Thursday, November 4, 2010

akhirnya kutemui kebenaran - ahmad tijani-mazhab ahlul bayt

Sebab-sebab Aku Mengikut Madzhab Ahlul Bayt AS
Banyak sebab yang mendorongku untuk mengikuti madzhab Ahlul Bayt
(Syiah). Dan tidak mungkin bagiku menyebutkan secara terperinci di sini
kecuali sebahagian sahaja.
1. Nas Khalifah
Aku telah berjanji pada diriku ketika memasuki perbahasan ini untuk
tidak berpegang kepada mana-mana dalil kecuali ianya benar dipercayai
oleh kedua madzhab, dan membiarkan mana-mana dalil yang hanya
diriwayatkan oleh satu madzhab sahaja. Lalu aku mengkaji suatu subjek
tentang keutamaan antara Abu Bakar dan Ali bin Abi Talib; dan khalifah
(kekhalifahan) pada dasarnya adalah hak Ali jika dilihat dari segi nas
sebagaimana yang didakwa oleh Madzhab Syiah; sementara madzhab
Sunnah mendakwa bahawa khalifah ditentukan dengan pilihan dan syura.
Mereka yang mengkaji subjek ini jika benar-benar tulus untuk mencari
kebenaran maka mereka akan mendapati bahawa nas yang mengatakan Ali
sebagai khalifah adalah sangat jelas sekali. Seperti sabda baginda
SAWA:"Siapa yang menganggapku aku sebagai maulanya (pemimpin) maka
inilah Ali sebagai maulanya". Beliau sabdakan ini setelah beliau kembali
dari hajinya yang terakhir yang dikenal dengan Hujjahtul Wada'. Lalu
berduyun-duyunlah orang datang mengucapkan tahniah kepada Ali, hatta
Abu Bakar dan Umar sendiri. Mereka berkata:"Tahniah, tahniah untukmu
wahai putera Abu Talib, engkau telah menjadi maula setiap Mukmin lelaki
dan perempuan"[60].
Nas ini telah disepakati oleh madzhab Syiah dan Sunnah. Yang aku
sebutkan dalam kajianini hanyalah buku-buku rujukan Ahlul Sunnah
sahaja. Itupun bukan semua kerana ianya jauh lebih banyak dari apa yang
aku sebutkan. Untuk mendapatkan dalil-dalil yang lebih terperinci aku
mengajak para pembaca menelaah kitab al-Ghadir karya al-Allamah al-
Amini. Buku ini setebal tiga belas jilid di mana penulisnya telah
menyenaraikan para perawi hadithnya dari golongan Ahlul Sunnah yang
cukup banyak.
Adapun ijmak yang didakwa sebagai asas terpilihnya Abu Bakar di
Saqifah Bani Sa'idah lalu kemudian dibaiah di masjid adalah dakwaan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 148
yang tidak berasas. Bagaimana itu boleh dikatakan ijmak sedangkan
beberapa orang sahabat terkemuka seperti Ali, Abbas, dan Bani Hasyim
yang lain tidak ikut serta membaiahnya. Begitu juga Usamah bin Zaid,
Zubair, Salman al-Farisi, Abu Dzar al-Ghaffari, Miqdad bin al-Aswad,
Ammar bin Yasir, Abu Ayyub al-Ansari, Jabir bin Abdullah, Khalid bin
Saad dan banyak lagi [61].
Mana ijmak yang diperkatakan itu wahai hamba-hamba Allah? Seandainya
hanya Ali sendiri yang tidak membaiah, maka itu sudah cukup sebagai
bukti tercelanya ijmak seumpama itu. Ini kerana beliau adalah satusatunya
calon khalifah yang ditunjuk oleh Rasulullah SAWA, jika
katakanlah tiadanya nas yang terang-terangan menunjukkannya sebagai
khalifah.
Sesungguhnya bai'ah Abu Bakar berlaku tanpa musyawarah. Ianya
berlaku ketika manusia-manusia sekitarnya sedang bingung dan sibuk
terutamanya Ahlul Halli Wal Aqdi (orang-orang yang pakar yang utama
dan berkeupayaan) di mana mereka sedang sibuk mengurus jenazah Nabi
SAWA dan mengkebumikannya. Waktu itu penduduk kota Madinah
sedang dikejutkan dengan wafatnya Nabi mereka, lalu selepas itu mereka
dipaksa untuk membai'ah sang khalifah [62]. Hal ini dapat kita rasakan
dari cara ugutan mereka untuk membakar rumah Fatimah jika orangorang
yang ada di dalamnya enggan memberikan bai'ah. Nah, lalu
bagaimana dapat kita katakan yang ianya berlaku secara musyawarah dan
ijmak?
Umar sendiri telah mengatakan bahawa bai'ah yang diambil waktu itu
adalah tergesa-gesa, di mana Allah telah menjaga kaum Muslimin dari
kejahatan.Beliau mengatakan lagi bahawa siapa sahaja yang mengulangi
cara pembai'atan seperti itu maka mereka mestilah dibunuh atau
bai'ahnya tidak sah dan tidak diperakui [63].
Imam Ali telah berkata tentang haknya ini:"Demi Allah, Ibnu Abi
Qahafah (Abu Bakar) telah memakainya (hak khalifahku) sedangkan
beliau tahu bahawa kedudukanku dengan khalifah ini bagaikan kedudukan
kincir dengan roda"[64].
Sa'ad bin Ubadah seorang pemuka kaum Ansar yang menyerang Abu
Bakar dan Umar di hari Saqifah dan berusaha bermati-matian untuk
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 149
mecegah mereka dari jawatan khilafah, namum beliau tidak mampu
disebabkan beliau sakit dan tidak dapat berdiri, beliau berkata setelah
kaum Ansar membaiah Abu Bakar:"Demi Allah, sekali-kali aku tidak akan
membai'ah kalian sehinggalah aku lemparkan anak-anakku dan aku
lumurkan tombakku serta aku hayunkan pedangku dan aku perangi kalian
bersama-sama keluargaku dan kaumku. Demi Allah, seandainya manusia
dan jin berkumpul untuk membaiah kalian maka aku tetap tidak akan
membai'ah sehinggalah aku berjumpa dengan Tuhanku". Sa'ad bin
Ubadah tidak solat bersama-sama mereka dan ikut serta berkumpul
bersama-sama mereka bahkan tidak mengerjakan haji bersama-sama
mereka. Seandainya ada sekumpulannya orang mahu memerangi mereka
maka ia akan membantu dan seandainya ada orang yang membaiahnya
untuk memerangi mereka maka ia akan perangi. Begitulah keadaannya
sehingga beliau wafat di Syam pada masa pemerintahan Umar [65].
Jika bai'ah ini dilakukan tergesa-gesa dimana Allah telah memelihara
kaum Muslimin dari kejahatannya seperti yang dikatakan oleh Umar
sendiri, seorang arkitektur yang rancangan ini dan tahu akibat-akibat
yang akan dialami oleh kaum Muslimin kerananya.
Dan jika khilafah ini merupakan "pakaian" Abu Bakar sahaja, seperti
yang diibaratkan oleh Imam Ali mengingatkan bahawa dialah yang tuan
empunya yang sah. Dan diba'iah ini diambil secara zalim seperti yang
dikatakan oleh Sa'ad bin Ubadah, pemuka kaum Ansar yang memisahkan
diri dari jamaah kerananya. Dan jika bai'ah ini tidak sah secara syariat
mengingatkan sahabat-sahabat yang besar seperti Abbas paman Nabi
tidak memberinya, lalu apa hujah keabsahan khilafah Abu Bakar?
Jawabnya: tidak ada hujjah dari kalangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
Dengan demikian maka benarlah hujjah Syiah dalam hal ini kerana nas
tentang kekhilafahan Ali nyata ada di dalam Ahlul Sunnah sendiri.
Mereka telah menakwilkannya kerana ingin menjaga kemuliaan sahabat.
Namun bagi orang yang insaf dan adil, maka dia tidak akan mendapatkan
alasan lagi kecuali mesti menerima nas ini terutamanya jika ia mengetahui
peristiwa-peristiwa yang menyelubungi lam sejarah ini [66].
2. Perselisihan Antara Fatimah Dan Abu Bakar
Subjek ini juga disepakati kesahihannya oleh dua madzhab, Sunnah dan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 150
Syiah. Orang yang insaf dan berakal tidak akan dapat lari kecuali harus
mengatakan aygn Abu Bakar telah bersalah walaupun dia tidak
mengiktiraf sikap zalimnya terhadap Penghulu Wanita ini. Mengingatkan
bahawa mereka mengkaji tragedi ini dan mengetahui seluk-beloknya
secara terperinci dia akan tahu pasti bahawa Abu Bakar sengaja
mengganggu Siti Zahra' dan mendustakannya agar beliau tidak dapat
berhujah dengan nas-nas al-Ghadir dan lainnya akan kesahihan hak
khilafah suaminya dan putra pamanya Ali. Kamu menemui bukti-bukti yang
cukup tentang hal ini. Antara lain apa yang dikatakan oleh ahli-ahli
sejarah bahawa Fatimah Zahra', semoga Allah mencucurkan
kesejahteraan kepadanya, pernah mendatangi tempat-tempat pertemuan
kaum Ansar dan meminta mereka membantu dan membai'ah Ali. Mereka
menjawab:"Wahai putri Rasulullah, kami telah memberikan bai'ah kepada
orang ini (Abu Bakar), seandainya suamimu dan putra pamanmu
mendahului Abu Bakar maka kami tidak akan berpaling darinya. Lalu Ali
berkata: Apakah aku akan tinggalkan Rasulullah SAWA di rumahnya dan
tidak mengurus jenazahnya, lalu keluar dan melawan mereka tentang
pemerintahan? Fatimah menyahut:Abul Hasan (Ali) telah melakukan apa
yang sepatutnya beliau lakukan; sementara mereka telah melakukan
sesuatu di mana Allah akan menjadi Penghisab dan Penuntutnya [67].
Seandainya Abu Bakar memang berniat baik dan tersilap maka hujahhujah
Fatimah telah menyedarkannya. Tetapi Fatimah tetap marah
kepadanya dan tidak berbicara dengannya sehinggalah beliau wafat. Ini
kerana Abu Bakarmenolak setiap dakwaan Fatimah dan tidak menerima
kesaksiannya bahkan kesaksian suaminya. Ini semua menyebabkan
Fatimah begitu marah kepada Abu Bakar sehingga beliau tidak izinkan
Abu Bakar menghadiri pemakaman jenazahnya seperti yang
diwasiatkannya kepada suaminya Ali agar menguburkankan di waktu
malam secara sembunyi [68].
Tentang pengkebumikan Fatimah AS secara rahsia di waktu malam ini,
aku sendiri - dalam masa-masa pengkajianku telah berangkat ke Madinah
untuk memastikan kebenaran ini. Di sana aku dapati bahawa:
Pertama: Kuburan Fatimah az-Zahra' tidak diketahui oleh sesiapapun.
Sebahagian berkata: ada di Kamar Nabi (Hujrah Nabawiyah), sebahagian
yang lain berkata di rumahnya berhadapan dengan Kamar Nabi; yang
ketiga berkata di Baqi' di tengah-tengah kuburan Ahlul Bayt tetapi tidak
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 151
pasti tempatnya.
Hakikat pertama yang aku simpulkan adalah beliau, Fatimah Zahra' ingin
agar generasi kaum Muslimin di masa-masa berikutnya bertanya-tanya
tentang sebab kenapa beliau meminta agar suaminya mengkebumikannya
di waktu malam dan secara rahsia tidak dihadiri oleh sesiapa pun. Ini
memungkinkan seorang muslim untuk sampai pada kebenaran melalui
pengkajian-pengkajian di dalam sejarah.
Kedua: Aku dapati bahawa orang yang ingin berziarah ke kuburan Uthman
bin Affan terpaksa berjalan cukup jauh untuk sampai ke penghujung
kawasan Baqi'. Di situ dia akan dapati kuburan Uthman berada di bawah
sebuah dinding, sedangkan kebanyakan sahabat dikuburkan di tempat
yang berhampiran dengan pintu masuk Baqi'. Hatta Malik bin Anas, imam
Madzhab Maliki, seorang Tabi'it-Tabi'in (generasi keempat selepas Nabi
SAWA) dikuburkan dekat dengan isteri-isteri Nabi.
Disini jelas bagiku apa yang dikatakan oleh ahli-ahli sejarah bahawa
Uthman telah dikuburkan di Hasy Kaukab, iaitu sebidang tanah yang
dimiliki oleh orang Yahudi. Disebabkan kaum Muslimin pada waktu itu
telah melarangnya untuk dikebumikan di Baqi' Rasul SAWA. Ketika
Muawiyah menjadi khalifah maka dia telah membeli tanah itu dari orang
Yahudi tersebut lalu dimasukkannya sebagai sebahagian daripada
kawasan Baqi' agar kuburan Uthman juga termasuk di dalamnya. Bagi
mereka yang berziarah ke Baqi' maka dia akan melihat hakikat ini dengan
jelas sekali.
Aku berasa bertambah hairan ketika aku mengetahui bahawa Fatimah
Zahra AS adalah orang yang pertama menyusul ayahnya. Antara wafat
Rasul dengan wafatnya Fatimah AS hanya dipisahkan dengan enam bulan
sahaja (mengikut pendapat yang paling lama) tetapi beliau tidak
dikebumikan di sisi ayahnya!
Jika Fatimah Zahra' yang berwasiat agar dikebumikan secara rahsia, dan
tidak dikuburkan dekat dengan kuburan ayahnya seperti yang disebutkan
di atas, lalu apa pula terjadi dengan jenazah putranya Hasan yang tidak
dikuburkan dekat dengan datuknya Nabi SAWA? (Ummul Mukminin)
Aisyah telah melarangnya untuk dikebumikan di sana. Ketika Husayn
datang untuk mengkebumikan abangnya Hasan di sisi kuburan datuknya
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 152
Nabi SAWA, Aisyah datang dengan menunggang baghalnya dan berteriak:
Jangan dikuburkan di rumahku orang yang tidak aku sukai. Bani Umaiyyah
dan Bani Hasyim telah berbaris hampir berperang, tetapi Imam Husayn
berkata kepada Aisyah bahawa dia akan membawa jenazah abangnya
sahaja ke kuburan datuknya, lalu akan dikuburkan di Baqi'. Imam Hasan
berpesan agar jangan tertumpah setitis pun darah kerananya.
Ibnu Abbas mendendangkan syairnya kepada Aisyah:
Kau tunggangi unta [69]
Kau tunggani baghal [70]
Kalau kau terus hidup
Kau akan tunggangi gajah
Sahammu kesembilan dari seperlapan
tapi telah kau ambil semuanya
Ini adalah contoh dari rangkaian hakikat yang sungguh menghairankan.
Bagaimana Aisyah mewarisi pusaka semua rumah Nabi sementara isteriisteri
baginda berjumlah sembilan, seperti yang diungkapkan oleh Ibnu
Abbas di atas.
Jika Nabi tidak meninggalkan waris seperti yang disaksikan oleh Abu
Bakar dan melarangnya dari Fatimah, lalu bagaimana Aisyah mewarisi
pusaka Nabi? Apakah ada di dalam al-Qur'an suatu ayat yang
memberikan hak pusaka kepada isteri dan menyekatnya dari anak
perempuan? Ataukah politik yang merubah segala sesuatu sehingga
mengharamkan si anak perempuan dari menerima segala sesuatu dan
memberikan kepada si isteri segala sesuatu?
Di sini saya akan bawakan suatu kisah yang disebutkan oleh sebahagian
ahli sejarah dan ada kaitan dengan cerita tentang harta pusaka ini.
Ibnu Abil Hadid al-Mu'tazili di dalam bukunya Syarh Nahjul Balaghah
berkata:"Aisyah dan Hafsah mendatangi Uthman di masa
kekhalifahannya. Mereka meminta agar pusaka Nabi tersebut diberikan
kepada mereka. Sambil membetulkan cara duduknya, Uthman berkata
kepada Aisyah:"Engkau bersama orang yang duduk itu pernah datang
membawa seorang Badwi yang bersuci dengan air kencingnya dan
menyaksikan bahawa Nabi SAWA bersabda:"Kami para Nabi tidak
meninggalkan apa-apa warisan. Maka apa yang kalian minta ini? Dan jika
memang Nabi meninggalkan warisan pusaka, kenapa kalian larang haknya
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 153
Fatimah? Lalu Aisyah keluar dari rumah Uthman sambil marah-marah dan
berkata: Bunuhlah si Na'thal ini, dia telah kufur" [71].
3. Ali Lebih Utama Untuk Diikuti
Di antara sebab yang mendorongku untuk mengikut madzhab Syiah ini
dan meninggalkan tradisi para leluhur adalah pertimbangan akal dan naql
(aqliyah dan naqliyah) antara Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar.
Seperti yang aku sebutkan pada halaman-halaman yang lalu bahawa aku
sesungguhnya sepenuhnya berpegang kepada ijmak yang sepakati oleh
Ahlul Sunnah dan Syiah. Dan ku telah mengkaji di berbagai kitab dua
madzhab ini, dan tidak aku temui ijmak atau persepakatan pendapat
melainkan berkenaan Ali bin Abi Talib. Sunnah dan Syiah telah
bersepakati tentang keimamahannya Ali sebagaimana yang dicatatkan di
dalam nas-nas berbagai kitab rujukan dua madzhab itu.Sementara
tentang keimamahan Abu Bakar hanya dikatakan oleh sekelompok
tertentu kaum Muslimin sahaja. Di atas telah kami sebutkan ucapan Umar
tentang pembai'ahan terhadap Abu Bakar.
Demikian juga tentang keutamaan dan keistimewaan Abi bin Abi Talib
yang diriwayatkan oleh Syiah di dalam kitab-kitab mereka mempunyai
sanad dan kesahihannya yang tidak dapat digugat seperti di dalam kitabkitab
Sunnah juga. Bahkan ianya diriwayatkan melalui berbagai jalur yang
tidak dapat diragukan lagi. Banyak sahabat telah meriwayatkan hadith
berkenaan keutamaan Ali ini, sehingga Ahmad bin Hanbal
mengatakan:"Tidak satu pun sahabat Nabi yang memiliki keutamaan
sebagaimana Ali bin Abi Talib"[72].
Al-Qadhi Ismail dan an-Nasai serta Abu Ali an-Naisaburi berkata:"Tidak
satupun hadith-hadith keutamaan sahabat yang diriwayatkan dengan
isnad-isnad yang hasan sebagaimana hadith tentang keutamaan Ali" [73].
Melihat kaum Bani Umaiyyah telah memaksa setiap orang yang berada di
Barat dan di Timur untuk mencaci dan melaknatnya serta tidak
menyebutkan tentang keutamaan Ali, bahkan melarang sesiapa pun
daripada menggunakan namanya, bagaimanapun keutamaan-keutamaannya
tetap memancar dan menyerlah keluar. Imam Syafie berkata berkenaan
dengan ini:"Aku sungguh hairan akan seseorang yang kerana dengki
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 154
musuh-musuhnya telah menyembunyikan keutamaannya dan kerana takut
pencinta-pencintanya tidak menyebutkannya namun tetap sahaja ianya
tersebar dan memenuhi buku-buku".
Berkenaan dengan Abu Bakar juga telah aku kaji dengan teliti di dalam
berbagai kitab dua madzhab itu. Tetapi kitab-kitab Sunnah yang
menyebutkan tentang keutamaan-keutamaannya juga tidak dapat
menyamai atas menyaingi keutamaan-keutamaan Imam Ali bin Abi
Talib.Itupun diriwayatkan sama ada oleh puterinya Aisyah yang kita kenal
sikapnya terhadap Imam Ali, dimana beliau berusaha sekuat tenaga untuk
menonjolkan ayahnya walau dengan menciptakan hadith-hadith yang
palsu; atau diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar dimana beliau juga
diantara orang-orang yang menjauhkan diri daripada Imam Ali. Abdullah
bin Umar ini pernah menolak membai'ah Imam Ali setelah semua kaum
Muslimin sepakat untuk mengangkatnya sebagai Imam, dan pernah
berkata bahawa orang yang paling utama setelah Nabi adalah Abu Bakar
kemudian Umar dan kemudian Uthman, lalu tiada seorang pun yang lebih
utama daripada yang lainnya, semua adalah sama [74]. Yakni, Abdullah bin
Umar ingin menyatakan bahawa Imam Ali adalah manusia awam biasa yang
tidak mempunyai apa-apa keutamaan. Lalu bagaimana Abdullah bin Umar
dapat menyembunyikan dirinya dari hakikat-hakikat yang telah
dinyatakan oleh pemuka-pemuka ummah bahawa tiada suatu hadith pun
berkenaan dengan sahabat yang diriwayatkan secara isnad yang hasan
(baik) sebagaimana hadith tentang keutamaan Ali bin Abi Talib? Apakah
Abdullah bin Umar tidak pernah mendengar satu keutamaan pun tentang
Ali bin Abi Talib? Demi Allah beliau pernah mendengarnya. Tetapi politik,
ya politik, yang pernah memutar belit segala kebenaran dan menciptakan
berbagai keanehan
Orang-orang yang meriwayatkan tentang keutamaan Abu Bakar antara
lain Amr bin As, Abu Hurairah. Urwah bin Zubair dan Ikramah. Sejarah
menyingkapkan bahawa mereka adalah lawan-lawan Ali dan memeranginya.
Sam ada dengan sejata atau menciptakan berbagai keutamaan untuk
musuh-musuh dan lawan-lawannya. Imam Ahmad bin Hanbal berkata:"Ali
banyak mempunyai musuh. Musuh-musuh itu cuba untuk mencari sesuatu
yang mungkin boleh mencelanya, namun tidak mereka menjumpai.
Kemudian mereka mencari seorang yang pernah memeranginya lalu
diciptakanya keutamaan-keutamaan itu sebagai sikap tipu-daya mereka
terhadap Ali"[75]. Tetapi Allah berfirman:"Sebenarnya mereka
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 155
merancangkan tipu-daya yang jahat dengan sebenar-benarnya. Kerana itu
beri tangguhlah orang-orang kafir itu barang sebentar (S:86: 15-17).
Sungguh merupakan mukjizat Allah keutamaan-keutamaan Ali dapat
terserlah atau mencelah setelah enam abad pemerintahan-pemerintahan
yang zalim menzalimi dirinya dan kaum kerabatnya. Dinasti Bani Abbas
tidak kurang dari Bani Umaiyyah di dalam membenci, dengki dan menipuhelah
kaum kerabat Nabi SAWA sehingga Abu Faras Hamdani berkata:
"Apa yang dilakukan oleh putera-putera Banu Harb terhadap mereka
Walau sungguh dahsyat
Tetapi tidaklah sedahsyat kezaliman kalian lakukan
Berapa banyak pelanggaran terhadap agama yang kalian lakukan
Berapa banyak darah keluarga Rasulullah yang kalian tumpahkan
Kalian mengaku sebagai pengikut
Sementara tangan kalian penuh berlumuran darah anak-anaknya yang
suci".
Setelah ucapan-ucapan itu semua dan setelah segala kekaburan menjadi
terang maka biarlah Allah menjadi Hujjah Yang Unggul, dan manusia
tidak lagi mempunyai alasan di hadapanNya.
Walaupun Abu Bakar adalah khalifah pertama dan mempunyai kekuasaan
seperti yang kita ketahui, walaupun pemerintahan Umaiyyah menyogokkan
segala bonus dan upah kepada setiap orang yang meriwayatkan tentang
keutamaan Abu Bakar, Umar, dan Uthman, walaupun riwayat-riwayat
keutamaan Abu Bakar diciptakan begitu banyak dan memenuhi lembaranlembaran
buku, walau itu semua namun ianya tidak dapat menyamai hatta
sepersepuluh dari keutamaan Ali.
Bahkan jika anda kaji hadith-hadith yang diriwayatkan tentang
keutamaan Abu Bakar maka anda akan dapati bahawa ianya tidak sejalan
dengan apa yang dicatatkan oleh sejarah tentang berbagai tindakannya
yang bercanggah dengan apa yang diperkatakan tentang keutamaan itu;
bahkan bercanggah dengan akal dan syarak. Dan ini telah kami jelaskan
ketika membicarakan hadith yang bermaksud:"Seandainya iman Abu
Bakar ditimbang dengan imannya ummatku maka iman Abu Bakar akan
lebih berat". Seandainya Rasulullah SAWA tahu bahawa iman Abu Bakar
sedemikian hebatnya maka baginda tidak akan meletakkannya di bawah
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 156
pimpinan komandan tentera Usamah bin Zaid, dan baginda tidak akan
enggan untuk memberikan kesaksian kepadanya sebagaimana yang
baginda pernah berkata kepadanya: sungguh aku tidak tahu apa yang akan
kau lakukan sepeninggalanku kelak, sehingga Abu Bakar menangis" [76].
Baginda juga tidak akan mengutus Ali bin Abi Talib untuk mengambil
Surah Bara'ah yang telah diberikannya kepada Abu Bakar dan
melarangnya membacakannya [77]. Baginda juga tidak akan berkata pada
hari pemberian panji untuk peperangan Khaibar:"Akan aku berikan panji
ini esok kepada seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai
oleh Allah dan RasulNya. Dia terus akan maju dan tidak pernah akan
berundur. Allah telah menguji hatinya dengan keimanan". Lalu baginda
telah memberikannya kepada Ali dan memberikannya kepada Abu Bakar"
[78].
Seandainya Allah Tahu bahawa imannya Abu Bakar sedemikian tinggi dan
imannya itu melebihi iman semua ummat Muhammad SAWA maka Allah
tidak akan pernah mengecamnya untuk menggugurkan amal-amalnya
ketika beliau mengangkat suara lebih dari suara Nabi SAWA [79].
Seandainya Ali dan sahabat-sahabatnya tahu bahawa Abu Bakar memiliki
keimanan yang sedemikian tinggi maka mereka tiada alasan untuk menolak
bai'ah kepadanya. Seandainya Fatimah Zahra', Penghulu Semua Wanita,
mengetahui ketinggian darjat imanya Abu Bakar maka dia tidak akan
pernah marah kepadanya dan tidak akan enggan berbicara dengannya,
menjawab salamnya dan mendoakan kecelakaannya pada akhir setiap
solatnya [80]. Lalu beliau tidak mengizinka Abu Bakar (seperti yang
diwasiatkannya) untuk menghadiri pemakaman jenazahnya. Seandainya
Abu Bakar sendiri tahu tentang ketinggian imannya maka beliau tidak
akan memecah (pintu) rumah Fatimah Zahra' walau mereka telah
menutup pintunya sebagai protes. Abu Bakar juga tidak akan membakar
al-Fuja'ah al-Salami, dan tidak akan menyerahkan kepada Umar atau Abu
Ubaidah perkara khalifah pada hari Saqifah itu [81].
Orang yang mempunyai darjat iman demikian tinggi dan lebih berat dari
iman semua ummat yang ada tentu tidak akan pernah menyesal di akhirakhir
hayatnya atas perbuatannya terhadap Fatimah dan tindakannya
yang membakar al-Fuja'ah asl-Salami serta kekhalifahan yang
dipegangnya. Sebagaimana dia juga tidak akan pernah berangan-angan
untuk tidak menjadi manusia, dan sekadar menjadi sehelai rambut atau
kotoran haiwan. Apakah iman orang seperti ini setaraf dengan iman umat
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 157
Islam bahkan lebih berat lagi?
Jika kita kaji hadith yang bermaksud:"Seandainya aku harus mengambil
seorang sahabat (kholil) maka aku akan ambil Abu Bakar sebagai
"kholilku" maka ianya serupa dengan hadith sebelum ini. Mana Abu Bakar
pada hari penyaudaraan-kecil (Muakhoh-sughro) di Mekah sebelum
Hijrah, dan pada hari peryaudaraan-besar (Muakho-kubro) di Madinah
setelah Hijrah. Di dalam dua peristiwa ini, Rasulullah hanya menjadikan
Ali sebagai saudaranya, sehinggalah baginda bersabda:"Engkua adalah
saudaraku di dunia dan di akhirat [82]. Baginda tidak menoleh kepada
Abu Bakar dan enggan mengikat tali persaudaraan-akhirat dengannya
sebagaimana baginda enggan mengikat tali persaudaraan dengannya di
dunia.
Saya tidak berhasrat untuk menjelaskan permasalahan ini dengan lebih
panjang lagi, dan saya cukupkan sekadar membawa dua contoh di atas
yang saya kutip dari buku-buku Ahlul Sunnah sendiri. Adapun Madzhab
Syiah memang menolak kesahihan hadith ini, dan mengatakan dengan
hujah-hujah yang sangat kuat bahwa ianya diciptakan tidak lama setelah
kematian Abu Bakar.
Jika kita tinggalkan sifat-sifat yang utama dan mengkaji tentang dosadosa
yang pernah dilakukan, maka kita tidak akan menemukan satu dosa
pun yang dilakukan oleh Ali bin Abi Talib yang tercatat di dalam buku dua
madzhab ini. Sementara kita menemukan orang-orang selainnya
melakukan dosa-dosa tersebut, sebagaimana yang tercatat di dalam
berbagai buku-buku Ahlul Sunnah seperti Kutub Sihah dan berbagai kitab
sejarah.
Itu bererti bahawa ijmak dua madzhab hanya mengkhususkan Ali sendiri
yang tidak melakukan apa-apa dosa sebagaimana sejarah menegaskan
bahawa bai'ah yang benar hanya bai'ah yang diberikan kepada Ali
semata-mata. Beliau enggan menerima jawatan khalifah, namun dipaksa
oleh Muhajirin dan Ansar. Beliau juga tidak memaksa orang yang enggan
memberikan bai'ah kepadanya. Sementara bai'ah Abu Bakar dilakukan
sangat tergesa-gesa yang Allah telah pelihara kaum Muslimin dari
keburukannya sebagaimana yang diistilahkan oleh Umar. Dan khalifah
Umar dilakukan berdasarkan penobatan yang diberikan oleh Abu Bakar
kepadanya, sementara pengangkatan Uthman sebagai khalifah semacam
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 158
suatu sejarah komedi. Lihatlah, Umar menamakan enam orang sebagai
calon khalifah dan mewajibkan mereka memilih satu di antara mereka.
Beliau berkata: jika empat bersepakat dan dua menentang maka bunuhlah
yang dua; dan jika enam orang ini berpecah tiga - tiga dan membentuk
dua kelompok; maka pilihlahpendapat kelompok yang di dalamnya ada
Abdul Rahman bin Auf. Dan jika masa telah berlalu sementara mereka
belum bersepakat juga maka bunuhlah mereka semua. Ceritanya panjang
dan aneh sekali.
Al-hasil, Abdul Rahman bin Auf memilih Ali dengan syarat memerintah
berdasarkan panduan Kitab Allah, Sunnah Nabi, dan Sunnah Syaikhain,
yakni Abu Bakar dan Umar. Ali menolak syarat ini dan Uthman
menerimanya. Maka jadilah Uthman sebagai khalifah. Ali keluar dari
majlis itu, dan beliau telah tahu natijah yang akan terjadi. Hal ini
diucapkannya di dalam khutbahnya yang terkenal dengan nama as-
Syiqsyiqiyah.
Setelah Ali maka Muawiyah yang "memegang" jabatan khalifah. Di
tangannya khalifah telah digantikan dengan dinasti kekaisaran (raja-raja)
yang berpindah-tangan dari generasi ke generasi Bani Umaiyyah.
Kemudian berpindah pula ke tangan Bani Abbas.
Khalifah berikutnya hanya dipilih dengan ketentuan sang khalifah atau
dengan kekuatan pedang atau penggulingan. Sistem bai'ah yang benar di
dalam sejarah Islam tidak pernah wujud, bermula dari zaman para
khalifah sehingga ke zaman Kamal Atarturk, melainkan bai'ah yang
pernah diberikan kepada Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib.
Hadith-hadith Berkenaan Dengan Ali Menyirat Erti Wajib Ikut
Di antara hadith-hadith yang mengikatku dan mendorongku untuk
mengikut Imam Ali adalah hadith yang diriwayatkan oleh berbagai Kitab
Sihah Ahlul Sunnah yang telah dijelaskan kesahihannya; sementara
hadith-hadith di dalam Madzhab Syiah sendiri mereka memiliki hadithhadith
serupa itu berlipat ganda jumlahnya. Namun aku - seperti biasa -
tidak akan berhujah dan berpegang kecuali kepada hadith-hadith yang
telah disepakati oleh kedua madzhab. Di antara hadith-hadith tersebut
adalah:
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 159
1. Hadith:"Aku kota ilmu dan Ali pintunya" (Ana Madinatul ilm wa Aliyyun
babuha) [83].
Hadith ini sahaja sudah cukup untuk menentukan teladan yang mesti
dikuti selepas Nabi SAWA. Mengingatkan bahawa orang yang berilmu
adalah lebih utama untuk diikuti jika dibandingka dengan orang yang jahil.
Allah berfirman:"Katakanlah apakah sama antara orang yang berilmu
dengan orang yang tidak berilmu". Dan firmanNya:"Apakah seseorang
yang menunjukkanmu kepada kebenaran lebih utama untuk diikuti ataukah
orang yang tidak membimbingmu kecuali ia perlu dibimbing. Maka
bagaimana kalian membuat keputusan?" Jelas bahawa orang alimlah yang
tahu membimbing sementara orang jahil perlu mendapatkan bimbingan,
bahkan ia perlu bimbingan lebih dari orang lain.
Dalam hal ini sejarah telah mencatatkan kepada kita bahawa Imam Ali
adalah sahabat yang paling alim tanpa sedikitpun bantahan. Dahulunya
mereka merujuk kepada Ali di dalam perkara-perkara yang pokok. Dan
kita tidak pernah tahu yang Ali pernah merujuk kepada mereka walau
satu kali sekalipun. Dengarlah apa yang dikatakan oleh Abu
Bakar:"Semoga Allah tidak menetapkanku di suatu tempat yang ada
masalah kalau Abul Hasan (Ali) tidak hadir di sana". Umar
berkata:"Kalaulah Ali tiada maka celakalah Umar" [84]. Ibnu Abbas
berkata:"Apalah ilmuku dan ilmu sahabat-sahabat Muhammad
dibandingkan dengan ilmu Ali. Perbandingannya bagaikan setitis air
dengan tujuh samudera".
Imam Ali sendiri berkata:"Tanyalah aku sebelum kalian kehilanganku.
Demi Allah, tiada soalan yang kalian hadapkan padaku sehingga hari
kiamat kecuali aku beritahu kalian apa jawapannya. Tanyalah kepadaku
tentang Kitab Allah. Demi Allah, tiada suatu ayatpun kecuali aku tahu
apakah ianya diturunkan di waktu malam atau siang, di tempat yang datar
atau di pergunungan"[85].
Sedangkan Abu Bakar ketika ditanya, makna Abban dari firman Allah,
beliau berkata:"Langit mana yang dapat melindungiku, bumi mana yang
dapat aku jadikan tempat berpijak daripada berkata sesuatu di dalam
Kitab Allah apa yang tidak aku ketahui.
Umar bin Khatab berkata:"Semua orang lebih faqih daripada Umar, hatta
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 160
perempuan-perempuan". Ketika beliau ditanya tentang suatu ayat di
dalam Kitab Allah, beliau sangat marah sekali kepada orang yang
bertanya itu, lalu memukulnya dengan cambuk sehingga melukainya.
Katanya:"Jangan kalian tanya tentang sesuatu yang jika nampak kepada
kalian, maka kalian akan terasa tidak enak [86]. Sebenarnya beliau
ditanya tentang makna Kalalah tetapi tidak tahu menjawabnya.
Di dalam tafsirnya, Tabari meriwayatkan dari Umar yang
berkata:"Seandainya aku tahu apa makna kalalah maka itu lebih aku sukai
daripada memiliki seperti istana-istana di Syam".
Ibnu Majah di dalam Sunannya meriwayatkan dari Umar bin Khatab yang
berkata:"Tiga hal yang jika Rasulullah SAWA telah menjelaskannya maka
itu lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya: al-kalalah, ar-riba, dan
al-khilafah.
Subhanallah! Mustahil Rasulullah diam di dalam perkar-perkara itu dan
tidak menjelaskan maksudnya.
2. Hadith: "Hai Ali, kedudukanmu di sisiku bagaikan kedudukan Harun di
sisi Musa, hanya saja tiada Nabi selepasku".
Hadith ini seperti difahami oleh orang-orang yang berakal menyirat
makna keutamaan dan kekhususan Amir al-Mukminin Ali di dalam
menyandang kedudukan wazir, wasi dan khalifahnya Musa ketika beliau
berangkat menemui Tuhannya. Ia juga menyirat erti bahawa kedudukan
Imam Ali adalah umpama kedudukan Harun AS. Kedua-duanya sangat
mirip sekali melainkan kenabian saja seperti yang dikecualikan oleh
hadith itu sendiri. Ia juga bermakna bahawa Imam Ali adalah sahabat
yang paling utama dan paling mulia selepas Nabi SAWA itu sendiri.
3. Hadith: "Siapa yang menjadikan aku maulanya maka Alilah maulanya
(pemimpin). Ya Allah, bantulah mereka yang mewila'nya, dan musuhilah
mereka yang memusuhinya. Jayakanlah mereka yang menjayakannya, dan
hinakanlah mereka yang menghinanya, dan liputilah haq bersamanya
dimana jua dia berada".
Hadith ini sahaja sudah cukup untuk menolak dugaan orang yang
mengutamakan Abu Bakar, Umar dan Uthman di atas seseorang yang
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 161
telah dilantik oleh Rasulullah SAWA sebagai pemimpin kaum Mukminin
selepasnya. Tidak ada makna mereka yang mentakwilkan maksud hadith
ini sebagai pencinta dan pembantu agar memalingkannya dari maknanya
yang asal seperti yang dimaksudkan oleh Nabi SAWA dengan alasan
untuk menjaga kemuliaan martabat sahabat. Ini kerana Nabi SAWA
ketika berdiri berkhutbah dalam keadaan panas terik itu
berkata:"Bukankah kalian menyaksikan bahawa aku adalah lebih utama
dari orang-orang Mukminin terhadap diri mereka sendiri? (Alasta aulabikum
min-anfusakum) Mereka menjawab:"Ya, Rasulullah. Kemudian beliau
SAWA bersabda lagi:"Siapa yang menjadikan aku sebagai maulanya maka
inilah Ali maulanya...."(man kuntu maulahu fa-haza Aliyyin maulahu).
Nas ini sangat jelas di dalam melantik Ali sebagai khalifah untuk
umatnya. Orang yang berakal, adil dan insaf tidak dapat menolak maksud
hadith ini lalu menerima takwilan yang direka-reka oleh sebahagian orang
demi menjaga kemuliaan sahabat dengan mengorbankan kemuliaan Rasul
SAWA. Mengingatkan bahawaa penakwilan seumpama ini bermakna
meremehkan dan mencela kebijaksanaan Rasul yang telah menghimpun
ribuan manusia di dalam keadaan cuaca yang sangat terik dan panas itu
hanya sekadar ingin mengatakan bahawa Ali adalah pencinta kaum
Mukminin dan pembela mereka. Bagaimana mereka akan menafsirkan
ucapan tahniah yang diberikan oleh deretan orang-orang Mukminin
kepada Ali selepas perlantikan itu, yang sengaja diciptakan oleh Nabi
SAWA? Mula dari isteri-isteri Nabi lalu kemudian Abu Bakar, dan Umar
yang berkata:"Tahniah, tahniah untukmu wahai putra Abu Talib. Kau kini
telah menjadi pemimpin orang-orang Mukminin, lelaki atau perempuan".
Fakta dan sejarah telah menyaksikan bahawa orang-orang yang mentakwil
adalah orang-orang yang berdusta.Celakalah apa yang mereka tulis denga
tangan mereka. Firman Allah:"Dan sesungguhnya sebahagian di antara
mereka menyembunyikan kebenaran padahal mereka mengetahui" (Al-
Baqarah: 146).
4. Hadith: "Ali dariku dan aku dari Ali. Tiada siapa pun yang mewakili
tugasku kecuali aku sendiri atau Ali"[87].
Hadith ini juga dengan jelas menyatakan bahawa Imam Ali adalah satusatunya
orang yang diberikan kepercayaan oleh Nabi untuk mewakili
tugasnya. Baginda menyatakan ini ketika mengutusnya untuk membacakan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 162
Surah Bara'ah yang mula-mula Nabi serahkan kepada Abu Bakar. Abu
Bakar kembali dan menangis. Katanya: Ya Rasulullah, apakah ada ayat
turun berkenaan dengannya? Rasulullah menjawab:"Sesungguhnya Allah
menyuruhku atau Ali saja yang melaksanakan tugas ini".
Hadith ini juga mendukung sabda Nabi yang lain kepada Ali:"Engkau hai
Ali menjelaskan kepada umatku apa yang mereka perselisihkan setelah
ketiadaanku" [88].
Jika tiada orang yang diberikan kepercayaan oleh Rasulullah kecuali Ali,
dan beliaulah yang sepatutnya menjelaskan kepada umat ini segala
perselisihan mereka, maka bagaimana orang yang tidak mengetahui makna
kalimat abba dan kalimat kalalah boleh menyingkirkannya? Sungguh ini
merupakan musibah besar yang menimpa ke atas umat ini,dan yang
menghalangnya dari menjalankan tugas penting yang telah ditetapkan
oleh Allah SWT. Tetapi cukup hujjah Allah, hujjah RasulNya dan hujjah
Amirul Mukminin. Mereka yang engkar dan tidak patuh ini mesti
mengajukan hujjah kelak di hadapan Alla SWT. Allah berfirman:"Apabila
dikatakan kepada mereka marilah mengikuti apa yang diturunkan oleh
Allah dan mengikuti Rasul. Mereka menjawab: cukup untuk kami apa yang
kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya.Dan apakah mereka akan
mengikuti juga nenek moyang mereka walau pun nenek moyang mereka itu
tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat petunjuk" (Al-Maidah:
104).
5. Hadith al-Dar Yaum al-Indzar
Bersabda Nabi SAWA sambil menunjuk kepada Ali:"Sesungguhnya ini
adalah saudaraku, wasiku, dan khalifahku selepasku. Maka dengarlah dan
taatlah kepadanya" [89].
Hadith ini juga terbilang di antara hadith-hadith sohih yang dinukil oleh
ahli-ahli sejarah ketika menceritakan peristiwa-peristiwa pertama yang
berlaku di masa awal kebangkitan Nabi SAWA. Mereka menganggapnya
sebagai bahagian dari mukjizat Nabi SAWA. Tetapi politik telah
merubah dan memalsukan kebenaran-kebenaran dan fakta-fakta.Tidak,
memang aneh. Kerana apa yang pernah berlaku di zaman kegelapan
tersebut kini berulang lagi di zaman sekarang. Lihatlah Muhammad
Husain Haikal. Beliau telah menuliskan hadith ini secara sempurna di
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 163
dalam bukunya "Kehidupan Muhammad" pada halaman 104, cetakan
pertama tahun 1334H tetapi di dalam cetakan kedua dan seterusnya
sebahagian dari isi hadith Nabawi ini, yakni kalimat "wasiku dan
khalifahku" dihapuskan dan dipadam. Mereka juga telah menghapuskan
dari kitab TafsirTabari Jilid 19, halaman 121 bahagian dari sabda Nabi
berikut "Wasiku dan khalifahku" dan menggantikan dengan kalimat
"Inilah saudaraku dan begini dan begitu....!" Mereka lalai bahawa Tabari
telah menyebutkan hadith itu secara sempurna di dalam kitab sejarahnya
Jilid ke-2, pada halaman 319. Lihatlah betapa mereka telah merubahrubah
kalimat dari tempatnya yang asal dan memutar-balik fakta-fakta.
Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, dan Allah
tetap akan menyalakan cahayaNya....
Ketika aku masih mengkaji aku ingin menyaksikan dengan mataku sendiri
apa-apa yang telah terjadi. Aku cari buku Kehidupan Muhammad cetakan
pertamanya. Akhirnya aku temui juga setelah mengharungi berbagai liluliku
yang sulit dan melelahkan. Alhamdulillah, atas semua ini. Yang penting
aku telah saksiakan sendiri perubahan itu. Aku bertambah yakin bahwa
tangan-tangan jahat cuba dengan segala usaha untuk menghapuskan
kebenaran-kebenaran yang memang telah terbukti wujud. Kerana mereka
menganggap bahawa ini adalah hujjah kuat yang akan digunakan oleh
"musuhnya!"
Tetapi bagi seseorang pengkaji yang adil ketika menyaksikan perubahan
seumpama ini dia akan berasa bertambah yakin. Tanpa ragu-ragu lagi dia
akan berkata bahawa sebenarnya di pihak lain tidak mempunyai hujah
yang kuat melainkan berusaha juga untuk menggunakan tipu helaj dan
memutarbelitkan fakta-fakta yang ada dengan cara dan bagaimana mahal
sekalipun.Mereka telah mengupah penulis-penulis tertentu dan
menghulurkan kepada mereka berbagai kekayaan, gelaran, ijazah-ijazah
perguruan tinggi yang palsu, agar mereka dapat menuliskan segala
sesuatu yang mereka inginkan sama ada buku atau makalah-makalah
tertentu. Yang penting tulisan itu mencaci Syiah dan mengkafirkan
mereka, serta membela dengan sedaya upaya (walau itu batil) "kemuliaan"
sebahagian sahabat yang telah menyeleweng dari kebenaran dan yang
telah merubah yang hak menjadi batil selepas ketiadaan Rasulullah
SAWA. Firman Allah SWT:"Demikian pula orang-orang yang sebelum
mereka telah mengatakan seperti ucapan mereka itu; hati mereka serupa.
Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kekuasaan Kami kepada
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 164
kaum yang yakin" (Al-Baqarah: 118) Maha Benar Allah Yang Maha Agung.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 165

1 Comments:

At April 27, 2016 at 3:54 AM , Blogger ahapugly said...

assalamualikum ada contact facebook tak.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home