabi SAWA. Seorang Sayyid yang alim atau
yang belajar ilmu-ilmu Islam akan memakai serban hitam. Sementara
ulama-ulama yang lain akan memakai serban putih dan dipanggil dengan
gelaran "Syaikh". Orang-orang Sayyid yang tidak alim, biasanya memakai
serban berwarna hijau.
Temanku meminta mereka menemaniku sejenak, sementara dia sendiri
akan pergi berjumpa Sayyid. Mereka menyambutku dengan penuh hangat
sambil duduk mengelilingiku. Aku perhatikan wajah-wajah mereka dan aku
rasakan kebersihan hati mereka. Aku teringat pada sebuah hadith Nabi
SAWA yang bermaksud:"Manusia dilahirkan dalam keadaan suci. Ibu
bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Kristian atau Majusi."
Lalu aku katakan juga pada diriku: menjadikan mereka syiah.
Mereka bertanya dari mana aku berasal. Dari Tunisia, ku jawab. "Apakah
di sana ada Hauzah Ilmiah?" Tanya mereka lagi. "Hanya ada universiti dan
sekolah-sekolah biasa." jawabku. Berbagai soalan dilemparkan kepadaku,
yang kesemuanya menyulitkanku untuk menjawab. Apa yang harus ku
katakan kepada anak-anak tak berdosa seperti ini yang mengira bahawa
dunia Islam semuanya memiliki Hauzah Ilmiah yang mengajar Fiqh, Usu-
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 43
fiqh, Usuluddin, Syariah dan Tafsir. Mereka tidak tahu bahawa dunia
Islam dan negara-negara kita sekarang ini telah maju sangat pesat. Kita
telah gantikan madrasah-madrasah yang mengajar Al-Quran dengan
taman kanak-kanak yang dipimpin oleh paderi-paderi Kristian. Apakah
harus ku katakan bahawa mereka masih ketinggalan berbanding dengan
kita ?
Seorang di antara mereka bertanya : "Mazhab apa yang diikuti di
Tunisia?". "Mazhab Maliki", jawabku. Ku perhatikan sebahagian mereka
ada yang ketawa, tetapi aku tidak peduli. "Apakah anda pernah tahu
tentang mazhab Ja'fari?" tanyanya lagi. "Nama baru apa ini? Tidak, kami
tidak tahu selain dari empat mazhab ini. Selain dari mereka bukan
tergolong dari kalangan Islam."
Sambil tersenyum, dia berkata lagi. "Maaf, sebenarnya mazhab
Ja'farilah yang benar-benar Islam. Bukankah Imam Abu Hanifah berguru
kepada Imam Ja'far as-Shodiq? Itulah kenapa Abu Hanifah berkata :
"Kalau bukan kerana dua tahun, maka Nu'man telah celaka."
Aku hanya diam saja. Nama itu baru bagiku, nama yang tidak pernah ku
dengar sebelum ini. Namun aku memuji Allah bahawa Imam mereka
Ja'far as-Shodiq tidak pernah menjadi guru kepada Imam Malik. "Kami
ikut mazhab Maliki bukan Hanafi." Aku cuba menjawab. "Imam empat
mazhab belajar satu sama lain", sambungnya. "Ahmad bin Hanbal belajar
dari Syafie; Syafie belajar dari Malik dan Malik belajar dari Abu
Hanifah sementara Abu Hanifah belajar sendiri dari Ja'far as- Shodiq.
Dengan demikian maka kesemua mereka adalah anak murid kepada Ja'far
as-Shodiq. Beliau juga adalah orang pertama yang membuka "universiti"
Islam di masjid datuknya Rasulullah s.a.w. Lebih dari empat ribu ahli
hadis dan ahli fikih berguru dengannya."
Aku sangat terkejut dengan anak muda yang bijak ini, yang hafal dengan
apa yang dikatakannya seperti hafalnya anak-anak kami suatu surah Al-
Quran. Lebih terkejut lagi ketika dia menyebutkan kepadaku sebahagian
buku-buku rujukan sejarah beserta bilangan jilid dan babnya sekali. Dia
begitu lancar berbicara yang seakan seorang guru sedang mengajar
muridnya. Aku merasa lemah di hadapannya. Aku harap-harap kalaulah
aku keluar bersama temanku dan tidak duduk dengan anak-anak seperti
ini. Setiap kali mereka tanyakan kepadaku tentang fikih atau sejarah, aku
tak mampu menjawabnya. Ditanyanya, kepada siapa aku bertaklid? "Imam
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 44
Malik", jawabku. "Bagaimana anda mentaklid seorang yang telah mati, di
mana jaraknya antara anda dan beliau sekitar empat belas abad. Jika
anda sekarang ingin bertanya kepadanya tentang masalah-masalah zaman
ini, apakah dia akan menjawab anda?" Ku fikir sejenak pertanyaaan ini
lalu ku jawab :"Ja'farmu juga telah mati empat belas abad yang lalu. Lalu
kepada siapa anda mentaklid?" "Kami mentaklid Sayyid al-Khui. Beliau
adalah Imam kami." Jawabnya yang kemudian diikuti oleh temantemannya
yang lain.
Aku tidak tahu apakah Khui lebih alim ataukan Ja'far as-Shodiq. Aku
coba untuk mengubah topik permasalahan dengan bertanya hal-hal lain.
Aku bertanya bilangan penduduk di Najaf, berapa jauh jarak antara
Najaf dan baghdad, apakah mereka tahu negara-negara selain Iraq.
Setiap kali mereka menjawab, ku ajukan soalan-soalan lain sehingga
mereka tidak sempat bertanya apa-apa dariku. Mengingat aku tidak
mampu menjawab dan kurasakan jahil. Tetapi jauh sekali untuk mengakui
itu walaupun jauh di dalam kalbuku mengakuinya. Segala sanjungan,
kemuliaan dan penghormatan yang ku dapati di Mesir, dalam waktu
sekejap luluh di sini, khususnya setelah berjumpa dengan anak-anak
seperti ini. Di situ aku memahami maksud sebuah syair yang berkata :
Katakan kepada mereka
yang mengaku berfilsafat di dalam ilmu
Hanya sedikit yang kau tahu
Sementara banyak yang kau tidak tahu.
Aku membayangkan bahawa akal anak-anak muda ini lebih tinggi dari akal
syaikh-syaikh yang kujumpai di al-Azhar; dan bahkan lebih tinggi dari
akal ulama-ulama yang ku kenal di Tunisia.
Sayyid Khui masuk disertai serombongan ulama yang menunjukkan
keagungan dan kewibawaan. Anak-anak ini berdiri, dan aku juga ikut
berdiri. Mereka menghadap Sayyid dan mencium tangannya sementara
aku tidak bergerak dari tempatku. Sayyid tidak duduk sehinggalah semua
yang hadir duduk terlebih dahulu. Beliau memulakan kata-katanya :
Massakum Bil Khoir, selamat petang kepada sekelian yang hadir. Kemudia
dijawab dengan kata-kata yang sama oleh mereka. Beliau juga
mengucapkan kata-kata itu kepadaku dan ku jawab dengan jawapan yang
sama.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 45
Kulihat temanku berbisik sesuatu kepada Sayyid, lalu kemudian
mengisyaratkanku agar mendekat dan duduk di sisi kanan Sayyid. Setelah
mengucapkan salam, temanku berkata kepadaku: "Ceritakan kepada
Sayyid apa yang kalian dengar tentang syiah di Tunisia ?" Kukatakan
kepadanya. "Ya akhi, buanglah jauh-jauh segala cerita yang kami dengar
tentang Syiah di sana sini. Yang penting adalah aku ingin tahu dengan
mata kepalaku sendiri apa yang dikatakan oleh Syiah. Aku ada beberapa
pertanyaan yang kuinginkan jawapannya secara terus terang." Temanku
ini mengisyaratkanku agar aku mengatakan secara terus terang kepada
Sayyid tentang bagaimana pandangan kami terhadap Syiah. Kukatakan
bahawa Syiah menurut pandangan kami lebih berbahaya kepada Islam
dibandingkan dengan orang-orang Yahudi dan Nasrani. Ini kerana mereka
menyembah Allah dan beriman kepada Rislaah Nabi Musa a.s. sementara
Syiah - yang kami dengar - menyembah Ali dan mengkultuskannya. Ada
juga di antara mereka yang menyembah Allah, tetapi menempatkan Ali
sejajar dengan Rasulullah s.a.w. Ku bawakan cerita yang mengatakan
konon Syiah percaya bahawa Jibril telah berkhianat di dalam
menyampaikan amanah Allah; di mana sepatutnya amanah tersebut
diberikan kepada Ali tetapi Jibril memberikannya kepada Muhammad.
Sayyid menunduk sejenak, lalu kemudian memandangku dan berkata :
"Kami menyaksikan tiada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad
s.a.w. adalah Rasul Allah dan Ali hanyalah seorang hamba Allah."
Kemudian beliau menoleh ke arah para hadirin dan berkata :"Lihatlah
kepada mereka yang tak berdosa ini, betapa tuduhan-tuduhan yang dusta
mengorbankan mereka. Ini tidak begitu aneh. Kerana saya sendiri pernah
mendengar tuduhan-tuduhan yang lebih berat dari itu dari orang-orang
lain. Fala Haula Wala Quwwata Illah Billah a-A'li al-A'zim. Kemudia beliau
menoleh ke arahku sambil bertanya :
- "Apakah anda membaca AlQuran ?"
- "Aku bahkan telah hafal setengahnya ketika dalam umur kurang dari
sepuluh tahun." Jawabku.
- "Tahukan anda bahawa semua kelompok Islam yang beraneka ragam ini
sepakat tentang Al Quran al-Karim. Al Quran yang ada di sisi kami adalah
sama dengan Al Quran yang ada di sisi kalian."
- "Ya, aku tahu." Jawabku.
- "Nah, bukankah anda telah membaca firman Allah yang
bermaksud :"Muhammad hanyalah seorang Rasul di mana sebelumnya
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 46
(telah datang) para rasul (yang lain)." (S: Ali Imran: 144) Dan juga
firmanNya yang bermaksud: "Muhammad adalah Rasulullah dan orangorang
yang bersamanya sangat keras terhadap orang-orang kafir." (S: al-
Fath: 29). Juga firmanNya: "Muhammad bukanlah ayah salah seorang di
antara laki-laki kalian, namun beliau adalah Rasulullah dan penutup segala
Nabi." (S: al-Ahzab: 40)
- "Ya, aku tahu ayat-ayat tersebut." Jawabku.
- "Lalu di mana Ali? Jika Al Quran berkata bahawa Muhammad adalah
Rasulullah, maka dari mana datangnya tuduhan-tuduhan seumpama ini ?".
Aku diam saja tanpa mempunyai sebarang jawapan. Lalu beliau
menyambung lagi :
- "Tentang pengkhianatan Jibril, oh....(tuduhan) ini lebih buruk dari yang
pertama tadi. Ini kerana Jibril ketika diutus oleh Allah kepada
Muhammad waktu itu umur Muhammad empat puluh tahun manakala Ali
seorang anak kecil yang berumur sekitar enam atau tujuh tahun.
Bagaimana mungkin Jibril melakukan kesalahan dan tidak dapat
membezakan antara Muhammad yang dewasa dan Ali anak yang kecil."
Kemudian aku terdiam lama merenungkan kata-katanya dan menikmati
logikanya yang benar-benar masuk dalam fikiranku serta menghilangkan
keraguan-keraguanku. Aku tertanya-tanya di dalam benakku kenapa kita
tidak pernah menganalisanya dengan cara mantik seperti itu. Kemudian
Sayyid al-Khui ini menyambung kata-katanya:
"Saya tambahkan kepadamu bahawa Syiah adalah satu-satunya di antara
Madzhab Islam yang mempercayai tentang maksumnya para Nabi dan
Imam. Jika para Imam kami maksum dari segala kesalahan, manakala
mereka adalah manusia seperti kita, maka bagaimana malaikat Jibril,
malaikat muqarrab yang digelar oleh Allah sebagai Ruhul Amin."
"Lalu dari mana datangnya tuduhan-tuduhan seumpama ini?", tanyaku
kemudian.
"Dari musuh-musuh Islam yang ingin memecahbelahkan kaum Muslimin
dan memporakperandakan mereka. Kaum Muslimin adalah bersaudara,
sama ada Syiah atau Sunnah. Mereka menyembah Allah yang Maha Esa
dan mensyirikkanNya. Al-Qur'an mereka satu. Nabi mereka satu dan
kiblat mereka juga satu. Syiah dan Sunnah tidak berselisih apa-apa
melainkan di dalam sebahagian perkara fiqh sahaja sebagaimana yang
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 47
berlaku di antara mazhab Sunnah sendiri. Malik menyalahi Abu Hanifah,
dan Abu Hanifah menyalahi Syafie dan seterusnya..."
"Jadi, segala apa yang dituduhkan kepada kalian adalah dusta belaka."
"Alhamdulillah, anda adalah seorang yang berakal dan memahami segala
sesuatu. Anda telah melawat negara Syiah dan hidup di sekitar mereka.
Apakah anda pernah melihat atau mendengar ucapan-ucapan dusta
seumpama itu?"
"Tidak, sama sekali. Yang aku lihat hanya kebaikan sahaja. Al-
Hamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memperkenalkanku dengan
ustaz Mun'im ini di kapal tempoh hari. Dialah sebab kedatanganku ke
Iraq ini dan banyak tahu tentang berbagai hal yang selama ini aku jahil."
Temanku Mun'im juga tertawa sambil berkata:"Itu juga berkat kuburan
Imam Ali ini." Kemudian aku pegang tangannya dan berkata:"Di sini aku
telah banyak belajar hatta dari anak-anak muda itu. Aku bercita-cita jika
ada masa aku akan belajar di Hauzah ini seperti mereka."
"Ahlan Wa-Sahlan," jawab Sayyid serta merta."Jika anda ingin belajar
dan menuntut ilmu, maka Hauzah akan menanggungmu dan kami akan
berkhidmat kepadamu."
Para hadirin menyambut baik gagasan ini, terutama sekali Mun'im yang
nampak lebih berseri. Kemudian aku berkata lagi:"Saya telah berkeluarga
dan mempunyai dua anak."
"Kami akan menanggung semua keperluan anda dari tempat tinggal, biaya
hidup dan segala yang anda perlukan. Yang penting anda menuntut ilmu
sahaja,"jawab Sayyid.
Aku berfikir sejenak. Lalu aku fikirkan kepada diriku rasanya tidak
mungkin aku duduk belajar lagi setelah lima tahun aku mengajar dan
mendidik generasi muda. Dan tidak mudah untuk mengambil keputusan
dalam waktu yang begitu singkat. Akhirnya aku mengucapkan terima kasih
kepada Sayyid al-Khui atas tawarannya itu. Aku katakan bahawa aku akan
memikirkan hal ini sepulangnya aku dari umrah kelak, Insya Allah. Tetapi
aku perlu dengan sebahagian buku. Kemudian Sayyid berkata:berikan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 48
kepadanya beberapa buah buku. Lalu beberapa ulama yang ada di
sekitarnya berdiri dan membuka beberapa buah almari yang ada. Tidak
lama kemudian mereka memberikan aku buku sebanyak tujuh puluh jilid
lebih dan beberapa set buku lain. Sayyid berkata bahawa ini adalah
hadiah darinya untukku. Melihat ini aku rasakan tidak mungkin dapat
membawanya, apalagi kini akan pergi ke Saudi yang biasanya melarang
segala jenis kitab dibawa masuk ke dalam negeri mereka, kerana khuatir
pada berbagai aqidah yang berlainan dengan madzhab mereka. Tetapi aku
juga tidak mahu kehilangan buku-buku seumpama ini yang tidak pernah
aku lihat sepanjang hidupku. Aku katakan kepada temanku dan kepada
yang hadir bahawa perjalananku sangat jauh, melalui Damsyik, Jordan,
kemudian baru ke Saudi. Dan ketika pulang pula lebih jauh lagi.
Mengingatkan bahawa aku akan melalui Mesir, Libya sehingga Tunisia.
Selain dari beratnya buku-buku tersebut - kebanyakan negara juga
melarang membawa masuk buku.
Kemudian, Sayyid berkata, biarlah aku tinggalkan alamatku dan beliau
kelak akan mengirimnya ke sana. Aku berikan kepadanya kad alamatku di
Tunisia dan aku ucapkan rasa terima kasih kepadanya yang begitu murah
hati. Ketika kau berdiri untuk pulang, beliau juga berdiri sambil
berkata:"Semoga Allah menyelamatkanmu di dalam perjalanan. Jika kelak
anda berdiri di hadapan maqam datukku Rasulullah, maka sampaikan
salamku kepadanya."
Para hadirin merasa terharu dan aku juga demikian. Aku lihat betapa air
matanya tergenang. Aku katakan kepada diriku, tidak mungkin beliau ini
orang yang salah atau orang yang berdusta. Sungguh berwibawa,
keagungan, dan sikap rendah dirinya menandakan dengan jujur bahawa
beliau adalah dari anak keturunan Nabi SAWA. Lalu aku menjabat
tangannya dan menciumnya walau dia cuba menolaknya. Semua berdiri dan
bersalaman denganku. Anak-anak muda yang mendebatku tadi juga
mengikutiku dan meminta alamatku untuk koresponden. Dan aku tidak
mengabaikan permintaan ini.
Kami menuju Kufah kerana jemputan salah seorang yang hadir di majlis
Sayyid al-Khui tadi. Beliau adalah temannya Mu'nim. Namanya Abu
Syubbar. Kami menginap di rumahnya. Malam itu kami berdiskusi panjang
dengan sejumlah pemuda yang intelektual. Di antara mereka adalah
sejumlah murid Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr. Mereka menyarankanku
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 49
untuk berjumpa dengannya, dan pertemuan itu aka diatur esok hari.
Temanku sangat setuju dengan saranan itu, tetapi sayang dia tidak dapat
hadir lantaran ada beberapa urusan penting yang tidak dapat ditinggalkan
di Baghdad. Kami sepakat untuk tinggal di rumah Sayyid Abu Syubbar
tiga atau empat hari sehinggalah Mun'im kembali. Setelah solat Subuh
Mun'im pergi ke Baghdad dan kami pergi tidur setelah satu malam suntuk
kami berdiskusi panjang.
Malam itu aku banyak sekali belajar dari mereka. Aku sangat kagum
dengan berbagai ilmu yang mereka pelajari di Hauzah Ilmiyyah. Selain
dari ilmu-ilmu Islam seperti Fiqh, Syariah, dan Tauhid, mereka juga
belajar ilmu-ilmu seperti ekonomi, sosiologi, dan politik. Begitu juga
dengan ilmu-ilmu sejarah, sastera, astronomi dan lain-lain lagi.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home