Thursday, November 4, 2010

akhirnya kutemui kebenaran - ahmad tijani-ijtihad melawan nas

Musibah Kita: Ijtihad Melawan Nas
Dari kajianku ini dapat disimpulkan bahawa musibah umat Islam
sebenarnya bertolak dari keberanian sahabat berijtihad di hadapan nasnas
yang sangat jelas maknanya. Lantaran itu maka batas-batas hukum
Allah telah dilampaui dan sunnah-sunnah Nabi dilanggar. Para ulama dan
imam yang datang selepas sahabat mengambil qiyas dan ijtihad para
sahabat, dan kadang-kadang menolak nas Nabi jika ianya bertentangan
dengan apa yang dilakukan oleh seseorang sahabat, bahkan menolak nas
al-Qur'an. Aku bukan mahu mengada-adakan atau berlebih-lebihan. Dan
telah aku contohkan di atas betapa mereka membelakangi nas al-Qur'an
dan nas Nabi tentang perkara tayamum, dan berijtihad meninggalkan
solat kerana tiadanya air. Dan Abdullah bin Umar telah menjustifikasikan
ijtihadnya ini dengan cara yang kita sebutkan di atas tadi.
Di antara sahabat pertama yang membuka pintu ini adalah khalifah
kedua, yang menggunakan pendapatnya setelah wafatnya baginda tadi,
walau ianya bertentangan dengan nas Qur'an. Beliau telah
memberhentikan saham muallaf yang telah Allah wajibkan di dalam al-
Qur'an di dalam pembahagian saham zakat. Katanya: kami tidak perlu lagi
dengan kalian.
Adapun ijtihadnya di dalam nas-nasnya Nabi SAWA sungguh banyak.
Beliau telah berijtihad di masa hidupnya baginda sendiri, dan pernah
menentangnya beberapa kali. Di atas telah kita contohkan
pertentangannya dengan Nabi dalam kes perdamaian Hudaibiyyah,
melarang Nabi menulis wasiat, katanya: cukuplah kita dengan Kitab Allah.
Dan juga telah berlaku kepadanya suatu peristiwa dengan Rasulullah
SAWA yang mungkin akan memberikan kepada kita gambaran jelas
tentang peribadi Umar yang merelakan dirinya membantah dan
menentang utusan Allah ini. Insiden ini disebut dengan istilah beritagembira
perihal syurga.
Waktu itu Nabi mengutus Abu Hurairah berkata kepadanya:"Siapa sahaja
yang engkau temui menyaksikan bahawa Tiada Tuhan Selain Allah dengan
keyakinan sepenuhnya, maka berilah beria gembira padanya perihal
syurga. Abu Hurairah keluar untuk membawa berita gembira ini. Di jalan
beliau berjumpa dengan Umar. Umar melarangnya, bahkan memukulnya
sehingga jatuh. Abu Hurairah kembali menemui Rasulullah sambil
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 182
menangis. Diberitahunya tentang apa yang dilakukan oleh Umar
kepadanya. Nabi bertanya kepada Umar alasan apakah yang menyebabkan
ia memperlakukan Abu Hurairah sedemikian? Jawab Umar: apakah anda
telah mengutusnya untuk memberitahu khabar gembira kepada setiap
orang yang mengatakan Lailaha Illallah dengan penuh keyakinan? Ya,
jawab Nabi. Lalu Umar menjawab: Jangan kau lakukan, kerana aku khuatir
manusia nantinya akan bersandar pada Lailaha Illallah saja!! Dan lihatlah
pula puteranya, Abdullah bin Umar, yang khuatir manusia akan bersandar
pada tayamum lalu menyuruh mereka meninggalkan solat.
Bukankah baik seandainya mereka membiarkan nas-nas itu seperti
adanya, dan tidak merubah-rubahnya dengan ijtihad mereka yang tumpul
itu, yang menyebabkan terhapusnya syariah dan terlanggarnya
ketentuan-ketentuan Allah serta terpecahnya umat ke dalam berbagai
madzhab, golongan, dan pendapat.
Dan sikap-sikap Umar terhadap Nabi dan sunnahnya dapat difahami
bahawa beliau sebenarnya tidak sehari pun percaya Nabi itu bersifat
Maksum bahkan beliau melihat bahawa Nabi adalah manusia biasa yang
boleh salah dan benar.
Dan dari sinilah timbulnya gagasan Ahlul Sunnah Wal Jamaah bahwa Nabi
itu maksum hanya di dalam menyampaikan al-Qur'an sahaja. Selainnya
Nabi kadang-kadang melakukan kesalahan, seperti manusia lain. Mereka
berhujah bahawa Umar pernah membetulkan baginda di dalam banyak
perkara.
Jika Rasulullah SAWA seperti yang diriwayatkan oleh sebahagian orang
yang jahil - menerima ajakan syaitan di rumahnya, ketika baginda
terbaring di sana dan (menyaksikan) wanita-wanita memukul gendang
sementara syaitan menari-nari dan bergembira di sisinya, sehinggalah
ketika Umar masuk maka larilah syaitan dan para wanita menyembunyikan
gendang-gendangnya, lalu Nabi berkata kepada Umar: Apabila syaitan
melihatmu berjalan di suatu jalan, maka dia terus lari mencari jalan lain,
jika itu semua berlaku maka tidak hairanlah kalau Umar mempunyai "hakberpendapat"
di dalam urusan agama, dan mengizinkan dirinya untuk
menentang Nabi di dalam urusan politik, dan bahkan agama seperti kes di
atas.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 183
Dan dari gagasan ijtihad dan hak-berpendapat yang bertentangan dengan
nas inilah maka muncullah atau terbentuklah sekelompok sahabat yang
dipimpin oleh Umar bin Khattab. Seperti yang kita lihat, mereka
menyokong pendapat Umar di dalam Tragedi Hari Khamis, walau ia jelas
bertentangan dengan nas Nabi SAWA. Dan dari sini juga kita dapat
simpulkan bahawa mereka sebenarnya tidak pernah menerima nas al-
Ghadir, dimana Nabi melantik Ali sebagai khalifah selepasnya. Sikap
penolakan ini benar-benar ditunjukkannya di saat wafatnya baginda
SAWA. Kes-kes seperti perhimpunan di dalam Saqifah Bani Saidah serta
pemilihan Abu Bakar sebagai khalifah adalah hasil dari ijtihad seumpama
ini. Ketika kedudukan mereka kukuh dan orang banyak telah lupa akan
nas-nas Nabi yang berkenaan dengan khalifah khasnya maka mereka mulai
berijtihad di dalam segala perkara, sehingga hukum-hukum di dalam al-
Qur'an sekalipun. Mereka telah menghentikan beberapa hukum hudud,
dan merubah beberapa hukum ahkam.
Di antara ijtihad yang bertentangan dengan nas adalah Tragedi Fatimah
Az-Zahra yang dihadapinya setelah tragedi suaminya yang dirampas dari
jabatan khilafah. Kemudian tragedi pembunuhan orang-orang yang enggan
membayar zakat, pengangkatan Umar bin Khattab sebagai khalifah, di
mana Abu Bakar berijtihad dengan pendapatnya dan menjatuhkan konsep
syura yang dijadikannya hujah untuk keabsahan khilafahnya dahulu. Lebih
jauh lagi setelah Umar menjawat jabatan khalifah, dihalalkannya apa
yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya [108] serta diharamkannya apa
yang dihalalkan oleh Allah dan RasulNya SAWA [109].
Ketika Uthman memerintah pada zaman berikutnya, beliau telah pergi
lebih jauh lagi dari dua khalifah sebelumnya sehingga ijtihadnya telah
banyak mempengaruhi kehidupan politik dan agama secara am, dan
mengakibatkan munculnya revolusi menentangnya sehingga beliau
terbunuh akibat ijtihadnya.
Ketika Imam Ali memegang kekuasaan dan menjadi khalifah, beliau
mendapatkan kesukaran yang amat sangat di dalam mengembalikan kaum
Muslimin kepada sunnah Nabi dan pangkuan al-Qur'an. Beliau begitu
bersungguh-sungguh di dalam menghilangkan segala jenis bid'ah yang
telah dimasukkan ke dalam agama, namun sebahagian mereka berteriak:
sunnah Umar, sunnah Umar!!!
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 184
Aku hampir pasti bahawa mereka yang memerangi Imam Ali dan yang
menentangnya adalah kerana Ali AS cuba untuk membawa mereka kepada
jalan yang asal dan mengembalikan mereka kepada nas-nas yang sahih,
mematikan segala bid'ah,dan ijtihad yang telah dilekatkan pada agama
sepanjang seperempat abad. Bid'ah-bid'ah ini telah sebati dengan orang
ramai, khasnya mereka yang mengikut hawa nafsu dan ketamakan dunia,
yang telah menyalahgunakan harta Allah dan memprhambakan hambahambaNya,
yang telah memanipulasi emas dan perak dan mengharamkan
orang-orang yang lemah dari hak-hak mereka yang ditentukan oleh Allah
dan Islam walau kecil sekalipun.
Kadang-kadang kita dapati bahawa para mustakbirin di setiap zaman
sangat cenderung untuk berijtihad, kerana ianya membuka mereka jalan
untuk dapat sampai kepada cita-citanya dengan cara bagaimanapun juga.
Sementara nas-nas ini akan menghambat cita-cita itu dan bahkan
menghalanginya. Lalu ijtihad ini mendapatkan sokongan di setiap zaman
dan tempat, hatta golongan mustadha'fin sekali pun. Ini kerana ianya
mudah dipraktikkan dan tidak memiliki suatu komitmen yang tegas.
Sementara nas memiliki ketegasan dan ketidakbebasan. Orang-orang
politik kadang-kadang menamakannya dengan istilah hukum teokrasi, yang
bermakna hukum Allah. Tetapi kerana ijtihad memiliki kebebasan dan
tidak komitmen, maka mungkin mereka mengistilahkannya dengan hukum
demokrasi yakni kuasa rakyat.
Mereka yang berhimpun di Saqifah setelah wafatnya Nabi SAWA telah
menghapuskan kekuasaan teokrasi yang di asaskan oleh Nabi SAWA
berdasarkan nas-nas al-Qur'an, dan menggantikannya dengan kekuasaan
demokrasi yang dipilih oleh rakyat, untuk memilih ketua yang dianggapnya
layak untuk memimpin. Namun para sahabat waktu itu belum mengenal
istilah demokrasi, kerana ianya bukan bahasa Arab. Yang mereka ketahui
hanyalah konsep syura?
Mereka yang tidak menerima adanya nas di dalam perkara khilafah hari
ini, adalah pendukung-pendukung demokrasi. Mereka sangat bangga
sebagai pendokong demokrasi ini. Mereka mendakwa bahawa Islam adalah
agama pertama yang melaksanakan konsep demokrasi ini. Mereka adalah
pendokong-pendokong ijtihad dan pembaharuan, yang hari ini lebih dekat
dengan konsep-konsep barat. Itulah kenapa hari ini kita dengar dunia
barat memuji mereka dan menamakan mereka sebagai kaum Muslimin
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 185
yang modernis dan toleran.
Adapun Syiah adalah pendokong-pendokong teokrasi, atau kekuasaan
Allah. Mereka menolak ijtihad yang bertentangan dengan nas dan
memisahkan antara kekuasaan Allah dan konsep syura.Bagi mereka syura
tiada kena mengena dengan nas.Syura dan ijtihad boleh dilakukan dalam
perkara-perkara yang tidak ada nas di dalamnya. Bukankah anda lihat
bahawa Allah SWT yang telah memilih RasulNya Muhammad SAWA
tetapi Dia juga berfirman:"Dan musyawarahilah (syura) mereka di dalam
perkara". Adapun berkenaan dengan pemilihan kepimpinan yang akan
memimpin manusia, Allah berfirman:"Tuhan kamu menciptakan apa yang
Dia kehendaki dan memilih (apa yang Dia kehendaki). Mereka (manusia)
tiada hak memilih".
Syiah ketika menyatakan bahawa Ali adalah khalifah setelah Nabi
SAWA, ini adalah kerana mereka berpegang pada nas. Dan ketika mereka
sebahagian sahabat, yang dicela adalah mereka yang telah menggantikan
nas-nas dengan ijtihad, lalu mereka mensia-siakan hukum Allah dan
RasulNya serta melukai agama Islam yang sampai sekarang belum
sembuh.
Itulah kenapa dunia barat dan para pemikir mereka cuba
mendiskreditkan Syiah dan menamakannya sebagai madzhab yang fanatik
atau reaksioner. Ini kerana mereka ingin kembali kepada al-Qur'an yang
menghukum potong tangan pada pencuri, merejam si penzina dan
memerintahkan berjihad di jalan Allah SWT. Bagi barat semua ini adalah
barbarisme dan ganas.
Dari kajianku ini juga aku dapat memahami kenapa sebahagian ulama
Ahlul Sunnah Wal Jamaah menutup pintu ijtihad sejak kurun kedua
Hijrah. Ini mungkin kerana ijtihad seumpama itu mengakibatkan
malapetaka bahkan pertumpahan darah yang tidak sedikit ke atas umat
ini. Ijtihad seumpama itu telah merubah umat yang terbaik ini menjadi
umat yang saling berperang, penuh dengan perselisihan dan fanatik
kesukuan dan merubahnya dari Islam kepada Jahiliyyah.
Adapun Syiah masih membukan pintu ijtihad selagi nas-nasnya ada. Tiada
siapapun yang boleh merubahnya. Dan mereka dibantu dengan wujudnya
dua belas imam yang mewarisi ilmu datuknya Nabi SAWA. Mereka
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 186
berkata bahawa semua permasalahan ada hukumnya di sisi Allah, dan
telah dijelaskan oleh Nabi SAWA.
Dan dapat difahami juga bahawa Ahlul Sunnah Wal Jamaah ketika
mengikut para sahabat yang "mujtahidin" yang melarang penulisan sunnah
Nabi SAWA, akhirnya mereka dapati diri mereka terpaksa melakukan
ijtihad dengan pendapat atau qiyas atau istishab atau sad bad zara'ik
dan sebagainya ketika nas-nas Nabi tiada. Sementara kita juga faham
sikap Syiah yang duduk di sekitar Ali, seseorang yang dikatakan sebagai
Pintu Kota Ilmu dan pernah berkata:"tanyakan aku segala sesuatu kerana
Nabi telah mengajarku seribu bab ilmu dan setiap bab dapat membuka
seribu bab yang lain"[110].Sementara orang-orang bukan Syiah berkisar
di sekitar Muawiyah bin Abi Sufian yang mengetahui sunnah Nabi hanya
sedikit sekali.
Imam golongan yang baghi (zalim-pemberontak) ini akhirnya menjadi
Amirul Mukminin setelah wafatnya Imam Ali AS. Dia telah campur
adukkan agama Allah ini dengan pendapatnya lebih dari orang-orang
sebelumnya. Ahlul Sunnah menganggapnya sebagai Penulis Wahyu, dan di
antara ulama yang mujtahid. Bagaimana mereka menghukumkan ijtihadnya
sedangkan dia telah meracun Hasan bin Ali dan membunuhnya sedangkan
Hasan (seperti sabda Nabi) adalah Penghulu Pemuda Syurga. Mungkin
mereka juga akan berkata: Ini juga di antara ijtihadnya, tetapi
tersalah!!!!
Bagaimana mereka menghukumkan ijtihadnya sedangkan dia telah
mengambil baiah dari umat secara terpaksa, sama ada untuk dirinya atau
untuk puteranya Yazid; lalu dia yang merubah konsep "syura" kepada
"kerajaan" dan kekaisaran (konsep kerajaan di Rom). Bagaimana mereka
menghukumkan ijtihadnya dan bahkan memberikannya satu pahala,
sedangkan dia telah mengajak orang ramai melaknati Imam Ali AS dan
keluarga Nabi dari atas mimbar dan bahkan telah menjadi tradisi
Umaiyyah sepanjang enam puluh tahun.
Bagaimana mereka menamakannya sebagai Penulis Wahyu sedangkan
wahyu turun kepada Nabi SAWA sepanjang dua puluh tiga tahun dan
sebelas tahunnya Muawiyah masih dalam keadaan syirik. Ketika beliau
masuk Islam, kita tidak dapati satu riwayatpun yang mengatakan bahawa
Muawiyah tinggal di Madinah, sementara Nabi SAWA tidak pernah
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 187
tinggal di Mekah selepas Pembukaan Kota Mekah (Fathu Makkah).
Bagaimana Muawiyah dapat menyandang gelaran Penulis Wahyu? La Haula
Wala Quwwata Illa Billa Al-'Ali al-'Azim.
Pertanyaan yang terus menggugat: Mana satu kelompok yang benar dan
mana yang batil? Sama ada Ali dan Syiahnya adalah orang-orang yang
zalim dan dalam keadaan batil ataukah Mauwiyah dan pengikutnyapengikutnya?
Sebenarnya Rasulullah SAWA telah menjelaskan segala sesuatu secara
sempurna. Namun sebahagian orang yang mendakwa diri mereka sebagai
Ahlul Sunnah telah mentafsirkannya secara salah. Sepanjang kajianku
dan pembelaanku dahulu terhadap Muawiyah aku dapati bahawa mereka
sebenarnya bukan sebagai pengikut sunnah tetapi pengikut Muawiyah dan
Bani Umaiyyah. Khasnya setelah aku kaji secara teliti sikap-sikap mereka
yang membenci Syiahnya Ali dan bergembira di hari Asyura serta
membela para sahabat yang pernah mengganggu Rasulullah SAWA di
masa hayatnya dan selepas wafatnya. Mereka tetap sahaja membenarkan
kesalahan sahabat-sahabat seumpama ini dan cuba menjustifikasikan
tindakan-tindakan mereka.
Cuba anda renungkan bagaimana anda mencintai Ali dn Ahlul Bayt Nabi
sementara anda juga dalam masa yang sama rela kepada musuh-musuhnya
dan pembunuh-pembunuhnya? Bagaimana anda mencintai Allah dan
RasulNya sementara dalam masa yang sama anda juga membela mereka
yang merubah-rubah hukum Allah dan RasulNya serta berijtihad dan
menakwilkan dengan pendapatnya apa-apa yang ada dalam hukum ahkam
Allah? Bagaimana anda menghormati orang yang tidak menghormati
Rasulullah, bahkan menuduhnya dengan kata-kata yang 'mempertikaikan'
dalam perlantikannya? Bagaimana anda mematuhi para pemimpin yang
dilantik oleh kerajaan Umaiyyah dan kerajaan Abbasiyyah lalu
meninggalkan para imam yang telah dilantikoleh Rasulullah SAWA lengkap
dengan bilangannya [111] dan nama-nama mereka [112].Bagaimana anda
mematuhi orang yang tidak mengenal Nabi dengan sempurna lalu
meninggalkan Pintu Kota Ilmu dan seorang yang seumpama Harun di sini
Musa?
Siapa yang menciptakan istilah Ahlul Sunnah Wal Jamaah?
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 188
Aku telah cuba mengkaji di dalam sejarah tetapi tidak aku dapati. Yang
ada hanyalah mereka sepakat menamakan tahun pengambil-alihan
kekuasaan oleh Muawiyah sebagai Tahun Jama'ah. Mengingatkan bahawa
umat Islam pada waktu itu terbahagi kepada dua kelompok: pengikut Ali
dan pengikut Muawiyah. Ketika Imam Ali syahid dan Muawiyah
mengambil-alih kekuasaaan setelah perdamaian dengan Imam Hasan,
maka Muawiyah menjadi Amirul Mukminin.Tahun itu dinamakan sebagai
Tahun Jama'ah.
Nah, dengan demikian penamaan Ahlul Sunnah Wal-Jama'ah
menunjukkannya sebagai pengikut Sunnah Muawiyah dan sepakat
menerimanya sebagai pemimpin; bukan pengikut Sunnah Rasulullah
SAWA. Para Imam keturunan Nabi dan Ahlul Baytnya lebih tahu periha
Sunnah datuknya dari bekas-bekas tawanan perang ini. Tuan rumah lebih
tahu akan isi rumahnya. Dan penduduk Mekah lebih tahu akan selok-belok
negerinya. Namun kita telah membelakangi dua belas imam yang telah
disabdakan oleh Nabi SAWA itu dan mengikut para musuh mereka.
Walaupun kita mengakui keabsahan hadith yang bermaksud ada dua belas
imam selepas Nabi, kesemuanya mereka dari kalangan Quraisyu, namun
kita selalu terhenti pada empat khalifah sahaja. Mungkin Muawiyah yang
menamakan kita sebagai Ahlul Sunnah Wal Jamaah bermaksud sebagai
kesepakatan kepada sunnahnya di dalam mencaci Ali dan Ahlul Bayt Nabi
yang berpanjangan sehingga enam puluh tahun. Hanya Umar bin Abdul
Aziz RA sahaja yang mampu menghilangkan sunnah yang buruk ini.
Sebahagian ahli sejarah mengatakan bahawa golongan Umaiyyah berpakat
untuk membunuhnya, walau pun beliau adalah dari kalangan keluarga yang
sama. Ini kerana beliau mematikan sunnah mereka yakni melaknat Ali bin
Abi Talib.
Wahai sahabat-sahabatku. Marilah kita mencari kebenaran di bawah
bimbingan Allah SWT.Buanglah jauh-jauh segala jenis taksub dan fanatik
buta. Kita adalah korban Bani Abbasiyyah, korban sejarah yang gelap,
korban kejumudan berfikir yang dipaksakan oleh generasi sebelum
kita.Tidak syak lagi kita juga adalah korban makar perbuatan Muawiyah,
Amr bin Ash, Mughirah bin Syu'bah dan sejenisnya.
Kajilah fakta sejarah Islam kita agar kalian dapat menemukan kebenaran
dan Allah akan melipatgandakan pahalaNya kepada kalian. Semoga Allah
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 189
menyatupadukan umat yang telah bercerai-berai menjadi tujuh puluh tiga
puak. Marilah kita menyatupadukannya di bawah bendera Lailaha Illallah
Muhammadur Rasulullah, dan patuh pada Ahlul Bayt Nabi yang telah
diperintahkan oleh Rasulullah untuk diikuti. Nabi bersabda:"Jangan kalian
melebihi dari mereka kerana kelak akan celaka, dan jangan ketinggalan
dari mereka kerana kelak akan celaka, dan jangan ajari mereka kerana
mereka lebih tahu dari kalian"[113].
Jika kita amalkan ini maka Allah akan mengangkat murkaNya dari kita,
dan menggantikan rasa takut kita kepada kedamaian, dan menempatkan
kita dibumiNya sebagai khalifah-khalifahNya serta memunculkan kepada
kita pilihanNya Imam Mahdi AS seperti yang telah dijanjikan oleh Nabi
SAWA yang kelak akan mengisi dunia ini dengan keadilan setelah ianya
penuh dengan kezaliman dan penindasan. Dan Allah kelak akan
memancarkan cahayaNya di segenap penjuru.
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 190


AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN – PART 7

Teman Diskusi
Perubahan itu adalah bermulanya suatu kegembiraan jiwa. Aku rasakan
jiwaku yang tenang dan dada yang lapang atas madzhab-hak yang aku
temukan ini atau katakanlah agama Islam yang tulen yang tiada keraguan
sama sekali. Aku sungguh berbahagia dan bangga atas nikmat, petunjuk
dan bimbingan yang Allah limpahkan kepadaku. Dan aku tidak dapat
berdiam diri atau menyembunyikan apa yang sedang bergolak di dadaku.
Aku katakan kepada diriku: aku mesti ungkapkan kebenaran ini kepada
orang-orang lain juga. Firman Allah:"Adapun tentang nikmat Tuhanmu
maka ucapkanlah". Sementara ini adalah nikmat yang paling agung di dunia
dan di akhirat". Orang yang diam atas kebenaran adalah syaitan yang
bisu", dan tiada sesuatu selain dari yang hak melainkan kesesatan
semata-mata.
Yang menambahkan keyakinanku lagi untuk menyebarkan kebenaran ini
adalah kedudukan Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang tidak berdosa itu.
Mereka mencintai Rasulullah dan Ahli Baytnya. Bagi mereka cukup
dihilangkan tabir yang telah ditenun oleh sejarah sahaja, agar mereka
ikut yang haq. Dan ini berlaku pada diriku sendiri. Allah
berfirman:"Begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah
menganugerahkan nikmatNya atas kamu, maka telitilah.."(An-Nisa':94)
Suatu hari aku menjemput empat temanku yang sama-sama mengajar di
kolej. Dua dari mereka mengajar subjek pendidikan agama, yang satu lagi
mengajar subjek bahasa Arab, dan yang terakhir guru dalam bidang
falsafah Islam. Mereka bukan dari Qafsah, tetapi dari Tunis, Jammal,
dan Soseh. Aku ajak mereka untuk sama-sama mengkaji subjek yang
penting ini. Aku beritahu mereka bahawa aku tidak mampu memahami
sebahagian makna (nas) dan ragu-ragu dalam sebahagian masalah. Mereka
pun menerima jemputanku dan bersedia untuk datang ke rumah setelah
tamat waktu kerja.
Aku biarkan mereka membaca kitab al-Muruja'at di mana pengarangnya
menulis berbagaia perkara yang aneh dan asing di dalam agama. Tiga dari
mereka telah menghabiskan buku itu dan yang satu lagi, guru yang
mengajar subjek bahasa Arab, telah menarik diri setelah hadir empat
atau lima kali majlis yang kami adakan. Beliau berkata: orang-orang barat
kini telah sampai ke bulan, sementara kalian masih membahas tentang
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 191
perkara khilafah Islamiyyah!!!
Setelah satu bulan mengkaji maka tiga dari mereka telah mengikut
madzhab Syiah ini. Dan aku telah banyak membantu mereka untuk dapat
sampai kepada kebenaran itu dari jalan yang paling dekat, mengingatkan
bahawa pengajianku dulu memakan masa bertahun-tahun lamanya telah
memberikan aku pengetahuan yang cukup banyak dalam bidang ini.
Aku merasakan betapa manisnya hidayah Allah. Aku sangat optimis
dengan masa depan madzhab ini. Setiap kali aku mengajak sebahagian
teman-teman dari Qafsah, dan mereka yang hadir di majlis-majlisku di
masjid, atau mereka yang mempunyai hubungan denganku kerana tarekat
sufi yang sama serta sebahagian murid-muridku yang sering menemaniku,
semua mereka menyahuti ajakanku. Sehingga dalam masa satu tahun
sahaja bilangan kami yang mewila'(ikut) Ahlul Bayt cukup ramai. Kami
mewila' kepada mereka yang mewila' Ahlul Bayt dan memusuhi mereka
yang memusuhi Ahlul Bayt. Kami bergembira di hari-hari raya mereka,
sebagaimana kami juga bersedih di hari-hari Asyura dan mengadakan
majlis-masjlis tazkiyah.
Surat pertamaku yang membawa berita kesyiahanku kepada Sayyid al-
Khui dan Sayyid Muhammd Baqir as-Sadr adalah suratku sempena Hari
Raya Eidul Ghadir. Waktu itu untuk pertama kalinya kami merayakan hari
itu di Qafsah. Perkara kesyiahanku dan aktivitiku mengajak orang ikut
madzhab Syiah keluarga Rasul ini telah diketahui oleh kalangan
masyarakat khusus dan umum. Maka mulalah berbagai tuduhan dan fitnah
yang dilemparkan kepadaku. Mereka bilang aku adalah mata-mata Israel
yang bekerja menggoyangkan agama masyarakat; aku mencaci sahabat
dan sumber fitnah serta lain-lainnya.
Di ibu kota Tunisia aku menghubungi dua temanku Rasyid al-Ghannusyi
dan Abdul Fattah Moro. Penentangan mereka terhadapku sangat keras
sekali. Di dalam suatu perbincangan kami di rumah Abdul Fattah, aku
berkata bahawa sewajarnya kita sebagai kaum Muslimin merujuk kitabkitab
kita dan mengulangkaji sejarah kita. Aku ambil contoh kitab Sahih
Bukhari misalnya yang memuatkan berbagai perkara yang bertentangan
dengan akal dan agama. Tiba-tiba saja emosi mereka melonjak sambil
berkata kepadaku: siapa anda sehingga boleh mengkritik Bukhari? Aku
berusaha dengan berbagai upaya untuk menyakinkan mereka supaya dapat
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 192
membahas berbagai perkara. Tetapi mereka menolak dan berkata: jika
anda telah ikut Syiah maka jangan syiahkan kami. Kami memikul sesuatu
yang lebih penting lagi dari itu, yakni menentang pemerintahan yang tidak
melaksanakan Islam. Aku bertanya apa faedahnya jika kalian dapat
berkuasa. Mungkin kalian akan melakukan sesuatu yang lebih dari mereka
selagi kalian tidak mengetahui kebenaran Islam ini. Bagaimanapun
pertemuan kami itu berakhir dengan rasa saling jengkel.
Setelah itu bertambahlah tuduhan dan fitnah terhadap kami dari pihak
sebahagian pengikut Ikhwan Muslimin yang waktu itu belum kenal
Harakah al-Ittijah al-Islami. Mereka sebarkan fitnah mengatakan yang
aku adalah agen kerajaan yang berkerja memporak-perandakan agama
kaum Muslimin sehingga mereka lupa akan perjuangan pokok mereka:
menentang pemerintahan.
Mulalah aku mengasingkan diri dari pemuda-pemuda yang aktif dalam
Ikhwan Muslimin dan dari Syaikh-syaikh yang ikut tarekat sufi. Dalam
masa tertentu akhirnya kami hidup terasing dan sangat sukar di sekitar
kampung kami dan di sekitar saudara-mara kami sendiri. Tetapi Allah
SWT akhirnya menggantikan kepada kami dengan orang-orang yang lebih
baik dari mereka. Sebahagian pemuda-pemuda dari berbagai kota datang
kepada kami dan bertanya tentang kebenaran ini. Aku berusaha sebaik
mungkin menjawab soalan-soalan mereka sehingga sejumlah mereka dari
ibu kota Qairawan, Souseh, dan Sayyidi Bu zeid ikut madzhab yang haq
ini.
Di dalam perjalananku ke Iraq di suatu musim panas, aku singgah ke
Eropah. Di sana aku berjumpa dengan sebahagian teman-teman di
Perancis dan Belanda. Di sana juga aku berbincang tentang perkara ini
dengan mereka sehingga mereka mendapat hidayah Allah ini.
Alhamdulillah atas semua ini.
Betapa gembiranya hatiku ketika berjumpa dengan Sayyid Muhammad
Baqir as-Sadr di Najaf al-Asraf. Waktu itu sekumpulan ulama berada di
sekelilingnya. Sayyid Sadr memperkenalkanku kepada mereka dan
mengatakan bahawa aku adalah benih Ahlul Bayt Nabi di Tunisia. Beliau
juga bercerita bahawa beliau menangis terharu ketika membaca suratku
yang membawa berita tentang perayaan kami atas Eidul Ghadir untuk
pertama kalinya serta keluhanku akan berbagai derita, tuduhan dan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 193
fitnah yang dilemparkan kepada kami di Tunisia.
Sayyid berkata antara lain:"Mesti menanggung semua derita ini kerana
jalan Ahlul Bayt sukar dan sulit. Pernah seorang datang kepada Nabi dan
berkata:"Ya Rasulullah aku mencintaimu" Rasulullah menjawab:"Maka
bersedialah akan banyaknya ujian". Katanya lagi:"Aku juga mencintai anak
pamanku Ali". Rasulullah menjawab:"Maka bersedialah akan banyaknya
musuh."Katanya lagi:"Aku mencintai Hasan dan Husayn". Jawab
Nabi:"Maka bersedialah akan kefakiran dan banyaknya ujian".Apa yang
telah kita berikan di dalam menyeru jalan kebenaran ini, di mana Abu
Abdillah Husayn AS telah mengorbankan nyawanya, keluarganya dan anak
keturunannya serta sahabat-sahabatnya. Begitu juga Syiahnya di
sepanjang sejarah dan sehingga kini masih terus membayar dengan harga
yang mahal lantaran wila' mereka kepada Ahlul Bait. Maka sudah
semestinya ya akhi menanggung sedikit kesusahan dan pengorbanan di
dalam jalan yang hak ini. Kalau seseorang mendapatkan hidayah Allah
lantaran usahamu maka itu lebih baik bagimu dari dunia dan seisinya.
Syed Sadr juga menasihatkan ku agar tidak menyendiri dan bahkan lebih
mendekat pada saudara-saudaraku Ahli Sunnah setiap kali mereka
berusaha menjauhiku. Beliau juga menyuruhku agar solat di belakang
mereka sehingga tidak terputus tali hubungan antara sesama, mengingat
mereka adalah orang-orang yang tak berdosa. Mereka adalah korban
sejarah dan propaganda murahan. Dan manusia adalah musuh kejahilan.
Syed Khui juga menasihatiku hampir sama. Begitu juga Syed Muhammad
Ali Thabathabai al-Hakim yang sentiasa menyurati kami dengan nasihatnasihatnya
yang banyak membimbing perjalanan saudara-saudara Syiah
kami di sana.
Begitulah akhirnya aku seringkali berziarah ke Najaf al-Asyraf dan
sempena mengunjungi ulama-ulama di sana di dalam berbagai sempena.
Aku berazam untuk menggunakan masa cuti musim panasku setiap tahun
di "pangkuan" Imam Ali; serta menghadiri pelajaran-pelajaran Syed
Muhammad Baqir as-Sadr yang banyak sekali bermenafaat bagiku. Aku
juga berazam untuk menziarahi tempat-tempat suci Imam dua belas. Dan
Allah telah mencapaikan cita-citaku itu hatta makam Imam Redha
sekalipun yang terletak di Masyhad, suatu negeri yang berhampiran
dengan perbatasan Rusia di Iran. Di sana juga aku berkenalan dengan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 194
berbagai ulama yang agung sambil banyak belajar dari mereka.
Syed Khui, marja' yang kami taklid, juga memberiku izin untuk
menggunakan wang khumus dan zakat yang kami terima, serta
menggunakannya untuk kepentingan syiah-syiah yang ada di sekitar kami
seperti keperluan buku dan sebagainya. Di sana aku juga telah mendirikan
suatu perpustakaan yang menghimpun buku-buku rujukan serta berbagai
buku dari kedua mazhab. Nama perpustakaan itu adalah Perpustakaan
Ahlul Bait a.s. Dan Alhamdulillah telah banyak memberi faedah kepada
orang ramai.
Allah juga telah menambah kegembiraan dan kebahagiaan kami berlipat
ganda. Sekitar lima belas tahun yang lalu, Allah telah takdirkan nama
jalan tempat tinggalku sebagai Jalan Imam Ali Bin Abi Thalib a.s. Nama
jalan ini telah dipersetujui oleh ketua kampung Qafsah. Aku pun tidak
lupa untuk mengucapkan rasa terima kasihku kepada ketua kampung itu,
seorang yang cukup kuat berpegang dengan agama dan memiliki rasa cinta
yang dalam terhadap Imam Ali a.s. Lalu kuberikan kepadanya kitab Dialog
Sunnah Syiah, yang kemudian dia tunjukkan rasa cintanya dan sikap
hormatnya yang lebih dalam terhadap kami. Semoga Allah membalas
kebaikannya ini dengan setimpal dan mencapaikan apa yang dicitacitakannya.
Sebahagian orang-orang yang menaruh rasa dendam berusaha mengubah
nama jalan ini, namun Allah menginginkannya tetap ada dan kekal.
Begitulah sehingga surat-surat yang datang kepada kami dari segenap
penjuru dunia menggunakan nama jalan Imam Ali bin Abi Thalib a.s. , yang
kerana namanya maka kota kami yang indah dan nyaman diberkati.
Berpandukan pada nasihat-nasihat para Imam Ahlul Bait a.s. dan ulamaulama
di Najaf, maka kami sentiasa mendekat pada saudara-saudara kami
dari berbagai mazhab yang lain. Kami juga ikut solat berjemaah bersama
mereka. Dengan itu maka ketegangan terasa lebih reda; dan kami juga
berhasil meyakinkan sebahagian pemuda-pemuda di sekitar dari soalansoalan
mereka tentang cara solat, wudhu' dan akidah kami.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 195
Petunjuk Kebenaran
Di sebuah desa selatan Tunisia, ketika berlangsungnya sebuah kenduri,
wanita-wanita yang hadir sedang asyik membincangkan tentang seorang
isteri dari suami si Fulan. Seorang wanita tua yang berada di sekitar
mereka sangat terkejut mendengar berita perkahwinan dua orang ini.
Ketika ditanya kenapa dia tekejut, dijawabnya bahawa dua suami isteri
tersebut sebenarnya pernah menyusu darinya; dan mereka adalah adik
beradik dari satu ibu susu.
Berita besar ini dibawa pulang oleh wanita-wanita yang hadir kepada
suami mereka. Kaum lelaki yang ada di sekitar ingin membuktikan
kebenaran berita ini. Akhirnya ayah si perempuan menyaksikan bahawa
anak perempuannya memang pernah menyusu dari ibu susu yang terkenal
ini; sebagaimana ayah si lelaki ini juga menyaksikan kebenaran kata-kata
si ibu tua ini. Akibatnya dua suku ini berperang dengan tongkat dan kayu.
Masing-masing menuduh yang lain sebagai sebab musibah yang akan
menyebabkan turunnya bala Allah ini. Apatah lagi perkahwinan itu telah
berusia sepuluh tahun dan telah menghasilkan tiga orang anak.
Mendengar berita ini, si isteri lari ke rumah ayahnya. Dia tidak mahu
makan dan minum. Bahkan dia berusaha bunuh diri lantaran tidak tahan
menerima "bencana" yang sangat besar itu. Bagaimana dia dapat
menerima kenyataan bahawa suaminya adalah saudaranya sendiri dan
telah melahirkan anak-anak pula. Bilangan korban yang luka berjatuhan di
kedua belah pihak, sehinggalah orang tua yang disegani menghentikan
peperangan dan menasihati mereka agar menanyakan para alim ulama
tentang hukumnya dan mencari jalan keluar.
Mulalah mereka pergi ke kota-kota besar yang berhampiran menanyakan
para ulamanya tentang jalan keluar dari perkara ini. Setiap kali mereka
bertanya, jawapan mereka adalah perkahwinan tersebut adalah haram
dan suami isteri wajib dipisahkan seumur hidup. Mereka juga wajib
membayar fidyah dengan membebaskan hamba sahaya atau puasa dua
bulan berturut-turut atau fatwa-fatwa sejenisnya.
Mereka juga pergi ke Qafsah dan menanyakan soalan tersebut kepada
alim ulamanya. Namun jawapan mereka tetap sama. Mengingat ulamaulama
mazhab Maliki menghukumkan muhrim pada setiap anak susuan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 196
walau sekadar satu titis sekalipun ; berdasarkan pendapat Imam Malik
yang mengkiaskan air susu dengan arak. Dalam hukum arak dikatakan
bahawa "jika banyaknya memabukkan maka sedikitnya juga haram."
Dengan itu maka menyusui, walau setitis sekali pun adalah berhukum
muhrim.
Seorang yang hadir mencelah dan menunjukkan mereka rumahku.
Katanya: "Tanyakan pada Tijani masalah-masalah seperti ini kerana beliau
mengetahui pendapat semua mazhab.Aku saksikan beliau berhujah
dengan ulama-ulama tadi berkali-kali dan bahkan dapat mematahkan dalil
mereka."
Ketika ku ajak mereka masuk ke dalam perpustakaanku, si suami
menceritakan segalanya kepadaku secara terperinci, dia juga berkata
demikian: "Tuan, isteriku mahu bunuh diri dan anak-anak tidak terurus.
Kami tidak mendapatkan apa-apa penyelesaian dari kemusykilan ini.
Mereka telah tunjukkanku alamatmu, dan aku sangat yakin kerana melihat
buku-buku yang sebegini banyak di perpustakaan ini yang tidak pernah
aku lihat sebelum ini. Mudah-mudahan saja anda dapat menyelesaikan
perkaraku ini."
Kemudian aku hidangkan secawan kopi untuknya dan aku berfikir sejenak,
lalu kutanyakan kepadanya bilangan susu yang dia hisap dari si ibu tua
itu. Beliau menjawab: "Aku tidak pasti berapa tetapi isteriku menyusu
dari orang tua itu dua kali atau tiga kali sahaja. Ayahnya juga
menyaksikan bahawa dia hanya dua atau tiga kali saja membawanya pergi
ke tempat orang tua itu." Lalu ku jawab: "Jika ini memang betul, maka
kalian bukanlah adik-beradik dan perkahwinan kalian adalah sah."
Mendengar ini lelaki tersebut terus menerpaku dan mencium-cium
kepalaku dan tanganku. Katanya: semoga Allah membalasmu dengan
kebaikan. Anda telah membukakan pintu kedamaian di hadapanku". Dia
terus pergi dan tidak sempat menghabiskan kopinya, bahkan tidak
bertanya lagi perinciannya atau dalil dariku. Dia hanya meminta izin untuk
pulang agar dapat segera menemui isterinya dan membawa berita
gembira untuknya, anak-anaknya serta kaum kerabatnya.
Namun esoknya dia kembali bersama tujuh orang lelaki yang lain. Katanya:
"Ini ayahku dan ini ayah isteriku. Yang ketiga itu ketua desa dan keempat
Imam Jum'ah dan Jama'ah, kelima Penghulu agama, keenam ketua suku
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 197
dan ketujuh ketua sekolah. Semua mereka datang untuk bertanya
tentang masalah menyusui tersebut dan dengan alasan apa anda
menghalalkannya?
Semua aku ajak masuk ke dalam perpustakaanku dan aku memang
menduga yang mereka akan mendebatku. Ku hidangkan mereka minuman
kopi dan kusambut mereka dengan mesra. Mereka berkata: "Kami datang
untuk bertanya akan fatwamu yang menghalalkan susuan itu sementara
Allah telah mengharamkannya di dalam alQuran dan telah diharamkan
juga oleh RasulNya, dengan sabdanya: "Telah diharamkan dengan susuan
segala apa yang diharamkan dengan cara nasab. Begitu juga Imam Malik
telah mengharamkannya."
Aku berkata: "Wahai tuan-tuan, kalian Masya Allah lapan orang dan aku
seorang. Jika aku berbicara dengan kesemua kalian maka aku tidak akan
dapat meyakinkan kalian dengan hujahku dan diskusi kita nantinya akan
berlarutan. Aku usulkan kalian memilih salah seorang di antara kalian
sebagai juru cakap sehingga aku senang berdiskusi dengannya dan yang
lainnya menjadi hakim kami."
Mereka terima usul tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada
penghulu agama sebagai wakil kerana lah yang paling alim dan paling arif
di antara mereka. Maka penghulu pun mulailah memulakan pertanyaannya
mengapa aku menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah, RasulNya dan
para Imam?
Aku jawab: "Aku berlindung kepada Allah danri berbuat demikian. Allah
mengharamkan susuan dengan ayat yang mujmal(ringkas) dan tidak
menjelaskan secara terperinci. DiserahkanNya kepada Rasul cara dan
bagaimana perincian hukumnya."
- "Tetapi Imam malik menghukumkan muhrim hatta dari setitis air
susu."
- "Aku tahu. Namun Imam Malik bukanlah hujah kepada semua kaum
Muslimin. Kalau tidak maka bagaimana pendapat anda dengan imam-imam
yang lain?"
- "Semoga Allah meredhai mereka. Kesemua mereka mengambil dari
Rasul saw."
- "Lalu bagaimana nantinya hujahmu di sisi Allah atas taklidmu kepada
pendapat Imam Malik yang bercanggah dengan nas Nabi ini?"
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 198
- "Subhanallah" katanya sambil merasa hairan. "Aku tidak pernah tahu
yang Imam Malik, Imam Dar al-Hijrah, menyalahi nas-nas Nabi."
Yang hadir juga kehairan dengan kata-kataku ini. Mereka sangat terkejut
atas sikapku yang sangat 'berani" terhadap Imam Malik yang tidak
pernah dilihatnya sebelum ini dari ulama-ulama yang lain. Kemudian aku
menambah lagi:
- "Apakah Imam Malik dulunya dari kalangan sahabat?"
- "Bukan." Jawabnya.
- "Apakah beliau dari kalangan Tabi'in?"
- "Bukan. Bahkan dari kalangan Tabi'it-Tabi'in, generasi keempat
setelah Nabi saw."
- "Mana yang lebih dekat kepada Rasul; Imam Malik atau Imam Ali bin
Abi Thalib?"
- "Imam Ali bin Abi Thalib. Beliau adalah satu dari empat Khulafa'
Rasyidin."
Salah seorang dari yang hadir berkata :
- "Sayyidina Ali Karramallahu Wajhahu adalah gerbang kota ilmu."
- "Mengapa kalian tinggalkan gerbang kota ilmu dan ikut seorang
bukan sahabat dan bukan Tabi'in sekalipun. Bahkan seorang yang
dilahirkan setelah berlakunya berbagai pertelingkahan antara kaum
muslimin, dan setelah kota Madinah Nabi dicabuli oleh tentera Yazid dan
diperlakukan sedemikian rupa sehingga sahabat-sahabat yang terbaik
terbunuh, para wanita diperkosa dan sunnah-sunnah Nabi diubah.
Bagaimana seseorang boleh percaya sepenuhnya kepada imam-imam yang
dipersetujui oleh para penguasa saat itu, yang memberikan fatwanya
mengikut persetujuan mereka."
Salah seorang dari mereka berkata:
- "Memang kami pernah dengar yang anda adalah seorang Syiah yang
menyembah Imam Ali."
Serta merta sahabat yang duduk di sampingnya manamparnya dengan
agak kuat, lalu berkata:
- "Diam. Apakah anda tidak malu berkata seperti ini kepada seseorang
yang terhormat seperti beliau. Aku banyak kenal ulama, tetapi aku tidak
pernah melihat perpustakkan sebesar ini. Beliau berbicara dengan
pengetahuan yang dalam dan penuh keyakinan."
Aku jawab:
- "Memang benar saya seorang Syiah. Tetapi Syiah tidak menyembah
Ali. mereka ikut Imam Ali sebagai ganti dari ikut Imam Malik. Kerana Ali
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 199
adalah gerbang kota olmu seperti yang kalian saksikan."
Penghulu agama berkata: "Apakah Imam Ali menghalalkan perkahwinan
dua adik-beradik susuan?"
- "Tidak. Beliau menghukum-muhrimkannya jika si bayi menyusu
sebanyak lima belas kali dengan kenyang dan berturut-turut atau
sehingga menumbuhkan daging dan tulang."
Mendengar ini ayah si isteri merasa sangat lega dan berkata:
- "Alhamdulillah. Anakku hanya menyusu dua atau tiga kali sahaja.
Fatwa Imam Ali ini adalah jalan keluar bagi kami dari kemusykilan ini dan
rahmat Allah kepada kami setelah puas kami mencari dan hampir-hampir
putus asa."
Penghulu berkata: "Berikan kami dalilnya agar kami berpuashati."
Lalu kuberikan kepada mereka kitab Minhaj as-Sholihin, fatwa Syed al-
Khui. Dibacakannya Bab Hukum Menyusui kepada mereka. Semua mereka
sangat gembira terutama si suami yang takut kalau-kalau saya tida
mempunyai dalil yang memuaskan. Mereka memohon agar aku
meminjamkan buku tersebut kepada mereka agar dapat berhujah kelak di
kampungnya. Lalu ku serahkan buku tersebut setelah mereka meminta
izin untuk pulang.
Setelah mereka keluar dari rumahku mereka berjumpa dengan seseorang
yang akhirnya membawa mereka kepada beberapa ulama-upahan.
Diugutnya mereka dan dikatakan yang aku adalah agen Israel, kitab
Minhaj as-Solihin yang kuberikan itu adalah sesat, penduduk Irak
semuanya kafir dan munafik, dan Syiah adalah Majusi yang menghalalkan
perkahwinan adik beradik. Kerana itu tidak hairan kalau aku menghalalkan
perkahwinan antaara adik beradik susu dan berbagai tuduhan lain yang
mengarut. Sedemikian rupa ancaman mereka sehingga kesemuanya
kembali seperti semula dan tidak percaya akan kebenaran pendapat yang
ku berikan.
Dipaksanya sang suami mengangkat perkara ini ke mahkamah negeri di
Qafsah. Ketua mahkamah meminta mereka pergi ke pusat dan meminta
penyelesaian dari Mufti Besar Negara. Maka pergilah orang yang malang
ini ke sana dan menunggu selama satu bulan penuh untuk dapat
menghadap mufti. Diveritakannya masalahnya dari awal hingga akhir.
Mufti bertanya tentang pendapat ulama yang menganggap sah
perkahwinan mereka. Katanya tiada siapa pun yang mengatakan demikian
kecuali seorang yang bernama at-Tijani as-Samawi. Mufti mencatat
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 200
namaku dan berkata kepada orang ini: "Pulanglah! Aku akan kirimkan
sepucuk surat kepada ketua mahkamah negeri di Qafsah."
Tidak lama selepas itu tibalah sepucuk surat dari Mufti Besar. Kemudian
wakil orang ini memberitahunya bahawa mufti juga menghukumkan haram
perkahwinan mereka dan dianggap tidak sah.
Itulah apa yang diceritakan oleh orang yang malang dan lemah ini
kepadaku. Dia meminta maaf kerana telah menyebabkanku susah dan
terganggu. Aku juga berterima kasih kepadanya atas timbang rasanya
yang tinggi. Tetapi aku hairan kenapa mufti besar menganggap
perkahwinan seumpama itu tidak sah. Aku minta orang ini mendapatkan
lembaran tulisan yang dikirimkan oleh mufti kepada mahkamah di sini
agar aku dapat memuatnya di akhbar-akhbar Tunisia. Aku ingin katakan
bahawa mufti tidak mengetahu mazhab-mazhab Islam dan jahil akan
perbedaan-perbedaan fiqh mereka di dalam perkara susu-menyusu ini.
Orang ini berkata bahawa dia tidak dapat melihat fail perkaranya, apalagi
untuk mendapatkannya. Akhirnya kami berpisah.
Setelah beberapa hari sepucuk surat panggilan datang kepadaku dari
mahkamah. mereka memerintahkanku agar datang membawa rujukan dan
hujah atas keabsahan perkahwinan "dua adik-beradik susu" ini. Aku
datang dengan membawa berbagai buku rujukan yang telah ku teliti
sebelum ini. Setiap Bab Menyusui ku letakkan tanda agar mudah dapat
mengenalnya kelak. Aku pergi pada waktu dan jam yang ditentukan itu.
Sekretari ketua mengambil kedatanganku dan memintaku masuk ke ruang
bilik pejabat ketua. Di sana aku dikejutkan dengan kehadiran ketua
mahkamah negeri, ketua mahkamah kampung dan wakil dari pusat beserta
tiga anggotanya yang lain. Semua mereka mengenakan pakaian kebesaran
mahkamah yang seakan-akan mereka sedang berada dalam satu
perjumpaan resmi. Aku perhatikan juga di sana ada lelaki yang malang itu
duduk di sisi lain. Aku ucapkan salam kepada semua. Semua mereka
memandangku dengan sikap menghina dan jengkel. Ketika aku duduk ,
ketua mereka berbicara kepadaku dengan nada yang kasar:
- "Anda Tijani Samawi?"
- "Ya." Jawabku
- "Anda yang memberi fatwa akan sahnya perkahwinan ini?
- "Bukan saya. Tetapi Imam-imam fiqh dan ulama kaum Muslimin yang
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 201
memberikan fatwa akan sahnya perkahwinan tersebut."
- "Itulah kenapa kami memanggilmu. Anda sekarang dalam tuduhan.
Jika anda tidak dapat membuktikan kebenaran dakwaan anda makan anda
akan dihukum penjara. Dan dari sini anda akan terus diiring ke penjara."
Aku sedar bahawa aku kini dalam suatu tuduhan. Bukan kerana aku
memberikan fatwa tersebut, tetapi ada beberapa ulama jahat yang
mengatakan kepada penguasa bahawa aku adalah penyuluh fitnah ,
mencaci sahabat dan menyebarkan Syiah Ahlul Bait Nabi. Ketua
mahkamah berkata bahawa jika ada dua saksi yang membuktikan
kesalahanku maka dia akan memasukkanku ke dalam penjara.
Di sisi lain, Jama'ah Ikhwan Muslimin memanipulasi fatwa ini. Mereka
sebarkan kepada kalangan umum dan khusus bahawa aku menghalalkan
nikah antara adik-beradik. Dan ini adalah pendapat Syi'ah. Begitulah
dugaan mereka.
Semua ini aku sedari ketika Ketua Mahkamah mengancamku dengan
penjara. Tiada lain bagiku waktu itu kecuali menentang dan
mempertahankan deri dengan penuh keberanian. Kukatakan kepada ketua:
"Apakah saya boleh bercakap dengan terus terang dan tanpa takut?"
- "Bercakaplah. Tetapi anda tidak mempunyai pembela."
- "Pertama-tama, aku tidak mengangkat diriku sebagai mufti. Ini
suami perempuan itu berada di hadapan kalian dan tanyakan kepadanya.
Dialah yang datang ke rumahku dan bertanya kepadaku. Sudah tentu aku
wajib mengjawabnya mengikut apa yang aku tahu. Aku tanyakan
kepadanya berapa kali dia minum susu tersebut. Ketika diberitahunya
bahawa isterinya menyusu dua atau tiga kali sahaja maka aku
memberitahu kepadanya hukum Islam yang benar. Dalam hal ini aku bukan
seorang yang mujtahid dan bukan pula seorang yang mengadakan syariat
baru."
- "Aneh. Anda sekarang mendakwa yang anda tahu akan hukum Islam
dan kami jahil."
- "Astaghfirullah. Aku tidak bermaksud demikian. Semua orang di sini
tahu apa pendapat mazhab Imam Malik dan hanya berhenti pada
pendapatnya saja, sementara aku menelitinya dalam berbagao mazhab
dan mendapatkan cara penyelesaiannya di sana."
- "Di mana anda dapatkan jalan penyelesaiannya?" tanya ketua.
- "Sebelum itu bolehkah aku bertanya satu soalan hai ketua?"
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 202
- "Tanyakanlah apa yang kau mahu."
- "Apa pendapat anda tentang mazhab-mazhab Islam yang lain?"
- "Semua benar. Semua mereka mengambilnya dari Nabi; dan
perselisihan yang ada adalah rahmat."
- "Kalau demikian maka kasihanilah orang yang malang ini (sambil
menunjuk ke arah orang tersebut) yang telah dua bulan lebih berpisah
dengan isteri dan anak-anaknya. Padahal di sana ada mazhab Islam lain
yang memberinya penyelesaian."
Dengan nada marah ketua itu berkata:
- "Bawakan dalilnya dan jangan berdolak dalik. Kami telah berikan hak
kepadamu untuk membela dirimu; dan sekarang kau mahu membela orang
lain."
Kuberikan kepadanya kitab Minhaj as-Solihin, fatwa Syed al-Khui.
Kukatakakan kepadanya bahawa ini adalah mazhab Ahlul Bait. Di dalamnya
memuat berbagai dalil. Kemudianbeliau memotong kata-kataku: "Jangan
libatkan kami dengan mazhab Ahlul Bait. Kami tidak mengenalnya dan
tidak beriman kepadanya."
Aku memang menduga demikian. Kerana itu aku bawa bersamaku
beberapa buku rujukan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telah ku kaji dan
ku susun sejauh pengetahuanku. Kuletakkan Sahih al-Bukhori di bahagian
pertama. Kemudian Sahih Muslim. Lalu kitab fatwa Syaltut, Bidayah al-
Mujtahid Wa Nihayah al-Muqtasid karangan Ibnu Rushd, kitab Zad al-
Masir Fi I'lmi at-Tafsir karangan Ibnu al-Jauzi dan beberapa buku
rujukan lain dari kalangan Ahli Sunnah.
Ketika pengetua menolak kitab Syed al-Khui, kutanyakan keadanya kitab
apa yang beliau pegang dan jadikan rujukan. "Bukhori dan Muslim,"
katanya. Lalu ku ambil kitab Sahih al-Bukhori dan kubukakan halaman
yang telah ku tandakan. "Silakan baca hai yang arif." kataku
mempersilakan. "Engkau baca." Mintanya kepadaku. Lalu kubaca: "Telah
diriwayatkan oleh Fulan daripada si Fulan dan daripada A'isyah Ummul
Mukminin yang berkata: "Rasulullah saw meninggal dan tidak menjatuhmuhrimkan
susuan melainkan setelah lima susuan atau lebih."
Maka pengetua tersebut mengambil buku itu dariku dan membacanya.
Kemudian diberikannya kepada wakil dari pusat yang duduk di
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 203
sampingnya. Lalu dibacanya dan diberikannya pula kepada orang yang
duduk di sisinya. Kemudian aku keluarkan pula kitab Sahih Muslim dan
kubukakan pula hadis yang sama. Lalu kitab Fatwa Syaikh al-Azhar
Mahmud Syaltut, di mana beliau telah menjelaskan berbagai perbezaan
pendapat para imam fiqh tentang perkara susu-menyusu ini. Ada
sebahagian pendapat mengatakan bahawa ia akan jatuh muhrim setelah
lima belas kali susuan; pendapat lain mengatakan setelah tujuh kali
susuan, dan pendapat berikutnya di atas lima kali susuan. Melainkan Imam
Malik yang menyalahi nas dan menjatuh-muhrimkan walau satu titis
sekalipun. Kemudian Syaltut berkata: "Aku condong pada pendapat yang
tengah, yakni tujuh kali susuan atau lebih."
Setelah ketua mahkamah mengetahui semua itu, beliau berkata:
"Cukuplah." Kemudian beliau memandang pada suami wanita tersebut dan
berkata: "Engkau pergi dan bawa ayah isterimu ke mari untuk
menyeksikan di hadapanku bahawa anaknya menyusu hanya dua atau tiga
kali saja. Kalau betul maka kau boleh ambil isterimu semula hari ini juga.
Orang yang malang ini pun pergi. Wakil dari pusat dan hadirin yang lain
meminta izin keluar meneruskan tugas masing-masing. Ketika majlis itu
lengang, pengetua tersebut menghadapku sambil meminta maaf. Katanya:
"Maafkan aku hai Ustaz. Mereka telah mengelirukan aku tentang dirimu.
Mereka berkata tentang hal yang aneh-aneh atas dirimu. Sekarang aku
tahu yang mereka hasad dan dengki kepadamu."
Hatiku sangat gembira melihat perubahan kilat seperti itu. Aku berkata:
"Segala puji bagi Allah yang telah memenangkanku di tanganmu hai
pengetua yang arif."
- "Aku dengar anda juga mempunyai buku Hayat al-Hayawan al-Kubro
karya ad-Dumairi?" Tanyanya kepadaku.
- "Ya." Jawabku.
- "Bolehkah anda pinjamkan padaku? Telah dua tahun aku mencari
buku itu."
- "Ia adalah milikmu bila saja kau mahu."
- "Apakah anda mempunyai masa untuk datang ke pejabatku agar kita
berbincang dan belajar darimu." Pintanya.
- "Astaghfirullah. Saya yang seharusnya belajar darimu. Anda adalah
orang yang lebih tua dan lebih agung dariku. Saya ada empat hari cuti
dalam seminggu. Saya sentiasa hadir menerima jemputanmu."
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 204
Akhirnya kami sepakat setiap hari Sabtu untuk dapat duduk bersama,
kerana hari itu beliau tidak disibukkan dengan urusan mahkamah. Setelah
beliau memintaku meninggalkan kitab Bukhori dan Muslim serta kitab
Fatwa Syaltut untuk dapat disalinnya semua nas-nas yang ada, beliau
sendiri berdiri dan menghantarku pulang sehingga pintu tanda satu
penghormatan.
Aku keluar dengan hati yang sangat gembira sambil memuji-muji Allah
atas kejayaan ini di mana sebelumnya aku masuk dalam keadaan takut dan
diancam penjara. Kini aku keluar dari mahkamah dan pengetuanya telah
menjadi seorang sahabat yang dekat, menghormatiku dan memintaku
menemaninya agar dapat "belajar". Semua ini adalah berkat Ahlul Bait
yang tiada akan rugi orang yang berpegang kepada mereka dan akan aman
orang yang merujuk kepada mereka.
Suami yang malang tadi menceritakan semua apa yang dilihatnya kepada
penduduk desanya sehingga berita itu tersebar ke seluruh pelusuk desa
yang ada di sekitarnya. Dia kini kembali bersama-sama isterinya dan
perkara perkahwinannya dianggap sah. Prang-prang mula berkata yang
aku lebih alim dari semua, hatta dari mufti besar sekalipun.
Si suami ini kemudian datang ke rumahku dengan keretanya yang besar,
ingin mengajak aku dan keluargaku ke desanya. Dia memberitahuku
bahawa semua keluarganya sedang menunggu kedatanganku. Mereka akan
sembelih tiga ekor anak unta sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan.
Tetapi aku meminta maaf kerana tidak dapat hadir lantaran kesibukanku
di Qafsah. Kukatakan kepadanya bahawa aku akan mengunjungi kalian di
masa lain Insya Allah.
Lalu pengetua mahkamah tadi pun menceritakan kejadian itu kepada
sahabat-sahabatnya sehingga tersebarlah cerita itu dan Allah telah
menolak tipu daya orang-orang yang menipu. Sebahagian mereka datang
meminta maaf dan sebahagian lagi Allah bukakan hatinya untuk menerima
hidayat dan kebenaran sehingga mereka ikut mazhab Ahlul Bait dan
menjadi orang-orang yang mukhlisin. Semua ini adalah kurnia Allah yang
Dia berikan kepada mereka yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha
Pemberi Kurnia Yang Agung.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 205
Wa Akhiru Da'wana Anil Hamdulillahi Rabbil A'lamin. Wa Sollallahu A'la
Sayyidina Muhammadin Wa A'la A;lihi at-Thayyibin Wat Tahirin.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 206
Nota Kaki
1. Sahih Bukhari J.2; Sahih Muslim J. 5, hlm. 75; Musnad Ahmad bin
Hanbal J.1 hlm.355; J.5, hlm. 116; Tarikh Tabari, J. 3, hlm. 193; Tarikh
Ibnu Athir, J.2, hlm. 320.
2. Tabaqat Ibnu Saad, J.2, hlm. 190; Tarikh Ibnu Athir, J.2 hlm. 317;
Sirah Halabiyyah, J.3, hlm. 207; Tarikh Tabari, J.3, hlm. 226.
3. Lihat al-Khilafah Wal Muluk oleh al-Maududi dan Yaum al-Islam oleh
Ahmad Amin.
4. Syarah Nahjul Balaghah Oleh Ibnu Abil Hadid, J.8, hlm.111.
5. Tarikh Ya'qubi, J.2, hlm. 106.
6. Futuh al-Buldan, hlm. 437.
7. Sahih Bukhari, J.1, hlm. 52.
8. Tarikh Tabari Dan Tarikh Ibnu Athir.
9. Al-Imamah Wa Siasah oleh Ibnu Qutaibah.
10. Lihat an-Nas Wal-Ijtihad oleh Syarafudin al-Musawi.
11. Sahih Bukhari, J.4 hlm. 94-96; J.3 hlm. 32; Sahih Muslim, J.7, hlm.
66.
12. Sahih Bukhari, J.4, hlm. 100-101
13. Muruj az-Zahab oleh Masudi, J.2, hlm. 341.
14. Ibid.
15. Ibid.
16. Sahih Bukhari, J.1, hlm. 122.
17. Al-Khalifah Wal Muluk oleh al-Madudi, hlm. 106
18. Sahih Muslim, J.1, hlm. 61.
19. Sahih Bukhari, J.2, hlm. 305; Mustadrak al-Hakim, J.3, hlm. 109.
20. Sahih Bukhari, J.1, hlm. 76; Sahih Tirmidzi, J.5, hlm. 300; Sahih
Ibnu Majah, J.1, hlm. 44.
21. Sahih Muslim, J.1, hlm. 61; Sunan an-Nasai, J.6, hlm. 117.
22. Sahih Tirmidzi, J.5, hlm. 201; Mustadrak al-Hakim, J.3, hlm. 126.
23. Musnad Ahmad bin Hanbal, J.5, hlm. 25; Mustadrak al-Hakim, J.3,
hlm. 134.
24. Sahih Muslim, J.2, hlm. 362; Mustadrak al-Hakim, J.3, hlm. 109;
Musnad Ahmad bin Hanbal, J.4, hlm. 281.
25. Mustadrak, al Hakim, jilid 3 ms 121;Khasais, al Nasai, ms 24;Musnad,
Ahmed Hanbal, jilid 6 ms 33;Al Manaqib, al Khawarizmi, ms 81;Al Riyadh
al Nadira, Tabari, jild 2 ms 219;Tarikh, as Suyuti, ms 73.
26. Sahih, Bukhari, jilid 1, ms 74
27. Sahih, Bukhari, jilid 2 ms 154 ;Sahih, Muslim, jilid 1 ms 260
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 207
28.Sahih, Muslim, jilid 2 ms 134
29. Sahih, Bukhari, jilid 1 ms 54
30. Sahih, Bukhari, jilid 1 ms 135
31.Sahih, Bukhari, jilid 3 ms 32
32. Sahih, Bukhari, jilid 2 ms 201
33. Minhaj as Sunnah, Ibn Taymiyya, jilid 3 ms 131; Hilyat al Awliya, Ibn
Abi Nuaym, jilid 1 ms 52
34. Tarikh, Tabari, ms 4;al Riyadh al Nadira, jilid 1 ms 134; Kanz al
Ummal, ms 361
Minhaj as Sunnah, Ibn Taymiyya, jilid 3 ms 120
35. Tarikh Tabari hlm. 41; Riyadh an-Nadhirah, J.1, hlm. 134; Kanzul
Ummal, hlm. 361; Minhaj as-Sunnah Oleh Ibnu Taimiyyah, J.3, hlm. 120
36. Sahih Bukhari, J.2, ms 206
37. al Imamah Was Siyasah, Ibn Qutaybah, jilid 1ms 20; Muhammad
Baqir al Sadr, Fadak dalam Sejarah, ms 92
38. Sahih, Bukhari, jilid 1 ms 127, 130, jilid 2 ms 126, 205
39. Sahih, Bukhari, jilid 3 ms 39
40. Tarikh al Khulafa, Ibn Qutaybah, jilid 1 ms 20
41. Sahih, Muslim, jilid 7 ms 121, 130
42. Tarikh al Khulafa, jilid 1 ms 20
43. Ibid.
44. Sahih, Bukhari, jilid 3 ms 39
45. Tarikh, Tabari, jilid 4 ms 407;Tarikh, Ibn Athir, jilid 3 ms 206; Lisan
al Arab, jilid 14 ms 193; Taj al Arus, jilid 8 ms 141; Al Iqd al Farid, jilid 4
ms 290
46. al Imamah was Siyasah
47. Al Tabari, Ibn al Athir dan ahli sejarah yang lainnya yang menulis
mengenai kejadian didalam dalam tahun ke 36 selepas hijrah
48. Sahih, Bukhari, jilid 1 ms 48
49. Al Tabari, Ibn al Athir, yang menulis kejadian didalam tahun ke 40
hijrah
50. Ibid Tahun 36H.
51. Sahih, Bukhari, jilid 4 ms 161
52. Sahih Bukhari, jilid 2 ms 128
53. Sahih al Tirmidhi; al Istiab, Ibn Abd al Barr, Biography of Safiyya
54. Sahih, Bukhari, jilid 3 ms 68
55. Baca Khalifah Dan Kerajaan oleh Syed Abdul A’la Maududi
56. Hayat al Haywan al Kubra, al Damiri
57. Muwatta, Malik, jilid 1 ms 307; Maghazi,al Qawidi, ms 310
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 208
58. Sahih, Bukhari, jilid 3 ms 307
59. Sahih, al Tirmidhi, jilid 5 ms 296; Khasai’s, al Nasai, ms 87;
Mustadrak, al Hakim, jilid 3 ms 110
60. Musnad, Ahmed Hanbal, jilid 4 ms 281; Siyar al Amin, al Ghazali, ms
12;Tadhkirat al Awas, Ibn al Jawzi, ms 29;Al Riyadh al Nazarah, al
Tabari, jilid 2 ms 169;Al Bidayah wan Nihayah, jilid 5 ms 212;Tarikh, Ibn
Asakir, jilid 2 ms 50;Tafsir, al Razi, jilid 3 ms 63;Al Hawi Lil Fatawi, al
Suyuti, jilid 1 ms 112
61. Tarikh, al Tabari;Ibn al Athir;Suyuti;Baghdadi
62. Tarikh al-Khulafah oleh Ibnu Qutaibah, J.1, ms 18
63. Sahih, Bukhari, jilid 4 ms 127
64. Sharh, Muhammad Abduh, jilid 1 ms 34, sermon as Shaqshaqiyah
65. Tarikh, Qutaybah, jilid 1 ms 17
66. al Saqifah wal Khulafah oleh Abdul Fattah Abdul Maqsood
67.Tarikh, Qutaybah, jilid 1 ms 19;Shahrah, Ibn al Hadid
68. Sahih, Bukhari, jilid 3 ms 36;Sahih, Muslim, jilid 2 ms 72
69. Dengan rujukkan dia menunggang unta semasa peperangan jamal
70. Dengan rujukkan dia menunggang keldai pada hari dia menghalang
pengkemumian al-Hasan bersebelahan datukandanya
71.Sharh Nahj al Balagha, Ibn al Hadid, jilid 16 ms 220 - 223
72. al Mustadrak, al Hakim, jilid 3 ms 107;al Manaqib, al Khawarizmi, ms
3 dan ms 9;Tarikh, Suyuti, ms 168;Al Sawaiq al Muhriqah, Ibn Hajar ms
72;Tarikh, Ibn Asakir, jilid 3 ms 63;Shawahid at Tanzil, al Haskani al
Hanafi, jilid 1 ms 19
73. Qadi Ismail, al-nasa’I dan Abu Ali al-Naisaburi berkata: Tidak ada
para sahabat yang mempunyai sebanyak kemuliaan yang diucapkan
kepadanya sebagaimana Ali
74. Sahih, Bukhari, jilid 2 ms 202
75. Fath al Bari [Sharah al Sahih Bukhari] jilid 7 ms 83;Tarikh, Suyuti,
ms 199;Al Sawaiq al Muhriqah, ms 125
76. Muwatta, Malik, jilid 1 ms 307 ;Maghazi, al Waqidi ms 310
77.Sahih, al Tirmidhi, jilid 4 ms 339;Musnad, Ahmed Hanbal, jilid 2 ms
319;Mustadrak, al Hakim, jilid 3 ms 51]
78. Sahih Muslim
79. Sahih Bukhari, J.4. hlm. 184
80. al Imamah was Siyasah, Qutaybah, jilid 1 ms 14;al Jahiz, ms
301;A’alam al Nisa, jilid 3 ms 1215
81. Tarikh al-Tabari, J.4, hlm.52; Imamah wal-Siyasah, J.1, hlm. 18;
Tarikh Masudi, J.1, hlm. 414
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 209
82. Tazkirah al-Khawas, hlm. 23; Tarikh ibnu Asakir, J.1, hlm.107;
Manaqib al-Khawarizmi, hlm.7; Fusul al-Muhimmah oleh al-Maliki, hlm.21
83. Mustadrak al-Hakim, J.3, ms 48; Tarikh Ibnu Kathir, J.7, ms 358
84. Al-Isti'ab, J.3, ms 39; Manaqib al-Khawarizmi, ms 48; Riyadh
Nadhirah, J.2, ms 194
85. Ibid, J.2, hlm.198; Tarikh al-Khulafa, ms 124; Al-Itqan, J.2, 319;
Fath al-Bari, J.8, 485
86. Sunan ad-Darimi, J.1, ms 54; Tafsir Ibnu Kathir, J.4, ms 232; Ad-
Dur al-Manthur, J.6, ms 111
87. Sunan Ibnu Majah, J.1, ms 44; Khasais Nasai, ms 20; Sahih Tirmidzi,
J.5, ms 300; Jami Saghir oleh Suyuti, J.2, ms 56; Riyadh Nadhirah, J.2,
ms 229
88. Tarikh Ibnu Asakir, J.2, ms 448; Kunuz al-Haqaiq oleh al-Maulawi, ms
293; Kanzul Ummal, J.5, ms 33
89. Tarikh Tabari, J.2, ms 319; Tarikh Ibnu Athir, J.2, ms 62; As-Sirah
al-Halabiah, J.1, ms 311; Syawahid at-Tanzil oleh Hasakani, J.1, ms 371;
Kanzul Ummal J.15, ms 15; Tarikh Ibnu Asakir, J.1, ms 85; Tafsir al-
Khazin oleh Alauddin as-Syafie, J.3, ms 371; Hayat Muhammad oleh
Hasanain Haikal Edisi Pertama
90. Sahih Muslim, J.5, ms 122; Sahih Turmidzi. J.5, ms 328; Mustadrak
al-Hakim, J.3, ms 17
91. Lihat Sunan Nasa'i, Turmidzi, Ibnu Majah, dan Abu Daud.
92.Kata-kata "sunnahku" tidak diriwayatkan oleh mana-mana kitab hadith
yang enam (Sahih as-Sittah).Ianya diriwayatkan hanya dalam al-Muwatta
Imam Malik bin Anas. Hatta Tabari ketika meriwayatkan hadith ini beliau
merujuk kepada kitab Imam Malik ini.
93. Sahih Muslim, J.8, ms 151
94. Tarikh Tabari, J.3, ms 280; Tarikh al-Fida, J.1,ms 158; Tarikh al-
Yaqubi, J.2, ms 110; Al-Isabah, J.3, ms 336
95. Tarikh al-Fida, J.1, ms 158; Tarikh Yaqubi, J.2, ms 110; Tarikh Ibnu
Shihnah, J.11, ms 114; Wafayat al-A'yam, J.6, ms 4
96. As-Siddiq Abu Bakar oleh Haikal, ms 151
97. Sahih Bukhari, J.4, ms 171
98. Sirah Ibnu Hisham, J.4, ms 53; Tabaqat Ibnu Saad; Usud al-Ghabah,
J.3, ms 102
99. As-Siddiq Abu Bakar, ms 151
100. Tarikh Tabari, J.3, ms 254; Tarikh al-Khamis, J.3, ms 343
101. Mustadrak al-Hakim, J.3, ms 151; Yanabi al-Mawaddah, ms 30, 370;
Sawaiq al-Muhriqah, ms 184, 234
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 210
102. Lihat Is'af ar-Raghibin dan Jami' as-Saghir
103. Mustadrak al-Hakim, J.3, ms151; Jami' al-Kabir oleh Tabrani; al-
Isabah; Kanzul Ummal, J.6, ms 155; al-Manaqib oleh Khawarizmi, ms
34;Yanabi al-Mawaddah, ms 149; Hilyah al-Auliya', J.1, ms 86; Tarikh
Ibnu Asakir, J.2, ms 95
104.Munaqasyat Aqaidiyah Fi Maqalat Ibrahim al-Jabhan, ms 29
105. Sahih Bukhari, J.7, ms 121; Sahih Muslim, J.5, ms 75
106. Sahih Bukhari, J.3, ms 68; Sahih Muslim, J.2, ms 14
107. Tabaqat Ibnu Saad, Bhg.2, ms 29
108. Seperti perkara talak tiga - lihat Sahih Muslim Bab Talak Tiga, juga
lihat Sunan Abi Daud,J.1, ms 344
109. Seperti perkara larangan atas muta'ah Haji dan muta'ah wanita -
lihat Sahih Muslim Bab haji dan Bukhari bab Tamattu'.
110. Tarikh Ibnu Asakir, J.2, ms 484; Maqtal Husayn oleh Khawarizmi,
J.1, ms 38; Al-Ghadir oleh al-Amini, J.3, ms 120
111. Sahih Bukhari, J.4, ms 164; Sahih Muslim, ms 119
112. Yanabi al-Mawaddah oleh al-Qunduzi al-Hanafi
113. Ad-Dur al-Manthur oleh Suyuti, J.2., ms 60; Usud al-Ghabah, J.3,
ms 137; Sawaiq al-Muhriqah ,ms 148, 226; Yanabi al-Mawaddah, ms 41,
335; Kanzul Ummal, J.1, ms 168; Majma az-Zawaid, J.9, ms 163
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 211

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home