Sunday, October 31, 2010

di sebalik fitnah salman rushdie

Jika Salman Rushdie dan para orientalis lain mengatakan Nabi kuat seks, kencing berdiri, sembahyang dalam keadaan masih ada kesan air mani pada kainnya, terlupa rakaat solat, mandi telanjang dll sehingga kita tidak sanggup mendengarnya, apakah kita akan membiarkan Nabi tanpa pembelaan? Dalam masa yang sama mengaku sebagai umatnya? Namun, bagaimanakah kalau sebaliknya yang berlaku, apakah kita akan 'double standard'? Bacalah sendiri.....
Al-Bukhari telah meriwayatkan dalam kitab Sahihnya; Bab: Jikalau menyetubuhi isteri lalu mengulanginya dan orang yang menggilirkan beberapa isterinya dalam satu kali mandi.
·       Dari Anas bin Malik, katanya; “Nabi saw  itu berkeliling pada isteri-isterinya maksudnya memberikan gilirannya pada satu masa di waktu malam dan waktu siang, sedang jumlah mereka itu ada sebelas orang”. Berkata salah seorang yang meriwayatkan hadis ini yakni Qatadah: “Aku bertanya kepada Anas: “Adakah beliau kuat melakukannya yakni apakah kuat mengumpuli (melakukan hubungan seks) semua isterinya dalam satu masa yakni dalam sehari semalam itu?” Anas menjawab: “Kita pernah membincangkan hal itu, lalu kita dapat mengetahui bahawa sesungguhnya beliau saw diberi kekuatan sebanyak tiga puluh orang lelaki”. Said mengatakan apa yang diterima dari Qatadah, bahawa sesungguhnya Anas   itu  memberitahukan kepada kawan-kawanya perihal isteri-isteri beliau saw itu yang mendapatkan giliran ada sembilan orang perempuan”. (Hadis ke-255 dalam Sahih Bukhari, hlm. 240, penerbit Victory Agencies, KL, cet. Ke-2).
*Adakah siang malam kerja Nabi melakukan seks sahaja (kuat seks) sehingga 9/11 orang dalam satu malam sahaja??? 
·       Dari Ibrahim bin Muhammad bin Muntasyir dari ayahnya, katanya: "Aku menyebutkan hal itu sebagaimana apa yang tertera di atas kepada 'Aisyah, lalu mengatakan: "Aku pernah memberikan harum-haruman kepada Rasulullah saw lalu mengadakan giliran atas isteri-isterinya dalam satu malam kemudian pada pagi harinya berihram, sedang beliau saw masih berbau wangi-wangian itu dan ini berarti bahawa mandinya hanya sekali sahaja, sebab kalau mandinya sedah dua kali, tentu wangi-wanginya sudah tidak berbau lagi sebab telah hilang oleh air pada mandi yang keduanya". (Hadis ke 254 dalam Sahih Bukhari, hlm. 39).
 * Sedangkan Nabi mengajarkan adab-adab pada umatnya, misalnya berwuduk sebelum melakukan seks dengan isteri namun Nabi pula diriwayatkan melakukan sebaliknya???

Lihatlah pula hadis berikut ini: (Bab: Kencing berdiri dan duduk berjongkok).
·       Dari Abu Wail dari Huzaifah, katanya: "Nabi saw mendatangi tempat pembuangan sampah bagi sesuatu kaum, lalu membuang air kecil sambil berdiri, kemudian meminta air. Aku datang kepadanya dengan membawa air, terus beliau saw berwuduk." (Hadis ke-214, hlm. 211).
Orang jahil sekalipun tidak mungkin berani mengatakan Nabi berperilaku sedemikian.

Sedangkan dalam biografinya Imam Bukhari berkata: “…Kalau aku hendak meletakkan atau menuliskan sebuah hadis sahaja dalam kitab "SAHIH" ini maka sebelum memegang pen aku mandi dulu, kemudian bersembahyang dua rakaat...." (hlm. 7)

Dan Imam Muslim (kitabnya SAHIH MUSLIM) setiap kali datang ke tempat Imam Bukhari, sentiasa berkata: "Tuan, biarkan sajalah aku mencium kedua-dua kaki Tuan, wahai doktor ahli hadis yang benar-benar mengerti perihal kecacatan sesuatu hadis, juga menjadi penghulu sekalian ahli hadis...."  (hlm. 7)

*Adakah nilai maruah Nabi hanya dengan mandi dan solat 2 rakaat sahaja dan kita boleh meriwayatkan apa sahaja tentang Nabi selepas itu???

Hadis-hadis lain yang merendahkan kedudukan Nabi sehingga lebih rendah daripada kedudukan manusia biasa masih banyak lagi terdapat dalam "kitab paling sahih" ini. Dipersilakan anda membacanya sendiri sebelum kitab ini dipulangkan ke masjid mertua aku (aku pinjam sekejap shj.)......

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home