Thursday, November 4, 2010

akhirnya kutemui kebenaran - ahmad tijani - abdul qadir jailani

Abdul Kadir Jailani Dan Musa al-Kazim
Setelah sarapan pagi kami pergi ke maqam Syaikh Abdul Kadir al-Jailani.
Dari jauh aku dapat melihat maqam yang selama ini aku bermimpi untuk
menziarahinya. Aku bergegas seakan-akan aku sangat merindukannya.
Dengan keseronokan yang tersendiri aku masuk ke dalam seakan aku
akan segera berada di pelukannya. Temanku ini mengikuti ke mana juga
aku pergi. Akhirnya aku tenggelam dalam kumpulan penziarah makam ini
yang bagaikan jamaah haji Baitullah al-Haram. Ada di antara mereka
menebarkan segenggaman manisan, sementara para penziarah berebutrebut
untuk mengutipnya. Aku cepat-cepat mengambil dua biji manisan
itu. Yang satu aku makan sebagai berkat dan satu lagi aku simpan dalam
poketku sebagai kenangan.
Aku solat di sana dan berdoa pendek. Kemudian aku minum airnya yang
seakan air zamzam. Aku minta temanku menunggu sejenak lantaran aku
ingin menulis surat ringkas kepada sejumlah sahabatku di Tunisia, dengan
menggunakan poskad yang kesemuanya berlatarbelakangkan gambar
kubah makam Syaikh Abdul Kadir al-Jailani yang berwarna hijau.
Tujuanku semata-mata ingin membuktikan kepada sahabat-sahabat dan
keluargaku di Tunisia betapa baiknya 'nasibku' sehingga aku dapat sampai
ke tempat makam yang mereka sendiri belum pernah sampai ke sana.
Sekembalinya dari sana kami makan tengahari di suatu restoran
tempatan yang terletak di tengah-tengah kota Baghdad. Kemudian
temanku mengajakku pergi ke Kazimiah dengan menaiki teksi. Nama ini
aku ketahui setelah mendengar temanku menyebutkannya kepada
pemandu teksi tadi. Setelah beberapa langkah kami berjalan kami
terlihat pada sekumpulan ramai orang lelaki dan perempuan, yang lengkap
dengan bekalannya berjalan ke satu arah. Hal ini mengingatkanku pada
waktu musim haji. Aku masih belum tahu arah tempat tujuan mereka
sehinggalah nampak pandanganku beberapa kubah dan menara keemasan
yang menarik perhatian. Aku faham yang itu adalah salah satu dari masjid
syiah, kerana mengikut pengetahuanku mereka memang menghias masjidmasjid
mereka dengan emas dan perak yang diharamkan oleh Islam.
Aku merasa sangat berat untuk masuk ke dalam. Namun kerana ingin
menjaga perasaan temanku, akhirnya aku ikut tanpa ada pilihan.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 28
Kami masuk dari pintu pertama. Aku perhatikan orang-orang tua
mengusap dan mencium pintu-pintu masuk itu. Mataku terpandang pada
suatu papan besar yang bertulisan "Dilarang Masuk Wanita Yang Tidak
Menutup Aurat". Di sana juga ada tulisan kata-kata Imam Ali "Akan
datang kepada manusia suatu zaman di mana wanita-wanitanya keluar
dengan memakai pakaian yang tipis..."Kami tiba di makam. Ketika temanku
membaca bacaan izin masuk, aku melihat-lihat pintu itu dan kagum dengan
ukiran-ukiran emas ayat-ayat al-Qur'an.
Temanku masuk ke dalam dan aku juga ikut di belakangnya. Aku sangat
berhati-hati kerana fikiranku masih teringat akan sejumlah buku-buku
yang mengkafirkan syiah. Aku lihat bahagian dalam makam penuh dengan
ukiran dan hiasan yang tidak pernah terbayangkan oleh fikiranku. Aku
sangat terkejut dengan apa yang aku saksikan itu. Aku bayangkan diriku
berada di suatu tempat yang asing dan tidak biasa sama sekali. Kadangkadang
aku melihat dengan jijik pada mereka yang mengelilingi sekitar
kuburan itu sambil menangis dan mencium-cium tiang dan besi-besinya.
Ada sebahagian yang lain berdiri solat dekat dengan kuburan itu. Aku
teringat pada hadith Rasul yang bermaksud:"Allah melaknat kaum Yahudi
dan Nasrani lantaran mereka menjadikan kuburan para wali mereka
sebagai masjid."
Aku menjauhkan diri dari temanku yang seketika terus sahaja menangis.
Kemudian dia solat. Aku mendekat pada suatu tulisan yang mengandungi
doa ziarah yang tergantung di atas makam. Aku membacanya tetapi
banyak yang tidak mengerti. Ianya mengandungi sejumlah mana yang
asing bagiku. Kemudian aku berdiri di satu sudut yang agak jauh lalu
membacakan al-Fatehah kepada orang yang ada dalam kuburan itu. Aku
berdoa:"Ya Allah, sekiranya orang yang ada dalam kubur ini adalah dari
golongan Muslimin maka kasihanilah dia. Dan Kau lebih mengetahui
dariku."
Temanku mendekat dan membisikkan kepadaku: seandainya kau
mempunyai apa-apa hajat maka mintalah kepada Allah di tempat ini. Kami
menamakan tempat ini dengan Bab al-Hawaij (Pintu Hajat). Aku tidak
memperdulikan kata-katanya, semoga Allah memaafkanku. Aku terus
memandang orang-orang tua yang memakai serban hitam dan putih,
sementara dahi-dahi mereka nampak hitam bekas tanda sujud. Mereka
nampak lebih berwibawa dengan janggut mereka yang terjulur rapi dan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 29
memberikan semerbak wangi. Pandangan mereka sangat tajam dan
menakutkan. Setiap kali mereka masuk ke tempat itu mereka menangis
tersedu-sedu. Aku bertanya sendiri apakah mungkin airmata itu adalah
airmata yang tidak jujur? Apakah mungkin mereka yang tua-tua itu
salah?
Aku keluar dari sana dengan rasa penuh hairan dan bingung dari apa yang
aku saksikan tadi. Sementara temanku ini keluar sambil mengundurkan
diri agar tidak membelakangi kuburan tersebut. Aku bertanya kepadanya:
"Siapa tuan makam ini?"
"Imam Musa al-Kazim,"jawabnya.
"Siapa Imam Musa al-Kazim?"
"Subhanallah, kalian sebagai saudara-saudara kami Ahlul Sunnah Wal-
Jamaah meninggalkan isi dan berpegang hanya pada kulit semata-mata."
"Apa maksud anda mengatakan yang kami hanya memegang kulit dan
meninggalkan isi?", tanyaku dengan geram.
"Ya Akhi!" Dia cuba menenangkan aku."Sejak kau tiba di Iraq, anda
sentiasa menyebut-nyebut nama Abdul Kadir al-Jailani. Siapa itu Abdul
Kadir al-Jailani sehingga menyebabkan anda memberikan seluruh
perhatian anda kepadanya?"
"Beliau adalah dari anak-zuriat Nabi. Seandainya ada Nabi lain selepas
Nabi Muhammad maka Abdul Kadir al-Jailanilah yang akan menjadi nabi."
"Ya akhi Samawi. Apakah anda tahu tentang sejarah Islam?".
"Ya,"jawabku tanpa ragu-ragu.
Padahal aku tidak tahu sama sekali sejarah Islam. Mengingatkan guruguru
kami dahulu melarang kami membaca sejarah. Mereka berkata
bahawa itu adalah sejarah hitam dan gelap, tidak ada guna membacanya.
Aku masih ingat contohnya seorang guru mengajar kami subjek Ilmu
Balaghah. Waktu itu beliau mengajar kami Khutbah Syiqsyiqiyah dari
kitab Nahjul Balaghah himpunan khutbah-khutbah Imam Ali. Aku dan
sebilangan murid-murid yang lain merasa hairan ketika membacanya. Aku
beranikan diri untuk bertanya apakah benar ianya kata-kata Imam Ali.
Guruku menjawab:"Ya. Apakah ada orang lain yang mempunyai balaghah
sedemikian tinggi selain darinya. Kalaulah ini bukan kata-kata Imam Ali
Karamallah Wajhahu, maka ulama-ulama Muslimin seperti Syaikh
Muhammad Abduh, Mufti Besar Mesir tidak akan mahu
mensyarahkannya." Kemudian aku katakan: Imam Ali telah menuduh Abu
Bakar dan Umar merampas haknya dalam kekhalifahan. Mendengar ini
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 30
guruku melenting dan sangat marah sehingga mengecamku keluar jika
mengulangi soalan yang serupa. Katanya: kami mengajar ilmu Balaghah,
bukn ilmu sejarah. Kita jangan ambil peduli dengan sejarah yang telah
dihitamkan lembarannya oleh berbagai fitnah dan pertumpahanpertumpahan
darah di antara sesama Muslimin. Sebagaimana Allah telah
sucikan pedang kita dari darah-darah mereka, maka kita sucikan juga
lidah-lidah kita dari mencari mereka."
Aku tidak puas hati dengan hujah guruku di atas. Aku masih menaruh
rasa 'dendam' kepada guruku yang mengajar ilmu balaghah tanpa
maknanya itu. Aku berkali-kali berusaha mengkaji sejarah Islam tetapi
aku tidak mempunyai buku rujukan yang cukup. Aku tidak jumpai satu pun
dari ulama kami yang memberikan perhatian kepadanya, yang seakan-akan
mereka sepakat untuk menutup lembarannya. Anda tidak akan dapati
yang mereka mempunyai buku sejarah yang sempurna.
Ketika temanku menanyakanku tentang pengetahuan ilmu sejarah aku
ingin sekadar membantahnya dengan mengatakan: ya. Padahal dalam
benakku aku berfikir tiada gunanya sama sekali, ia adalah sejarah hitam
dan gelap; tiada lain kecuali fitnah, perang dan berbagai kotradiksi.
Temanku bertanya lagi kepadaku:
"Tahukah anda bila Abdul Kadir al-Jailani dilahirkan dan di zaman apa?"
"Kira-kira pada kurun keenam atau ketujuh."
"Berapa lama jaraknya dengan zaman Rasulullah?"
"Enam abad,"jawabku.
"Jika satu abad ada dua generasi - paling sedikit - maknanya antara
Abdul Kadir al-Jailani dengan Rasulullah dipisahkan oleh dua belas
keturunan."
"Ya,"jawabku.
"Yang ini adalah Musa bin Ja'far bin Muhammad bin Ali bin Husayn bin
Fatimah az-Zahra, yang nasabnya sampai kepada datuknya Nabi SAWA
hanya empat ayah sahaja. Atau lebih tepat beliau dilahirkan pada kurun
kedua Hijrah. Mana yang lebih dekat kepada Rasulullah SAWA, Musa
atau Abdul Kadir?"
"Tentu yang ini," jawabku tanpa berfikir lagi."Tetapi kenapa kami tidak
mengenalnya dan tidak pernah mendengar tentang dirinya?"
"Inilah perkara yang mesti kita fikirkan. Itulah kenapa aku katakan tadi
bahwa kalian - maaf - meninggalkan isi dan berpegang hanya pada kulit
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 31
sahaja. Maafkan saya mengatakam demikian."
Kami berbincang sambil berjalan sehinggalah kami tiba di suatu
perhimpunan ilmu di mana para pelajar dan sejumlah ustaza sedang asyik
berdiskusi dan bertukar fikiran. Kami duduk di sana. Temanku nampak
mencari-cari seseorang yang seakan ada janji dengannya. Seorang datang
menghampirinya setelah mengucapkan salam. Aku fahami bahawa dia
adalah teman pelajarnya dari satu universiti. Ditanyanya tentang
seseorang yang dari jawapannya aku fahami bahawa dia adalah seorang
doktor. Dia akan datang dalam masa tidak lama lagi. Kemudian temanku ini
berkata kepadaku: Aku membawamu ke tempat ini kerana ingin
mengenalkanmu dengan seorang doktor pakar ilmu sejarah beliau adalah
pensyarah di Universiti Baghdad. Tesisnya dahulu adalah tentang sejarah
Abdul Kadir al-Jailani. Insya Allah dia akan memberimu manfa'at kerana
aku sendiri bukan pakar dalam bidang ini.
Kami minum air sari buah yang sejuk. Tidak lama kemudian, Doktor pakar
sejarah itu tiba. Sambil berdiri temanku mengucapkan salam kepadanya.
Diperkenalkannya aku kepadanya dan dimintanya agar Doktor ini
menceritakan kepadaku tentang sejarah Abdul Kadir al-Jailani secara
ringkas. Lalu dia sendiri minta izin sebentar kerana beberapa perkara
penting yang mesti dilakukannya. Doktor ini pun memesan lagi untukku
segelas minuman sejuk lain. Lalu mula menanyakan namaku, negeriku dan
kerjaku. Dia juga memintaku bercerita tentang kemasyhuran Abdul
Kadir al-Jailani di Tunisia.
Banyak aku ceritakan kepadanya kisah-kisah berkenaan dengan Abdul
Kadir al-Jailani ini, hingga aku katakan - sebahagian orang percaya
bahawa Abdul Kadir al-Jailani telah memikul Nabi SAWA pada malam
mikrajnya baginda ketika malaikat Jibril berundur dan takut terbakar.
Kemudian Nabi SAWA berkata kepadanya: telapak kakiku di atas bahumu
dan telapak kakimu di atas bahu para wali sehinggalah hari kiamat.
Mendengar ini Doktor itu tertawa. Entahlah apakah kerana riwayat
ceritanya ataukah kerana ustaz Tunisia yang berada di hadapannya.
Setelah diskusi ringkas tentang wali-wali dan orang-orang soleh beliau
berkata bahawa beliau telah mengkaji sepanjang tujuh tahun tentang
Abdul Kadir al-Jailani ini. Beliau telah berangkat ke Lahore Pakistan,
Turki, Mesir, England, dan tempat-tempat lain yang menyimpan manuskrip
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 32
tulisan tangan tentang Abdul Kadir al-Jailani. Semua manuskrip ini dibaca
bahkan digambar. Kesemua manuskrip yang ada tidak membuktikan
bahawa Abdul Kadir al-Jailani
adalah dari keturunan Nabi SAWA. Paling hampir ada sebuah syair yang
dinisbahkan kepada salah seorang dari cucunya, antara lain berbunyi:"
Dan datukku Rasulullah." Sebahagian ulama mengertikannya bahawa
ucapan itu adalah takwil dari sebuah hadith Nabi yang bermaksud:"Aku
adalah datuk bagi setiap orang yang bertaqwa." Sejarah yang sohih juga
membuktikan bahawa Abdul Kadir al-Jailani adalah berasal dari Parsi,
bukan Arab. Beliau dilahirkan di suatu negeri di Iran yang bernama Jilan,
dan kepada negeri itulah Syaikh Abdul Kadir dinisbahkan. kemudian
beliau pergi ke Baghdad belajar dan mengajar pada masa di mana akhlak
masyarakat saat itu sudah sangat runtuh.
Syaikh Abdul Kadir al-Jailani adalah seorang yang zahid (mempunyai
sifat zuhud). Masyarakat sekitarnya sangat mencintainya. Selepas
wafatnya maka mereka dirikan suatu tarekat atas nama Syaikh
Qadiriyyah seperti yang biasa dilakukan olen pengikut-pengikut orangorang
sufi. Kemudian beliau menambahkan lagi:"Sungguh, dari segi ini
keadaan orang-orang Arab sangat mengecewakan."
Tiba-tiba rasa keWahabiyyahan timbul dalam diriku. Aku katakan
kepadanya:
"Kalau begitu anda ini berfikiran Wahabi hai Doktor. Mereka berkata
seperti anda bahawa istilah wali sama sekali tidak ada (dalam Islam)."
"Tidak. Aku tidak sepakat dengan pendapat Wahabiyyah. Yang sangat
mengecewakan kaum Muslimin adalah sikap mereka sama ada i'frat
(berlebih-lebihan) atau tafrit (jumud). Sama ada mereka percaya dengan
semua khurafaat yang tidak bersandarkan pada hujah syarak atau akal
atau mereka menolak sama sekali hatta kepada mukizat Nabi kita
Muhammad SAWA dan hadith-hadithnya. Lantaran tidak sejalan dengan
aqidah ini dan kecenderungan yang mereka percayai. Satu puak terbit dan
yang lainnya tenggelam. Orang-orang sufi berkata bahawa Syaikh Abdul
Kadir al-Jailani misalnya pada suatu masa boleh berada di Baghdad dan
dalam masa yang sama juga boleh berada di Tunisia. Atau beliau
mengubati seorang yang sakit di Tunisia dan dalam masa yang sama juga
menyelamatkan seorang yang tenggelam di dalam sungai Dajlah di Iraq.
Ini adalah sikap berlebih-lebihan. Sementara Wahabi sebagai reaksi
kepada sufi menolak semua ini bahkan mengatakan syirik kepada mereka
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 33
yang bertawasul kepada Nabi SAWA. Ini adalah sikap yang jumud, ya
akhi. Kita sepatutnya seperti yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam
kitabNya yang bermaksud:"Demikianlah Kami jadikan kamu sebagai
ummat yang pertengahan agar kelak menjadi saksi kepada ummat manusia
"[Al-Baqarah: 143]
Kata-katanya itu sangat mengkagumkanku dan secara prinsip aku
berterima kasih kepadanya. aku juga menampakkan kepadanya rasa
kepuasanku atas apa yang dicakapkannya. Kemudian beliau membuka
begnya dan mengeluarkan sebuah buku tentang Abdul Kadir al-Jailani,
lalu dihadiahkannya kepadaku. Dijemputnya aku datang ke rumahnya
tetapi aku meminta maaf lantaran beberapa hal. Kami terus berbual
tentang Tunisia dan Afrika Utara hinggalah temanku itu datang. Pada
waktu malam kami pulang ke rumah setelah satu hari penuh kami
berziarah dan berdiskusi. Aku rasakan badan sangat letih sehingga aku
menyerah diri untuk tidur.
Pada waktu subuh aku bangun dan solat. Kemudian aku duduk membaca
kitab yang mengkaji tentang kehidupan Abdul Kadir al-Jailani sehinggalah
aku dapat selesaikan setengahnya sebelum kedatangan temanku. Dia
berulang kali memanggilku untuk bersarapan pagi, tetapi aku menolaknya
sehinggalah aku selesaikan terlebih dahulu buku yang aku baca itu. Buku
tersebut sangat memukauku dan berhasil memasukkan rasa keraguan
dalam diriku. Namun ianya sirna sebelum aku meninggalkan Iraq.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 34

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home