Thursday, November 4, 2010

akhirnya kutemui kebenaran - ahmad tijani - berangkat ke najaf

Berangkat Ke Najaf
Malam itu temanku memberitahuku bahawa besok Insya Allah kami akan
pergi ke Najaf. "Apa itu Najaf?,"tanyaku."Satu kota ilmu, tempat maqam
Imam Ali,"jawabnya. Aku merasa sangat hairan bagaimana Imam Ali
mempunyai kuburan yang dikenal. Bukankah syaikh-syaikh kami
mengatakan bahawa Sayyidina Ali tidak diketahui dengan pasti di mana
kuburannya?
Kami berangkat dengan kenderaan umum sehinggalah sampai di Kufah. Di
sana kami melawat Jami' al-Kufah, salah satu di antara peninggalan Islam
yang terkenal. Temanku menunjukkan kepadaku berbaga tempat
bersejarah seperti Jami' Muslim bin Aqil dan Hani' bin Urwah.
Diceritakannya kepadaku secara ringkas bagaimana mereka berdua
syahid. Ditunjukkannya juga kepadaku Mihrab tempat syahidnya Imam
Ali, dan rumah tempat kediaman beliau bersama dua putranya Sayyidina
Hasan dan Sayyidina Husayn. Di rumah itu masih ada telaga tempat
mereka mengambil air minum dan berwudhuk. Untuk seketika aku rasakan
keasyikan jiwa menyaksikan betapa zuhudnya kehidupan Imam dan betapa
sederhananya beliau, seorang Amirul Mukminin dan Khalifah yang
keempat.
Aku juga tidak dapat melupakan sikap rendah diri dan hormat yang aku
saksikan dari penduduk Kufah. Setiap kali kami berlalu pada suatu
kumpulan, mereka akan berdiri sambil mengucapkan salam kepada kami.
Salah seorang dari mereka - ketua sebuah kolej di Kufah - menjemput
juga dengan anak-anaknya dan sempat bermalam. Aku rasakan yang
seakan aku berada di tengah keluargaku. Setiap kali mereka akan
menyebutnya dengan kata-kata "Saudara-saudara kita dari Mazhab Ahlul
Sunnah". Aku sangat senang dengan ucapan-ucapan mereka. Dan aku
tanyakan kepada mereka beberapa soalan untuk menguji sejauh mana
kejujuran kata-kata mereka.
Kemudian kami menuji Najaf, sejauh sepuluh kilometer dari Kufah.
Setibanya di sana gambaran tentang masjid al-Kazimiah terukir kembali
dalam fikiranku. Menara-menara keemasan nampak mengelilingi kubah
yang diperbuat dari emas tulen. Kami masuk ke Haraam Imam setelah
membaca izin masuk seperti kebiasaan para penziarah syiah. Di sini aku
saksikan sesuatu yang lebih hebat dari yang pernah aku lihat di Jami'
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 40
Musa al-Kazim. Seperti biasa aku membaca Surah al-Fatihah tanpa
menaruh keyakinan bahawa orang yang berada di kubur ini adalah Imam
Ali. Aku seakan lebih percaya tentang kesederhanaan rumah yang dihuni
oleh Imam Ali di Kufah. Aku berkata kepada diriku, jah sekali Imam Ali
akan rela dengan kemegahan emas dan perak seperti ini sementara
orang-orang Islam mati kelaparan di bahagian lain di dunia. Khususnya
setelah aku saksikan beberapa orang miskin yang meminta-minta sedekah
di jalan-jalan sekitar kawasan itu. Jiwaku memprotes: wahai orang-orang
syiah, kalian keliru. Paling tidak akuilah kesalahan ini. Imam Ali adalah
orang yang diutus oleh Rasul untuk menyamaratakan kuburan, lalu apa
ertinya kuburan yang dihiasi dengan emas dan perak ini. Walaupun ini
tidak merupakan syirik kepada Allah, paling tidak ia adalah suatu
kesalahan yang besar yang tidak akan diampuni oleh Islam.
Temanku bertanya kepadaku sambil menghulurkan sepotong tanah kering
apakah aku mahu solat? Aku menjawabnya dengan tegas - kami tidak
solat di sekitar kuburan !? " Kalau begitu tunggu aku sebentar untuk solat
dua rakaat sunat."
Sambil menunggu aku membaca beberapa tulisan yang tergantung di atas
maqam. Dari celah-celah besi perak yang berukir aku lihat berbagai wang
yang terhimpun. Dirham, riyal, dinar, dan lerah. Semuanya itu diberikan
oleh para penziarah sebaga tabaruk (mengambil barakah) di dalam kerjakerja
amal yang berkaitan dengan maqam ini. Kerana banyaknya, aku
sangka ia telah terkumpul dalam masa berbulan-bulan. Tetapi temanku
berkata bahawa para petugas yang bertanggungjawab mengutipnya setiap
malam selepas solat Isyak.
Aku keluar dan sana sambil menyimpan rasa geram. Aku bayangkan tentu
lebih baik kalau mereka memberikan sedikit atau membahagibahagikannya
kepada para fakir miskin yang begitu banyak di sana. Di
sekitar maqam aku perhatikan berbagai kumpulan orang solat dan
sebahagian yang lain mendengar ceramah yang disampaikan oleh
penceramah di atas mimbar. Aku dengar sebahagian mereka ada yang
menangis tersedu-sedu dan sebahagian yang lain ada yang memukul-mukul
dada. Aku ingin sekali menanyakan kepada temanku apakah sebabnya
mereka menangis begitu sekali dan memukul-mukul dada. Tiba-tiba satu
jenazah diusung berdekatan kami, dan aku saksikan juga sebahagian
mereka mengangkat kerandanya di tengah-tengah ruangan lalu
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 41
menurunkannya di sana. Aku fikir tangisan mereka mungkin kerana si mati
yang meninggal itu.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 42

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home