Saturday, October 30, 2010

peshawar nights: malam ke 9 (dialog sunnah - syiah)

Pertemuan Yang Kesembilan Jumaat malam, 2 Sha’ban 1345 Hijrah (a)

Sheikh: Kamu selalu menyalahkan tindakan sunni, tetapi tidak memperdulikan cara shia. Kamu secara tidak adil telah membela mereka, walaupun tindakkan mereka menghinakan.

Shirazi: Saya telah terbiasa mempertahankan kebenaran. Imam kami, Amirul Mukminin, menegaskan kepada anak-anaknya, terutama Hasan dan Husain, dengan perkataan ini: ‘Selalu berkata benar, dan lakukan amalan dengan cahaya sinaran hari kemudian. Bermusuhlah dengan yang zalim dan tolong kepada yang lemah.’
Jika saya mendapati kesalahan dengan pihak lawan atau membela shia, saya hanya melakukkan yang demikian pada menyokong kebenaran. Apa yang saya utarakan, berasas kepada hujah yang munasabah. Saya akan dengarkan tuduhan kamu mengenai salah laku shia.

SHIA MENUDUH AISHA BERSEKEDUDUKAN DAN JAWAPANNYA.
Sheikh: Perkara terburuk yang shia bersalah padanya adalah mereka menuduh Ummul-Mukminin Aisha berzina. Fakta yang sebenarnya adalah dia mendapat kehormatan pada melakukan persetubuhan dengan nabi Allah dan bahawa dia adalah isteri yang dicintai.
Mereka tidak menyedari akan padahnya terhadap tuduhan yang sebegitu hina. Tidakkah mereka membaca surah an-Nur dari al-Quran? Allah berkata: ‘Wanita jahat adalah untuk lelaki jahat dan lelaki jahat adalah untuk wanita jahat. Wanita baik untuk lelaki baik, dan lelaki baik untuk wanita baik.’ [24:26]

Shirazi: Pertama, tuduhan terhadap shia yang mengatakan Ummul-Mukminin Aisha ada melakukan perbuatan sumbang dan penzinaan adalah dusta semata-mata. Tidak pernah perkara yang sedemikian diperkatakan oleh shia. Tuduhan ini telah disebarkan secara hasad berabad dahulu lamanya oleh Nawasib dan Khawarij, supaya mereka dapat memulakan kekacauan.
Mereka mengatakannya dari shia apa yang mereka sendiri telah katakan. Malangnya yang lain dengan tiada membuat penyiasatan, menyerang shia sebagaimana yang kamu telah lakukan sekarang. Jika kamu telah mempelajari buku-buku shia, kamu tidak akan terjumpa dimana-mana, bahawa Ummul-Mukminin Aisha telah dituduh melakukan zina.

AISHA TERLEPAS DARI TUDUHAN BERZINA.
Jika kamu membaca sejarah shia dan ulasannya, kamu akan lihat bagaimana mereka telah membela Ummul-Mukminin Aisha dari tuduhan zina. Yang sebenarnya laporan itu telah dibuat oleh sekumpulan orang muda hipokrit semasa hidupnya nabi. Sebahagian dari mereka yang terlibat adalah Mista bin Uthatha, Hasan bin Thabit dan Abdullah bin Ubayy. Mengenai terlepasnya Aisha dari tuduhan palsu para hipokrit, tujuh ayat telah diwahyukan di dalam al-Quran. Shia percaya bahawa untuk membuat tuduhan zina atau melakukan perbuatan sumbang terhadap mana-mana muslim adalah haram, tidak perlu disebut terhadap isteri nabi, sama ada dia Aisha atau Hafsa.

SUAMI DAN ISTERI TIDAK SEMESTINYA BERKONGSI SAMA TARAF KEDUDUKAN.
Kedua; ayat suci yang kamu telah bacakan tidak bermaksud seperti apa yang kamu sangkakan. Ia tidak semestinya begitu bahawa jika suaminya adalah orang yang beriman dan berhak kepada syurga maka isterinya juga akan sama. Terdapat banyak peristiwa yang membuktikan pasangan mereka mendapat tempat ditahap kedudukan yang berlainan.
Allah berkata di surah Tahrim [larangan]: ‘Allah telah memberikan contoh kepada mereka yang tidak beriman, isteri Nuh dan isteri Lut: Mereka berdua adalah dibawah hambaKu yang beriman, tetapi mereka itu tidak jujur kepadanya, maka mereka tidak mendapat apa-apa dari Allah, dan telah dikatakan kepada mereka: ‘Masuklah kedalam api bersama mereka yang masuk.’
Dan Allah telah memberi contoh kepada mereka yang beriman, isteri Firaun apabila dia berkata: ‘Tuhan ku, dirikanlah untuk ku sebuah rumah dari Kamu di dalam taman dan selamatkan aku dari Firaun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari manusia yang zalim.’ [66:10-11]

Sheikh: Adalah aneh bahawa dengan sekejap masa telah terdapat ketidak samaan di dalam kenyataan kamu.

Shirazi: Sila terangkan apa yang kamu lihat bertentangan.

Sheikh: Pada satu ketika kamu kata menuduh sesiapa berzina adalah haram tetapi dikala lain kamu katakan bahawa isteri Nuh dan Lut adalah tidak jujur kepada suaminya. Tidakkah dua ayat ini bertentangan diantara satu dengan lain? Tidaklah orangnya seperti kamu untuk menuduh isteri nabi melakukan zina dan tidak beriman?
Shirazi: Saya pasti yang kamu sedang menggunakan cara untuk mengelirukan. Kamu tahu sebenarnya apa erti ‘tidak percaya’ yang dirujuk di dalam al-Quran terdahulu.

MAKSUD KEPADA TIDAK MEMPUNYAI KEPERCAYAAN OLEH ISTERI NUH DAN LUT.
Adalah pelik terhadap kamu yang telah salah ertikan tidak jujur bermaksud zina, walaupun terdapat jurang yang besar diantara duanya. Isteri para nabi adalah bebas dari zina. Disini perbincangannya adalah mengenai kepercayaan mereka. Pertama jika isteri nabi bertindak menyalahi arahan suaminya, dia pastinya tidak jujur Kedua bukan kami yang mengatakan mereka telah terbukti tidak jujur. Al-Quran sendiri yang mengatakan: Mereka tidak jujur kepada suami mereka,’ dan tidak jujur bukannya berzina. Sebagaimana saya telah katakan terdahulu, isteri para nabi bebas dari yang ini. Maka maksud tidak jujur adalah engkar.
Isteri nabi Nuh selalu menentang suaminya, dan kerap memalukannya dikhalayak ramai. Dia berkata: ‘suami saya gila. Oleh kerana saya selalu bersama dengannya siang dan malam, saya tahu keadaan sebenarnya. Janganlah tertipu olehnya.’ Isteri nabi Lut selalu memberitahu manusia tentang orang yang menjadi tetamu rumahnya. Dia selalu melakukan perbuatan yang keji dengan menyebarkan rahsia rumah mereka kepada para musuh.

TIDAK JUJURNYA ISTERI TIDAK MENUNJUKKAN TIDAK SUCI.
Menurut pengulas al-Quran dan juga menurut dari kenyataan mereka yang ma’sum, pengertian surah an-Nur dimana kamu menunjukkan tujuan maksud kamu bahawa wanita jahat untuk lelaki jahat dan lelaki jahat tertarik kepada wanita jahat. Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik tertarik kepada mereka. Di dalam bab yang sama di dalam ayat selanjutnya Allah berkata: ‘Yang berzina lelaki tidak akan mengawini melainkan penzina wanita atau yang kafir dan bagi penzina wanita, tiada siapa yang akan mengahwininya melaiankan penzina lelaki atau yang kafir. [24:3]
Secara ringkas ayat al-Quran ‘wanita jahat untuk lelaki jahat…’ tidak menunjukkan bukti pada maksud kamu.

RUJUKAN TERHADAP PERANGAI AISHA.
Kritikan terhadap Aisha tidak disebabkan prejudis. Ianya adalah disebabkan tingkahlakunya yang salah. Dia melakukan kesalahan yang mana isteri-isteri nabi lain, termasuk Hafsa anak perempuan Umar, tidak lakukan. Lebih-lebih lagi shia mengkritik dia di dalam lingkungan terhad yang dibuat dari ulasan ulama kamu, kami mengatakan bahawa wanita ini telah melakukan kesalahan yang serius.

Sheikh: Adakah wajar seorang yang terkenal seperti kamu membuat tuduhan yang sedemikian terhadap Ummul-Mukminin?

Shirazi: Kesemua isteri nabi melainkan Ummul-Mukminin Khadijah, kedudukan mereka semua adalah sama. Umme Salma, Suda, Aisha, Hafsa, Maimuna dan yang lainnya pada pandangan kami semuanya Ummul-Mukminin. Tetapi kelakuan Aisha dan perkataannya adalah nyata berbeza dari wanita-wanita lainnya. Sekali lagi saya katakan ini bukan sahaja pandangan saya, tetapi ulama terkenal kamu telah menulis bahawa kelakuannya adalah keji. Perbuatan baik dan buruk manusia tidak dapat disembunyikan untuk selamanya. Akhirnya kebenaran akan memperlihatkan dirinya.

Sheikh: Sebenarnya, kerana dia menentang Ali, kamu mencari kesalahan dia dari perkara yang remeh.

Shirazi: Kami tidak mencari kesalahan pada perkara remeh. Penentangan Aisha kepada Amirul-Mukminin, Imam Hasan, Imam Husain dan ahli bayt adalah isu yang lain. Tetapi kejinya sejarah hidupnya telah diasaskan dari semenjak di zaman hidup nabi lagi. Dia selalu menyakiti dan menyusahkan hati nabi.

Sheikh: Adalah aneh bahawa kamu menganggap Ummul-Mukminin Aisha, isteri yang amat dicintai oleh nabi, yang paling bermoral, dengan mengatakan bahawa dia telah menyakiti hati nabi. Bagaimana kami dapat menerima kenyataan kamu apabila Ummul-Mukminin sendiri tentunya telah membaca al-Quran dan ayatnya adalah: ‘Sesungguhnya [bagi mereka] yang mengata sesuatu yang buruk mengenai Allah dan RasulNya, Allah telah mengutuk mereka di dalam dunia ini dan juga diakhirat, dan Dia telah menyediakan untuk mereka siksaan yang sangat memalukan.’
[33:57]
Jadi adakah mungkin untuk dia menyakiti hati nabi supaya dia mendapat kutukan dari Allah? Ini sudah pastinya satu penghinaan dari pihak shia.

Shirazi: Ini bukannya satu penipuan! Mengenai ayat suci itu, saya bersetuju bahawa bukan sahaja Ummul-Mukminin Aisha yang telah membacanya, tetapi bapanya juga Abu Bakr dan para sahabat terkenal yang lain juga telah membacanya. Dengan keterangan yang telah dirakamkan dan juga hadith, yang telah saya katakan dimalam yang lalu, banyak kebenaran dapat didedahkan kepada kita semua dengan syarat kita berlaku adil.

AISHA MENYUSAHKAN HATI NABI.
Kebenaran fakta bahawa Aisha menyusahkan nabi tidak hanya disampaikan oleh ulama shia, tetapi oleh ulama kamu yang terkenal juga. Imam Ghazali di dalam bukunya ‘Ihya’u’l-Ulum, jilid II, bab 3, Kitab-e-Adabu’n-Nika, ms 135, telah mengatakan banyak hadith yang telah mengutuk perangai Aisha.
Diantaranya adalah pertengkarannya dengan nabi dan Abu Bakr campur tangan. Peristiwa ini juga disampaikan oleh Mulla Ali Muttaqi di dalam Kanzu’l-Ummal, jilid VII, ms 116; Abu Yala di dalam Musnad dan Abu’sh-Sheikh di dalam Kitab-e-Amthal. Mereka menulis bahawa apabila Abu Bakr pergi berjumpa anak perempuannya, dia mendapati bahawa terdapat pertengkaran diantara Aisha dan nabi. Keputusan terpulang kepada Abu Bakr. Aisha telah mengunakan bahasa yang keji di dalam kenyataannya. Di dalam percakapannya, dia meminta nabi untuk berlaku adil di dalam tindakkannya. Kenyataan yang keji ini telah membuat Abu Bakr begitu marah, dia menampar anaknya dengan kuat sehingga darah mengalir kepada bajunya.
Imam Ghazali juga di dalam bab perkahwinan; dan yang lainnya juga ada mengatakan bahawa suatu ketika apabila Abu Bakr sampai kerumah anaknya, dia dapati nabi tidak senang hati dengan Aisha. Dia meminta mereka nyatakan kepadanya apakah yang menyebabkan pertelingkahan tersebut supaya dia boleh tolong menyelesaikannya. Nabi bertanya kepada Aisha jika dia mahu menyatakannya dahulu. Dia menjawab, ‘Kamu boleh mulakan tetapi kamu hendaklah mengatakan yang benar.’
Di dalam ayatnya yang kedua dia menambah, ‘Kamu adalah orangnya yang benar-benar fikir bahawa diri kamu adalah nabi.’
Kenyataan ini menunjukkan bahawa Aisha tidak percaya bahawa nabi adalah nabi sebenar yang telah dilantik oleh tuhan. Kenyataan penghinaan yang sedemikiantelah disampaikan di dalam buku kamu dengan banyaknya.
Inilah punca sedih yang amat sangat terhadap nabi.

TIDAK ADA KETERANGAN YANG SEDEMIKIAN MENGENAI ISTERI NABI YANG LAIN.
Kamu akan dapati bahawa ulama dan ahli sejarah dari kedua golongan tidak ada yang merakamkan perkara sedemikian mengenai isteri nabi yang lainnya. Mereka tidak dikatakan mempunyai sifat yang demikian walaupun Hafsa, anak perempuan Umar. Hanya perangai Aisha sahaja yang membuat dia tidak dihormati. Kami hanya sampaikan apa yang ulama kamu telah tulis mengenainya tidak lebih dari itu. Tidakkah kamu membaca buku Imam Ghazali, buku-buku sejarah Tabari, Mas’udi dan Ibn A’tham Kufi dan lainnya yang mengatakan, bahawa semua ulama terkenal kamu telah mengatakan dia sebagai engkar kepada nabi. Masih lagi kamu komplain kerana saya mengkritik perangai Ummul-Mukminin. Bolehkah terdapat tanda yang lebih jelas pada perangai sesaorang dari melanggar arahan yang deberikan oleh Allah dan nabinya dan penentangan terhadap khalifa nabi?
Di dalam ssurah al-Ahzab, Allah telah berkata kepada para isteri nabi: ‘Dan tetap tinggal dirumah kamu, dan jangan menunjukkan perhiasan sebagaimana yang dilakukan dimasa jahiliah.’
[33:33]
Sudah pasti para isteri nabi yang lain patuh kepada arahan ini dan tidak pernah meninggalkan rumah tanpa keperluan yang mendesak. Bahkan A’mash telah mengatakan fakta ini.

UMMUL-MUKMININ SUDA TIDAK KELUAR WALAUPUN UNTUK HAJJ ATAU UMRA.
Telah dinyatakan di dalam sahih dan buku yang lain dari ahli sejarah dan hadith kamu, bahawa manusia bertanya Suda, isteri nabi, mengapa dia tidak mengerjakan haji atau umra. Dia menjawab: ‘Adalah wajib bagi saya untuk mengerjakan haji dan umra satu kali dan tidak lebih. Dan Dia berkata: ‘Dan tinggallah dirumah kamu.’ Kerana taat kepada arahan ini, saya tidak akan keluar dari rumah, bahkan niat saya adalah saya akan cuba sedaya mungkin untuk tidak keluar dari bilik yang mana nabi Allah telah meletakkan saya sehingga saya meninggal dunia.’ Dan itulah yang dilakukan olehnya dan hanya jasad dia sahaja yang dikeluarkan dari bilik itu.
Suda, Aisha dan Umme Salma adalah isteri nabi dan juga ibu orang mukmin. Yang pasti mereka berbeza diantara satu dengan yang lainnya disebabkan tingkah laku mereka.
Menurut Ummah, Aisha dan Hafsa adalah layak dihormati, bukan kerana mereka adalah anak perempuan Abu Bakr dan Umar; walaupun kamu menghormatinya disebabkan itu, tetapi kerana mereka adalah isteri nabi. Tetapi isteri nabi dapat kehormatan apabila mereka itu taat, sebagaimana dengan jelas telah dinyatakan di dalam al-Quran. ‘Wahai para isteri nabi kamu tidaklah seperti wanita-wanita lain.’ [33:32]

AISHA KELUAR BERPERANG MENENTANG ALI.
Maka Suda adalah yang wara’, isteri nabi Allah yang patuh. Aisha adalah isteri yang degil, yang berpakat dengan Talha dan Zubair menentang Ali dan pergi ke Basra. Disana Uthman bin Hanafi; seorang sahabat nabi yang akrab dan juga gabenor Basra yang dilantik oleh Ali, telah ditawan. Rambut dan janggutnya dicabut, dia telah disiksa dan dihalau keluar. Lebih dari 100 orang yang tidak bersalah dan tidak berdaya telah dibunuh. Ibn Athir, Mas’udi, Muhammad Bin Jarir Tabari, Ibn Abi’l-Hadid, dan yang lainnya telah menulis dengan mendalam mengenai kejadian itu.
Setelah kekejaman itu, dia menaikki unta yang bernama Askar; berpakaian kulit singa, dan berbaju besi dia memasukki kemedan perang seperti seorang askar. Disebabkan dari pemberontakkannya ribuan muslim telah terkorban. Adakah hasutan dari pihak dirinya bukan melanggar perintah Allah dan nabiNya?

KEMULIAAN ALI TIDAK DAPAT DIKIRA.
Dan apa yang lebih memeranjatkan adalah dia mengambil pendirian ini terhadap Ali Ibn Abi Talib, yang mana kemuliaan dan kebajikannya yang terlalu banyak telah dirakamkan oleh ulama kamu yang terkenal sehinggakan boleh dikata mustahil untuk menjumlahkan semuanya. Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Masnad, Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, Imam Fakhru’d-din Razi di dalam Tafsir-e-Kabir, Katib Khawarizmi di dalam Manaqib, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Muhammad Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 62, dan Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda V, disampaikan dari khalifa kedua, Umar Bin Khattab dan Abdullah Ibn Abbas bahawa nabi berkata kepada Ali: ‘jika lautan itu dakwat, semua pokok adalah pen, dan semua manusia adalah penulis dan semua jinn menyimpan rekod, walaupun begitu, wahai Abu Hasan! Kemuliaan dan kebaktian kamu tidak dapat ditulis.’
Apabila nabi mengatakan bahawa ‘semua manusia dan jinn bersatu tidak dapat menjumlahkan kemuliaannya,’ bagaimana boleh kita, dengan kebolehan yang terhad, memberikan jumlah kemuliaan baginya?
Selain dari ulama shia, ulama kamu juga, walau bagaimana fanatik sekalipun mereka, telah memenuhi buku mereka dengan hanya sebahagian dari jumlah kemuliaan yang ada.

HADITH PADA MEMUJI KEMULIAAN ALI.
Kamu perlu mempelajari Siha-e-sitta kamu, enam buku hadith. Selain dari ini, ianya juga telah dicatitkan di dalam Mir Seyyed Ali Hamadani’s Mawaddatu’l-Qurba; Tabrani’s Mu’ajam Kabir; Muhammad Bin Talha Shafi’i’s Matalibu’s-Su’ul; Imam Ahmad Bin Hanbal’s Musnad dan Faza’il; Hamidi’s Bainu’s-Sahihain; Khawarizmi’s Manaqib; Ibn Abi’l-Hadid’s Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 449; Ibn Sabbagh Maliki’s Fusulu’l-Muhimma, terutama ms 124, dari Hafiz Abdu’l-Aziz Bin Al’Akhzaru’l-Janabiz, yang menulis di dalam bukunya Ma’alimu’l-‘Atratu’n-Nabawiyya bahawa Fatima zahra berkata pada malam Arafa bapanya, nabi Allah, datang kepadanya dan berkata: ‘Allah yang maha Besar telah membanggakan kamu di hadapan malaikat dan telah mengampunkan dosa kamu terutama Ali. Saya, nabi Allah, mengatakan tanpa mempertimbangkan kepada cinta yang berkaitan dengan kekeluargaan bahawa sesungguhnya manusia yang bertuah dan bahagia adalah mereka yang berkawan dengan Ali, semasa hayatnya dan juga selepas matinya. Manusia yang paling terkutuk dari yang terkutuk adalah mereka yang memusuhi Ali, semasa hidup dan setelah matinya.’
Juga di dalam buku yang diatas dengan lebih khusus yang mana saya fikir, saya telah merujuk kepadanya pada malam yang lalu, dari Umar bin Khattab, yang berkata bahawa nabi berkata kepada Ali: ‘Seorang pendusta adalah mereka yang fikir dia mencintai saya sedangkan dia adalah musuh kamu. Wahai Ali! Dia yang menjadi kawan kamu adalah kawan saya. Jika sesaorang menjadi kawan saya , Allah adalah kawannya. Jika Allah adalah kawan sesaorang, Dia akan menerimanya masuk kesyurga. Dia yang memusuhi kamu, adalah musuhku. Jika sesaorang itu musuh ku, Allah adalah juga musuhnya dan Dia akan melontarnya kedalam neraka.’
SAHABAT DENGAN ALI ADALAH KEIMANAN DAN MENENTANG KEPADANYA ADALAH KAFIR DAN HIPOKRIT.
Ianya juga disampaikan dari Kitabu’l-Al oleh Ibn Khalawayh, disampaikan dari Abu Sa’id Khadiri, bahawa nabi berkata kepada Ali: ‘Wahai Ali bersahabat dengan kamu adalah keimanan dan menentang kamu adalah hipokrit. Manusia yang pertama masuk syurga adalah sahabat kamu, dan manusia pertama yang di masukkan keneraka adalah musuh kamu.’
Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda III, dan Hamwaini di dalam Fara’id, menyampaikan bahawa nabi berkata sedang berada diantara para sahabat: ‘Tiada siapa yang mencintai Ali melainkan dia seorang yang beriman, dan tiada siapa yang bermusuh dengannya melainkan dia seorang yang kafir!.’
Pada ketika yang lain dia berkata: ‘Wahai Ali! Hanya yang beriman mencintai kamu, dan hanya yang hipokrit memusuhi kamu.'

ALI ‘MANUSIA YANG TERBAIK’ KATA NABI DISAMPAIKAN OLEH AISHA.

Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, ms 119, bab 62, disampaikan dari Ta’rikh-e-Damishqi, Muhadith-e-Sham, dan Muhadith-e-Iraq, menyebutnya dari Hudhaifa dan Jabir bahawa nabi berkata: ‘Ali adalah manusia yang terbaik; sesiapa yang enggan menerima hakikat ini adalah kafir.’
Ianya juga telah disampaikan oleh Ata bahawa manusia telah bertanya kepada Aisha mengenai Ali dan dia berkata: ‘Dia adalah manusia yang terbaik. Tidak ada siapa melainkan yang kafir mempunyai keraguan terhadapnya.
Dia berkata bahawa Hafiz ibn Asakir di dalam Tarikh, suatu kerja yang mengandungi 100 jilid tiga jilid darinya adalah penulisan pada memuji Ali, telah menyatakan hadith itu yang disampaikan oleh Aisha.
Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 17, Ibn Sabbagh Makki di dalam Fusulu’l-Muhimma, menyampaikan dari Tirmidhi dan Nisa’i bahawa Abu Sa’id Khudri berkata: ‘Semasa hidupnya nabi kami mengenali hipokrit dengan bencinya terhadap Ali.’
Telah disampaikan di dalam Fusulu’l-Muhimma bahawa nabi berkata kepada Amirul-Mukminin Ali: ‘Wahai Ali Untuk memerangi kamu adalah memerangi saya; darah kamu adalah darah saya. Saya memerangi mereka yang memerangi kamu; hanya mereka yang sah mencintai kamu, dan hanya mereka yang hipokrit yang memusuhi kamu.’

Sheikh: Hadith yang sedemikian tidaklah begitu unik untuk Ali; ianya telah juga dikatakan mengenai khalifa yang lainnya.

Shirazi: Sila sebutkan hadith yang lain sebagai contoh.

Sheikh: Abdu’r-Rahman Ibn Malik Maghulmenyampaikan dari puncanya yang Jabir berkata bahawa nabi telah berkata: ‘Orang yang beriman tidak mempunyai permusuhan terhadap Abu Bakr dan Umar; dan hipokrrit tidak mempunyai cinta terhadap mereka.’
Shirazi: Saya amat terperanjat untuk mendengarkan perkara yang begitu dari kamu. Telahkah kamu lupa perjanjian yang kita persetujui bersama pada malam pertama yang kita tidak akan menyampaikan hadith yang dipersoalkan. Kamu tidak seharusnya menyampaikan hadith yang telah dipalsukan, yang mana penyampainya akan pendusta dan pemalsu. Nyatakan hadith yang sahih.
Sheikh: Tindakan kamu menunjukkan bahawa kamu telah memutuskan jika kamu mendengar mana-mana hadith dari kami, kamu akan menolaknya.

Shirazi: Bukan saya sahaja yang menolaknya. Bahkan ulama kamu yang terkenal telah menolaknya. Rujuk kepada Mizanu’l-I’tidal oleh Dhahabi dan Ta’rikh oleh Khatib-e-Baghdadi, jilid X, ms 236. Kamu akan jumpa bahawa kebanyakkan dari pengulas yang terkenal telah menulis mengenai kerekter Abdur-Rahman bin Malik dengan berkata: ‘Sesungguhnya dia adalah seorang penipu yang hina dan pemalsu hadith yang tiada siapa meragui mengenainya.’
Sila beritahu kami hadith satu pihak yang disampaikan oleh pendusta dan pemalsu, bolehkah dibandingkan dengan hadith yang disampaikan oleh ulama terkenal kamu yang telahpun saya sebutkan dahulu. Saya telah menasihatkan kamu supaya merujuk Jami’u’l-Kabir, oleh Suyuti, jilid VI, ms 390, Riyazu’n-Nazara, jilid IX, ms 215, oleh Muhibu’d-din; Jami’i Tirmidhi, jilid II, ms 299; Isti’ab, jilid III, ms 46, oleh Ibn Abdu’l-Barr; Hilyatu’l-Auliya, jilid VI, ms 295, oleh Hafiz Abu Nu’aim Matalibu’s-Su’ul, ms 17, oleh Muhammad Bin Talha Shafi’i; Fusulu’l-Muhimma, ms 126, oleh Ibn Sabbagh Maliki. Kamu akan dapati setiap mereka menyampaikan dengan sedikit perbezaan pada perkataan dari Abu-dh-Dharr Ghifari yang berkata: ‘Semasa hidupnya nabi kami pernah mengenali hipokrit dengan 3 tanda: Menafikan Allah dan nabinya, gagal mendirikan solat, dan kebencian terhadap Ali Ibn Abi Talib.’ Ianya disampaikan dari Abi Sa’id Khudri bahawa Abu’dh-Dharr Ghifari berkata: ‘Kami biasa mengenali hipokrit dengan kebenciannya terhadap Ali dan di masa nabi kami tidak mempunyai tanda-tanda lain untuk mengenali hipokrit melainkan bahawa mereka bermusuh dengan Ali.’
PENGARANG YANG MENYAMPAIKAN HADITH NABI MENGENAI HIPOKRIT YANG BENCIKAN ALI.
Sebagai tambahan, berikut adalah pengarang yang menyampaikan hadith mengenai hipokrit yang bencikan Ali: Imam Ahmad Hanbal di dalam Musnad, jilid I, ms 95, 138; Ibn Abdu’l-Barr di dalam Isti’ab, jilid III, ms 37; Ahmad Khatib Baghdadi di dalam Ta’rikh-e-Baghdad, jilid XIV, ms 426; Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid IV, ms 264; Imam Nisa’i di dalam Sunan, jilid VIII, ms 117 dan Khasa’isu’l-Alawi, ms 27; Hamwaini di dalam Fara’id, bab 22; Ibn Hajar di dalam Isaba, jilid II, ms 509; Hafiz Abu Nu’aim di dalam Hilyatu’l-Auliya, jilid IV, ms 185; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira, ms 15; Suyuti di dalam Jami’u’l-Kabir, ms 152, 408; Muhammad Ibn Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 17; Tirmidhi di dalam Jami’i, jilid II, ms 13, semuanya telah mengatakan di dalam buku mereka dengan sedikit perbezaan perkataan dari Umme Salma atau Ibn Abbas bahawa nabi berkata: ‘Wahai Ali, seorang hipokrit bukanlah kawan kamu dan yang beriman bukanlah musuh kamu. Hanya yang beriman mencintai kamu, dan hanya yang hipokrit membenci kamu. Hipokrit tidak mencintai Ali, dan yang beriman tidak membenci Ali.’
Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 367, mengatakan dari Sheikh Abu’l-Qasim Balkhi, ketua Mutazilite, bahawa dia berkata: ‘Semua hadith itu telah dikatakan hadith yang betul dan tidak ada keraguan kepadanya di dalam kesahihan dari mereka yang mengatakan bahawa nabi berkata kepada Ali: ‘Tiada siapa yang bermusuhan dengan kamu melainkan yang hipokrit. Tiada siapa yang menjadi sahabat kamu melainkan yang beriman.’ Juga di dalam jilid IV dari bukunya pada ms 264, dia menyampaikan syarahan Amirul-Mukminin, yang mana Imam suci berkata: ‘Jika saya pukulkan pedang ini pada muka yang beriman supaya dia memusuhi saya, dia tidak akan membenci saya; tetapi jika saya berikan seluruh dunia ini kepada si hipokrit supaya dia mencintai saya, dia tidak akan mencintai saya. Dan ini bersamaan dengan yang dikatakan oleh nabi: ‘Hanya yang beriman mencintai kamu, hanya hipokrit yang memusuhi kamu.’Terdapat banyak hadith yang seperti ini di dalam buku kamu yang sahih. Saya telah mengatakan hanya sebahagian darinya.
Tidakkah pemberontakkan Aisha terhadap penguasaan Ali adalah juga pemberontakkan terhadap nabi sendiri? Adakah peperangan ini atau hasutannya terhadap manusia supaya menentang Ali adalah disebabkan persahabatan atau disebabkan permusuhan? Pastinya disebabkan oleh permusuhan. Di dalam semua hadith yang saya telah sampaikan, nabi berkata, satu dari tanda kafir adalah berperang menentang Ali.
Apakah pendapat kamu pendirian yang diambil Ummul-Mukminin Aisha di dalam berperang dengan Ali dengan hadith ini? Saya baru teringat bahawa Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda 3, dia telah menyampaikan dari Aisha sendiri bahawa nabi berkata: ‘Allah telah bersumpah dengan perkataan Dia kepada saya bahawa sesiapa yang memberontak menentang Ali adalah kafir dan tempatnya adalah neraka.’Adalah pelik bahawa apabila manusia bertanya kepada dia mengapa dia memberontak menentang Ali setelah mendengar itu semua dari nabi, dia sekadar menjawab: ‘Saya terlupa hadith tersebut pada hari peperangan unta. Saya tidak mengingatnya sehingga saya tiba di Basra.’

Sheikh: Tetapi bagaimana kamu boleh mencari kesalahan Ummul-Mukminin, apabila kamu sendiri diketahui bahawa untuk terlupa tidak lain hanyalah manusia.

Shirazi: Walaupun jika saya mengakui bahawa dia terlupa hadith itu pada hari peperangan unta, tidakkah dia telah mengingatnya apabila dia hendak kembali dari ke Makah dan semua sahabatnya termasuk para isteri nabi yang taat mengingatkan dia bahawa dia tidak harus melakukan tindakkan jenayah yang sedemikian, oleh kerana menentang Ali adalah penentangan kepada nabi.
Ahli sejarah kamu yang telah merakamkan peperangan unta telah menarik perhatian kepada fakta bahawa nabi telah berkata: ‘Wahai Aisha! Takutlah pada laluan yang mana anjing Haw’ab menyalak kepada kamu.’ Apabila dia pada perjalanannya menuju Basra, telah sampai ditempat air Bani Kilab, anjing mengelilingi untanya dan menyalak.
Dia bertanya manusia apakah tempat itu. Dia diberitahu bahawa itu adalah Haw’ab. Kemudian dia teringat apa yang nabi telah katakan. Mengapa dia terus berjalan memasukki perengkap Talha dan Zubair? Mengapa dia meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Basra dimana dia menimbulkan kekacauan yang hebat? Bolehkah kamu katakan dia terlupa ini juga, atau dia sengaja menjalani laluan itu.
Dia dengan sengaja melanggar perintah Allah dan juga nabi serta berkomplot dengan Talha dan Zubair, pergi berperang menentang khalifa dan juga wazir nabi, walaupun dia sendiri telah menyampaikan bahawa nabi telah berkata: ‘Mereka yang memerangi Ali adalah kafir.’
Tidakkah ini membuat nabi menjadi sedih bahawa sebaik sahaja Amirul-Mukminin memegang tampuk pemerintahan khalifa, kekacauan telah diadakan dan mereka yang berkomplot telah bersedia untuk berperang menentangnya. Saya telah memberitahu kapada kamu terdahulu dengan punca yang sahih bahawa nabi berkata: ‘Dia yang menyedihkan Ali, sesungguhnya telah menyedihkan saya. Dia yang menyedihkan saya, sesungguhnya telah menyedihkan Allah. Wahai manusia! Dia yang menyedihkan Allah akan dibangkitkan sebagai yahudi atau nasrani pada hari dibangkitkan.’
PEMBUNUHAN TERHADAP SAHABAT DAN ORANG BERIMAN YANG TIDAK BERDOSA DI BASRA DENGAN ARAHAN AISHA.
Rakaman ini boleh di dapati di dalam buku sahih kamu. Maka mengapa kamu harus mencari kesalahan shia? Tanggong jawab terhadap darah orang beriman yang tidak berdosa, penyiksaan dan pembuangan terhadap Uthman bin Hunaif, dan pembunuhan terhadap lebih dari 100 orang termasuk penjaga perbendaharaan yang tidak bersenjata yang tidak ada kena mengena dengan peperangan – 40 darinya telah dibunuh di dalam masjid – bertaburan dengan arahan mereka yang menghasut kepada peperangan. Allama Mas’udi di dalam Muruju’z-Dhahib, jilid II, ms.7, telah menulis mengenainya dengan perkataan yang berikut: ‘Selain dari mereka yang luka, 70 dari penjaga baitul-mal yang tidak bersenjata telah dijatuhkan hukum mati. Dari 70 ini, 50 telah dipenggal kepalanya di dalam penjara. Manusia ini adalah yang pertama diantara muslim yang telah disiksa sehingga mati.’
Diantara para ulama dan ahli sejarah kamu, Ibn Jarir dan Ibn Athir telah memberikan peristiwa ini dengan lebih khusus.
SHIA MENGATAKAN MENGENAI AISHA SAMA DENGAN APA YANG DITUNJUKKAN OLEH SEJARAH.
Mungkin kamu harus membuang rakaman ini dari buku sahih kamu. Malahan, pada percetakkan semula dari buku-buku ini, sebahagian dari ulama kamu telah menukarkan sebahagian dari maklumat yang tidak dipersetujuinya dan di dalam kes yang yang lain telah dikeluarkan terus sama sekali. Kamu sama ada menolak apa yang ditulis oleh ulama dan ahli sejarah kamu, atau kamu berhenti dari menghina shia. Mereka hanya mengatakan apa yang tertulis di dalam buku kamu yang sahih.’
TIDAK ADA BUKTI YANG AISHA TELAH BERTAUBAT.
Sheikh: Apa yang kamu katakan itu adalah benar, tetapi Ummul-Mukminin Aisha hanyalah manusia biasa, dia bukannya ma’sum. Setelah terpesong, dia telah melakukan kesalahan. Adalah disebabkan oleh kelurusannya maka dia telah terjebak di dalam perangkap dua sahabat yang terkenal, tetapi kemudian dia bertaubat diatas pemberontakkannya. Allah mengampunkannya untuk itu.

Shirazi: Pertama kamu telah mengakui sebahagian dari para sahabat yang terkenal adalah keji, walaupun mereka adalah diantara yang hadir ‘dibawah pokok’ pada Bai’atul-Rizwan. Pada malam-malam yang lalu kami berhujah bahawa para sahabat adalah umpama bintang, dan jika kita mengikuti mana-mana diantara mereka, kita akan dapat petunjuk sebenar. Kamu kini mengaku bahawa itu adalah tidak benar. Kedua kamu katakan bahawa Ummul-Mukminin Aisha bertaubat diatas tindakkannya. Itu hanyalah kenyataan yang kosong. Sedangkan pemberontakkan, peperangan dan pembunuhan terhadap muslim yang tidak berdosa telah diterima oleh semua sebulat suara, tetapi tidak terdapat apa-apa bukti pada taubatnya dia.

AISHA MENGHALANG PENGKEBUMIAN IMAM HASAN DEKAT DENGAN NABI [DATUKNYA]
.Benar, fakta mengatakan bahawa Ummul-Mukminin Aisha selalu resah. Dia telah lakukan banyak kesalahan yang jahil. Tetapi kamu katakan bahawa dia telah bertaubat dari segala kesalahannya, dan merasa malu, duduk menyendiri di dalam rumahnya. Jika itu adalah benar, mengapa dia malayani jasad cucu nabi dengan cara yang tidak bermarwah?
Kita telah bincangkan bagaimana dia telah melukai hati nabi, dan bagaimana dia menceburi diri di dalam peperangan dengan menaikki unta menentang penggantinya [nabi]. Tetapi kemudian, kali ini dengan menunggang keldai, dia menahan jenazah cucu nabi yang tua dari bergerak maju untuk dikebumikan bersebelahan datuknya, nabi Allah. Ulama kamu yang terkenal dan juga ahli sejarah, termasuk Yusuf Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira Khawasu’l-Umma, ms 122; Allama Mas’udi, pengarang buku Muruju’z-Dhahab, di dalam Isbatu’l-Wasiyya, ms 136; Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid IV, ms 18, menyatakan dari Abu’l-Faraj dan Yahya Bin Hasan, pengarang buku Kitabu’n-Nasab; Muhammad Khwawind Shah di dalam Rauzatu’s-Safa, dan ramai yang lain telah menulis bahawa apabila jenazah Imam Hasan telah dibawa ke Madina, Aisha telah menunggang keldai dengan diiringgi oleh sekumpulan Bani Umayya dan hamba-hamba mereka, menahan kumpulam itu besama jasad Imam Hasan.
Mereka mengatakan bahawa mereka tidak mengizinkan Imam Hasan dikebumikan bersebelahan dengan datuknya, nabi Allah. Menurut dari kenyataan Mas’udi, Ibn Abbas berkata: ‘Adalah pelik bagi diri kamu, Aisha! Tidakkah pada hari peperangan Jamal, bahawa engkau telah memasukki medan peperangan dengan menunggang unta itu mencukupi bagi diri kamu? Sekarang haruskah juga manusia perlu ingat di dalam ingatan mereka pada hari baghl [keldai]? Menunggang keldai, kamu telah menahan perarakan yang membawa jenazah cucu nabi. Satu hari kamu menunggang unta, dihari yang lain menunggang keldai, kamu telah menggoyak hancurkan kehormatan nabi Allah. Adakah kamu berazam untuk menghancurkan cahaya Allah? Tetapi pastinya Allah akan sempurnakan cahayanya walau bagaimana bencinya mereka yang kafir; sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNyalah kita kembali.’Sebahagian penulis telah menulis bahawa Ibn Abbas berkata kepadanya: ‘Satu ketika kamu menunggang unta dan dikala yang lain keldai. Jika kamu hidup lebih lama, kamu akan juga menunggang gajah [iaitu kamu akan berperang menentang Allah] Walaupun dari satu perlapan kamu hanya miliki bahagian satu persembilan, kini kamu telah mengambil kesemuanya.’
Bani Hashim mengeluarkan pedang untuk mengusir mereka. Tetapi Imam Husain campur tangan dan berkata bahawa abangnya telah memberitahu bahawa dia tidak mahu walau setitik darah tumpah disebabkan perarakkan jenazah. Maka jenazah Imam Hasan telah dibawa kembali ke Baqi’ dan dikebumikan disana.

AISHA SUJUD DIATAS SYAHIDNYA AMIRUL-MUKMININ.
Jika Aisha bertaubat diatas pemberontakkannya menentang Amirul-Mukminin, mengapa dia melakukan sujud syukur apabila dia mendengar berita syahidnya Imam yang suci? Abu’l-Faraj Ispahani, pengarang buku Aghani, menulis mengenai Imam yang suci di dalam Maqatilu’t-Talibin, berkata: ‘Apabila Aisha mendengar berita syahidnya Amirul-Mukminin Ali, dia melakukan sujud syukur.’ Kemudian baru dia bertanya maklumat mengenai siapa yang telah membunuh Ali. Dia diberitahu bahawa Abdur-Rahman Ibn Muljim dari Bani Murad. Terus sahaja dia menyatakan syair berikut ini, ‘Jika Ali telah berlalu dari saya, berita kematiannya telah dibawakan oleh seorang hamba, yang tidak mempunyai debu di dalam mulutnya.’
Zainab, anak perempuan Umme Salma, hadir pada masa itu. Dia bertanya kepada Aisha, adakah wajar untuk dirinya menunjukkan kegembiraan dan mengucapkan kata-kata tersebut mengenai Ali. Itu adalah satu perbuatan yang keji. Aisha menjawab bahawa dia telah hilang ingatan dan telah mengucapkan kata-kata itu disebabkan kealpaan. ‘Jika perkara begitu belaku kepada aku lagi, aku akan mengulangi perbuatan yang sama, kamu boleh mengingatkan aku, supaya aku dapat menahan dari melakukannya.’
Fakta ini menunjukkan dengan jelas bahawa Aisha tidak bertaubat dikemudian hidupnya sebagaimana yang kamu telah katakan.

KENYATAAN AISHA YANG BERTENTANGAN MENGENAI UTHMAN.
Pada saat ini saya teringat perkara yang lain. Kamu bantah shia kerana mengkritik khalifa Uthman diatas kesalahannya, kesalahan yang ulama kamu sendiri telah rekodkan di dalam buku mereka.
Sepatutnya, kamu tidak harus melihat dengan berpihak kepada Ummul-Mukminin Aisha, begitu juga ulama atau ahli sejarah, seperti Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 77; Mas’udi di dalam Kitab-e-Akhiru’z-Zaman dan Ausat; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira Khawasu’l-umma, ms 36; Ibn Jarir, Ibn Asakir, dan lainnya telah menulis bahawa Ummul-Mukminin Aisha selalu memburukkan Uthman, sehingga dia mengatakan: ‘Bunuh Na’thal [orang tua nyanyuk] Semoga Allah membunuhnya, kerana dia telah menjadi kafir.’ Tetapi sebaik sahaja Uthman terbunuh, dia, disebabkan penentangannya terhadap Ali, mula berkata: ‘Uthman telah terbunuh sebagai orang yang dizalimi. Demi Allah, saya akan membela kematiannya. Maka bangunlah dan bantu saya.’
Ibn Abil-Hadid menulis: ‘Sebenarnya Aaisha adalah musuh ketat Uthman, sehinggakan dia menggantung pakaian nabi dirumahnya dan akan memberitahu manusia yang berkunjung kesana: ‘Ini adalah pakaian nabi Allah. Ianya belumpun menjadi pudar, tetapi Uthman telah menjadikan sunnahnya tua dan pudar.’
Ibn Abil-Hadid menulis bahawa, apabila Aisha mendengar di Makah berita pembunuhan Uthman, dia berkata, ‘Semoga Allah menolak dia dari RahmatNya. Dia melakukan amalan yang buruk. Dan Allah tidak menindas makhluknya.’ Iaitu, jika Dia menghukum sesaorang adalah disebabkan kesalahan tindakkannya.
Kamu mendengar kenyataan ini dari Aisha mengenai Uthman tetapi kamu tidak mengabaikannya. Tetapi jika perkataan yang sama digunakan oleh shia, kamu terus sahaja mengatakan kami kafir.
Kita hendaklah mengambil pandangan yang tidak berpihak. Fakta yang jelas dan diketahui umum bahawa Ummul-Mukminin Aisha dengan keras menentang Amirul-Mukminin. Apabila dia mendengar bahawa muslim telah memberikan bai’ah kepada Imam yang suci dia berkata, ‘Jatuhnya langit kebumi adalah lebih baik dari menjadikan Ali khalifa. Uthman telah dibunuh sebagai yang telah dizalimi.’
Pastinya kenyataan yang tidak seimbang ini telah menunjukkan minda yang tidak stabil.

ALLAH MAHA PEMURAH TETAPI DARAH MUSLIM YANG TIDAK BERDOSA TETAP AKAN DITANYA.
Sheikh: Ketidak seimbangan Ummul-Mukminin Aisha pastinya telah disampaikan oleh semua, tetapi dua perkara telah diterima dan dibuktikan. Pertama, bahawa dia telah terpedaya dan bahawa untuk seketika waktu dia tidak ingat akan wazirnya Ali. Dia sendiri telah mengatakan bahawa dia telah terlupa dan hanya ingat apabila tiba di Basra. Kedua, dia telah bertaubat dari tindakkannya. Pasti Allah, setelah mengampunkannya, akan memberikan kepadanya kedudukan yang tinggi disyurga.

Shirazi: Saya tidak akan ulangi apa yang saya telah katakan mengenai persoalan taubat. Darah orang islam yang telah dibunuh dengan tanpa sebab, cercaan dan penghinaan yang telah ditujukan kepada mereka, rampasan terhadap harta akan berlalu sahaja tanpa disoal. Adalah benar ditempat yang boleh dimaafkan, Allah maha pengampun, tetapi ditempat seperti penghormatan Dia amat tegas. Selain dari itu Aisha sendiri mengaku sehingga disaat akhir kematiannya bahawa dia bertanggong jawab diatas bencana yang dahsyat dan ngeri itu. Sebagaimana ulama kamu telah katakan, dia di dalam wasiatnya telah berkata bahawa dia tidak boleh ditanam disebelah nabi. Dia tahu bahawa dia telah menganjur banyak kekacauan setelah wafatnya nabi. Hakim di dalam Mustadrak; Ibn Qutayba di dalam Ma’arif, Muhammad Bin Yusuf Zarandi di dalam Kitab-e-A’lam bi siratu’n-Nabi dan Ibnu’l-Bayya Nishapuri dan yang lainnya telah mengatakan bahawa Aisha mewasiatkan Abdullah bin Zubair dengan perkataan ini: ‘Tanamkan aku disebelah kakak aku di Baqi. Aku telah membawa bid’ah dan perubahan selepas nabi Allah.’

AISHA TIDAK BOLEH MENGATAKAN DIA HILANG INGATAN KERANA DIA TELAH DIINGATKAN OLEH UMME SALMA.
Kamu katakan bahawa dia teringat kepada kemuliaan di Basra dan telah terlupa apa yang nabi telah larang dia dari melakukan. Itu idak benar. Kamu harus merujuk kepada buku sahih dari kalangan ulama kamu yang terkenal. Sebagai contoh rujuk kepada Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 77, oleh Ibn Abi’l-Hadid.
Ibn Abi’l-Hadid mengatakan dari Ta’rikh-e-Abi Makhnaf Lut Bin Yahya Azadi bahawa Umme Salma juga berada di Makah, apabila dia mendengar bahawa Aisha berhasrat hendak membela diatas kematian Uthman dan akan pergi ke Basra. Dia amat terperanjat dengan perkara ini dan mula mengatakan tentang kemuliaan Ali disetiap perjumpaan. Aisha pergi berjumpa Umme Salma dengan harapan supaya dia mendapat sokongan darinya sebelum dia pergi ke Basra.
Umme Salma kata kepadanya: ‘Sehingga semalam kamu selalu menghina Uthman dan memanggilnya sibodoh nyanyuk, dan sekarang kamu telah berpaling menentang Ali untuk menuntut pembelaan terhadap pembunuhan Uthman. Tidakkah kamu sedar akan kemuliaan Ali? Jika kamu terlupa aku akan mengingatkan kepada kamu.’
‘Ingat pada hari, aku datang kebilik kamu bersama dengan nabi Allah? Kemudian Ali masuk dan mula bercakap bersendirian dengan nabi. Apabila percakapan itu berterusan untuk beberapa waktu, kamu bangun dan hendak memarahi nabi. Aku menghalang kamu dari melakukannya, tetapi engaku tidak mempedulikan nasihat aku. Kamu berkata kepada Ali dengan marah, ‘Dari setiap 9 hari, satu hari untuk aku, dan pada hari itu juga engkau datang dan sibukkan dirinya dengan bercakap.’
Dengan itu nabi menjadi sengguh marah dengan kamu sehingga mukanya menjadi merah dan baginda berkata: ‘Kembalilah! Saya bersumpah dengan Allah bahawa sesiapa yang mempunyai sebarang permusuhan dengan Ali, sama ada dia dari kalangan rumah saya atau sebaliknya, adalah terkecauli dari iman. Dan dengan merasa malu kamu berpatah balik.’
Aisha berkata. ‘Ya saya ingat.’
Umme Salma berkata: ‘Kamu mungkin ingat bahawa satu hari sedang kamu basuh kepala nabi, dan saya sedang menyediakan ‘hais’ [sejenis makanan]. Nabi mengangkat kepalanya dan berkata: ‘Siapa diantara kamu yang berdosa; yang akan menunggang unta, dan kepadanya anjing Haw’ab akan menyalak, dan akan jatuh kepala dahulu pada titian Sirat?’ Saya kemudian meninggalkan hais dan berkata: ‘Wahai nabi Allah, saya berlindung dengan Allah dan nabiNya dari tindakkan yang sedemikian. Selepas itu nabi, menggosok belakang kamu, ‘Jauhkanlah; bahawasanya kamu yang akan melakukan ini.’
Aisha berkata. ‘Ya saya ingat.’
Umme Salma berkata lagi: ‘Saya ingatkan kamu bahawa satu ketika dalam perjalanan, kamu dan aku bersama nabi. Satu hari Ali sedang membaiki kasut nabi, dan kita berdua sedang duduk dibawah naungan pokok. Pada ketika itu bapa kamu, Abu Bakr dan Umar datang meminta izin. Kamu dan aku pergi dibelakang tirai. Mereka duduk dan setelah bercakap-cakap seketika berkata, ‘Wahai nabi Allah! Kami tidak tahu nilai persahabatan kamu. Maka kami meminta supaya kamu memberitahu kami siapa yang akan menjadi pengganti dan juga khalifa, supaya selepas kamu dia akan menjadi petunjuk kami.’
Nabi berkata kepada mereka: ‘Saya tahu tempat, kedudukan dan tahapnya, tetapi jika saya perkenalkan dia, terus sahaja kamu akan menolaknya, sebagaimana Bani Israel menolak Harun.’ Mereka berdua diam dan pergi. Setelah mereka pergi kita keluar, saya berkata kepada nabi, ‘Siapa yang akan menjadi khalifa kepada mereka?’ Nabi berkata, ‘Dia sedang membaiki kasut saya.’ Kita lihat tidak ada sesiapa disana melainkan Ali. Kemudian saya berkata: ‘Wahai nabi Allah! Saya tidak dapati sesiapa melainkan Ali.’ Dia berkata, ‘Ali yang sama itu khalifa saya.’
Aisha berkata. ‘Ya saya ingat.’
Umme Salma kemudian berkata: ‘Oleh kerana kamu tahu hadith ini semua, kemana kamu hendak pergi?’ Dia menjawab, ‘Saya hendak membuat keamanan diantara manusia.’
Telah jelas, bahawa Ummul-Mukminin Aisha tidaklah terpedaya oleh yang lain. Dia sendiri telah menyebabkan masalah yang besar dan setelah mengetahui semua itu, dia dengan sengaja telah bangun memberontak walaupun umme Salma telah mengingatkannya kepada hadith-hadith nabi. Walaupun setelah mengakui kedudukan dan ketinggian Amirul-Mukminin, dia pergi juga menuju Basra dan mengadakan bencana disana, yang keputusannya dengan membunuh ramai muslim.

HADITH MEMBAIKI KASUT ADALAH BUKTI YANG AMAT JELAS TERHADAP IMAMI DAN KHALIFANYA ALI.
Hadith membaiki kasut adalah bukti yang amat jelas terhadap Imam dan khalifanya Ali.
Shia membuat carian dan pertanyan kepada peristiwa yang telah lalu 1 400 tahun dahulu. Dengan pengetahuan ayat-ayat al-Quran dan buku-buku sahih dari kedua golongan ulama, mereka telah membuat rumusan yang adil. Kami percaya bahawa, walaupun pada sejarah Ali telah diberikan kedudukan keempat, satu kedudukan yang kelihatan rendah, tetapi ianya tidak memberi kesan kepada kecemerlangannya tidak juga memperkecilkan pentingnya hadith yang membuktikan hak dia yang sebenar sebagai pengganti nabi.
Kami juga mengakui bahawa fakta yang telah dirakamkan oleh sejarah bahawa Abu Bakr [melalui cara politik] telah dilantik khalifa di Saqifa dengan ketiadaan Ali, Bani Hashim dan sahabat nabi yang terkenal lainnya, walaupun dengan bantahan kaum Ansar Khazraj. Selepas itu adalah melalui diktator perseorangan maka Umar dan Uthman memenuhi kerusi khalifa. Tetapi terdapat perbezaan. Mereka ini adalah khalifa ummah; penyokong mereka telah menjadikan mereka khalifa. Sebaliknya Amirul-Mukminin Ali adalah khalifa nabi dan telah dilantik oleh Allah dan nabi untuk menjadi wazir.
Sheikh: Ini sesuatu tidak baik dari kamu. Tidak ada perbezaan diantara mereka. Manusia sama yang telah membuat keputusan untuk memberikan kedudukan khalifa kepada tiga orang khalifa: Abu Bakr, Umar, Uthman juga menyerahkannya kepada Ali.

CARA PERLANTIKKAN YANG BERBEZA DARI TIGA KHALIFA PERTAMA ADALAH BUKTI KEPADA TIDAK SAHNYA KHALIFA MEREKA.

Shirazi: Terdapat banyak perbezaan yang jelas dalam cara melantik khalifa. Pertama, kamu merujuk kepada ijma. Adalah perlu untuk mengulangi tujuan maksud saya. Saya telah buktikan pada malam yang terdahulu isu ijma tidak berasas. Tidak terdapat keputusan sebulat suara mengenai kedudukan khalifa setiap mereka.

BUKTI YANG LAIN PADA TIDAK SAHNYA IJMA.
Kedua, jika kamu bergantung kepada ijma sebagai asas kepada khalifa dan menganggapnya dibolehkan dari pihak Allah dan juga nabi maka apabila khalifa mati, ummah hendaklah berkumpul semula untuk melantik khalifa lagi. Sesiapa yang dilantik dengan sebulat suara boleh menjadi khalifa ummah [ya bukannya khalifa nabi Allah] Dan prosedur ini hendaklah diikuti sepanjang zaman.
Kamu hendaklah mengakui bahawa ijma yang sedemikian tidak pernah diadakan. Walaupun ijma yang tidak sempurna, yang mana Bani Hashim dan Ansar tidak hadir, tidak diadakan untuk sesiapa melainkan [katakanlah] Abu Bakr bin Abi Qahafa. Khalifa Umar, menurut pendapat ahli sejarah islam, telah diasaskan pada keputusan seorang Abu Bakr bin Qahafa. Jika ijma diperlukan kepada perlantikan khalifa, mengapa ianya tidak diadakan masa melantik khalifa Umar, dan kenapa pendapat ijma tidak didapatkan selepas itu?

Sheikh: Telah nyata bahawa apabila Abu Bakr telah dijadikan khalifa melalui ijma, keputusan bagi khalifa untuk melantik penggantinya adalah sah. Tidak ada perlunya pada memanggil ijma. Bahkan keputusan khalifa pada melantik khalifa selepasnya adalah pada asasnya telah mencukupi. Hak ini telah diberikan kepada khalifa bahawa dia hendaklah melantik khalifa selepasnya supaya manusia tidak dijadikan di dalam kekacauan dan kebingungan. Apabila khalifa yang diterima Abu Bakr melantik melalui persetujuan umum Umar sebagai khalifa selepasnya, dia menjadi khalifa nabi yang sah.

NABI MELANTIK ALI DIKETEPIKAN DAN ABU BAKR MELANTIK UMAR DISOKONG.

Shirazi: Kami percaya bahawa khalifa yang diterima mempunyai hak melantik penggantinya. Adalah tanggong jawabnya tidak meninggalkan ummah binggung dan tanpa petunjuk, dan keputusannya mencukupi kepada perlantikkan khalifa. Tetapi jika kamu percayakan ini, mengapa kamu menafikan nabi akan haknya? Dan mengapa kamu mengabaikan semua petunjuk yang jelas yang nabi telah tekankan berkali-kali dan menyampaikan diberbagai keadaan, menamakan Ali sebagai penggantinya, dan semuanya ada tertulis di dalam buku-buku sahih kamu. Kamu hanya melincung ketepi apabila isu ini ditimbulkan dan ketengahkan penterjemahan yang tidak berkaitan sebagaimana yang dilakukan Ibn Abil-Hadid apabila menolak hadith dari Umme Salma diatas dasar yang tidak munasabah.
Lebih lagi atas dasar apa kamu katakan bahawa khalifa pertama yang dilantik oleh ijma, mempunyai hak untuk melantik penggantinya. Adakah nabi meninggalkan sebarang arahan untuk itu? Tidak. Kamu juga mengatakan apabila khalifa pertama memantapkan kedudukannya melalui ijma, tidak ada perlunya melantik lain khalifa melalui ijma. Khalifa yang sama mempunyai kuasa dari ummah untuk melantik khalifa selepasnya.

BANTAHAN TERHADAP BADAN PERUNDINGAN.

Jika begitu, mengapa prisip itu digunakan untuk khalifa Umar sahaja? Untuk khalifa Uthman prinsip ini telah tidak diikuti. Sepatutnya dia melantik khalifa selepasnya, Umar kini telah meninggalkan persoalan yang perlu diputuskan oleh badan perundingan yang mengandungi enam ahli. Saya tidak tahu apakah yang kamu anggap sebagai prinsip dimana pemilihan khalifa telah diasaskan. Kamu sedia maklum jika ada perbezaan asas di dalam penghujahan, isu yang sebenar menjadi batal.
Jika pendirian kamu bahawa asas khalifa adalah ijma maka keseluruh ummah hendaklah membuat keputusan [tidak perlulah disebut fakta sebenar bahawa ijma tidak pernah diadakan untuk khalifa Abu Bakr] jadi mengapa ijma yang sedemikian tidak diadakan untuk khalifa Umar? Jika kamu menganggap ijma adalah perlu hanya kepada khalifa pertama, dan pada perlantikkan khalifa seterusnya keputusan khalifa yang ada telah mencukupi, jadi mengapa prinsip ini tidak diikuti di dalam kes Uthman? Mengapa khalifa Umar meninggalkan prinsip yang diadakah oleh Abu Bakr? Mengapa dia meninggalkan pemilihan khalifa kepada Majlis-e-Shura? Khalifa Umar sesuka hati memilih kommiti yang dengannya perlu ada badan perwakilan bagi ummah [supaya dengannya ada sedikit perwakilan dan pandangan dari yang ramai]
BANTAHAN TERHADAP ABDUR-RAHMAN BIN AUF SEBAGAI PEMUTUSKATA.
Perkara yang paling aneh adalah bahawa kesemua hak ahli kommiti telah dijadikan dibawah Abdur-Rahman bin Auf. Kami tidak tahu atas dasar apa Abdur-Rahman bin Auf dipilih. Adakah atas agama, reputasi, pengetahuan atau kejayaan? Yang kami pasti dia adalah kerabat terdekat Uthman dan tidak akan menyokong sesiapa melainkan dia. Ianya telah diputuskan bahawa Abdur-Rahman adalah benar, dan apabila dia memberikan bai’ah kepada sesiapa yang lain hendaklah ikut.

MENURUT NABI, ALI HENDAKLAH DIIKUTI DI DALAM MERUJUK KEPADA SEMUA YANG LAIN.
Apabila kita pertimbangkan perkara ini dengan tiliti, kami dapati ini adalah arahan diktator yang menyamar dengan nama shura. Bahkan hari ini kita lihat bahawa prinsip demokrasi sepenuhnya bertentangan dengan prinsip itu. Tetapi nabi berulang kali berkata: ‘Ali berputar sekeliling kebenaran dan kebenaran berputar keliling Ali.’ Nabi juga berkata: ‘Ali adalah ‘Faruq’ pemisah bagi ummah yang membahagikan diantara benar dan salah.’ Hakim di dalam Mustadrak, Hafiz Abu Nu’aim di dalam Hilya; Tabrani di dalam Ausat; Ibn Asakir di dalam Ta’rikh; Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib; Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nuzra; Hamwaini di dalam Fara’id; Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha dan Suyuti di dalam Durru’l-Mansur menyampaikan dari Ibn Abbas, Salman, Abu Dharr dan Hudhaifa bahawa nabi berkata: ‘Sejurus selepas saya, kekacauan akan berlaku. Pada ketika itu adalah perlu untuk kamu berdamping dengan Ali Ibn Abi Talib, oleh kerana dia adalah orang pertama yang berjabat tangan dengan saya dihari pengadilan. Dia adalah yang paling benar dan ‘Faruq’ bagi ummah; dia membahagikan diantara yang benar dengan yang salah, dia adalah ketua bagi yang beriman.
Menurut hadith dari Ammar Yasir [yang mana saya telah rujuk dahulu dengan mendalam puncanya] nabi telah berkata: ‘Jika semua orang pergi kesatu arah dan Ali pergi kearah berlainan, kamu hendaklah mengikut Ali dan tinggalkan yang lain. Wahai Ammar! Ali tidak akan menyesatkan kamu dan tidak akan membawa kamu kepada kemusnahan. Wahai Ammar! Patuh kepada Ali adalah patuh kepada saya, dan patuh kepada saya adalah patuh kepada Allah.’

KEKEJAMAN YANG AMAT SANGAT TELAH DILAKUKAN OLEH UMAR KEPADA AMIRUL-MUKMININ.
Walaupun begitu, khalifa Umar, telah melanggar arahan nabi, menjadikan Ali dibawah Abdur-Rahman bin Auf di dalam shura. Adakah penguasaan itu betul dengan merendahkan sahabat yang terkenal? Tuan yang dihormati! Berlaku adillah! Selidiklah kejadian sejarah di era ini seperti Isti’ab, Isaba dan Hilyatu’l-Auliya. Kemudian bandingkan Ali dengan Abdur-Rahman, dan lihatlah siapa yang lebih berhak kepada undian veto dia atau Amirul-Mukminin. Kamu akan dapati melalui komplot politik hak Ali telah dirampas.
Lebih-lebih lagi, jika cara pemilihan yang diguna pakai khalifa Umar adalah wajar diikuti, iaitu Majlis-e-Shura adalah perlu untuk melantik khalifa, mengapa ianya tidak dilakukan apabila Amirul-Mukminin dijadi khalifa?
Adalah pelik bahawa untuk kedudukan bagi keempat khalifa [Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali] empat cara yang belainan telah diguna pakai.Sekarang cara yang mana pada asasnya adalah betul dan cara mana yang salah? Jika kamu kata kesemuanya adalah betul, maka kamu kena akui kamu tidak punya prinsip asas pada perlantikkan kedudukan khalifa.

Sheikh: Mungkin kenyataan kamu betul. Kamu katakan kami perlu selidikki persoalan ini. Kami dapati bahawa kedudukan khalifa Ali juga meragukan keadaannya, oleh kerana ijma yang sama yang melantik khalifa terdahulu Abu Bakr, Umar dan Uthman, ijma itu juga yang melantik Ali.

Shirazi: Apa yang kamu katakan mungkin boleh dipertikaikan jika ianya bukan dari kenyataan nabi. Yang sebenarnya khalifa Ali tidak bergantung kepada ijma ummah. Ianya adalah perlantikkan Allah.

KHALIFA ALI ADALAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH.
Imam yang suci mengambil kedudukan khalifa adalah umpama mengambil haknya yang sah. Jika hak sesaorang telah dirampas, dia boleh mengambilnya kembali pada bila-bila masa yang dia berkesempatan melakukannya. Begitulah, apabila tidak ada rintangan dan keadaan menghendakkinya, Imam yang suci mengambil haknya.
Jika kamu telah lupa maksud yang saya telah sampaikan dahulu, kamu boleh merujuk surat khabar yang melaporkan maklumat yang saya telah bentangkan mengenai isu ini. Kami telah buktikan bahawa Ali menduduki kedudukan khalifa berasaskan ayat al-Quran dan juga hadith nabi.
Kamu tidak dapat menyebutkan satu hadith yang diterima oleh kedua golongan yang mana nabi berkata bahawa Abu Bakr, Umar atau Uthman adalah penggantinya. Sudah tentu selain dari hadith dari buku shia, terdapat juga hadith yang banyak dari nabi yang telah dirakamkan oleh buku sahih kamu, yang menunjukkan bahawa nabi secara khusus melantik Ali sebagai penggantinya.

Sheikh: Terdapat juga hadith yang menunjukkan bahawa nabi berkata Abu Bakr adalah juga khalifanya

Shirazi: Nampaknya kamu telah terlupa pada hujah saya terdahulu yang menolak penerimaan hadith tersebut. Saya akan, bagaimana pun menjawab sekali lagi malam ini. Sheikh Mujaddidu’din Firuzabadi, pengarang Qamusu’l-Lughat berkata di dalam Kitab-e-Safaru’s-Sa’adat: ‘Apa sahaja yang telah dikatakan pada memuji Abu Bakr adalah berasaskan pada cerita rekaan dimana minda yang waras tidak dapat menerimannya sebagai benar,’
Jika kamu teliti masalah kedudukan khalifa, kamu akan dapati bahawa tidak terdapat ijma yang sebenar untuk mana-mana khalifa empat yang pertama [Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali] atau untuk mana-mana khalifa Umayya dan Abbasid. Ummah tidak pernah berkumpul dan tidak juga diwakil berkumpul yang memberikan undian mereka.Tetapi jika dikatakan secara perbandingan, kita dapati khalifa Ali telah disokong oleh apa yang dikatakan hampir kepada ijma.
Ahli sejarah dan ulama kamu menulis bahawa untuk khalifa Abu Bakr pada mulanya hanya Umar dan Abu Ubaida Jarra, penggali kubur, yang hadir. Kemudian beberapa orang dari kaum Aus memberikan bai’ah kepadanya oleh sebab mereka ditentang oleh kaum Khazraj yang telah melantik Sa’d bin Ubaida sebagai calon. Kemudian yang lain melalui kekerasan, [sebagaimana saya telah nyatakan secara mendalam dahulu] ada kumpulan yang digerakkan oleh pertimbangan politik telah memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Pihak Ansar yang mengikuti Sa’d bin Ubaida tidak mengiktiraf khalifa sehingga saat terakhir.
Kemudian khalifa Umar yang telah dilantik hanya dengan cadangan Abu Bakr, dan tidak ada kena mengena dengan ijma. Uthman yang berikutnya menjadi khalifa melalui keputusan Majlis-e-shura yang telah ditubuhkan secara paksa oleh khalifa Umar.
Pada masa khalifa Ali kebanyakkan perwakilan dari kebanyakan negeri islam, dengan tidak secara langsung berada di Madina kerana hendak mencari penyelesian terhadap masalah mereka, telah mendesak Ali supaya menjadi khalifa.

Nawab: Adakah perwakilan dari negara islam berkumpul di Madina untuk tujuan malantik khalifa mereka?

Shirazi: Tidak, khalifa Uthman masih khalifa. Perwakilah dari kebanyakkan negara islam, suku kaum dan puak berkumpul di Madina untuk mengadu mengenai orang kenama Umayya, gabenor, pegawai kerajaan, orang kenamaan istana seperti Marwan dan lainnya. Keputusan dari ijma ini bahawa Uthman yang berkeras dengan polisi penindasannya telah dibunuh.
Selepas kejadian ini bahawa penduduk Madina bertemu dengan Ali dan dengan desakan membawa dia ke masjid, dimana manusia memberikan bai’ah kepadanya. Ijam yang begini terbuka telah tidak berlaku pada mana-mana khalifa yang tiga terdahulu. Penduduk Madina dan ketua negara telah memberikan bai’ah kepada orang perseorangan dan mengiktirafnya sebagai khalifa mereka.

ASAS SEBENAR KHALIFA ALI BUKAN IJMA TETAPI PENGISTIHARAN NABI.
Walaupun ijma telah diadakan untuk Amirul-Mukminin, kami tidak menganggap itu sebagai asas khalifanya. Untuk mengesahkan kedudukan khalifanya kami bergantung pada al-Quran dan juga perintah nabi. Itu adalah amalan para nabi bahawa mereka sendiri, dengan mematuhi perintah Allah, telah melantik pengganti mereka dan juga khalifa.
Kamu katakan tidak ada perbezaan diantara Amirul-Mukminin, dan khalifa yang lain. Dan bahkan terdapat banyak petunjuk bahawa adanya perbezaan yang besar diantara Ali dengan khalifa yang lain.

ALI LEBIH CEMERLANG DARI KHALIFA YANG LAIN.
Ciri pertama yang menjadikan Amirul-Mukminin lebih berwibawa dari khalifa yang lainnya adalah dia dilantik sebagai pengganti nabi oleh Allah dan rasulNya. Yang lainnya dilantik oleh sekumpulan kecil manusia. Sudah pasti khalifa yang dilantik oleh Allah dan rasulNya adalah lebih cemerlang dari mereka yang telah dilantik oleh manusia. Sifat Amirul-Mukminin yang terpuji adalah paling berpengetahuan, mulia dan wara’. Semua ulama dari ummah [melainkan sebilangan kecil Khariji dan Nasibi, dan pengikut Abu bakr] semuanya sependapat di dalam pandangan mereka bahawa selepas nabi, Ali mendahului semua yang lain di dalam pengetahuan, kemuliaan, keadilan, kebangsawanan dan kewara’an.
Di dalam menyokong fakta ini, saya telah menyebutkan dahulu beberapa hadith dan ayat al-Quran. Sekarang saya teringat beberapa hadith lagi dengan maksud ini.

HADITH NABI MENGENAI KECEMERLANGAN ALI.
Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Abu’l-Mu’ayyid Muwaffaq Ibn Ahmad Khawarizmi di dalam bab keempat Manaqib; Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Hafiz Abu Bakr Baihaqi Shafi’i di dalam Sunan, dan ramai lagi telah menyampaikan dari nabi dengan perbezaan perkataan dan versinya sedikit, bahawa dia berlata: ‘Ali diantara kamu adalah yang paling terpelajar, yang paling mulia dan yang pengadil yang terbaik. Sesiapa yang menolak kenyataannya, amalannya atau pendapatnya, sebenarnya telah menolak saya. Sesiapa yang menolak saya, telah menolak Allah, dan dia di dalam lingkungan yang kafir.’ Labih lagi, Ibn Abil-Hadid ulama kamu yang terkenal telah menulis dibeberapa tempat di dalam Sharh-Nahjul-Balagha bahawa cemerlangnya Amirul-Mukminin Ali telah diakui oleh ramai para sahabat dan pengikut. Sheikh dari Baghdada juga mengakuinya.
Sila beritahu kami apa yang kamu pertimbangkan di dalam kemuliaan sesaorang yang menjadikan dia lebih cemerlang dari yang lain?

Sheikh: Sebenarnya terdapat banyak kemuliaan dan kualiti yang terpuji yang boleh dikatakan cemerlang dari yang lain, tetapi pendapat saya kualiti yang paling menyinar selepas percaya kepada Allah dan nabiNya adalah [1] keturunan yang suci [2] pengetahuan [3] wara’

Shirazi: Allah merahmati kamu! Saya akan hadkan perbincangan pada tiga tujuan ini.
Sebenarnya setiap sahabat, sama ada dia khalifa atau tidak, mempunyai kualiti baik tertentu. Tetapi mereka yang memilikki semua kemuliaan ini sudah pastinya lebih cemerlang dari yang lain semua. Jika saya buktikan ketiga ciri-ciri ini terdapat pada Amirul-Mukminin yang melebihi dari yang lain, maka kamu hendaklah mengakui orang yang suci ini adalah lebih berhak kepada tuntutan khalifa. Dan jika dia dihalang dari kedudukan tersebut, itu adalah disebabkan oleh helah politik.

KETURUNAN ALI YANG SUCI.
Di dalam perkara keturunan dengan pengecualian nabi, tiada siapa yang boleh dibandingkan dengan Ali. Bahkan sebahagian dari ulama yang fanatik seperti Ala’u’d-din Mulla Ali Bin Muhammad Ushji, Abu Uthman Amr Bin Bahr Jahiz Nasibi, dan Sa’idu’d-din Mas’ud Bin Umar Taftazani telah berkata: ‘Kami amat kagum pada perkataan Ali yang mengatakan, ‘Kami adalah ahli bayt nabi. Tiada siapa dapat dibandingkan dengan kami.’
Juga di dalam syarahan kedua Nahjul-Balagha Imam yang suci selepas menerima kedudukan khalifa berkata: ‘Tiada siapa dari ummah ini boleh dibandingkan dengan kelurga Muhammad. Bagaimana mungkin mereka [ummah] yang menerima rahmat, pengetahuan dan kebajikan dari mereka [ahli bayt] sama dengan mereka [ahli bayt]? Mereka adalah pengasas bagi agama dan tiang bagi keimanan. Mereka [ummah] yang menyimpang dari jalan yang benar berpaling kepada mereka [ahli bayt], dan mereka [ummah] yang tertinggal dibelakang, cepatlah maju untuk berdampingan dengan mereka [ahli bayt] Hanya mereka sahaja yang mempunyai hak yang khusus pada Imami dan wazir. Hanya untuk mereka sahaja yang nabi membuat wasiat. Mereka adalah pewaris nabi yang sebenar. Sekarang hak sebenar telah dipulangkan kepada penuntut hak yang sah dan telah sampai ditempat yang dimana ianya telah dipindahkan.’
Kenyataan Amirul-Mukminin mengenai tuntutannya pada kedudukan khalifa adalah bukti yang terbaik menunjukkan haknya pada kedudukan itu.
Tetapi kata-kata ini tidak dinyatakan oleh Amirul-Mukminin sahaja. Bahkan penentangnya juga telah mengakui perkara yang sama. Saya telah tunjukkan pada malam yang lalu bahawa Mir Seyyed Ali Hamdani mengatakan di dalam Mawaddatu’l-Qurba Mawadda 7, dari Abi Wa’il, yang mengatakan bahawa Abdullah Bin Umar berkata, ‘Di dalam menunjukkan para sahabat nabi, kami sebutkan nama Abu Bakr, Umar dan Uthman. Seorang bertanya dimana nama Ali. Kami katakan, ‘Ali tergolong di dalam ahli bayt nabi, dan tiada siapa yang boleh dibandingkan dengan dia; dia adalah bersama dengan nabi Allah pada kedudukan.’
Juga dia mengatakan dari Ahmad Bin Muhammad Kurgi Baghdadi, yang berkata bahawa Abdullah Bin Ahmad Hanbal berkata mengenai sahabat yang layak dipuji, dia namakan Abu Bakr, Umar dan Uthman. Dia kemudian ditanya apakah pendapatnya mengenai Ali Ibn Abi Talib. Ahmad bin Hanbal berkata, ‘Dia tergolong di dalam ahli bayt. Yang lain tidak boleh dibandingkan dengan dia.’
Mengenai keturuan Ali, ianya mempunyai dua aspek, satu dari cahaya dan satu lagi bagi jasad. Maka dalam aspek ini Ali mempunyai kedudukan yang unik selepas nabi Allah.

KEJADIAN ALI DARI CAHAYA DAN PENYATUANNYA DENGAN NABI.

Dari sudut pandangan cahaya, Amirul-Mukminin menduduki tempat yang pertama, sebagaimana banyak dari ulama kamu telah katakan. Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Mir Seyyed Ali Hamdani Faqih Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba; Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib dan Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul Fi Manaqib-e-alu’r-Rasul menyampaikan dai nabi yang berkata, ‘Saya dan Ali Ibn Abi Talib adalah dari cahaya yang sama di hadrat Allah 14 000 tahun sebelum kajadian Adam. Apabila Allah menjadikan Adam, Dia meletakkan cahaya ini pada tempat peranakkan Adam. Kami tinggal kekal bersama sebagai satu cahaya sehingga kami dipisahkan ditempat peranakan Abul-Muttalib. Kemudian saya dianugerahkan dengan kenabian dan Ali dengan khalifa.’
Mir Seyyed Ali Hamdani Faqih Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda VII, menyebutkan perkara ini. ‘Ali dan nabi adalah dari cahaya yang sama. Ali telah dianugerahkan dengan kualiti yang mana tidak diberikan kepada semua manusia yang lain di dalam dunia ini.’
Diantara hadith yang telah dirakamkan di dalam Mawadda ini, terdapat kenyataan dari khalifa ketiga Uthman bin Affan, yang berkata bahawa nabi telah berkata, ‘Saya dan Ali telah dijadikan dari satu cahaya 4 000 tahun sebelum di jadikan Adam. Apabila Allah menjadikan Adam, Dia memasukkan cahaya ini ditempat peranakan Adam. Kami tinggal sebagai satu cahaya sehingga kami dipisahkan ditempat peranakan Abdul-Muttalib. Kemudian saya dianugerahkan dengan kenabian dan Ali dengan wazir.’
Di dalam hadith yang lain dia menulis bahawa nabi, kepada Ali dia berkata, ‘Maka kenabian dan kerasulan datang kepada saya. Wazir dan Imami datang kepada kamu, Ali.’
Hadith yang sama telah disampaikan oleh Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 450 (dicetak di Egypt) dari pengarang buku Kitab-e-Firdaus. Juga Sheikh Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-M

Pertemuan Yang Kesembilan Jumaat malam, 2 Sha’ban 1345 Hijrah (b)
Hadith yang sama telah disampaikan oleh Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 450 (dicetak di Egypt) dari pengarang buku Kitab-e-Firdaus. Juga Sheikh Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bahagian I, menyatakan dari Jam’u’l-Fawa’id, Manaqib oleh Ibn Maghazili Shafi’i, Firdaus oleh Dailami, Fara’idu’s-Simtain oleh Hamwaini dan Manaqib oleh Khawarizmi, dengan sedikit perbezaan pada perkataan tetapi tidak pada maksud, bahawa nabi Muhammad dan Ali telah dijadikan dari cahaya ribuan tahun sebelum kejadian cakrawala dan kedua mereka adalah dari satu cahaya sehingga mereka dipisahkan dari satu sama lain pada tempat peranakan Abdul-Muttalib. Satu bahagian pada tempat peranakan Abdullah dan melaluinya nabi telah dilahirkan. Yang satu lagi telah ditempatkan ditempat peranakan Abu Talib dan melaluinya Ali dilahirkan. Muhammad telah dipilih sebagai nabi dan Ali sebagai wazir, sebagaimana telah dinyatakan oleh nabi sendiri.
Abu’l-Mu’ayyid Mu’affaq Bin Ahmad Khawarizmi dan ramai yang lain lagi telah nyatakan dari punca yang dipercayai bahawa nabi telah berkata, ‘Saya dan Ali telah dilahirkan dari satu cahaya,. Kami tinggal bersama sehingga kami sampai ketempat peranakan Abdul-Muttalib dimana kami berpisah.’

KETURUNAN ALI SECARA FISIKAL.
Dari segi keturunan Ali secara fisikal, bukti yang jelas keturunan dia yang paling tinggi dan suci dari segi kedudukan dari sebelah bapa dan juga dipihak ibu. Kesemua mereka yang terdahulu sehingga ke Adam adalah penyembah tuhan yang satu Cahaya ini tidak pernah sampai kepada mana-mana tempat peranakan yang tidak suci. Tidak ada dari sahabat yang lain dapat mengatakan yang sedemikian. Jalinan keturunan Ali adalah seperti berikut: (1) Ali Bin (2) Abu Talib Bin (3) Abdu’l-Muttalib (4) Hashim (5) Abd-e-Manaf (6) Qusai (7) Kilab (8) Murra (9) Ka’b (10) Luwai (11) Ghalib (12) Fehr (13) Malik (14) Nazr (15) Kinana (16) Khazima (17) Madreka (18) Ilyas (19) Muzar (20) Nizar (21) Ma’d (22) Adnan (23) Awwad (24) Al-Yasa’ (25) Al-Hamis (26) Bunt (27) Sulayman (28) Haml (29) Qidar (30) Isma’il (31) Ibrahim Khalil-Ullah (32) Ta’rikh (33) Tahur (34) Sharu (35) Abraghu (36) Taligh (37) Abir (38) Shale’ (39) Arfakhad (40) Sam (41) Noah (42) Lumuk (43) Mutu Shalkh (44) Akhnukh (45) Yarad (46) Mahla’il (47) Qinan (48) Anush (49) Seth (50) Adam Abu’l-Bashir.
Melainkan nabi, tiada yang lain mempunyai keturunan yang begitu mulia.

AZAR BUKAN BAPA IBRAHIM.
Sheikh: Kamu telah katakan bahawa kesemua keturunan Ali adalah penyembah tuhan yang satu, saya fikir awak sudah salah. Sebahagian dari keturunannya adalah penyembah berhala. Sebagai contoh bapa Ibrahim Khalillulah, Azar, penyembah berhala. Al-Quran dengan jelas berkata: ‘Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar: Adakah kamu mengambil berhala sebagai tuhan? Sesungguhnya saya lihat kamu dan orang-orang kamu di dalam kesesatan yang nyata.’

Shirazi: Kamu hanya mengulangi apa orang yang terdahulu dari kamu telah katakan, walaupun kamu tahu bahawa pakar dari segi sains keturunan semuanya bersetuju bahawa bapa Ibrahim adalah Tarukh, bukannya Azar.

Sheikh: Tetapi itu adalah ijtihad [hujah berasaskan pertimbangan minda sendiri] berhadapan dengan kenyataan tuhan. Kamu mengemukakan pandangan pakar kaji keturunan di dalam menentang al-Quran, yang dengan jelas telah mengatakan bahawa bapa Ibrahim adalah Azar, penyembah berhala.

Shirazi: Saya tidak pernah berhujah menentang perundangan tuhan. Tujuan saya untuk mengetahui penterjemahan al-Quran yang sebenarnya. Untuk mencapai kepada maksud tujuan itu saya mencari petunjuk dari mereka yang sama dengan al-Quran sebagai punca petunjuk; ahli bayt nabi. Perkataan yang digunakan di dalam al-Quran mempunyai maksud umum, kerana di dalam pengertian umum walaupun bapa saudara dan saudara sebelah ibu juga dipanggil ‘bapa’.
Terdapat dua pandangan mengenai Azar. Pertama bahawa dia adalah bapa saudara Ibrahim dan kedua adalah, selain dari bapa saudara, setelah bapa Ibrahim, Tarukh, meninggal dunia dia telah mengahwini ibu Ibrahim. Maka Ibrahim biasa memanggilnya bapa, kerana dia telah menjadi suami kepada ibunya.

Sheikh: kita tidak boleh mengenepikan maksud al-Quran yang jelas, melainkan kita jumpa maksud yang lain di dalam al-Quran itu sendiri, yang menunjukkan dengan jelas bahawa bapa saudara atau suami ibu dipanggil juga ‘bapa’. Jika kamu gagal untuk membukti keterangan yang begitu [dan pastinya kamu akan gagal] maka kenyataan kamu tidak boleh diterima.

Shirazi: Terdapat ada ketika di dalam al-Quran dimana perkataan telah digunakan yang tujuan maksudnya adalah umum. Sebagai contoh, ayat 133 Surah 2, Baqara, dari al-Quran telah menyokong maksud saya. Ianya merakamkan soal jawab nabi Yaqub dengan anak-anaknya, pada saat kematiannya. Ianya berbunyi, 'Apabila dia berkata kepada anaknya: Siapa yang akan kamu patuhi selepas aku? Mereka berkata: Kami akan patuh kepada tuhan kamu dan tuhan bapa kamu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, tuhan yang esa, dan kepada Dia kami menyerah.’ [2:133]
Di dalam ayat ini pembutian pada kenyataan saya adalah perkataan Ismail. Menurut al-Quran, bapa nabi Yaqub adalah Ishak dan Ismail adalah bapa saudaranya, tetapi, menurut amalan umum, dia biasa memanggilnya bapa. Oleh kerana anak Yaqub juga menurut amalan biasa, memanggil bapa saudara mereka bapa, maka mereka menggunakan perkataan yang sama ketika menjawab kepada bapanya. Tuhan menyampaikan soal jawab mereka seperti mana ianya berlaku. Begitu juga Ibrahim biasa memanggil bapa saudaranya dan juga suami ibunya ‘bapa’, walaupun, menurut bukti yang kukuh dari sejarah dan pakar keturunan, telah diakui sebagai fakta bahawa bapa Ibrahim bukan Azar tetapi Tarukh.

BAPA DAN IBU NABI BUKANLAH MUSYIRIK TETAPI MEREKA ADALAH YANG BERIMAN.
Bukti kedua pada fakta bahawa keturunan nabi bukanlah musyirik dan kafir adalah ayat 219 dari surah 26 as-Shu’ara yang berbunyi, ‘dan kamu berpusing semula dan berpusing semula diantara mereka yang sujudkan diri mereka kepada Allah.’ [26:219]
Mengenai maksud pengertian ayat suci ini Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, jilid II, dan banyak yang lain lagi dari ulama kamu, telah menyampaikan dari ibn Abbas, yang berkata: ‘Allah pindahkan benih kejadian nabi yang suci dari Adam kepada para nabi berikutnya, dari satu kepada yang lain, kesemuanya adalah yang beriman, sehingga dia dijadikan dari bapanya melalui pernikahan yang halal dan bukannya haram.’
Terdapat juga hadith yang diketahui ramai yang mana semua ulama kamu telah sebutkan. Bahkan Imam Thalabi, yang dikenali sebagai Imam hadith, menulis di dalam ulasannya dan Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, jilid II, disampaikan dari Ibn Abbas, bahawa nabi telah berkata, ‘Allah menhantar saya kedunia melalui Adam dan dipindahkan kepada Ibrahim. Dia terus memindahkan saya dari tempat peranakan yang mulia dan yang suci sehinggalah dia menjadikan saya dari bapa dan ibu saya, yang tidak pernah berjumpa secara haram.’
Di dalam hadith yang lain dia dikatakan telah berkata, ‘Allah tidak pernah mencampurkan kepada saya sebarang benih yang jahil.’
Di dalam bab yang sama Sulayman Balkhi menyampaikan dari Ibkaru’l-Afkar oleh Sheikh Salahu’d-din Bin Zainu’d-din Bin Ahmad yang di kenali sebagai Ibnu’s-Sala Halbi dan dari Sharh-e-Kibrit-e-Ahmar oleh Sheikh Abdu’l-Qadir telah menyampaikan dari Ala’u’d-Dowlat Semnani, hadith yang mendalam dari Jabir Ibn Abdullah bahawa nabi telah ditanya apa yang Allah jadikan dahulu [yang mula-mula]. Nabi menjawab soalan itu dengan khusus, yang mana saya tidak dapat mengatakannya pada ketika ini. Pada penghujung hadith itu nabi berkata: ‘Begitulah Allah berterusan memindahkan cahaya saya dari yang suci kepada yang suci sehingga dia meletakkan saya kepada bapa saya, Abdullah bin Abdul-Muttalib. Dari sana Dia membawa saya kepada tempat peranakan ibu saya, Amina. Kemudian Dia menjadikan saya hadir didunia ini dan menganugerahkan kepada saya gelaran Sayidul-Mursalin [ketua para rasul] dan Khatamu’n-Nabiyyin [penutup para nabi]
Kenyataan nabi bahawa dia berterusan dipindahkan dari yang suci kepada yang suci, membuktikan bahawa tiada dari datuknya yang terdahulu dari kalangan yang kafir. Menurut dari al-Quran yang mengatakan, ‘Sesungguhnya kafir adalah yang kotor.’ [9:28] setiap musyirik dan kafir adalah kotor. Dia mengatakan bahawa dia telah dipindahkan dari tempat peranakan yang suci ketempat peranakan yang suci, oleh kerana penyembah berhala kotor, maka tidak ada dari keturunannya yang menyembah berhala.
Di dalam bab yang sama dari Yanabiu’l-Mawadda satu hadith dari Ibn Abbas telah disampaikan melalui Kabir bahawa nabi berkata, ‘Saya tidak dilahir melalui cara perkahwinan yang tidak sah pada zaman jahiliah. Saya telah dilahirkan melalui cara islam dengan ada pernikahan.’
Tiidakkah kamu membaca syarahan 105 Nahjul-Balagha? Amirul-Mukminin berkata mengenai datuk-datuk nabi yang terdahulu, ‘Allah menyediakan untuk mereka [para nabi] tempat yang terbaik [tempat peranakan ibu mereka yang suci]. Dia memindahkan mereka dari tempat yang terhormat dan suci ketempat terhormat dan suci. Apabila bapa dari salah seorang mereka meninggal dunia anak dia mengambila alih dengan agama Allah, sehingga Allah maha besar menjadikan Muhammad nabi dan rasulNya. Maka Dia telah menjadikan punca kejadian nabi tempat yang paling tinggidan suci. Jalinan keturunan nabi termasuk mereka yang berkedudukan tinggi.’
Secara ringkas keturunan nabi, semenjak dari nabi Adam, kesemuanya adalah yang beriman dan menyembah tuhan yang Esa. Bolehlah dikatakan bahawa mereka dari ahli bayt nabi lebih mengetahui status kedudukan keluarga mereka dari orang lain.

DATUK-DATUK ALI YANG TERDAHULU SAMA BEBAS DARI KAFIR.
Apabila telah terbukti bahawa keturunan nabi adalah yang beriman dan penyembah tuhan yang satu, maka sama jugalah dengan keturunan Ali yang juga menyembah Allah. Saya telah buktikan melalui buku kamu bahawa Muhammad dan Ali adalah dari satu cahaya, dan selalu tinggal bersama di dalam tempat yang suci sehinggalah mereka dipisahkan di dalam tubuh Abdul-Muttalib. Setiap orang yang waras akan mengakui bahawa manusia yang terbilang personalitinya adalah penuntut kedudukan khalifa yang sebenar.

SALAH FAHAM MENGENAI KEIMANAN ABU TALIB DAN PENJELASANNYA.
Sheikh: Saya terima fakta bahawa Tarukh adalah bapa Ibrahim, dan kamu telah buktikan kesucian keturunan nabi. Tetapi tidak mungkin untuk mencari keterangan yang sedemikian di dalam kes Ali. Walaupun jika kita mengakui bahawa semua dari keturunannya sehingga Abdul-Muttalib adalah yang beriman, bapanya Abu Talib, pastinya telah meninggalkan dunia ini sebagai kafir.

Shirazi: Saya mengaku terdapat perbezaan pendapat diantara ummah mengenai keimanan Abu Talib. Tetapi kami hendak kaatakan, ‘Wahai Allah! Kutuklah sizalim pertama yang menunjukkan kekejaman kepada nabi dan kutuklah keturunannya. Semoga kutukan Allah diatas dia yang memalsukan hadith yang akhirnya Nasibi dan Khariji mula mengatakan bahawa Abu Talib meninggalkan dunia sebagai orang kafir.’
Ulama shia secara umum dan semua ahli keluarga nabi percaya di dalam keimanan Abu Talib. Juga ramai dari ilmuan dan ulama kamu yang berfikiran saksama, seperti Ibn Abi’l-Hadid, Jalalu’d-din Suyuti, Abu’l-Qasim Balkhi, Abu Ja’far Askafi, guru mereka dari golongan Mu’tazali, dan Mir Seyyed Ali Hamadani Faqih Shafi’I – semuanya bersetuju bahawa Abu Talib adalah muslim.

IJMA SHIA MENGENAI KEIMANAN ABU TALIB.
Shia yakin bahawa Abu Talib, semenjak dari mula lagi percaya kepada nabi Allah. Shia mengikuti ahli bayt yang suci, mengakui dengan satu kepercayaan ‘Abu Talib tidak pernah menyembah berhala; dia adalah salah seorang dari keturunan Ibrahim.’ Pandangan yang sama juga telah dinyatakan di dalam buku sahih ulama kamu.
Sebagai contoh, Ibn Athir berkata di dalam Jam’u’l-usul:, ‘Menurut dari ahli bayt, diantara semua bapa saudara nabi, hanya Hamza, Abbas dan Abu Talib menerima islam.
Persetujuan umum ahli bayt mengenai sesuatu maksud hendaklah dianggap muktamad. Hadith-e-Thalaqain dan hadith yang lain yang telah saya rujuk pada malam yang lalu dengan jelas membuktikan bahawa nabi telah membuat kenyataan yang jelas mengenai ma’sumnya keluarga baginda. Mereka adalah seiring dengan al-Quran dan satu dari Thaqalain [perkara yang berat] yang nabi telah tinggalkan sebagai punca petunjuk kebenaran untuk manusia. Adalah perlu bagi setiap muslim untuk patuh kepada mereka supaya mereka tidak akan tersesat.
Kedua, menurut dari kata-kata ‘Ahli sesabuah rumah lebih mengetahui mengenai ahli keluarga mereka,’ keluarga yang suci ini, lebih mengetahui mengenai keimanan datuk mereka dari Mughira bin Sha’ba, seorang Bani Umayya, Khariji dan Nasibi atau manusia jahil yang lainnya.
Adalah amat memeranjatkan bahawa ulama kamu tidak menerima kenyataan dari ahli bayt nabi, termasuk pemimpin bagi yang wara’, Amirul-Mukminin, yang mana keikhlasan dan kebenarannya telah diakui oleh Allah dan nabiNya. Kesemuanya mengatakan bahawa Abu Talib meninggal sebagai seorang yang beriman. Kamu tidak mempercayainya, tetapi kamu menerima perkataan dari seorang yang telah disahkan pendusta dan keji, Mughira, sebahagian Amawi, Khariji dan Nasibi.
Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali, seorang dari ulama kamu yang terkenal, berkata di dalam Shahr-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 310: ‘Terdapat berbagai pendapat mengenai islamnya Abu Talib. Golongan Imamiya dan kebanyakkan dari Zaidiyya berkata bahawa dia meninggalkan dunia ini sebagai muslim. Selain dari semua ulama shia, sebahagian dari ulama kita yang utama, seperti Abu’l-Qasim Balkhi dan Abu Ja’far Askafi berpegang pada pendapat bahawa Abu Talib memeluk islam, tetapi dia tidak nyatakan kepercayaannya, supaya dia dapat memberikan sepenuh sokongan kepada nabi dan disebabkan oleh pengaruhnya, pihak penentang mungkin tidak menyekat usaha nabi.’

SALAH PENGERTIAN MENGENAI PEMALSUAN HADITH ZUHZAH DIPERJELASKAN.
Sheikh : Nampaknya kamu tidak tahu dengan ‘Hadith Zuhzah’ yang mengatakan, ‘Abu Talib di dalam api neraka’

Shirazi: Itu adalah hadith palsu yang direka pada masa Muawiya bin Abi Sufyan oleh musuh nabi. Kemudian Bani Umayya dan pengikutnya telah meneruskan usaha itu untuk memalsukan hadith menentang Ali Ibn Abi Talib dan menyebarkannya kepada manusia. Mereka tidak mahu menjadikan keimanan Abu Talib menjadi terserlah seperti Hamza dan juga Abbas. Pamalsu hadith Zuhzah adalah juga Mughira, seorang yang keji dan juga musuh Amirul-Mukminin.
Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 159-163; Mas’udi di dalam Muruju’z-Dhahab, dan ulama lain menulis bahawa Mughira telah melakukan penzinaan di Basra. Apabila saksi dibawakan kehadapan khalifa Umar, 3 dari mereka mengaku terhadapnya, tetapi yang keempat telah diajari untuk mengatakan sehingga kesaksiannya diragukan. Makanya yang 3 orang telah dijatuhkan hukuman dan Mughira telah dibebaskan.
Pengarang hadith itu adalah seorang penzina dan pemabuk, yang mana perundangan agama hampir dijatuhkan keatasnya. Dia telah menciptakan hadith itu kerana bencinya dia kepada Amirul-Mukminin dan untuk mengambil hati Muawiya. Kemudian Muawiya dan pengikutnya telah memperkukuhkan hadith palsu ini dengan pengakuan bahawa ‘Abu Talib di dalam neraka.’
Lebih-lebih lagi mereka yang ada kaitan dengan penyampaian hadith itu seperti Abdu’l-Malik Bin Umar, Abdu’l-Aziz Rawandi dan Sufyan Thawri, adalah penyampai yang lemah dan tidak boleh diterima. Fakta ini telah disahkan oleh ilmuan dan pengulas kamu yang mashur, Zahl, yang telah menyatakan di dalam bukunya Mizanu’l-I’tidal, jilid II. Jadi bagaimana sesaorang boleh bergantung kepada hadith yang sebegini, yang telah disampaikan oleh seorang yang terkenal pemalsu dan pemyampai yang lemah?

BUKTI TERHADAP IMAN ABU TALIB.
Terdapat banyak keterangan yang membuktikan keimanan Abu Talib.
[1] Nabi berkata di dalam hadith [cantuman dua jari], ‘Saya dan penyokong anak yatim bersama di dalam syurga seperti jari ini.’
Ibn Abi’l-Hadid juga menyampaikan hadith ini di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid IV, ms 312, di mana dia berkata bahawa adalah nyata kenyataan nabi tidak bermaksud semua penyokong anak yatim, oleh kerana kebanyakkan penyokong anak yatim adalah yang keji. Maka disini nabi maksudkan Abu Talib, dan datuknya yang mashur, Abdul-Muttalib, yang telah memelihara nabi. Nabi telah dikenali di Makah sebagai anak yatim Abu Talib kerana setelah kematian Abdul-Muttalib, nabi, dari usia 8 tahun telah dipelihara oleh Abu Talib.
[2] Terdapat hadith yang terkenal yang telah disampaikan oleh shia dan sunni dengan cara yang berlainan. Sebahagian dari mereka berkata bahawa nabi telah berkata: ‘Jibril datang kepada saya dan memberikan khabar gembira dengan perkataan begini, ‘Allah dengan pastinya telah kecualikan dari api neraka tempat peranakan dimana kamu telah dikeluarkan, tempuni yang menggandungi kamu, susuan yang menyusukan kamu dan peha yang memangku kamu.’ Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, dan Qazi Shukani di dalam Hadith-e-Qudsi telah mengatakan bahawa nabi berkata, ‘Jibril datang kepada saya dan berkata ‘Allah sampaikan salam kepada kamu dan berkata sesungguhnya Dia telah kecualikan dari api neraka tempat peranakkan yang melindungi kamu, tempuni yang menanggong berat kamu dan pangkuan yang menyokong kamu.’
Laporan tersebut dan juga hadith dengan jelas membuktikan keimanan penyokong nabi, terutama Abdul-Muttalib, Abu Talib dan isterinya Fatima bint Asad, dan juga bapa nabi, Abdullah, dan ibunya, Amina bint Wahhab, dan ibu susuannya, Halima.

SYAIR IBN ABIL-HADID PADA MEMUJI ABU TALIB.
[3] Ilmuan terkenal kamu, Izzu’d-din Abdu’l-Hamid Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali, mengubah syair yang berikut di dalam memuji Abu Talib. Mereka merakamkan di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 318, ‘Tanpa Abu Talib dan anaknya Ali ibn Abu Talib, islam tidak mempunyai kecemerlangan atau kekuatan. Abu Talib melindungi nabi di Makah serta menyokongnya, dan Ali pula di Madina. Abi Talib, dari arahan bapanya Abdul-Muttalib, terus menjaga nabi dan Ali serta menyempurnakan tugas tersebut.
Apabila Abu Talib meninggal dunia dengan kehendak Allah, ini tidak menyebabkan sebarang kerugian kerana dia telah tinggalkan Ali sebagai kenanggannya. Abu Talib telah memulakan perkhidmatan yang gemilang untuk Allah dan Ali telah menyempurnakannya kerana Allah.
Kemuliaan Abu Talib tidak dapat dirosakkan oleh kenyataan yang jahil dari seaorang, atau oleh mereka yang ingin melenyapkan kemuliaannya [musuhnya], ianya tidak ubah seperti sesaorang yang mengatakan hari siang yang terang benderang itu malam yang gelap gelita, dengan mengatakan gelap, tidak ada kesannya pada cahaya siang.’

SYAIR ABU TALIB MEMBUKTIKAN KEISLAMANNYA.
[4] Syair Abu Talib yang digubahnya sendiri pada memuji nabi adalah bukti yang nyata terhadap keimanannya. Sebahagian dari syair itu telah dirakamkan oleh Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 316. Lebih lagi ulama kamu seperti Sheikh Abu’l-Qasim Balkhi dan Abu Ja’far Askafi, telah menulisnya sebagai bukti untuk keimanan Abu Talib.
Abu Talib menulis, ‘Saya meminta pelindungan dari Allah, terhadap mereka yang membenci kami atau mengatakan yang buruk mengenai kami, dari mereka yang keji yang mencaci kami dan dari mereka yang mengaitkan perkara kepada agama yang kami telah jauhi.’
Saya bersumpah dengan rumah Allah bahawa dia berdusta yang mengatakan bahawa saya akan meninggalkan Muhammad, walaupun kami lagi memerangi musuhnya dengan pedang dan tombak.
Kami sesungguhnya akan menolong dia sehingga kami dapat menghancurkan musuhnya. Kami akan memberikan kepadanya pengorbanan yang akan melupakan kami kepada isteri dan anak-anak kami.
Cahaya dia adalah yang melalui kegemilangan cahaya wajahnya kami mendapat ribuan rahmat dari Allah.
Dia datang memberikan bantuan kepada yang yatim; dia adalah tempat perlindungan para janda. Yang tidak berkemampuan dari Bani Hashim datang kepadanya meminta bantuan dan telah dicurahi degan beberapa rahmat.
Saya bersumpah dengan diri saya bahawa saya mempunyai kecintaan yang amat kepada Ahmad. Saya cintakan dia seumpama sahabat yang lkhlas.
Saya dapati diri saya sesuai untuk dijadikan korban untuk dirinya, maka saya membantunya seolah dia adalah permata bagi manusia seluruh dunia, kutukan terhadap musuh dan rahmat bagi ummah.
Semuga yang menjadi alam ini menyokong dia dengan pertolonganNya dan juga agamaNya, yang mana adalah jalan Allah, dan tidak terdapat padanya amalan yang salah.’
Terdapat syair khas dari Abu Talib yang Ibn Abil-Hadid rakamkan di dalam Sharh-Nahjul-Balagha, jilid III, ms 312, dan yang lainnya, telah disampaikan sebagai bukti kepada kepercayaannya. Di dalam syair itu dia berkata, ‘Manusia itu mengharap kami untuk menentang islam dengan pedang dan tombak; mereka fikir kami akan membunuh Muhammad. Tetapi muka kami belum lagi diwarnakan darah dengan pertolongan mereka. Saya bersumpah dengan rumah Allah bahawa kamu telah mengatakan kepada ku pendustaan; semoga kamu ditimpa bencana. Hatim dan Zamzam mungkim diisi sehingga penuh dengan kepala terpotong. Kazaliman telah dilakukan kepada Muhammad, yang telah dihantar oleh Allah untuk memberi petunjuk kepada manusia. Dia telah diberkan kitab, yang telah diwahyukan oleh tuhan langit.’
Selain dari keterangan yang jelas, yang telah membuktikan iman Abu Talib, Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 315, menyebutkan syair yang berikut: ‘Kamu menjadi saksi terdapa adanya Allah! Saksikanlah bahawa sesungguhnya saya mengikuti agama nabi Allah, bernama, Ahmad. Yang lain mungkin sesat di dalam agama mereka, tetapi saya adalah seorang yang mendapat petunjuk.’
Tuan-tuan berlaku adillah, dan katakan kepada kami jika penulis syair itu boleh dikatakan seorang yang kafir.

Shekh: Syair itu tidak boleh diterima atas dua sebab. Pertama, tidak ada rantaian berterusan mengenainya. Kedua, tidak terdapat dimana-mana yang boleh dilihat bahawa Abu Talib mengesahkan Islam. Menyampaikan beberapa syairnya tidak dapat dirumuskan sebagai bukti bahawa dia adalah Islam.

Shirazi: Bantahan kamu terhadap rantaian berterusan penyampai amatlah pelik. Bila mana kamu berhasrat, kamu menerima laporan solo sebagai boleh dipercayai dan jika kamu tidak berhajat, kamu menggunakan senjata kurangnya rantaian penyampai.
Jika kamu fikirkan sejenak, jika syair ini tidak disampaikan sacara berterusan oleh individu tertentu, walau pun begitu, tetapi jika ambil secara keseluruhan, ianya telah membuktikan bahawa Abu Talib percaya terhadap kerasulan nabi. Terdapat banyak perkara yang semacam ini dimana rantaian penyampainya ditentukan dengan cara yang sama seperti diatas. Sebagai contoh pertemporan Amirul-Mukminin dan juga contoh pada keberaniannya bergantung pada penyampai yang solo. Tetapi jika diambil secara keseluruhan, laporan itu membentuk satu rupa berterusan, yang telah dapat memberikan kepada kita pengetahuan yang diperlukan terhadap keberaniannya. Kemurahan Hatim dan keadilan Nushirwan telah diketahui dengan cara yang sama.
Oleh kerana kamu terlalu suka dengan rantaian berterusan penyampai, sila beritahu kami bagaimana kamu buktikan bahawa hadith Zuhza telah disampaikan dengan jayanya.

PENGESAHAN KEPERCAYAAN ABU TALIB KEPADA ALLAH PADA SAAT KEMATIANNYA.
Terhadap bantahan kamu kedua, jawapan saya amat mudah. Adakah perlu untuk menyatakan pengesahan sesaorang terhadap ke Esaan Allah, kerasulan nabi, hari kebangkitan dan seterusnya dalam bentuk prosa. Tetapi jika sesaorang menyatakan kepercayaannya dalam bentuk syair, tidakkah ianya mencukupi, ‘Kamu yang percaya kepada Allah, bersaksilah bahawa sesungguhnya saya mengikuti agama nabi Allah, Ahmad.’ Ia mempunyai kesan yang sama seperti dia telah katakan dalam bentuk prosa.
Selain itu, dia mengesahkan kepercayaannya pada saat kematian dalam bentuk prosa juga. Seyyed Muhammad Rasuli Bazranji, Hafiz Abu Nu’aim, dan Baihaqi telah menyampaikan bahawa sekumpulan ketua Quraish, termasuk Abu Jahl dan Abdullah bin Abi Umayya datang kepada Abu Talib apabila dia akan meninggal dunia. Pada ketika itu nabi berkata kepada bapa saudaranya Abu Talib, '‘Katakan bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah,’ supaya saya boleh menjadi saksi dihadapan Allah.’ Dikala itu juga Abu Jahl dan Abi Umayya berkata, ‘Abu Talib! Adakah kamu akan berpaling dari kepercayaan Abdul-Muttalib?’ Mereka mengulangi kata-kata tersebut berulang kali sehingga Abu Talib berkata, ‘Kamu seharusnya mengetahui bahawa Abu Talib mengikuti kepercayaan Abdul-Muttalib.’ Keputusannya mereka semua pergi dengan merasa senang. Apabila tanda-tanda kematian kelihatan pada Abu Talib, sudaranya Abbas, yang sedang duduk pada penjuru katil, melihat bibirnya bergerak-gerak. Apabila dia cuba mendengarkan apa yang dikata Abu Talib, dia mendengar Abu Talib berkata, ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah,’ Abbas berkata kepada nabi, ‘Anak saudaraku! Saya bersumpah dengan tuhan bahawa saudara saya Abu Talib telah mengatakan apa yang engkau arahkan supaya dia katakan.’ Oleh kerana Abbas pada masa itu belum memeluk islam, dia tidak menyebutkan kata-kata itu.
Kami telah buktikan pada mulanya bahawa keturunan nabi semuanya yang beriman di dalam ke Esaan Allah. Kamu harus tahu bahawa adalah mustahak untuk Abu Talib mengatakan dia mengikuti kepercayaan Abdul-Muttalib. Dia telah memuaskan orang-orang itu, dan yang sebenarnya dia mengesahkan kepercayaannya di dalam ke Esaan Allah kerana Abdul-Muttalib mengikuti kepercayaan nabi Ibrahim. Lebih-lebih lagi dia mengucapkan kata-kata ‘tidak ada tuhan melainkan Allah’ Jika kamu mempelajari fakta sejarah mengenai Abu Talib, kamu pasti akan mengakui bahawa dia adalah seorang yang beriman.

PERTUKARAN NABI BERSAMA DENGAN ABU TALIB PADA PENGISTIHARAN KERASULANNYA.
Pada hari pengistiharan kerasulannya, nabi bersama dengan bapa saudaranya Abbas pergi kepada Abu Talib dan berkata kepadanya, ‘Sesungguhnya, Allah telah mengarah saya untuk menyampaikan perintahNya; sesungguhnya Dia telah menajadikan saya rasulNya; maka bagaimana kamu melayani saya?’
Abu Talib adalah pemimpin Bani Quraish, ketua Bani Hashim, dan manusia yang paling dihormati pada pandangan masyarakat penduduk Makah. Dia telah membesarkan nabi. Jika dia seorang yang kafir, pada ketika itu juga dia telah menentangnya. Dan jika dengan pembuktian itu tidak mencukupi; nabi yang telah datang kepada dia untuk meminta pertolongan di dalam menyebarkan kerasulannya, Abu Talib setelah melihat bahawa itu adalah bertentangan dengan agamanya, tentu telah memperingatkan nabi atau sekurang-kurangnya menghalau nabi keluar dari tempatnya. Penolakkan sedemikian tentu telah menghalang nabi dari tugasnya yang besar. Agama Abu Talib [jika dikatakan kafir] tentu telah terselamat, dan pasti dia mendapat kepujian dari sekutunya. Abu Talib boleh memarahi nabi sebagaimana Azar telah lakukan kepada anak saudaranya Ibrahim.

PENGISTIHARAN KERASULAN IBRAHIM DAN PERBUALANNYA DENGAN AZAR.
Di dalam al-Quran, Allah maha besar memberitahu bagaimana Ibraham Khalilu’r-Rahman telah ditinggikan sebagai nabi Allah. Dia berkata kepada bapa saudaranya, Azar, ‘Wahai bapaku! Sesungguhnya pengetahuan telah sampai kepada saya yang tidak sampai kepada kamu; maka ikutilah saya, saya akan memandu kamu kejalan yang benar,’ [19:43] ‘Dia berkata, ‘Engkau tidak suka tuhan aku, wahai Ibrahim? Jika kamu tidak berhenti, Saya akan pasti memarahi kamu; tinggalkanlah aku untuk waktu yang lama.’ [19:46]

ABU TALIB MEMBERITAHU NABI SOKONGANNYA YANG PENUH DAN JUGA MEMBACAKAN SYAIR PADA MEMUJI ISLAM.
Tetapi sebaliknya, apabila nabi meminta pertolongan dia, Abu Talib berkata, ‘Wahai anak saudaraku! Teruskanlah dengan misi kamu. Sesungguhnya kamu adalah tinggi di dalam kedudukan, terkuat di dalam kaum dan yang paling suci di dalam jalinan keturunan keluarga. Saya bersumpah dengan Allah bahawa lidah yang mengatakan sesuatu yang buruk kepada kamu akan dijawab oleh saya dengan pedang yang tajam. Demi Allah, keseluruh kaum Arab akan berlutut dihadapan kamu, sebagaimana binatang berlutut dihadapan tuannya.
Lebih lagi dia mengubah ayat-ayat yang berikut, merujuk kepada misi nabi. Ini telah dirakamkan oleh Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh-Nahjul-Balagha, jilid III, ms 306, dan Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira nya ms 5:-
Saya bersumpah dengan Allah bahawa manusia itu dengan pengikutnya tidak akan sampai kepada kamu, sehingga aku menghantar mereka semua kekuburannya.
Maka teruskanlah melaksanakan tugas kamu. Saya berikan khabar gembira mengenai kejayaan kamu. Sejukkanlah mata kamu dengannya.
Kamu telah memanggilku kepada agama mu. Aku percaya bahawa kamu telah memandu aku kejalan yang benar; kamu pastinya yang paling benar dan yang paling dipercayai.
Kamu telah membawa kepada kami agama yang aku tahu amat baik dari segala agama
Jika aku tidak takut pada ancaman dan tindakkan balasan, kamu akan dapati aku menyokong kamu dengan secara terangan.
Syair ini menunjukkan bahawa Abu Talib mengesahkan Muhammad sebagai rasul Allah. Terdapat banyak lagi syair sedemikian yang Ibn Abil-Hadid rakamkan di dalam sharh-nahjul-balagha dan ramai ulama yang lain telah tuliskan di dalam buku mereka.

ABU TALIB ADALAH PENYOKONG DAN PENJAGA NABI.
Kebanyakkan dari ulama kamu telah merakamkan fakta ini. Kamu boleh merujuk Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi’s Yanabiu’l-Mawadda, bab 52, yang mana dia menyampaikan dari Abu Uthman Amr Bin Bahr Jahiz bahawa, menulis mengenai Abu Talib, dia berkata, ‘Abu Talib adalah penyokong nabi dan rasul. Dia menulis banyak syair pada memuji nabi. Dia adalah pemimpin Quraish.’
Bukti yang nyata ini menunjukkan keilhlasan kepercayaan Abu Talib. Telah pasti Bani Umayya menggalakkan manusia mengutuk pemimpin bagi yang beriman, Amirul-Mukminin, dan juga cucu nabi, Hasan dan Husain. Mereka juga mengadakan hadith yang mengutuk Imam yang suci dan memalsukan laporan bahawa bapanya meninggal dunia sebagai seorang kafir. Pemberita itu adalah yang terkutuk Mughira bin Sha’ba, seorang yang memusuhi Ali dan bersahabat dengan Muawiya. Khariji dan Nasibi menyebarkan pandangan itu bahawa Abu Talib adalah seorang kafir. Orang awam telah dibawa kepada mempercayai bahawa itu adalah pandangan yang benar. Adalah amat pelik bahawa kamu menganggap Abu Sufyan, Muawiya dan Yazid [semoga kutukan Allah keatas mereka] orang yang beriman dan muslim, walaupun terdapat pertunjuk yang banyak pada yang sebaliknya. Dan bahkan mereka telah mengatakan Abu Talib kafir walaupun terdapat bukti yang nyata yang menunjukkan dia adalah yang kuat beriman.

TIDAK WAJAR MEMANGGIL MUAWIYA ‘KHALU’L-MU’MININ’.
Sheikh: Adakah wajar untuk kamu memanggil Khalu’l-Mu’minin [bapa saudara yang beriman], Muawiya bin Abu Sufyan ‘kafir’ dan selalu mengutuknya.Bolehkan kamu memberitahu kami apakah bukti bahawa Muawiya bin Abu Sufyan dan Yazid adalah kafir dan berhak dikutuk. Dua manusia yang terkenal ini adalah diantara para khalifa. Bahkan Muawiya adalah keduanya Khalu’l-Mu’minin [bapa saudara yang beriman], dan juga Katib-e-Wahi [penulis wahyu].

Shirazi: Bolehkan kamu mengatakan bagaimana Muawiya menerima gelaran Khalu’l-Mu’minin [bapa saudara yang beriman]?

Sheikh: Oleh kerana adik perempuan Muawiya, Umme Habiba, adalah isteri nabi dan Ummul-Mukminin [ibu yang beriman] maka abangnya Muawiya Khalu’l-Mu’minin [bapa saudara yang beriman]

Shirazi: Pada pendapat kamu kedudukan Ummul-Mukminin Aisha lebih tinggi atau Umme Habiba, adik perempuan Muawiya?

Sheikh: Walaupun mereka berdua Ummul-Mukminin, pastinya Aisha lebih cemerlang dari Umme Habiba.

Shirazi: Menurut dari kriteria kamu, semua saudara dari isteri nabi adalah Khalu’l-Mu’minin [bapa saudara yang beriman]. Maka kenapa kamu tidak memanggil Muhammad bin Abi Bakr Khalu’l-Mu’minin? Menurut kamu bapanya lebih tinggi dari Muawiya, dan kakaknya lebih tinggi dari adik perempuan Muawiya. Tidak! Muawiya sebagai Khalu’l-Mu’minin tidak punya sebarang asas kebenaran.

MUAWIYA MENGATAKAN TAKBIR PADA KESYAHIDAN IMAM HASAN.
Abu’l-Faraj Ispahani di dalam Maqatilu’t-Talibin, Ibn Abdu’l-Bar di dalam Isti’ab, Mas’udi di dalam Isbatu’l-Wasiyya, dan banyak lagi ulama telah menyampaikan bahawa Asma Ju’da, dengan arahan dan janji dari Muawiya, memberi racun kepada Abu Muhammad Hasan Ibn Ali. Ibn Abdu’l-Bar dan Muhammad Bin Jarir Tabari telah juga mengatakan bahawa apabila Muawiya telah diberitahu atas wafatnya Imam yang suci, dia melaungkan takbir [Allah mana besar] Ya pastinya manusia terkutuk seperti ini akan dipanggil Khalu’l-Mu’minin menurut kamu!!!

MUHAMMAD BIN ABI BAKR TELAH DIBUNUH DAHAGA DAN DIBAKAR MENJADI ABU KERANA CINTAKAN AHLI BAYT.
Tetapi lihatlah kepada Muhammad ibn Abi Bakr, yang telah dibesarkan oleh Amirul-Mukminin dan seorang dari sahabat karib ahli bayt yang suci.
Berkata mengenai keluarga yang suci ini, dia berkata, ‘Wahai keturunan Fatima! Kamu adalah tempat keselamatan untuk saya dan juga petunjuk. Adalah melalui kamu pada hari pengadilan, yang amalan baik saya akan nampak dan menjadi lebih bererti. Oleh kerana cinta saya untuk kamu ikhlas, saya tidak memperduli jika orang yang disebelah saya menyalak.’
Walaupun dia adalah anak dari khalifa pertama, Abu Bakr, dan saudara kepada Ummul-Mukminin Aisha, dia tidak digelar Khalu’l-Mu’minin. Dia telah dizalimi dan dihalang dari warisan bapanya!!
Apabila Amr bin As dan Muawiya bin Khadij menawan Mesir, bekalan air kepada Muhammad bin Abu Bakr telah dipotong. Apabila dia hampir mati dengan kehausan, dia telah dibunuh. Dia kemudian dibungkus dengan kulit keldai dan bungkusan itu telah dibalingkan kedalam api. Apabila Muawiya mengetahui perkara ini, dia merasa amat gembira.
Mendengar kepada fakta ini, kamu tidak bertanya mengapa manusia terkutuk ini membuat anak Abu Bakr, Khalu’l-Mu’minin, Muhammad bin Abu Bakr; dengan begitu kejam. Tetapi apabila Muawiya dikutuk, kamu terus menjadi marah. Maka kamu telah lihat penentangan terhadap keturunan nabi, dan ianya berterusan sehingga kehari ini.
Oleh kerana Muhammad bin Abu Bakr adalah seorang dari sahabat keurunan nabi, kamu tidak memanggilnya Khalu’l-Mu’minin, atau menyesali diatas pembunuhannya. Dan oleh kerana Muawiya adalah musuh ketat ahli bayt keturunan nabi, kamu mengelarkan dia Khalu’l-Mu’minin. Allah selamatkan kami fanatik yang buta tuli!!

MUAWIYA BUKAN PENULIS WAHYU TETAPI HANYA PENULIS SURAT.
Kedua, Muawiya bukanlah penulis wahyu. Dia memeluk islam pada tahun kesepuluh Hijrah apabila wahyu telah selesai diturunkan. Yang sebenarnya dia adalah penulis surat. Dia telah menyebabkan kesusahan yang amat sangat kepada nabi. Pada tahun kelapan Hijrah apabila Makah ditawan dan Abu Sufyan memeluk islam, Muawiya menulis banyak surat kepada bapanya, memarahinya kerana dia telah menerima islam. Apabila keseluruh semenanjung Arab dan sekitarnya tuduk kepada pengaruh islam, Muawiya sendiri telah terpaksa memeluk islam. Dengan melakukan itu dia telah kehilangan semua yang dibanggakannya. Kemudian Abbas meminta nabi memberikan kepada Muawiya sedikit kedudukan supaya tidak merasa terhina. Memandangkan kepada sokongan bapa saudaranya, nabi melantik Muawiya sebagai penulis surat.

BUKTI TERHADAP KAFIRNYA MUAWIYA.
Ketiga, terdapat banyak ayat di dalam al-Quran dan hadith membuktikan bahawa dia adalah kafir dan berhak kepada kutukan.

Sheikh: Saya hendak mendengar ayat-ayat al-Quran dan hadith itu.

Shirazi: Hanya sebahagian yang akan saya myatakan. Jika saya hendak mengatakan semuanya, ia akan membentuk sebuah buku. Muslim di dalam Sahih nya, mengatakan Muawiya adalah penulis nabi. Mada’ini berkata, ‘Sa’id bin Thabit adalah penulis wahyu dan Muawiya biasanya menulis surat untuk nabi kepada Arab yang lain.’

KETERANGAN DARI SURAH AL-QURAN DAN HADITH, MUAWIYA DAN YAZID ADALAH TERKUTUK.
[1] Sila rujuk kepada ayat 60 Surah 17 Bani Israel. Pengulas dari ulama kamu, seperti Tha’labi, Imam Fakhru’d-din Razi, dan yang lainnya berkata bahawa nabi melihat di dalam mimpinya bahawa Bani Umayya, seperti monyet, naik dan turun dari mimbarnya. Kemudiannya Jibril membawa ayat yang suci ini, ‘Dan apabila Kami katakan kepada kamu: Sesungguhnya Tuhanmu meliputi manusia. Dan Kami tidak menjadikan penglihatan yang Kami tunjukkan kepada kamu melainkan sebagai percubaan untuk manusia dan pokok yang terkutuk di dalam al-Quran juga. Dan Kami menjadikan mereka ketakutan, tetapi ianya hanya menambahkan kepada kedurhakaan mereka.'’[17:60]
Allah maha besar telah memanggil Bani Umayya, yang pemimpinnya adalah Abu Sufyan dan Muawiya, ‘pokok terkutuk’ di dalam al-Quran. Muawiya, yang menjadi dahan yang kuat pada pokok ini, pastinya terkutuk.
[2] Lagi Allah maha besar berkata, ‘Tetapi jika kamu berkuasa, kamu pastinya membuat kerosakkan dibumi dan memutuskan perhubungan persaudaraan. Mereka itulah yang Allah telah kutuk maka Dia telah menjadikan dia pekak dan buta matanya.’ [47:22-23]
Di dalam ayat ini mereka yang melakukan kerosakkan dibumi dan memutuskan tali persaudaraan telah dikutuk oleh Allah. Siapakah yang lebih merosakan dari Muawiya, yang mana khalifanya adalah terkenal dengan amalan kezaliman. Selain itu dia telah memutuskan ikatan persaudaraan.
[3] Juga Allah berkata di dalam al-Quran, ‘Sesungguhnya mereka yang mengatakan perkara yang jahat mengenai Allah dan rasulNya, Allah telah mengutuk mereka di dalam dunia ini dan juga diakhirat, dan dia telah menyediakan untuknya siksaan yang menghinakan.’ [33:57]
Pastinya menyakitkan Amirul-Mukminin dan kedua cucu nabi Hasan dan Husain begitu juga Ammar-e-Yasir dan sahabat terkenal yang lain adalah umpama menyakitkan nabi sendiri juga. Oleh kerana Muawiya telah menyakiti manusia yang wara’ ini, dia, menurut dari ayat al-Quran yang jelas, pastinya terkutuk didunia ini dan juga diakhirat.
[4] Di dalam surah Mukminun Allah berkata, ‘Pada hari dimana alasan mereka tidak memberikan faedah kepada mereka yang keji dan untuk mereka adalah kutukan dan untuk mereka tempat tinggal yang jahat.’ [40:52]
[5] Di dalam surah Hud, Dia berkata, ‘Sekarang sesungguhnya kutukan Allah kepada mereka yang zalim.’ [11:18]
[6] Di dalam surah al-Araf [Tempat yang ditinggikan] Allah berkata, ‘Kemudian yang memanggil akan panggil kepada mereka bahawa kutukan Allah keatas mereka yang zalim.’ [7:44]
Begitu juga banyak ayat lain yang diwahyukan mengenai mereka yang zalim. Telah jelas, bagi setiap mereka yang zalim dikutuk. Saya tidak fikir ada diantara kamu yang akan menafikan kezaliman yang dilakukan oleh Muawiya. Maka jelaslah pada fakta bahawa dia adalah zalim, cukuplah pada menerima kutukkan dari Allah, dari segala bukti yang nyata kita juga boleh mengutuk mereka yang menerima kutukkan dari Allah.
[7] Di dalam surah an-Nisa Allah berkata, ‘Dan sesiapa yang membunuh orang beriman dengan sengaja, hukuman baginya adalah neraka; dia akan tinggal di dalamnya, dan Allah akan hantar siksaan kepadanya dan mengutuknya dan menyediakan untuknya siksaan yang amat pedih.’ [4:93]

PEMBUNUHAN TERHADAP ORANG BERIMAN YANG TERKENAL SEPERTI IMAM HASAN, AMMAR HAJAR BIN ADI MALIK ASHTAR DAN MUHAMMAD BIN ABI BAKR ATAS ARAHAN MUAWIYA..
Ayat al-Quran dengan jelas mengatakan bahawa jika sesaorang membunuh seorang yang beriman dengan sengaja, dia berhak menerima kutukkan dan tempat tinggalnya adalah neraka. Tidakkah Muawiya bersekutu di dalam pembunuhan orang yang beriman? Tidakkah dia yang mengarahkan terhadap pembunuhan Hajar Ibn Adi dan tujuh orang sahabatnya? Tidakkah dia yang mengarahkan supaya Abdur-Rahman bin Hasan Al-Ghanzi ditanam hidup-hidup?
Ibn Asakir dan Yaqub Bin Sufyan di dalam buku sejarah mereka; Baihaqi di dalam Dala’il; Ibn Abdu’l-Bar di dalam Isti’ab; dan Ibn Athir di dalam Kamil telah mengatakan bahawa Hajar Bin Adi, salah seorang sahabat yang terkenal, dan bersama tujuh orang sahabatnya telah dibunuh dengan kejam oleh Muawiya. Kesalahan mereka, kerana enggan mengutuk Ali.
Imam Hasan adalah cucu nabi yang pertama. Tidakkah dia terjumlah di dalam Ashab-e-Kisa [mereka yang dibawah selimut]? Bukankah dia salah seorang dari ketua remaja disyurga dan yang beriman, yang mempunyai kedudukan tertinggi? Menurut dari kenyataan Mas’udi, Ibn Abdu’l-Bar, Abu’l-Faraj Ispahani, Tabaqa oleh Muhammad Bin Sa’d, Tadhkira oleh Sibt Ibn Jauzi, dan ulama sunni yang lain, Muawiya menghantar racun kepada Asma’ Ju’da dan menjanjkan kepada dia bahawa jika dia membunuh Hasan Ibn Ali, Muawiya akan memberi kepadanya 100 000 dirham dan akan mengahwinkannya dengan anaknya Yazid. Adakah kamu teragak-agak untuk memanggil Muawiya terkutuk? Tidakkah fakta yang sebenar, bahawa di dalam peperangan Siffin sahabat nabi yang agung Ammar Yasir, telah syahid atas arahan Muawiya? Kesemua ulama kamu mengatakan dengan satu kenyataan bahawa nabi telah berkata kepada Ammar Yasir, ‘Tidak beberapa lama lagi kamu akan dibunuh oleh sekumpulan penentang yang sesat.’
Adakah kamu masih ragu bahawa ribuan muslim beriman telah dibunuh oleh pegawai Muawiya? Tidakkah perwira yang gagah dan ikhlas telah diracun oleh arahan Muawiya? Bolehkan kamu nafikan bahawa pegawai tertinggi Muawiya, Amr bin As dan Muawiya bin Khadij, secara kejam mensyahidkan gabenor Imam Amirul-Mukminin, yang wara’ Muhammad bin Abi Bakr? Tidak puas dengan itu mereka masukkan badannya kedalam kulit keldai dan membakarnya. Jika saya hendak berikan kepada kamu secara khusus mereka yang beriman yang telah dibunuh oleh Muawiya dan pegawainya, ianya memerlukan bukan satu malam malah beberapa malam.

PEMBUNUHAN 30 000 ORANG YANG BERIMAN OLEH BUSR BIN ARTAT DENGAN ARAHAN MUAWIYA.
Kekejaman yang paling besar adalah Busr bin Artat telah membunuh ribuan orang yang beriman atas perintah Muawiya. Abu’l-Faraj Ispahani dan Allama Samhudi di dalam Ta’rikhu’l-Medina, Ibn Khallikan, Ibn Asakir dan Tabari di dalam sejarah mereka; Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid I, dan ramai lain dari ulama kamu telah menulis bahawa Muawiya mengarahkan Busr menyerang San’a dan Yaman dari Madina dan Makah. Dia berikan arahan yang sama kepada Zuhak bin Qais Al-Fahri dan yang lain. Abu’l-Faraj mengatakannya dengan perkataan ini, ‘Sesiapa sahaja dari sahabat dan shia Ali yang dijumpai hendaklah dibunuh, walaupun wanita dan kanak-kanak, jangan dibiarkan hidup.’ Dengan arahan yang tegas ini, mereka keluat dengan tenaga askar 3 000 orang dan menyerang Madina, San’a, Yaman, Ta’if dan Najran. Apabila mereka sampai ke Yaman, gabenornya, Ubaidullah Ibn Abbas telah keluar dari kota. Mereka memasukki rumahnya dan membunuh kedua-dua anaknya, Sulayman dan Dawud diatas pangkuan ibunya.
Ibn Abi’l-Hadid menulis di dalamSharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 121, bahawa di dalam serangan ini 30 000 telah terbunuh, tidak termasuk yang mati terbakar.
Adakah tuan-tuan masih ragu yang Muawiya berhak pada kutukan?

MUAWIYA MENGARAHKAN SUPAYA ALI DIKUTUK.
Diantara bukti yang jelas bahawa Muawiya adalah kafir dan berhak kutukkan adalah secara umum penolakkannya terhadap Amirul-Mukminin dan arahannya kepada manusia untuk membaca kutukkan terhadap Imam di dalam qunut [doa di dalam solat] mereka. Fakta ini telah disahkan oleh kita berdua shia dan sunni. Bahkan ahli sejarah bangsa lain telah merakamkan bahawa amalan yang hina itu telah diarahkan secara terbuka, dan ramai yang telah terbunuh kerana tidak menyebutkan kutukan tersebut. Amalan ini telah diberhentikan oleh khalifa Umayya, Umar bin Abdil-Aziz.
Mereka yang mengutuk adik nabi, suami Fatima, Amirul-Mukminin Ali Ibn Abi Talib, dan yang mengarahkan orang lain melakukan pastinya dikutuk. Fakta ini telah dirakamkan oleh semua ulama terkenal di dalam buku sahih mereka, Sebagai contoh Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Imam Abu Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam Khasa’isu’l-Alawi, Imam Tha’labi dan Imam Fakhru’d-in Razi di dalam Tafsir (ulasan), Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira, Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Dailami di dalam Firdaus, Muslim Bin Hajjaj di dalam Sahih, Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, Ibn Sabbagh Maliki di dalam Fusulu’l-Muhimma, Hakim di dalam Mustadrak, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, Abraham Hamwaini di dalam Fara’id, Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib, Imamu’l-haram di dalam Dhakha’iru’l-Uquba, Ibn Hajar di dalam Sawa’iq, dan ulama yang lainnya telah menyampaikan dengan sedikit perbezaan perkataan, mengatakan bahawa nabi telah berkata, ‘Sesiapa yang menghina Ali, sebenarnya menghina saya; yang menghina saya sebenarnya telah menghina Allah.’
Dailami di dalam Firdaus, Sulayman Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda telah menyampaikan bahawa nabi telah berkata, ‘Sesiapa yang menyakiti Ali, sebenarnya telah menyakiti saya, dan kutukan Allah keatas mereka yang telah menyakiti saya.’ Ibn Hajar Makki di dalam Sawa’iq menyebut satu hadith mengenai akibat terhadap sesaorang yang mengutuk terhadap mana-mana dari keturunan nabi. Dia mengatakan bahawa nabi berkata, ‘Jika sesiapa mengutuk ahli bayt saya, semoga kutukkan Allah diatasnya.’
Dari itu Muawiya pastinya terkutuk. Sebagaimana yang disampaikan oleh Ibn Athir di dalam Kamil, Muawiya biasa mengutuk Ali, cucu-cucu nabi, Hasan dan Husain dan juga Abbas dan Malik Ashtar di dalam qunut solat harian.
Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan di dalam Musnad dan beberapa punca bahawa nabi Allah berkata, ‘Jika sesiapa melukakan Ali dia akan dilayani sebagai yahudi atau kristian pada hari pengadilan.’ Pastinya kamu semua telah tahu bahawa adalah satu dari hukum islam bahawa memanggil Allah dan nabi dengan nama yang hina membawa kepada kafir.
Muhammad Bin Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bahagian X, mengatakan bahawa satu ketika Abdullah Ibn Abbas and Sa’id Ibn Jabir melihat pada pinggir telaga zamzam sekumpulan orang Syria menghina Ali. Mereka pergi mendapatkannya dan berkata, ‘Siapa diantara kamu yang menghina nabi Allah?’ Orang Syria menjawa, ‘Tiada siapa diantara kami yang menghina nabi Allah.’ Kemudian mereka berkata, ‘Baik, siapa diantara kamu yang menghina Ali?’ Orang Syria berkata, ‘Ya, kami telah menghina Ali,’
Kemudian Abdullah dan Sa’id berkata, ‘Kamu harus menjadi saksi bahawa kami mendengat nabi berkata kepada Ali, ‘Sesiapa yang menghina kamu, sesungguhnya telah menghina saya; sesiapa yang menghina saya telah menghina Allah. Jika sesiapa yang menghina Allah, Dia akan menlontarkan mereka kedalam neraka.’

PARA SAHABAT NABI DITAHAP YANG BERBEZA PADA PEMAHAMAN.
Sheikh: Adakah wajar bagi orang yang berkaliber seperti kamu, mengutuk sahabat nabi yang terhormat? Tidakkah terdapat fakta bahawa Allah telah mewahyukan beberapa ayat pada memuji sahabat nabi dan berikan berita gembira dengan penyampaiannya. Dan khalu’I-Mukminin Muawiya, yang pastinya sahabat yang terhormat, berhak pada pujian yang dikandongi oleh ayat tersebut. Tidakkah menghina para sahabat bersamaan dengan menghina Allah dan nabi?

Shirazi: Mungkin kamu telah terlupa pada apa yang saya telah katakan dimalam yang lalu. Tiada siapa menafikan terdapat ayat yang diwahyukan pada memuji para sahabat. Tetapi jika kamu faham pengertian sahabat atau kawan, kamu akan mengakui bahawa ayat yang diwahyukan pada memuji sahabat bukanlah ditujukan secara umum. Kita tidak boleh menganggap bahawa kesemuanya adalah suci.
Tuan yang dihormati! Kamu tentu faham bahawa ‘sahabat’ secara lisan bererti ikatan dua insan. Maka ia boleh bererti tinggal bersama atau sebagaimana yang difahami secara umum, menolong atau memberikan bantuan kepada yang lain. Menurut bahasa Arab, al-Quran dan hadith, sahabat nabi merujuk kepada yang menghabiskan masa hidupnya bersama dengan nabi, sama ada dia muslim ataupun kafir. Maka interpretasi kamu bahawa semua para sahabat berhak syurga adalah salah. Itu bertentangan dengan minda yang sihat dan juga hadith.

DALAM AYAT AL-QURAN ’SAHAB’ DAN ‘SAHABA’, BERETI RAKAN TIDAK MEMPUNYAI PENGERTIAN PENGHORMATAN.
Saya akan berikan lagi ayat al-Quran sebagai tambahan dan hadith sahih dari ulama sunni supaya kamu jangan tersalah faham mengenai perkataan ‘sahabat’. Perkataan ini telah digunakan untuk semua sahabat, sama ada mereka muslim ataupun kafir.
[1] Di dalam surah Najm [bintang], Allah berkata kepada yang kafir, ‘Sahabat kamu tidak membuat salah, dan tidak juga sesat.’ [53:2]
[2] Di dalam surah Saba [Sheba] Allah berkata, ‘Katakan, aku menyuruh kamu pada satu perkara, bahawa kamu bangun untuk Allah secara berpasangan atau sendirian, kemudian fikirkan; sahabat kamu tidak dirasuk.’ [34:46]
[3] Di dalam surah Kahf [Gua] Allah berkata, ‘dan berkata ia kepada sahabatnya sedang ia berselisih dengan dia: Saya punyai harta yang lebih dari kamu dan lebih ramai pengikut.. ‘ [18:34]
[4] di dalam surah yang sama, Allah berkata, ‘Sahabatnya berkata kepada dia sedang ia berselisih dengan dia: Adakah kamu percaya kepada Dia, yang menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitik mani, kemudian Dia menjadikan kamu manusia yang sempurna.’ [18:37]
[5] Di dalam surah al-A’raf [tempat yang ditinggikan], Allah berkata, ‘Tidakkah mereka bayangkan bahawa sahabat mereka bukannya gila? Dia hanya sekadar memberi peringatan.’ [7:184]
[6] Di dalam surah An’am [ternakkan], Allah berkata, ‘Katakan: haruskan kita memanggil selain dari Allah, yang tidak memberi faedah kepada kami amhupun menganiaya kami, dan haruskan kami berpatah kebelakang setelah Allah membimbing kami, seperti mereka yang syaitan telah membuat mereka jatuh kebinggongan didunia. Dia mempunyai sahabat yang mengajak kepada jalan yang benar [berkata], ‘Marilah kepada kami’ Katakan sesungguhnya petunjuk Allah, adalah petunjuk yang benar, dan kita diarah supaya menyerah kepada tuhan alam ini.’ [6:71]
[7] Di dalam surah Yusuf, dia berkata, ‘[Yusuf berkata kepad dua orang sahabatnya yang kafir] Wahai sahabat aku di penjara berdua! Adakah banyak tuhan lebih baik dari Allah, yang satu, yang berkuasa?’ [12:39]
Ini adalah beberapa ayat yang saya telah sampaikan sebagai contoh. Adalah jelas bahawa perkataan ‘sahaba’, ‘sahib’ ‘musahib’ dan ‘ashab’ tidak mempunyai kaitan khusus kepada muslim. Ianya digunakan kepada muslim dan bukan muslim sama sahaja. Sebagaimana saya telah katakan, sesaorang yang mempunyai hubungan sosial dengan seorang yang lain dipanggil musahib atau ashab. Sahabat nabi dirujuk kepada mereka yang mempunyai hubungan sosial dengan diri baginda.
Sudah pasti diantara para sahabat nabi dan diantara mereka yang duduk-duduk dalam kumpulannya, terdapat segala jenis manusia, baik dan jahat, yang beriman dan juga hipokrit. Ayat yang diwahyukan pada memuji para sahabat tidak boleh dikatakan untuk mereka semua. Ianya hanya merujuk kepada sahabat yang baik. Adalah benar bahawa tidak ada nabi yang terdahulu mampunyai sahabat yang terkenal seperti yang ada kepada nabi kita. Sebagai contoh sahabat pada Badr, Uhud dan Hunain yang telah berdiri teguh dengan berlalunya dugaan masa. Mereka telah menolong nabi dan teguh dengan keputusan.
Tetapi diantara sahabatnya terdapat beberapa orang yang berperangai buruk, musuh kepada nabi dan ahli baytnya, manusia seperti Abdullah bin Ubayy, Abu Sifyan, Hakam bin As, Abu Huraira, Thalabi, Yazid bin Sufyan, Walid Bin Aqaba, Habib Bin Musailima, Samra Bin Jundab, Amr Bin As, Busr Bin Artat (seorang zalim yang hauskan darah manusia), Mughira Bin Sha’ba, Mu’awiya Bin Abi Sufyan, and Dhu’s-Sadiyya. Manusia ini, semasa hidup nabi dan juga setelah nabi wafat, telah memyebabkan bencana yang besar kepada manusia. Seorang yang seperti itu adalah Muawiya, yang nabi telah kutuk masa hidup baginda. Setelah wafatnya nabi, apabila Muawiya mempunyai peluang, dia bangun memberontak dengan nama mencari pembalasan terhadap pembunuhan Uthman dan telah menyebabkan pertumpahan darah yang banyak diantara muslim. Di dalam pembunuhan ini ramai dari sahabat nabi yang terhormat, seperti Ammar Yasir telah terbunuh syahid. Nabi sendiri telah meramalkan akan syahidnya. Saya telah sampaikan hadith mengenai kejadian itu.

AL-QURAN YANG SUCI MEMUJI SAHABAT YANG BAIK DAN JUGA MENGUTUK SAHABAT YANG JAHAT.
Terdapat banyak ayat dari al-Quran dan hadith yang memuji sahabat yang terkenal dan wara serta beriman. Dan terdapat juga banyak ayat dan hadith yang mengutuk para sahabat yang keji.

Sheikh: Bagaimana kamu boleh mengatakan bahawa sahabat nabi menyebabkan kekacauan umum?

Shirazi: Ini bukan sahaja kata-kata saya. Allah di dalam sura ahli Imran berkata: ‘Jika dia [Muhammad] mati atau terbunuh, adakah kamu akan berpaling semula?’ [3:144]
Selain dari itu dan ayat yang lain dari al-Quran, Ulama kamu, termasuk Bukhari, Muslim, Ibn Asakir, Yaqub Bin Sufyan, Ahmad Bin Hanbal, Abdu’l-Bar, dan lainnya telah merakamkan laporan dan hadith mengenai kutukan terhadap sebahagian sahabat. Saya akan merujuk hanya dua hadith. Bukhari menyatakan dari Sahl Ibn Sa’d dan Abdullah Ibn Mas’ud bahawa nabi Allah berkata, ‘Saya akan menunggu kamu dipancutan Kauthar. Apabila sekumpulan dari kamu telah sesat dari jalan saya. Saya akan berkata, ‘Wahai Allah! Mereka semua adalah sahabat saya!’ Kemudian jawapan dariNya akan sampai kepada saya, ‘Kamu tidak tahu apakah perubahan yang mereka telah adakan selepas kamu.’
Dan lagi Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Tabrani di dalam Kabir, dan Abu Nasr Sakhri di dalam Ibana menyampaikan dari Ibn Abbas bahawa nabi berkata, ‘Saya hendak menyelamatkan kamu dari siksaan neraka. Saya meminta kamu takutlah kepada neraka dan janganlah membuat perubahan pada agama Allah. Apabila saya mati dan berpisah dengan kamu, saya akan berada dipancutan Kauthar. Sesiapa yang sampai kepada saya disana selamat. Dan pada penghujung masa apabila saya dapati ramai dari manusia di dalam siksaan tuhan, saya akan berkata, ‘Wahai Allah! Ini adalah manusia dari ummah saya,’ Jawapannya akan sampai, ‘Sesungguhnya, mereka ini kebali kebelakang sesudah kamu.’ Menurut dari kenyataan Tabrani di dalam Kabir, jawapannya adalah, ’Kamu tidak tahu apakah perubahan yang mereka adakan selepas kamu. Mereka menerima agama mereka yang terdahulu.’

ABU TALIB SEORANG YANG KUAT BERIMAN.
Kamu menekankan bahawa Muawiya dan Yazid adalah muslim walaupun banyak kesalahan mereka telah dirakamkan di dalam buku kamu. Sebahagian dari ulama sunni menulis sebuah buku mengenai kutukan terhadap mereka, tetapi kamu masih berkeras mengatakan bahawa mereka berhak dipuji dan bahawa Abu Talib yang beriman tulus kamu katakan kafir.
Memang dapat dilihat kata-kata begini adalah hasil dari kebencian terhadap Amirul-Mukminin Ali. Kamu cuba membantah hujah yang membuktikan kekafiran dan hipokritnya Muawiya dan Yazid. Dan bahkan kamu menolak kenyataan Abu Talib secara terbuka mengenai imannya kepada Allah dan nabi.

BUKTI TAMBAHAN TERHADAP IMAN ABU TALIB.
Bukankah ianya satu fakta bahawa ahli bayt nabi telah mengatakan bahawa Abu Talib adalah seorang yang beriman dan dia mati sebagai yang beriman? Tidakkah Asbagh Bin Nabuta, seorang yang dipercayai, telah menyampaikan dari Amirul-Mukminin bahawa dia berkata, ‘Saya bersumpah dengan Allah bahawa bapa saya, Abu Talib, datuk saya Abdul-Muttalib Hashim dan Abdul-Munaf tidak pernah menyembah berhala.’
Adakah wajar bahawa kamu menolak kenyataan Ali dan ahli bayt yang suci dan memberikan kepujian kepada kenyataan yang terkutuk Mughira, Amawis, Khariji, Nasibi dan musuh-musuh lain Amirul-mukminin.

JAFAR TAYYAR MEMELUK ISLAM ATAS ARAHAN BAPANYA.
Lebih-lebih lagi ramai ulama kamu, termasuk Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha telah menulis bahawa satu hari Abu Talib datang ke masjid dan melihat nabi sedang sembahyang. Ali sedang sembahyang pada sebelah kanan baginda. Abu Talib mengarahkan anaknya Jafar, yang bersama dengannya dan belum lagi memeluk islam, ‘berdirilah disebelah sepupu kamu dan lakukan sembahyang bersamanya’ Jafar pergi berdiri kesebelah kiri nabi dan mula bersembahyang. Pada ketika itu Abu Talib mengubah syair ini, ‘Sesungguhnya Ali dan Jafar adalah kekuatan saya dan penghibur di dalam kesusahan dan kekeciwaan. Wahai Ali dan Jafar! Janganlah tinggalkan berdampingan dengan sepupu kamu dan anak saudara ku, tetapi bantulah dia. Saya bersumpah, saya tidak akan meninggalkan nabi. Bolehkah sesiapa meninggalkan kumpulan nabi yang begitu mulia?’
Maka itu adalah pandangan semua ulama kamu bahawa Jafar memeluk islam dan melakukan sembahyang dengan nabi adalah arahan dari Abu Talib.

NABI MENANGIS DENGAN KEMATIAN ABU TALIB DAN MENDOAKAN RAHMAT ALLAH PADANYA.
Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha dan Ibn Jauzi di dalam Tadhkirat-e-Khawasu’l-Umma mengatakan dari Tabaqat-e-Muhammad Ibn Sa’d, yang menyampaikan dari Waqidi dan Allama Seyyed Muhammad Bin Seyyed Rasul Barzanji di dalam Kitabu’l-Islam Fi’l-‘am-o-Aba’-e-Seyyedu’l-An’am, kenyataan dari Ibn Sa’d dan Ibn Asakir, yang menyampaikan dari punca yang sahih dari Muhammad Bin Ishaq bahawa Ali berkata, ‘Apabila Abu Talib meninggal dan saya memberitahu nabi Allah mengenainya, baginda menangis. Kemudian dia berkata kepada saya, ‘Pergi dan mandikan jasadnya di dalam persediaan untuk pengkebumian, balut dirinya dengan kafan dan kebumikan dia. Semoga Allah merahmatinya dan keampunan keatasnya!’
Adakah dibolehkan oleh islam untuk melakukan upacara pengkebumian kepada kafir? Adakah dibenarkan kepada kita untuk mengatakan bahawa nabi mendoakan kerahmatan Allah keatas orang kafir dan musyirik? Nabi tidak meninggalkan rumahnya untuk beberapa hari dan berterusan mendoakan untuk keamanan abadi Abu Talib.

SAJAK ALI UNTUK BAPANYA ABU TALIB.
Jika kamu merujuk Tadhkira oleh Sibt Ibn Jauzi, ms.6 kamu akan lihat apa yang Amirul-Mukminin kata di dalam sajak pujiannya kepada bapanya, ‘Wahai Abu Talib, kamu adalah syurga bagi mereka yang mencari perlindungan, hujan rahmat bagi tanah yang gersang, cahaya yang menembusi kegelapan. Kematian kamu telah meruntuhkan tiang keselamatan. Sekarang yang Memberi Manfaat telah berikan rahmatNya keatas kamu. Allah telah mengambil kamu kepadaNya, kamu adalah bapa saudara yang terbaik kepada nabi.’
Bolehkah dipercayai bahawa seorang yang telah dipenuhi dengan keimanan akan menulis sajak pujian kepada seorang yang mati di dalam kekafiran?

ABU TALIB MENYEMBUNYIKAN KEIMANANNYA SEDANG HAMZA DAN ABBAS MENGISTIHARKANNYA.
Sheikh: Jika Abu Talib seorang yang beriman, mengapa dia tidak mengatakan kepercayaannya sebagaimana saudaranya, Hamza dab Abbas telah lakukan?

Shirazi: Terdapat perbezaan yang besar diantara Abbas, Hamza dan Abu Talib. Hamza tidak tahu takut dan perkasa bahawa semua penduduk Makah takut kepadanya. Dia memeluk Islam telah membuktikan pertolongan yang besar kepada nabi.
Abbas bagaimana pun tidak menyatakan islamnya begitu sahaja. Ibn Abdu’l-Bar menulis di dalam Isti’ab bahawa Abbas memeluk islam sedang dia berada di Makah, tetapi dia menyembunyikan kepercayaannya dari manusia ramai. Apabila nabi berhijarah dari Makah, Abbas juga berhajat untuk bersama dengannya. Tetapi nabi menulis kepadanya bahawa peninggalannya di Makah adalah penting bagi dirinya [nabi]. Maka dia tinggal di Makah dan selalu menghantar berita kepada nabi dari sana. Para musyirik membawa dia bersama mereka di dalam peperangan Badr. Apabila orang kafir dikalahkan, dia dibawa sebagai tawanan. Pada hari penaklukan Khaibar akhirnya dia dibenarkan untuk menyatakan keimanannya.
Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 56, ms 226 mengatakan dari Dhakha’iru’l-Uquba oleh Imamu’l-Haram Abu Ja’far Ahmad Bin Abdullah Tabari Shafi’i, yang menyampaikan dari Faza’il oleh Abu’l-Qasim Ilahi bahawa ahli ilmuan tahu bahawa Abbas telah memeluk islam semenjak dari mula lagi tetapi dia telah merahsiakannya. Di dalam peperangan Badr apabila dia telah datang bersama musyirik, nabi berkata kepada muslim, ‘Sesiapa yang melihat Abbas janganlah membunuhnya kerana dia terpaksa mengikut mereka yang kafir. Dia telah bersedia untuk hijrah, tetapi saya menulis kepadanya bahawa dia harus tinggal disana dan memberikan saya maklumat mengenai mereka yang kafir.’ Pada hari Abu Rafii memberitahu nabi bahawa Abbas menyatakan penerimaannya kepada islam, nabi telah membebaskan Abu Rafii.

MENGAPA ABU TALIB MENYEMBUNYIKAN KEIMANANNYA.
Jika Abu Talib menyatakan keimanannya, semua kaum Quraish dan kesemua kaum Arab akan bersatu menentang Bani Hashim. Abu Talib memahami perlunya dia menyembunyikan keislamannya. Dia berpura patuh kepada Quraish supaya dapat melindungi aktivitinya daripada musuh.
Selagi Abu Talib masih hidup keadaan yang sama berterusan, dan nabi dilindungi. Tetapi dengan kematian Abu Talib Jibril mencul dihadapan nabi dan berkata, ‘Sekarang kamu hendaklah meninggalkan Makah. Selepas Abu Talib kamu tidak mempunyai penolong disini.’
Sheikh: Adakah islam Abu Talib diketahui semasa nabi Allah, dan adakah kommuniti percaya kepadanya?

Shirazi: Ya, ianya diketahui umum dan mereka menyebutkan namanya dengan penuh hormat.

KEIMANAN ABU TALIB DIKETAHI UMUM SEMASA HIDUP NABI.
Sheikh: Bagaimana mungkin bahawa semasa hidupnya nabi perkara ini selalu disebutkan dan menjadi pengetahuan umum kepada semua, tetapi selepas 30 tahun, pandangan yang berbeza telah menjadi peganggan disebabkan oleh hadith yang palsu?

Shirazi: Ini bukanlah satu perkara yang unik. Kerap sesuatu yang diterima pada masa nabi, telah bertukar sepenuhnya dari yang asal disebabkan hadith yang dipalsukan. Perundangan dan amalan agama yang dipaksakan semasa hidup nabi telah ditinggalkan sama sekali selang beberapa tahun disebabkan oleh pengaruh manusia.

PERKAHWINAN MUT’A DAN HAJJ NISA ADALAH HALAL SEHINGGA KEMASA ABU BAKR TETAPI TELAH DIHARAMKAN OLEH UMAR.
Sheikh: Sila nyatakan satu contoh bagi perubahan yang sedemikian.

Shirazi: Ada banyak contoh; dua mencukupi untuk menunjukkan maksud saya. Saya akan bincangkan mut’a dan hajj nisa. Kedua golongan setuju dua amalan ini adalah biasa semasa hidupnya nabi. Lebih lagi ianya telah diamalkan semasa khalifa Abu Bakr dan juga sebahagian masa khalifa Umar. Tetapi khalifa Umar telah memusingkan sepenuhnya peraturan al-Quran. Dia berkata, ‘Dua mut’a telah diamalkan semasa hayat nabi. Sekarang saya menjadikan keduanya haram dan akan menghukum mereka yang didapati melakukan amalan itu.’
Apa yang halal oleh Allah kini telah diharamkan. Perintah Umar telah tersebar luas dan dengan membuta tuli telah dipatuhi sehingga perundangan yang asal kini telah lenyap. Sehingga hari ini saudara sunni menganggap mut’a adalah bid’ah dari shia.
Jika kehendak Umar boleh memutarkan perintah Allah dan juga fakta sejarah yang mut’a telah diamalkan, kini bolehkan kamu percaya bahawa keimanan Abu Talib yang telah diketahui umum boleh dinafikan?

Sheikh: Adakah kamu katakan bahawa jutaan muslim telah melanggar perintah al-Quran dan juga sunnah nabi? Ingat seluruh dunia memanggil kami sunni iaitu pengikut sunnah. Shia dipanggil Rafizi iaitu yang menyimpang dari sunnah nabi.

SUNNI SEBENARNYA RAFIZI DAN SHIA ADALAH SUNNI.
Shirazi: Keadaan sebenarnya shia adalah sunni, iaitu mereka mengikuti al-Quran dan juga sunnah nabi. Kamu adalah Rafizi kerana kamu melanggar perintah al-Quran dan arahan nabi.

Sheikh: Ini adalah aneh! Kamu telah menukarkan jutaan muslim kepada Rafizi. Bolehkan kamu kemukan hujah pada menyokong maksud ini?

Shirazi: Saya telah pun memberitahu kamu pada malam yang lalu bahawa nabi mengarahkan kita supaya selepas baginda kita hendaklah mengikuti al-Quran dan keturunannya. Tetapi kamu dengan sengaja meninggalkan keturunan nabi dan mengikuti yang lain. Kamu menolak amalan nabi. Kamu meninggalkan manusia suci itu dengan arahan dari dua sheikh kamu dan kemudian kamu memanggil pengikut sunnah nabi Rafizi.
Diantara perintah lain yang jelas di dalam al-Quran yang mengatakan, ‘Dan ketahuilah bahawa apa sahaja yang menguntungkan kamu, sa perlima darinya adalah untuk Allah dan rasul dan juga kerabat terdekat dan anak-anak yatim dan yang memerlukan dan yang bermusafir.’ [8:4] Rasul patuhi perintah ini dan memberikan khums [1/5] dari kekayaan yang diperolehi dari pihak musuh kepada yang beriman dan kerabatnya. Tetapi kamu menentang amalan ini.
Mut’a adalah satu lagi


Pertemuan Yang Kesembilan Jumaat malam, 2 Sha’ban 1345 Hijrah (c)
Mut’a adalah satu lagi insiden pada maksud itu. Mengikut dari perintah Allah dan telah disahkan oleh nabi dan para sahabatnya. Amalan ini telah berterusan dimasa khalifa Abu Bakr dan juga sebahagian dari masa khalifa Umar. Tetapi dengan perintah Umar kamu semua telah menjadikan ianya haram apa yang Allah telah halalkan. Lebih-lebih lagi kamu telah menolak sunnah nabi. Dan bahkan kamu mengelar diri kamu sunni dan mengatakan kami Rafizi.
Kahlifa Umar sendiri tidak memberikan sebarang alasan atas sebab apa dia melanggar arahan tuhan. Ulama sunni telah cuba dengan sedaya upaya hendak membuktikan bahawa keputusan Umar adalah benar.

HUJAH PADA HALALNYA MUT’A.
Sheikh: Bolehkan kamu buktikan akan halalnya mut’a? Bolehkan kamu buktikan khalifa Umar melanggar perintah Quran dan juga sunna nabi?
Shirazi: Bukti yang paling kuat telah diberikan oleh al-Quran. Di dalam surah an-Nisa Allah berkata: ‘…Maka kepada mereka yang kamu dapat manfaat [dari mut’a] berilah mahar bagi mereka sebagaimana yang dijanjikan…’[4:24]
Pastinya perintah al-Quran adalah wajib selama-lamanya melainkan jika ianya dibatalkan oleh al-Quran itu sendiri. Oleh kerana ianya tidak dibatalkan, arahan itu kekal sampai bila-bila.

Sheikh: Bagaimana ayat itu tidak dikaitkan kepada perkahwinan yang kekal? Itu adalah ayat yang sama yang memberikan arahan mengenai membayar semula mahar.

Shirazi: Kamu telah keliru pada tujuan utama. Ulama kamu yang terkenal seperti Tabari di dalam Tafsir-e-Kabir, bahagian V dan Imam Fakhru’d-din Razi di dalam Tafsir-e-Mafatihu’l-Ghaib, bahagian III, telah mengesahkan bahawa ayat itu merujuk kepada mut’a.
Selain dari terjemahannya yang jelas dari ulama dan pengulas kamu, kamu juga sedar bahawa keseluruh surah an-Nisa, terdapat beberapa bentuk ikatan dan perkahwinan telah disebutkan: nikah [perkahwinan kekal], mut’a [perkahwinan semtara], dan perkahwinan dengan mulik-e-Yamin [orang suruhan]. Untuk perkahwinan kekal, al-Quran mengatakan di dalam surah an-Nisa: ‘Kemudian kahwinilah wanita yang kelihatan baik kepada kamu, dua dan tiga dan empat; tetapi jika kamu khuatir bahawa diri kamu tidak dapat berlaku adil [diantara mereka], maka hanya satu atau apa yang dimilikki oleh tangan kanan kamu.’ [4:3]
Mengenai Mulk-e-Yamin Allah berkata: Dan sesiapa diantara kamu yang tidak mempunyai kelayakkan untuk berkahwin dengan wanita merdeka, maka [dia boleh berkahwin] kepada yang tangan kanan kamu miliki diantara wanita yang beriman; dan Allah mengetahui keiman kamu: sebagaimana kamu saling berhubung; maka kahwinilah mereka dengan izin tuan mereka dan berikanlah mahar mereka dengan adil.’ [4:25]
Arahan pada ayat 4 dari surah an-Nisa yang bererti bahawa, ‘…yang pada mereka kamu dapat manfaat [dari mut’a] berilah kepada mereka maharnya sebagaimana yang didpersetujui…’ adalah untuk mut’a atau perkahwinan sementara. Ianya tidak boleh kepada perkahwinan kekal, jika tidak, ia akan bererti bahawa di dalam bab yang sama arahan mengenai perkahwinan tetap telah diulangi dua kali, ini telah menyalahi undang-undang, dan jika ianya untuk mut’a, maka ini adalah bukti bahawa ia kekal dan dari arahan yang berbeza.
Kedua, bukan sahaja shia tetapi semua muslim bersetuju bahawa mut’a telah diamalkan semasa permulaan islam. Para sahabat yang terkenal telah mengamalkannya di masa hidup nabi. Jika ayat itu dirujuk pada perkahwinan kekal maka yang mana ayat mut’a? Sebagai bukti inilah dia ayat mengenai mut’a, yang pengulas kamu telah menerimanya. Tidak ada ayat di dalam al-Quran yang membatalkan perintah itu.

AHLI SUNNA DENGAN HALALNYA MUT’A.
Telah dikatakan di dalam Sahih oleh Bukhari dan Musnad oleh Imam Ibn Hanbal dari Abu Raja pada pengesahan dari Imran Ibn Hasin bahawa ‘ … ayat mut’a telah diwahyukan di dalam kitab Allah. Maka kami mengamalkan menurut sebagaimana yang diperintahkan pada masa nabi. Tidak ada ayat yang diturunkan untuk menjadikan ianya haram, dan tidak juga nabi melarangnya.’ Satu orang telah memutuskan untuk mengubah perundangan itu. Bukhari mengatakan bahawa orang itu adalah Umar.
Muslim di dalam Sahihnya, bahagian satu, di dalam bab Nikatul-Mut’a berkata, ‘Hasan Halwa’i mengatakan kepada kami bahawa dia telah diberitahu oleh Abdur-Razzaq, yang telah diberitahu oleh Ibn Jarih, yang telah diberitahu oleh Ata bahawa Jabir Ibn Abdullah Ansari datang ke Makah untuk melakukan umrah dan mereka datang menemuinya pada tempat kediamannya. Manusia tanya banyak soalan kepadanya. Apabila mereka sampai kepada soalan mut’a dia berkata, ‘Ya, kami biasa mengamalkan mut’a semasa hidup nabi dan juga semasa khalifa Abu Bakr dan Umar.’ Juga di dalam buku yang sama bahagian I, di dalam bab al-mut’a Bil-Hajj wal-Umra, ianya telah disampaikan dengan pengesahan Abi Nazara bahawa dia berkata, ‘Saya berada bersama dengan Jabir Ibn Abdullah Ansari apabila sesaorang datang dan berkata, ‘Terdapat perbezaan pendapat diantara Ibn Abbas dan Ibn Zubair mengenai dua mut’a, Mut’atu’n-Nisa and Mut’atu’l-Hajj.’ Maka Jabir berkata, ‘Kami telah melakukan keduanya pada masa hidupnya nabi. Kemudian Umar melarangnya, kami tidak dapat melakukan.’
Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, bahagian I, ms 25, menyampaikan dari Abu Nazara yang mengatakan dengan cara yang lain. Juga keduanya menyampaikan kenyataan yang lain dari Jabir bahawa dia berkata, ‘Dimasa hidupnya nabi dan Abu Bakr, kami biasa mengamalkan mut’a dengan beberapa genggam kurma dan tepong sehinggalah Umar mengharamkannya di dalam insiden Amr bin Harith.’
Hamidi di dalam bukunya Jam’-e-Bainu’s-Sahihain, menyampaikan dari Abdullah Ibn Abbas bahawa dia berkata, ‘Kami biasa mengamalkan mut’a semasa hidupnya nabi. Apabila Umar menjadi khalifa, dia berkata bahawa, ‘Allah yang berkuasa telah menjadikan halal apa yang dihajatiNya untuk nabiNya. Sekarang nabi telah mati, dan al-Quran mengambil tempatnya. Maka apabila kamu memulakan hajj atau umra, kamu hendaklah menyelesaikan semuanya sebagaimana Allah mengarahkan kamu. Kamu hendaklah bertaubat atau menahan diri dari mut’a. Bawakan kepada aku orang yang melakukan mut’a supaya akau akan merejamnya dengan batu.’
Terdapat banyak laporan yang sedemikian di dalam buku kamu yang boleh dipercayai, yang menunjukkan bahawa mut’a adalah halal semasa hidupnya nabi. Para sahabat mengamalkannya sehinggalah Umar mengharamkannya.
Selain dari kenyataan itu, sebahagian dari para sahabat, seperti Ubayy Ibn Ka’b, Ibn Abbas, Abdullah Ibn Mas’ud, Sa’id Ibn Jabir and Sa’d telah membaca ayat mut’a dengan cara ini, ‘Dan dengan mereka yang kamu telah bermut’a sehinggalah sampai waktu yang telah ditetapkan.’
Jarullah Zamakhshari menyatakan di dalam Kashshaf dari Ibn Abbas dan juga Muhammad Bin Jarir Tabari di dalam Tafsir-e-Kabir dan Imam Fakhru’d-din Razi di dalam Tafsir-e-Mafatihu’l-Ghaib, jilid III, menulis mengenai ayat suci itu dan Imam Nuwi di dalam Sharh-e-Muslim, bab I, Nikatu’l-Mut’a mengatakan dari Nazari bahawa Qazi Ayaz mengatakan bahawa “Abdullah Bin Mas’ud, seorang penulis wahyu, biasa membacakan ayat itu dengan cara yang sama, iaitu, ‘sehingga kepada waktu yang ditetapkan.’
Imam Fakhru’d-din Razi, setelah menyebutkan kenyataan oleh Ubayy Ibn Ka’b dan Ibn Abbas, berkata, ‘Ummah tidak menolak cara bacaan tersebut dengan cara itu, maka apa yang saya telah katakan telah diterima melalu ijma.’ Dan lagi pada muka surat sebelahnya dia berhujah dengan cara yang sama, ‘Pembacaan itu dengan jelas membuktikan bahawa mut’a terdapat dalam perundangan agama. Kami tidak mempunyai pendapat yang lain bahawa mut’a telah dibenarkan dimasa hidupnya nabi.’

PERINTAH KEBENARAN PADA MUT’A TIDAK DIBATALKAN.
Sheikh: Bolehkan kamu buktikan bahawa ianya halal semasa nabi tetapi tidak dibatalkan kemudian?

Shirazi: Terdapat banyak bukti bahawa ianya tidak dibatalkan. Hujah yang paling meyakinkan adalah mut’a telah dibenarkan pada masa hidupnya nabi sehingga kepertengahan masa khalifa Umar.
Kenyataan khalifa Umar telah disampaikan secara umum oleh ulama kamu. Mereka telah menulis bahawa dia telah naik kemimbar dan berkata, ‘Pada masa nabi dua mut’a telah dibenarkan. Saya jadikan keduanya haram, dan jika sesiapa yang melakukan, saya akan menghukumnya.’

Sheikh: Apa yang kamu katakan adalah benar, tetapi maksud saya adalah terdapat banyak arahan yang pada mulanya dimasa nabi dibenarkan tetapi ianya dibatalkan kemudian. Mut’a juga dibenarkan pada mulanya, tetapi kemudian ianya dilarang.

Shiarzi: Oleh kerana dasar pada agama adalah al-Quran, jika semua perundangan yang terdapat di dalam al-Quran dan ianya di batalakn, maka pembatalan perundangan itu juga terdapat di dalam al-Quran. Sekarang beritahu kami dimana di dalam al-Quran yang arahan ini telah dibatalkan.

Sheikh: Di dalam surah 23 Mukminin, ayat 6 membatalkan arahan ini. Ianya mengatakan, ‘Melainkan terhadap isterinya, atau yang dimiliki tangan kanannya, sesungguhnya mereka tidak dipersalahkan.’ [23:6]
Ayat itu mengatakan dua syarat untuk perhubunga kelamin: perkahwinan atau perhubungan dengan hamba. Maka ayat ini membuktikan bahawa perundangan pada mut’a telah dibatalkan.

Shirazi: Ayat itu tidak membuktikan apa-apa bahawa mut’a telah dibatalkan; malah mengesahkannya. Wanita yang bersatu secara mut’a adalah isteri yang sebenar bagi lelaki. Jika dia bukan isteri sebenar, Allah tidak akan mengarahkannya supaya membayar mahar. Lebih lagi surah Mukminin telah diwahyukan sedang nabi berada di Makah, surah an-Nisa sedang baginda berada di Madina. Pastinya surah dari Makah mendahului surah dari Madina. Bolehkah surah A membatalkan surah B, jika surah A datang sebelum surah B?

PARA SAHABAT YANG TERKENAL DAN IMAM MALIK MENEKANKAN BAHAWA PERUNDANGAN MUT’A TIDAK DIBATALKAN.
Abdullah Ibn Abbas, Abdullah Ibn Mas’ud, Jabir Ibn Abdullah Ansari, Salama Ibn Akwa’, Abu’dh-Dharr Ghifari, Subra Bin Ma’bad, Akwa’ Bin Abdullah Al-Aslami dan Imran Bin Hasin telah menyatakan bahawa perundangan mut’a tidak dimansuhkan. Lebih-lebih lagi para ulama kamu yang terkanal juga berpendapat bahawa ianya tidak dimansuhkan. Sebagai contoh Jarullah Zamakhshari, di dalam Tafsir-e-Kashshaf mengenai kenyataan Abdullah Ibn Abbas bahawa ayat mut’a adalah salah satu dari perundangan yang jelas di dalam al-Quran, dimana sebutannya tidak diulangi. Imam Malik bin Anas juga mengatakan bahawa mut’a adalah halal dan ianya tidak dimansuhkan.
Mulla Sa’idu’d-din Taftazani di dalam Sharh-e-Maqasid, Burhanu’d-din Hanafi di dalam Hidaya, Ibn Hajar Asqalani idi dalam Fathu’l-Bari dan lainnya juga telah mengatakan kenyataan itu dan keputusan Malik yang mengatakan, “mut’a adalah halal. Ianya dibolehkan agama. Ianya halal, sebagaimana disahkan oleh Ibn Abbas, telah diketahui oleh semua dan kebanyakkan dari para sahabatnya dari Yaman hingga ke Makah telah mengamaikannya. Ditempat yang lain dia berkata, ‘Mut’a adalah halal oleh kerana ianya telah dibenarkan, dan halal dan bolehnya disahkan dan tidak pernah dibatalkan.’ Kamu boleh lihat sehingga Malik meninggal tidak terdapat keterangan yang perundangan itu telah dimansuhkan.
Lebih lagi pengulas kamu seperti Zamakhshari, Baghawi, dan Imam Tha’labi telah menerima pendapat Ibn Abbas dan para sahabat terkenal yang lain dan percaya akan halalnya mut’a.

SEMUA SYARAT PERKAHWINAN TELAH DIPENUHI OLEH MUT’A.
Sheikh: Oleh kerana tidak ada peruntukan untuk wanita yang bersatu dengan cara mut’a, seperti warisan, cerai, selepas cerai [iddah] dan saraan, sebagaimana yang diperuntukkan pada seorang isteri, maka dia tidak boleh menjadi isteri sebenar.

Shirazi: Wanita yang bersatu dengan seorang lelaki secara mut’a, telah dipelihara oleh semua syarat sebagaimana seorang isteri, melainkan apa yang telah nafikan secara munasabah. Mut’a adalah umpama nikah, yang memberikan hak kepada seorang wanita sebagai isteri. Untuk kesenangan bagi ummah dan untuk menyelamatkan mereka dari tidak berperaturan, sebahagian dari syarat dan adat telah diketepikan. Sebagaimana pada syarat, pertama, tidak pernah dibuktikan bahawa warisan adalah syarat yang perlu bagi perkahwinan. Ramai wanita, walaupun menjadi isteri, tidak menerima warisan dari pihak suaminya. Sebagai contoh isteri yang tidak taat atau mereka yang membunuh tidak mendapat pusaka.
Kedua, tidak dinyatakan dengan terang bahawa wanita yang bersatu secara mut’a telah dinafikan haknya pada warisan. Pakar perundangan telah berbeza pendapat mengenainya, dan perbezaan yang demikian terdapat juga diantara kamu.
Ketiga, pandangan imamiya secara keseluruhan bahawa wanita yang bersatu secara mut’a juga memerhatikan waktu iddahnya. Waktu terpendek baginya telah ditetapkan 45 hari. Jika suaminya meninggal dunia maka iddah yang biasa bagi wanita begini adalah 4 bulan 10 hari, sama ada dia pernah bersama dengan suaminya ataupun tidak, atau sama ada dia telah melewati umur haidnya ataupun tidak.
Keempat, hak pada saraan, bukan juga syarat mutlak bagi perkahwinan. Terdapat ramai wanita yang tidak diberikan saraan, seperti mereka yang tidak taat atau yang membunuh suami mereka.
Kelima, tammatnya tempoh yang telah depersetujui, dengan sendirinya adalah penceraian mereka. Begitu juga dengan persetujuan suaminya, dia boleh diceraikan sebelum sampai waktu yang telah ditetapkan.
Maka tidak ada satu pun syarat yang kamu katakan mempunyai apa-apa kesanperbezaan. Seorang ulama shia yang terkenal, Allama Jamalu’d-Din Hilli (Hasan Bin Yusuf Bin Ali Bin Mutahhar), telah memberikan secara mendalam hujah yang sama pada menjawab pandangan yang sama dari ulama kamu. Saya telah merujuk kepadanya secara ringkas. Sesiapa yang berhajat untuk mempelajarinya secara mendalam, bolehlah merujuk kepada Allama Hilli’s Mabahithat-e-Sunniyya wa Ma’rifat-e-Nussairiyya.

ADAKAH ARAHAN AL-QURAN UNTUK MUT’A TELAH DIMANSUHKAN OLEH NABI.
Sheikh: Selain dari ayat al-Quran terdapat juga banyak hadith yang mengatakan bahawa perundangan mengenai mut’a telah dibatalkan semasa nabi.

Shirazi: Sila katakan mengenai arahan pembatalan.

Sheikh: Ianya telah disampaikan dengan sedikit perbezaan. Sebahagian dari penyampai berkata bahawa ianya telah dikatakan pada hari penaklukkan Khaibar; sebahagian mengatakan pada hari penaklukkan Makah, sebahagian yang lain mengatakan pada haji terakhir; dan sebahagian lagi pada hari Tabuk. Yang lain lagi berpendapat bahawa arahan pada pembatalan telah disampaikan pada peristiwa Umratul-Qaza [haji selamat tinggal]

HUJAH MENGENAI PEMBATALANNYA SEMASA HAYAT NABI.
Shirazi: Panyampaian yang bertentangan itu dengan jelas membuktikan bahawa tidak ada arahan pembatalan yang sedemikian. Dan bagaimana kenyataan itu boleh dipercayai, yang sebaliknya, terdapat banyak hadith yang mengatakan di dalam Sahih-e-Sitta, Jam’-e-Bainu’s-Sahihain, Jam’-e-Bainu’s-Sahih-e-Sitta, Musnad dsb dari sahabat yang terkenal yang membuktikan bahawa ayat itu tidak dibatalkan sehingga khalifa Umar.
Hujah yang paling jelas bahawa ulama kamu sendiri telah mengatakan kenyataan khalifa Umar yang berkata, ‘Saya jadikan kedua-dua mut’a yang telah dilakukan pada masa hayat nabi, haram.’ Jika terdapat mana-mana ayat atau arahan dari nabi, tentu khalifa berkata, ‘Menurut dari arahan nabi dan disokong ayat al-Quran, jika sesiapa melakukan larangan yeng telah diadakan pada perundangan, saya akan menghukum dia.’ Kenyataan yang sedemikian lebih menekankan kepada manusia. Tetapi dia hanya sekadar mengatakan: ‘Dua mut’a yang dibenarkan pada masa nabi, saya menjadikannya haram.’
Jika sekiranya apa yang kamu katakan adalah benar dan ayat mut’a telah dimansuhkan, mengapa anak murid nabi seperti Abdullah Ibn Abbas, Imran Bin Hashim dan para sahabat yang lain tidak bertindak keatasnya. Ahli hadith dan juga ahli sejarah kamu, termasuk Bukhari dan Muslim telah merakamkan fakta itu. Semua ini dengan jelas telah membuktikan bahawa dari semenjak masa nabi hingga kepada masa khalifa Umar para sahabat mengikuti arahan perundangan.

BOLEHKAN KHALIFA UMAR MEMBATALKAN MUT’A.
Maka adalah jelas bahawa mut’a akan terus halal sehingga bila-bila. Abu Isa Muhammad Bin Sawratu’t-Tirmidhi di dalam buku Sunan, yang telah dianggap sebagai satu dari enam buku Sahih oleh kamu, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam, bahagian II, ms 95, dan Ibn Athir di dalam Jam’u’l-Usul telah menyampaikan bahawa seorang Syria telah bertanya Abdullah bin Umar bin Khattab, apa pendapatnya mengenai mut’a-e-nisa. Dia berkata, ‘Sudah pasti ianya halal.’ Orang itu berkata lagi, ‘Tetapi bapa kamu, khalifa, melarang manusia dari melakukannya.’ Dia berkata, ‘Ia telah diarahkan oleh nabi; maka ia telah dilarang oleh bapa saya; arahannya tidak boleh melebihi arahan nabi. Saya adalah pengikut arahan nabi.’
Dari laporan yang telah disampaikan, mungkin manusia kemudiannya telah memalsukan hadith supaya dapat menyokong kenyataan khalifa Umar. Perkara ini amat jelas untuk meminta penjelasan tambahan. Fakta yang sebenar kamu tidak punya keterangan yang sebenar pada haramnya mut’a selain dari kenyataan khalifa Umar.

Sheikh: Kenyataan khalifa itu sendiri adalah hujah yang kukuh untuk semua muslim dan mereka perlulah patuh kepadanya. Jika dia tidak mendengar dari nabi, tentu dia tidak mengatakan begitu.

Shirazi: Adakah kenyataan khalifa sungguh berkuasa bahawa muslim mesti patuh padanya? Saya tidak pernah melihat satu pun hadith di dalam buku kamu, yang mana nabi berkata bahawa kenyataan Umar bin Khattab adalah punca agama yang telah disahkan atau muslim mesti patuh padanya. Tetapi sebaliknya buku kamu penuh dengan hadith yang dipercayai yang mengatakan kita hendaklah mengikuti keturunannya, terutama Ali. Saya telah merujuk kepada hadith tersebut pada malam yang lalu. Ahli bayt nabi telah mengatakan perundangan mut’a tidak dibatalkan.
Kamu mengatakan bahawa jika Umar tidak mendengarkan arahan pembatalan dari nabi, dia tentu tidak mengatakan apa yang telah dilakukan, tetapi ini dengan mudah dapat dibantah. Pertama, jika dia pernah mendengar pembatalan pada hukum mut’a dari nabi, dia tentu telah mengatakan mengenainya pada masa hidupnya nabi sehinggalah pada masanya. Ini telah menjadi sesuatu yang perlu kerana dia melihat sendiri para sahabat mengamalkannya, dan telah menjadi tugas dia untuk mengingatkan manusia bahawa amalan mut’a telah dimansuhkan. Mengapa dia tidak menjalankan tugasnya dan menghalang kekejian?
Kedua, amalan mut’a adalah sesuatu kebiasaan bagi ummah, dengan arahan dari nabi sahaja amalan itu boleh dibatalkan. Tentu tidak ada kelewatan pada melaksanakan kes ini. Bolehkah diterima oleh akal jika arahan untuk ummah telah disebarkan, dan kemudiannya dibatalkan, bolehkah nabi tidak mengatakan kepada sesiapa pun melainkan Umar? Dan bolehkah diterima akal yang Umar tidak memberitahu sesiapa mengenainya sehingga kepertengahan masa khalifanya? Di dalam masa itu semua ummah yang melakukan amalan tersebut, yang telah dibatalkan, tidakkah tanggong jawab itu terletak kepada Umar?
Kamu katakan bahawa larangan pada ‘pembatalan dan amalan tidak beragama’ yang diamalkan tidak boleh diberitahu kepada yang lain dan makanya ummah terus melakukan amalan tersebut. Bolehkan sesiapa selain dari nabi sendiri dipertanggong jawabkan kerana tidak menyampaikan larangan yang diarahkan, hanya memberitahu kapada Umar mengenainya? Tidakkah itu kafir namanya untuk mengatakan bahawa nabi cuai pada menjalankan tugasnya dan bahawa ummah kerana tidak mengetahui terus mengamalkan amalan yang telah dilarang lama dahulu?
Ketiga, jika arahan mut’a telah dibatalkan semasa nabi dan Umar telah mendengarnya dari nabi, Umar boleh mengatakan pada ketika dia mengharamkan bahawa dia sendiri telah mendengar dari nabi yang berkata bahawa amalan mut'a telah di larang. Pastinya jika dia telah merujuk kepada kenyataan nabi, ummah tentu terpengaruh dengannya. Tetapi dia hanya mengatakan, ‘semasa nabi dua mut’a telah dibenarkan, tetapi saya menjadikannya haram. Sekarang saya akan merejam mereka yang melakukannya.’ Tidakkah itu tugas nabi untuk mengatakan sesuatu itu halal atau haram? Atau adakah ianya hak khalifa yang telah dilantik oleh manusia?
Saya tidak faham atas dasar apa Umar mengistiharkan haram apa yang telah dihalalkan oleh Allah. Betapa anehnya nabi tidak pernah menjadikan sesuatu perkara itu halal atau haram. Bilamana baginda mengatakan sebarang perintah, baginda akan berkata Allah telah mengarahkanya untuk menyampaikan kepada manusia. Betapa beraninya Umar apabila dia berkata, ‘Dua mut’a yang dibolehkan semasa nabi. Saya menjadikan keduanya haram. Saya akan menghukum sesiapa yang melakukannya.’

PERINTAH ALLAH ATAU NABI TIDAK BOLEH DIBATALKAN OLEH KHALIGFA.
Sheikh: Pastinya kamu menyedari bahawa sebahagian dari ulama kami yang berpengetahuan tinggi percaya bahawa nabi adalah mujtahid di dalam perkara perundangan agama, seorang mujtahid lain, dari pengetahuan yang dia dapati, boleh mengenepikan perintah mereka yang terdahulu. Atas dasar ini bahawa Umar berkata, ‘Saya jadikan kedua itu haram.’

Shirazi: Di dalam percubaan untuk membetulkan sesuatu yang salah, kamu telah mengelirukan ramai yang lain. Adakah ijtihad mempunyai sebarang erti pada penentangan terhadap arahan al-Quran. Tidakkah kenyataan kamu itu amat pelik dan menentang ayat al-Quran?
Allah maha perkasa berkata di dalam surah Yunus, ‘Katakan: Adakah wajar bagi saya bahawa saya harus menukarkannya sendiri. Saya tidak mengikut tetapi apa yang telah diwahyukan kepada saya.’ [10:15]
Jika benar bahawa nabi tidak boleh membuat perubahan kepada perundangan agama melainkan dia diperintahkan oleh Allah untuk melakukannya, bagaimana Umar boleh; dia yang tidak punya pengetahuan mengenai wahyu, mempunyai kuasa pada mengharamkan apa yang Allah telah halalkan?
Di dalam surah Najm [bintang] Allah berkata, ‘Tidak dia berkata dari kehendaknya. Itu tidak lain tetapi wahyu yang telah disampaikan.’ [53:3-4]
Di dalam surah Ahqaf Allah berkata, ‘Katakan: Saya bukanlah rasul yang pertama, dan saya tidak tahu apa yang akan dilakukan kepada saya atau dengan kamu. Saya tidak tahu apa-apa selain dari apa yang telah disampaikan kepada saya.’[46:9]
Patuh kepada nabi adalah wajib. Tidak ada sesiapa, Umar atau sesiapa sahaja mempunyai hak pada mencampuri dengan arahan tuhan di dalam menjadikan ianya haram apa yang Allah halalkan.

KEBAIKAN BUKAN ALASAN UNTUK MEMBATALKAN.
Sheikh: Umar pastinya memikirkan kebaikan dan menganggapnya sebagai yang terbaik untuk manusia pada membatalkan arahan itu. Kita dapati hari ini bahawa sebahagian dari manusia mengambil wanita pada mut’a hanya sekadar untuk kepuasan dalam satu jam, satu bulan, atau satu tahun. Kemudian, tanpa memikirkan sama ada wanita itu mengandung atau tidak, dia akan ditinggalkan.

Shirazi: Itu sesuatu yang tidak munasabah. Apa ada kena mengena arahan agama dengan keinginan manusia pada melakukan maksiat? Jika kami mengikuti cara hujah kamu, mungkin perkahwinan tetap juga perlu dijadikan haram. Lagipun ramai manusia sekarang berkahwin dengan perempuan kenamaan kerana wang atau kecantikkan, dan kemudiannya meninggalkan mereka, tanpa memberikan sebarang saraan hidup. Oleh kerana menusia melakukan semua ini, adakah pada pendapat kamu perkahwinan tetap juga dibatalkan?
Tidak. Kita harus mengalakkan manusia supaya jujur dan berikan kepada mereka arahan agama. Jika seorang yang beriman tidak mempunyai kemampuan pada dirinya untuk memikul tanggong jawab memilikki isteri yang tetap, dan dia berhajat pada menjauhkan diri dari perbuatan maksiat, dia boleh dengan mengikuti etika agama, mengambil wanita secara mut’a. Begitu juga dia perlu tahu syarat-syarat bagi mut’a kerana dia tahu setiap arahan mempunayai syarat yang tertentu. Pada ketika persefahaman bersama, dia kena memberikan mahar untuk wanita tersebut yang mencukupi bagi keperluannya semasa iddah, iaitu 45 hari, selepas berakhirnya tempuh mut’a.
Kedua, selepas penceraian, dia perlu menjaga wanita tersebut selama waktu iddah. Jika dia mengandong, dia perlu pada menjada si ibu supaya dia boleh mengambil tanggong jawab pada sianak apabila ianya telah dilahirkan. Jika manusia tidak menghormati syarat ini, dia tidak mematuhi sahnya arahan pada perundangan dan telah melangarnya.
Kebajikkan ummah lebih diketahui oleh Allah dan nabi dari Umar. Dan mereka tidak melarang mut’a. Jika mereka tidak melarangnya, tidak ada khalifa atau Imam, atau siapa sahaja dari manusia, bahkan mereka yang dilantik oleh tuhan sekali pun, dapat dari dirinya sendiri menjadikan sesuatu itu haram apa yang Allah telah halalkan. Maka kamu katakan itu adalah untuk kepentingan ummah maka manusia perlu meninggalkan mut’a, tidak dapat diterima.
Mut’a bukanlah penyebab bagi tersebarnya sesuatu yang tidak beragama, bahkan menegahnya telah menyebabkan tersebarnya kekejian. Mereka yang muda yang tidak mampu pada perkahwinan tetap, jika mereka tidak dapat mengawal keinginan diri mereka, mereka akan terjebak di dalam perhubungan haram. Dan telah pasti dengan tersebarnya penzinaan akan merosakkan keperibadian keseluruh ummah.
Imam Tha’labi dan Tabari di dalam Tafsir dan Imam Ahmad Ibn Hanbal di dalam Musnad, menulis dengan berkaitan ayat mut’a, menyampaikan dari Amirul-Mukminin Ali bahawa dia berkata, ‘Jika Umar tidak menghalang kepada mut’a, tidak ada siapa, melaikan yang manusia yang malang, akan melakukan zina.’
Juga Ibn Jarih dan Amr Bin Dinar menyatakan dari Abdullah Ibn Abbas yang berkata: ‘Mut’a adalah rahmat dari Allah, yang telah diberkan kepada ummah Muhammad. Jika Umar tidak mengharamkannya, tidak ada siapa melainkan yang malang yang akan melakukan zina.’
Maka menurut dari pandangan para sahabat nabi itu, penyebab dari banyaknya berlaku penzinaan adalah sebab larangan mut’a, dari jika ianya diamalkan. Bahkan fakta yang sebenar semua arahan dan larangan tuhan yang telah disampaikan kepada ummah melalui nabi adalah bertujuan untuk kebajikan seluruh manusia. Mereka berterusan mendapati faedah darinya sehingga kehari ini.

KEIMANAN ABU TALIB TELAH DIKETAHUI UMUM PADA MASA HAYAT NABI.
Tajuk perbincangan kita bukanlah ini, tetapi saya mahu menghilangkan keraguan kamu mengenai apa yang telah diketahui secara umum dimasa hidupnya nabi, boleh dilenyapkan melalui pemalsuan hadith. Begitu juga tidak ada pengesahan di dalam bantahan kamu mengenai keimanan Abu Talib. Kepercayaan dia semasa hidupnya nabi juga telah diketahui umum dan dipandangan dengan hormat. Tetapi dengan memalsukan hadith, sebahagian manusia telah menyebarkan sesuatu yang bertentangan. Manusia yang jahil dengan membuta tuli telah mengikuti orang yang terdahulu dengan menerima hadith yang palsu itu.
Secara ringkas apa yang saya telah katakan membuktikan bahawa Ali termasuk di dalam kekeluargaan yang gemilang yang tiada siapa dari kalangan sahabat yang terkenal boleh menandinginya.

TEMPAT LAHIR ALI ADALAH KABAH.
Satu lagi petunjuk khas pada kemuliaan Ali adalah tempat lahirnya. Tidak ada siapa dari Adam seterusnya melalui semua nabi, yang mempunyai kelebihan yang demikian. Dari semua makhluk, Ali sahaja telah dilahirkan di dalam kawaan kabah. Disaat kelahiran Isa, ibu dia yang suci telah disuruh meninggalkan kabah. Suatu suara berkata kepadanya, ‘Wahai Mariam! Tinggalkan Baitul-Muqaddas, oleh kerana ianya adalah tempat beribadah bukan tempat melahirkan anak.’
Tetapi apabila waktu kalahiran Ali tiba, ibunya, Fatima bint Asad, telah disuruh memasukki Kabah. Dan ini bukan kejadian secara tidak langsung, seumpama seorang wanita yang berada dimasjid dan kemudiannya dia telah melahirkan anak. Dia telah disuruh untuk memasukki Kabah, yang mana pintunya terkunci. Sebahagian dari orang yang tidak mengerti memikirkan bahawa Fatima bint Asad berada dimasjid apabila dia merasa sakit untuk melahirkan, tidak dapat keluar, dan terus malahirkan anak. Fakta yang sebenar adalah yang sebaliknya. Itu adalah bulan kelahiran bagi Fatima bint Asad. Dia pergi ke Masjidul-Haram, di mana dia merasa sakit untuk melahirkan. Dia berdoa kepada Allah di dalam kawasan Kabah, berkata, ‘Wahai Allah! Saya berdoa kepada Mu dengan nama kehormatan Mu dan maha besar, permudahkan aku pada kalahiran ini.’ Pada ketika itu tembuk Kabah yang tertutup, terbuka.
Laporan yang lain mengatakan bahawa satu suara terdengar berkata, ‘Wahai Fatima masuklah kedalam Rumah.’ Fatima masuk kedalam Rumah Allah di hadapan manusia ramai yang duduk disitu, dan tembuknya tertutup kembali seperti sedia kala. Manusia semua menjadi hairan. Abbas juga ada disana. Apabila dia melihat apa yang terjadi, dia terus memberitahu Abu Talib, kerana dia mempunyai kunci pada pintu Kabah. Dia terus bergegas kesana dan mencuba sedaya upaya untuk membuka pintu tersebut, tetapi gagal pintu tidak boleh dibuka. Selama 3 hari Fatima bint Asad berada di dalam Kabah, tanpa sebarang makanan apa juga. Kejadian aneh itu menjadi buah mulut orang tempatan. Akhirnya pada hari ketiga, laluan yang mana dia masuk terbuka semula, dan Fatima keluar. Manusia melihat pada tangannya ada seorang bayi yang comel. Kedua golongan sependapat bahawa tidak ada siapa mempunyai kemuliaan sedemikian.
Hakim di dalam Mustadrak dan Nuru’d-din Bin Sabbagh Maliki di dalam Fusulu’l- Muhimma, Fasl I, ms 14, berkata, ‘Tidak ada sesiapa sebelum Ali yang dilahirkan di dalam Kabah. Ini adalah kemuliaan yang diberkan kepada Ali pada menunjukkan tingginya darjat dan kehormatan beliau.

ASAL NAMA ALI ADA DI DALAM ALAM GHAIB.
Satu lagi petunjuk terhadap kemuliaan khas Ali adalah namanya berasal dari alam ghaib.

Sheikh: Kamu telah mengatakan sesuatu terpuji. Itu bermakna Abu Talib adalah nabi yang telah namakan Ali melalui ilham ilahi. Kenyataan kamu adalah sesuatu yang direka oleh shia di dalam melampaunya cinta terhadap Ali. Tetapi adalah ganjil untuk mengatakan bahawa Allah mengarahkan bahawa kanak-kanak itu diberikan nama Ali. Ali adalah nama yang biasa yang mana kedua ibu bapa, dengan kehendak mereka telah cadangkan. Ianya tidak ada kena mengena dengan dunia ghaib.

Shirazi: Apa yang saya katakan tidak ada kepujian padanya. Keanehan kamu adalah disebabkan oleh kurang pengetahuan mengenai kemuliaan wilaya [wazir]
Pertama, kamu fikir bahawa bayi itu telah diberkan nama setelah kelahirannya, walaupun yang sebenarnya tidaklah begitu. Di dalam semua kitab Allah, nama Muhammad dan Ali telah disebutkan. Allah yang maha berkuasa telah menamakan mereka ribuan tahun sebelum mereka dijadikan. Nama itu telah dituliskan dilangit, pada pintu syurga dan pada arsh [syurga tertinggi]. Ia tidak ada kena mengena dengan masa Abu Talib.

Sheikh: Pastinya kenyataan ini adalah sebagai contoh terhadap cinta yang melampau untuk Ali. Kamu telah meninggikannya terlampau tinggi bahawa kamu katakan namanya telah ditulis lama sebelum kejadian alam. Keputusan dari kenyataan ini adalah ahli perundangan kamu menyuruh nama Ali disebutkan selepas nama Muhammad di dalam azan.

Shirazi: Tidak begitu tuan; kenyataan saya tidak ada kene mengena dengan cinta yang meluap-luap. Dan bukan saya yang telah menulis nama itu dusyurga. Allah perintahkan nama Ali ditulis bersama namaNya dan juga nama nabi.

Sheikh: Silakan tuan beri rujukan pada mana-mana hadith.

SELEPAS NAMA ALLAH DAN NAMA NABI, NAMA ALI DITULIS DIARSH.
Shirazi: Muhammad Bin Jarir Tabari di dalam Tafsir, Ibn Asakir di dalam Ta’rikh, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i, di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 62, Hafiz Abu Nu’aim, di dalam Hilyatu’l-Auliya, dan Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, ms 238, bab 56, hadith 52, di sampaikan dari Dhakha’iru’l-Uqba oleh Imamu’l-Haram Ahmad Bin Abdullah Tabari Shafi’i pada pengesahan Abu Huraira [dengan sedikit perbezaan pada perkataan] bahawa nabi berkata, ‘Telah ditulis di Arsh bahawa ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah, yang tidak ada sekutu baginya, dan Muhammad adalah hambaKu dan nabi, yang Aku tolong melalui Ali bin Abi Talib.’
Juga di dalam Jalalu’d-din Suyuti’s Khasa’isu’l-Kubra, jilid I, ms 10 dan Tafsir-e-Durr-e-Mansur, permulaan pada bab Isra’il, ianya disampaikan dari Ibn Adi dan Ibn Asakir, yang menyampaikan Ana’s Ibn Malik, bahawa nabi Allah berkata bahawa dia telah melihat tertulis pada Arsh, ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah; Muhammad adalah nabi Allah; Aku telah memberinya penyokong melalui Ali.’
Di dalam Yanabiu’l-Mawadda ia telah disampaikan dari Dhakha’iru’l-Uqba oleh Imamu’l-Haram Tabari, menurut dari laporan oleh Sirat-e-Mullah, bahawa nabi Allah berkata, ‘Pada malam miraj, apabila aku dibawa kesyurga tertinggi, saya melihat tertulis disana pada sebelah kanan Arsh:
Muhammad nabi Allah. Aku telah memberinya pertolongan dan sokongan melalui Ali.’
Telah disampaikan di dalam Yanabi, Hadith 19, dari Kitabu’s-Sabi’in oleh Imamu’l-Haram Tabari, menyebutnya dari Manaqib oleh Faqih Wasti Ibn Maghazili Shafi’i, dan juga Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i menulis di dalam Mawadda VI dari Mawaddatu’l-Qurba dua hadith; Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, Ibn Shirwaih di dalam Firdaus, dan Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib menyebutnya dari Jabir Bin Abdullah Ansari bahawa nabi berkata, ‘Telah tertulis dipintu syurga bahawa, ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah, Muhammad adalah nabi Allah, dan Ali adalah wali [wazir] Allah dan adik nabi Allah.’ Ini telah ditulis 2 000 tahun sebelum kejadian langit dan juga alam ini.’
Saya teringat satu lagi hadith, Mir Seyyed Ali Faqih Shafi’i menulis di dalam Mawadda VIII daro Mawaddatu’l-Qurba bahawa nabi berkata kepada Ali, ‘Saya telah melihat nama kamu bersama nama saya diempat tempat:
[1] Pada malam Miraj, apabila saya sampai Baitul-Muqaddas, saya lihat tertulis pada batu: ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad adalah nabi Allah yang Aku berikan sokongan melalui wazirnya Ali.’
[2] Apabila saya sampai Sidratul-Muntaha, saya melihat perkataan: ‘Sesungguhnya Aku adalah Allah; Tidak ada tuhan melainkan Aku, yang Esa; dan Muhammad diantara semua kejadian Ku yang paling Aku cintai. Dan Aku berikan dia sokongan melalui wazirnya Ali.’
[3] Apabila saya tiba di Arsh Allah yang maha Besar, saya melihat disana tertulis pada tiangnya: ‘Sesungguhnya Aku adalah Allah, dan tidak ada tuhan melainkan Aku: dari semua kejadian Ku, Muhammad adalah yang tercinta. Aku telah menyokongnya melalui Ali.’
[4] Apabila saya sampai disyurga, saya melihat pada pintunya: Tidak ada tuhan melainkan Aku, dari semua kejadian Ku, Muhammad adalah yang tercinta. Aku telah menyokongnya melalui Ali.’
Imam Tha’labi di dalam Tafsir Kashfu’l-Bayan dan Sheikh Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 24, menyampaikan dari Hafiz Abu Nu’aim Ispahani, Muhammad Bin Jarir di dalam Tafsir dan Ibn Asakir di dalam Ta’rikh, menyampaikan dari Ibn Abbas dan Abu Huraira bahawa ayat 64 dari Sura Anfal yang berbunyi, ‘Dia yang telah memperkuatkan kamu dengan pertolonganNya dan dengan yang beriman.’ [8:62]
Kemudian mereka berkata bahawa nabi berkata, ‘Saya melihat tertulis pada Arsh, ‘Bahawa Tidak ada tuhan melainkan Allah, yang Esa, tidak ada sekutu bagiNya; dan Muhammad adalah hambaNya dan nabi; Aku memperkuatkan dia dengan Ali Ibn Abi Talib.’
Kemudian mereka menyampaikan hadith lain yang sama maksudnya dari Kitab-e-Sifa dan Manaqib. Punca bagi nama Muhammad dan Ali adalah Allah sendiri.

PERKATAAN YANG DIGUNAKAN OLEH ADAM PADA PENERIMAAN TAUBATNYA ADALAH LIMA NAMA YANG SUCI.
Juga Tha’labi di dalam Tafsir Kashfu’l-Bayan dan Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabi, bab 24, menyampaikan dari Faqih Wasti Ibn Maghazili Shafi’I adalah pada ulasan ayat 37 dari surah 2 al-Quran yang berbunyi, ‘Kemudian Adam menerima beberapa perkataan dari tuhannya, maka Dia berpaling kepadanya dengan penuh rahmat. Sesungguhnya Dia maha pengampun lagi maha penyayang.’ [2:37]
Sa’id Ibn Jabir mengatakan dari Ibn Abbas yang berkata, ‘Nabi telah ditanyakan mengenai perkataan itu, yang mana nabi Adam telah pelajari dan yang mana telah membawa kepada penerimaan taubatnya. Nabi berkata, ‘Dia meminta kepada Allah dengan nama Muhammad, Ali, Fatima, Hasan dan Husain. Maka Allah menerima taubatnya dan mengampunkannya.’

WAHYU DAN ILHAM DIBERIKAN KEPADA MANUSIA SELAIN DARI NABI, BAHKAN KEPADA BINATANG.
Di dalam pengertian pemberian wahyu dan nabi kepada Abu Talib, kamu sekali lagi telah tersalah. Wahyu dan ilham mempunyai peringkat, yang bukan hanya khusus untuk nabi sahaja. Kata-kata tersebut merujuk kepada kebolehan untuk memahami pengetahuan yang tersembunyi secara terus. Pengetahuan ini telah diberikan kepada manusia tertentu begitu juga kepada binatang. Adakah lebah itu nabi yang mana Allah telah memberikan wahyu? Ayat dari al-Quran di dalam surah Nahi [semut] dengan jelas mengatakan: ‘dan tuhan Mu sampaikan kepada lebah, berkata, ‘Buatlah sarang di pergunungan dan dipokok-pokok dan di dalam mana yang mereka binakan.’ [16:68]
Adakah kamu fikir bahawa Nukhabuz [atau sebahagian dari pengulas mengatakan, Yukhabuz], ibu kepada nabi Musa adalah nabi? Di dalam surah Qasas dengan jelas telah dinyatakan bahawa telah diberikan dua arahan, dua larangan, dua maklumat dan dua khabar gembira melalaui wahyu, Allah berkata, ‘Dan kami sampaikan kepada ibu Musa, berkata, ‘Susukanlah dia; apabila kamu kuatir akan dia, hanyukan dia disungai dan jangan takut atau bersedih; sesungguhnya Kami akan membawa dia kembali kepada kamu dan menjadikan dia seorang dari rasul.’ [28:7]
Selain dari Fakta ini, tidaklah perlu untuk petunjuk bagi manusia bahawa semua arahan dan perintah Allah harus disampaikan melalui wahyu. Kadang kala Dia memandu manusia dengan suatu suara. Ini telah berulang kali terjadi dan al-Quran menjadi saksi bagi fakta ini. Di dalam surah Mariam, Dia mengatakan bagaimana dia memandu Mariam: ‘Kemudian [satu suara] memanggil kepadanya dari bawah dirinya: Janganlah bersusah, sesungguhnya tuhan Mu telah menjadikan anak sungai mengalir dibawah kamu. Goyanglah pada kamu pokok palma; ia akan menjatuhkan kurma masak yang segar. Maka makan dan minumlah dan sejukkan mata kamu. Kemudian jika kamu lihat manusia, katakan: Sesunggunya saya telah bersumpah dengan ilahi, supaya saya tidak akan berkata kepada mana-mana manusia hari ini.’ [19:24-25]

PETUNJUK DARI ALLAH ABU TALIB MENAMAKAN ANAKNYA ALI.
Dengan cara yang sama bahawa lebah, ibu Musa dan ibu Isa telah diarahkan oleh Allah, walaupun tiada siapa dari mereka adalah nabi. Abu Talib juga telah diarahkan pada memberikan nama anaknya.
Lebih lagi, tidak ada siapa yang berkata bahawa Abu Talib adalah nabi atau wahyu telah disampaikan kepadanya. Satu suara dari langit dan papan tulis mengandungi arahan pada menamakan anaknya. Ulama kamu telah menuliskan fakta ini dalam buku mereka.

Sheikh: Mana ada ulama kami menuliskan itu?

Shirazi: Terdapat banyak buku mengenainya.

PENYAMPAIAN PAPAN TULIS KEPADA ABU TALIB.
Mir Seyyed Ali Hamadani Faqih Shafi’i, di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda VIII, dari kenyataan Abbas Ibn Abdu’l-Muttalib, yang mana Sulayman Balkhi Hanafi juga menyebut di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 56, dan Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib menyampaikan dengan seidkit perbezaan pada perkataan, bahawa apabila Ali telah dilahirkan, ibunya Fatima bint Asad menamakan dia mengikuti bapanya, Asad. Abu Talib tidak bersetuju dengannya dan berkata, ‘Wahai Fatima! Marilah kita pergi kepada bukit Qubais dan berdoa kepada Allah [sebahagian penyampai mengatakan bahawa dia berkata mereka harus pergi ke Masjidil-Haram] Dia mungkin memberitahu kita nama anak ini.’ Dikala itu malam hari apabila mereka sampai kebukit Qubais [atau masjidil-Haram] dan mulakan doa mereka. Abu Talib berdoa: Wahai pencipta bagi malam yang gelap ini dan bulan yang terang, berilah tahu kami kehendak Engkau akan nama bayi ini.’
Pada masa itu satu suara datang dari langit, apabila Abu Talib mengangkat kepalanya, dia melihat papan tulis seperti permata hijau, dengan empat baris padanya. Dia mengambil papan tulis itu dan mendakapnya. Apabila dia membacanya ayat yang ditulis padanya: Aku telah anugerahkan kehormatan yang khusus bagi kamu berdua dengan memberikan anak yang suci. Dia telah diberikan nama Ali dari pihak tuhannya. Ianya dipetik dari ‘Ala’ [yang tinggi]
Ganji Shafi’i menulis di dalam Kifayatu’t-Talib bahawa satu suara datang sebagai jawapan kepada Abu Talib yang membacakan dua rangkap ini: Wahai manusia dari rumah nabi yang ditinggikan! Aku telah anugerahkan kepada kamu anak yang suci. Sesungguhnya dia telah diberikan nama Ali dari pihak tuhannya. Nama ini telah dipetik dari nama Allah sendiri Al-Ali.’
Abu Talib amat gembira dan tunduk sujud kepada Allah. Sebagai tanda syukur diatas kejadian yang agung itu, dia korbankan 10 unta. Dia gantungkan papan tulis itu pada Masjidul-Haram. Dengannya Bani Hashim akan menunjukkan kebanggaan mereka dihadapan Quraish. Papan itu tinggal tergantung disitu sehingga ianya hilang pada masa peperangan diantara Abdullah bin Zubair dan Hajjaj.
Kenyataan ini juga menyokong hadith yang telah dikatakan dahulu yang mana telah mengatakan bahawa Abu Talib semenjak mula lagi telah beriman. Dia meminta kepada tuhan maha besar untuk menamakan anaknya. Apabila dia melihat pemberian Allah yang melimpah, dia tunduk sujud dihadapan Nya. Adakah ini perbuatan orang kafir?

NAMA ALI BUKAN DARI SEBAHAGIAN AZAN ATAU IQAMA.
Kamu telah katakan bahawa ahli fiqh shia menekankan nama Ali dianggap perlu di dalam azan dan iqama. Yang sebenarnya tidak terdapat seorang pun ahli perundangan shia yang mengatakan bahawa nama Ali adalah sebahagian dari azan atau iqama. Di dalam semua buku fiqh shia, perkataan yang mengatakan bahawa naik saksi wazirnya Amirul-Mukminin bukan sebahagian dari azan atau iqama. Untuk mengatakan itu di dalam azan dan iqama dengan sengaja adalah haram. Jika pada permulaan solat, niatnya pada nama Imam yang suci adalah sebahagian dari solat, perbuatannya adalah salah. Tetapi menyebutnya setelah menyebut nama nabi, pada menyebut nama Ali, tanpa tujuan yang tertentu, tetapi hanya sekadar menghormatinya adalah digalakkan. Allah telah menyebutkan namanya disetiap tempat selepas nama nabi sebagaimana saya telah katakan terdahulu.
Sekarang kita samapai kepada tujuan kita yang utama: tidak seorang pun dari sahabat yang terkenal mempunyai jalinan keturunan yang suci seperti Ali.

WARA’NYA ALI.
Wara’nya Ali, tidak ada siapa yang boleh dibandingkan dengannya. Keduanya musuh dan kawan bersetuju mengenainya, selepas nabi tidak ada siapa yang sewara’ Ali.
Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha dan Muhammad Ibn Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, mengatakan dari Umar Ibn Abdu’l-Aziz bahawa Imam yang suci yang lebih utama di dalam wara dari segala makhluk. Dia berkata, ‘Kami tidak tahu sesiapa dari ummah selepas nabi yang lebih alim dan wara dari Ali Ibn Abi Talib.’
Mullah Ali Qushachi, dari segala sikap fanatiknya, menulis bahawa makhluk umpama hilang pedoman untuk memahami akan mulianya Ali. Di dalam Sharh-e-Tajrid dia berkata, ‘Manusia amat kagum apabila mereka mendengar amalan di dalam hidup Ali.’

KENYATAAN ABDULLAH BIN RAFII.
Abdullah bin Rafii berkata bahawa pada masa bulan puasa, dia pergi kepada Amirul-Mukminin. Dia lihat beg yang tertutup dibawakan kepadanya. Apabila Ali membukanya, di dalamnya terdapat tepung yang tidak ditapis. Imam mengambil genggam penuh dari tepung itu, memaknnya, minum sedikit air, dan mengucapkan kesyukuran kepada Allah. Abdullah bin Rafii berkata, ‘Wahai Abul-Hasan! Mengapa kamu tutup mulut beg tersebut? Imam menjawab, ‘Supaya anak saya yang cinta kepada saya, tidak mencampurkan minyak zaitun atau gula dengan tepung tersebut, yang akan membuat diri Ali selesa dengan rasa tersebut.’
Maka Ali biasa menjauhkan dirinya dari makanan yang sedap dan lazat supaya dia tidak terpengaruh dengannya. Sulayman Balkhi Hanafi telah juga menyebutkan hadith ini di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 51, dari Ahnaf bin Qais.

KENYATAAN SUWAID BIN GHAFLA.
Lebih lagi Sheikh, di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, dan Tabari di dalam Ta’rikh telah mengatakan dari Suwaid Bin Ghafla bahawa dia berkata, ‘Satu hari saya dapat penghormatan menziarah Amirul-Mukminin. Saya lihat dihadapannya satu cawan susu yang amat masam yang saya dapat terbau akan masamnya. Pada tangan Imam terdapat roti kering. Ianya terlalu kering sehingga amat susah untuk dipatahkan. Imam mematahkannya dengan letakkan pada lututnya, setelah melembutkannya dengan susu masam, dia memakannya. Dia meminta saya makan bersamanya. Saya memberitahunya saya sedang puasa. Imam berkata, ‘Saya telah mendengar dari sahabat saya nabi Allah, bahawa jika seorang sedang berpuasa dan berhajat kepada sebahagian makanan, tetapi tidak memakannya kerana Allah, kemudian Allah memberikan kepadanya makanan dari syurga.’
Suwaid meneruskan, ‘Melihat keadaan Ali, saya amat kagum. Saya bertanya kepada orang suruhan Imam, Fizza, yang berdiri hampir dengan saya, mengapa dia tidak takut kepada Allah, iaitu, mengapa dia memasak roti barli tanpa membuang hampasnya. Fizza berkata dengan bersumpah bahawa Ali sendiri yang mengarahkan dia supaya jangan membuang hampasnya.
Imam bertanya kepada saya apa yang saya katakan kepada Fizza. Saya memberitahunya bahawa saya bertanya Fizza kenapa dia tidak menapis tepung. Ali berkata, ‘Semoga bapa dan ibu saya dikorbankan untuk nabi! Nabi tidak pernah membuang hampasnya; dia tidak pernah memuaskankan kelaparannya dengan roti gandum untuk tiga hari berturut-turut. Saya mengikuti amalan nabi suci.’

ALI MENAHAN DIRI DARI MEMAKAN HALWA.
Muwaffaq Bin Ahmad Khawarizmi dan Ibn Maghazili Faqih Shafi’i menulis di dalam Manaqib bahawa satu hari dimasa khalifa Ali, sedikit halwa telah dibawa kepadanya. Dia mengambil sedikit, menciumnya, dan berkata: ‘Betapa memikat dan harum bau manisannya! Tetapi Ali tidak tahu apa rasanya. Saya belum pernah makan halwa.’ Penyampai berkata kepadanya, ‘Wahai Ali adakah halwa haram bagi kamu?’ Imam berkata, “Apa yang Allah telah jadikan halal tidak boleh menjadi haram. Tetapi bolehkan saya memuaskan perut saya sedang ramai lagi yang kelaparan di dalam negeri? Haruskah saya tidur dengan perut yang kenyang sedang ramai diHijaz yang mati kelaparan? Bagaimana saya boleh merasa selesa dengan nama saya Amirul-Mukminin? Mengapa saya tidak bersama dengan mereka yang kelaparan dan menderita?
Juga Khawarizmi mengatakan dari Abi bin Thabit bahawa satu hari ‘faluda’ [sejenis sirap yang lazat] telah di bawa kepada Ali, tetapi dia menahan dirinya dari kehendak meminum sirap itu.
Ini adalah sebahagian contoh dari amalannya mengenai makan dan minum. Dia makan roti barli yang keras kadang kala dengan cuka atau garam dengan sedikit minyak sayuran atau susu. Tidak pernah terdapat dua jenis makanan dimejanya.
Di dalam tahun 40 Hijrah pada malam 19 Ramadhan, apabila Abdur-Rahman ibn Muljim Muradi melukainya dengan luka yang membawa maut, dia adalah tetamu dirumah anak perempuannya, Umme Kalthum, untuk membuka puasa. Apabila roti, susu dan garam telah diletakkan diatas meja, Ali yang sangat sayang kepada anak perempuannya, Umme Kalthum, dengan marah berkata, ‘Saya tidak pernah melihat anak perempuan yang tidak mempunyai belas kasihan kepada ayahnya.’ Umme Kalthum berkata, ‘Ayah apa salah saya?’ Kemudian dia mengarahkan supaya susu dibawa pergi. Bagaimana pun dia memakan beberapa suap roti dengan garam dan berkata, ‘Kita akan dipersoalkan bagi setiap yang halal; bagi yang haram kita akan dihukum.’

PAKAIAN ALI.
Pakaian Ali amat mudah. Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib, Imam Ahmad Ibn Hanbal di dalam Musnad, Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira, dan yang lain lagi dari ulama kamu telah menulis bahawa, ‘Pakaiannya adalah dari kain kasar, dibeli dengan harga 5 dirham.’ Dia menampal pakaiannya. Panampalnya adalah dari kulit atau daun palma. Kasutnya juga diperbuat dari daun palma. Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, dan Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, telah menulis bahawa Ali mempunyai banyak tampalan pada pakaiannya sehingga pada masa khalifanya, sepupu beliau Abdullah ibn Abbas, melihatnya dan merasa sedih. Ali berkata, ‘Saya mempunyai banyak tampalan pada pakaian saya yang saya merasa malu dengannya. Apa yang Ali boleh buat dengan kesenangan dunia itu? Bagaimana saya boleh merasa puas dengan kesenangan yang akan menghilang dan keriangan yang tidak kekal?
Seorang lagi yang membantah dengan apa yang Ali pakai berkata, ‘Mengapa kamu menampal pakaian walaupun ketika kamu menjadi khalifa dan berkuasa? Ia membuat musuh memandang rendah kepada kamu.’ Ali berkata, ‘Ini lah cara berpakaian yang menahan kehendak nafsu, membuang rasa bongkak di dalam diri manusia, dan yang diguna pakai oleh mereka yang beriman.’
Muhammad Bin Talha di dalam Matalibu’s-Su’ul, Khawarizmi di dalam Manaqib, Ibn Athir di dalam Kamil, dan Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda telah menyampaikan bahawa Ali dan orang suruhannya mempunyai pakaian yang sama. Dia membeli dua pakaian yang sama dan harga yang sama. Satu dia pakai sendiri yang satu lagi diberikan kepada orang suruhannya, Qanbar.
Inilah cara Ali dengan pakaian dan makanan. Dia sendiri makan roti barli kering dan memberikan roti yang dibuat dari gandum, gula, madu dan kurma kepada pemita sedekah dan anak yatim. Dia memakai pakaian bertampal dia memberikan pakaian yang cantik kepada janda dan anak yatim.

PERBUALAN ZURAR DENGAN MUAWIYA MENGENAI ALI.
Terdapat banyak contoh penolakkan Ali terhadap dunia. Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, Hafiz Abu Nu’aim Isfahani di dalam Hilyatu’l-Auliya, jilid I, ms 84, Sheikh Abdullah Bin Amir Shabrawi Shafi’i di dalam Kitabu’l-I’ttihad Bin Hubbi’l-Ashraf, ms 8; Muhammad Bin Talha di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 33; Nuru’d-din Bin Sabbagh Maliki di daam Fusulu’l-Muhimma, ms 128; Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 51; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira Khawasu’l-Umma pada penghujung bab 5; dan banyak lagi dari ulama kamu yang terkenal dan juga ahli sejarah telah merakamkan dengan mendalam perbualan Muawiya dengan Zurar. Pada penghujung perbualannya dengan Muawiya, Zurar memuji Ali dengan perkataan ini, ‘Pada beberapa keadaan saya melihat Ali pada malam hari apabila bintang bertaburan dilangit, memegang janggutnya dan mengerang seperti orang yang dipatuk ular, menangis dengan kesakitan, berkata, ‘Wahai dunia Perdayalah orang lain, jangan diriku. Adakah engkau mendakap aku dan engkau mencintai aku? Ini tidak mungkin. Aku telah mentalakan engkau tiga kali, selepasnya itu untuk kembali semula tidak mungkin. Waktu kamu amat pendek, ketakutan yang kamu bawa amat besar, dan kesukaan yang kamu bawa adalah menghinakan. Semoga Allah menyelamatkan kami dari bekalan yang sedikit dalam perjalanan, dan jauhnya tempat yang hendak dituju, dan berbagai dugaan yang akan ditempuh.’ Kemudian Muawiya mula menangis dan berkata, ‘Semoga Allah mencurahkan rahmat keatas Abul-Hasan. Demi Allah, dia memangnya begitu.’ Muawiya juga berkata, ‘Wanita tidak dapat melahirkan orang seperti Ali Ibn Abi Talib.’

PEBGESAHAN NABI TERHADAP ZUHUDNYA ALI.

Nabi sendiri mengesahkan kelebihan zuhudnya Ali. Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 46, mengatakan dari Ammar Yasir, yang berkata, dia mendengar dari nabi bahawa baginda berkata kepada Ali, ‘Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepada kamu kemuliaan yang mana Dia tidak pernah memberikan kepada sesiapa yang Dia cintai. Dan itu adalah kezuhudan kamu pada dunia ini. Dia telah menjadikan kamu yang mana kamu tidak akan mengambil faedah dari dunia ini, dan tidak juga boleh membuat kamu condong kepadanya. Dia memberikan kepada kamu kecintaan kepada yang miskin dan yang memerlukan. Maka mereka merasa senang dengan Imami kamu, dan saya juga merasa senang kerana meeka mengikuti kamu. Rahmat bagi mereka yang berbaik dan mengiktiraf kamu; malang bagi mereka yang memusuhi kamu. Mereka yang mencintai dan mengesahkan kamu akan menjadi tetangga kamu disyurga dan akan mejadi sahabat ditempat kamu. Mereka yang telah menentang kamu akan dikatakan sebagai pendusta oleh Allah, pada hari pengadilan dan akan diberkan hak mereka pada penyiksaan.’

ALLAH DAN NABI MEMANGGIL ALI IMAMU’L-MUTTAQIN [KETUA BAGI YANG ZUHUD]

Dia telah sampai kedudukan zuhud yang tertinggi sehingga kawan dan musuh memanggilnya Imamu’l-Muttaqin. Yang sebenarnya manusia pertama memanggilnya dengan gelaran itu adalah nabi sendiri.
Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 450; Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Hilyatu’l-Auliya, Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba dan Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 54, mengatakan dari Anas bin Malik bahawa satu hari nabi meminta Ali membawa air padanya untuk berwudu. Apabila Ali telah membawa air, nabi mengambil wudu dan mendirikan solat dua rakaat. Kemudian baginda berkata kepadanya, ‘Wahai Anas, orang yang akan memasuki pintu ini adalah ketua bagi mereka yang zuhud, pemimpin bagi muslim, penyelamat bagi yang beriman, dan penamat bagi pengganti, yang akan memimpin manusia yang bermuka dan tangan bercahaya disyurga.’
Anas berkata, ‘saya berdoa kepada Allah di dalam hati, supaya Dia menghantar seorang Ansar melalui pintu itu, tetapi saya rahsiakan doa saya. Pada ketika itu saya melihat Ali melalui pintu itu. Nabi bertanya siapakah dia. Saya menjawab bahawa dia adalah Ali Ibn Abi Talib. Kemudian nabi dengan gembira pergi menyambutnya. Dia memeluknya dan menyapu peluh dari mukanya. Ali berkata, ‘Wahai nabi, kamu telah memperlakukan kepada saya yang kamu tidak lakukan sebelum ini!’ Nabi berkata, ‘Mengapa saya tidak harus melakukannya, apabila kamulah orangnya yang akan menyampaikan kerasulan saya kepada ummah, akan membuat mereka mendengarkan suara saya, dan akan menerangkan kepada mereka mengenai perkara yang mereka berbeza pendapat padanya.’
Juga Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, dan Hafiz Abu Nu’aim di dalam Hilyatu’l-Auliya menulis bahawa satu hari Ali datang kepada nabi. Nabi berkata kepadanya, ‘Selamat datang, pemimpin muslim dan ketua mereka yang zuhud,’ Ali berkata, ‘Saya bersyukur kepada Allah diatas rahmat yang dikurniakan keatas saya, dan saya meminta dengan penuh kasih sayangNya.’ Muhammad Bin Talha Shafi’I juga mengatakan hadith itu pada penghujung seksen IV, bahagian I, dari bukunya Matalibu’s-Su’ul dan dengannya telah membuktikan bahawa Ali adalah Imam bagi semua yang zuhud.
Hakim, di dalam Mustadrak, bahagian III, ms 38; Bukhari dan Muslim, masing-masing di dalam Sahih, mengatakan bahawa nabi berkata, ‘Allah menyampaikan kepada saya mengenai Ali berkaitan dengan 3 perkara, [1] Dia adalah ketua dan pemimpin muslim; [2] dia adalah ketua yang zuhud; [3] dia adalah petunjuk yang akan memimpin manusia dengan wajah dan tangan bercahaya [disyurga]
Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i mengatakan di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 45, pada pengesahan Abdullah Bin Asad Bin Zurara bahawa nabi berkata, ‘Pada malan Miraj, apabila saya dinaikkan kelangit; saya telah diizinkan masuk kedalam istana mutiara, yang lantainya dari emas berkilauan. Kemudian wahyu disampaikan kepada saya, dan saya diberitahu 3 perkara mengenai Ali: [1] Dia pastinya ketua dan pemimpin muslim; [2] dia adalah Imam dan ketua mereka yang zuhud; [3] dia adalah petunjuk yang akan memandu manusia dengan wajah dan tangan bercahaya [disyurga]
Imam Ahmad bin Hanbal menulis di dalam Musnad bahawa satu hari nabi berkata kepada Ali:
‘Wahai Ali untuk memandang kepada wajah kamu adalah ibadah; sesungguhnya kamu adalah ketua bagi mereka yang zuhud dan pemimpin bagi yang beriman. Sesiapa yang berkawan dengan kamu adalah kawan saya; dan sesiapa kawan saya adalah pastinya kawan Allah. Sesiapa yang membenci kamu, benci kepada saya. Dia yang benci kepada saya sesungguhnya telah benci kepada Allah.’
Maka mencukupi kedudukan yang tinggi Ali ini bahawa nabi telah menekankan bahawa Ali melebihi semua para sahabat di dalam kezuhudan. Dia sahaja yang diberikan panggilan Imamu’l-Muttaqin, dan nabi kerap memanggilnya dengan gelaran tersebut.
SEBAGAI IMAMU’L MUTTAQIN ALI TINDAK MEMENTINGKAN DIRI ATAU MAHU BERKUASA.
Sheikh: Seorang tidak boleh mengatakan terlalu banyak pujian kepada Ali. Ya, Muawiya mengatakan perkara yang benar: Wanita dunia tidak boleh melahirkan orang seperti Ali.

Shirazi: Sekarang jelaslah diantara sahabat yang terkenal Ali adalah ketua yang zuhud. Saya baru sahaja teringat. Jika kamu izinkan, saya akan tanya kamu satu perkara.

Sheikh: Ya, silakan.

Shirazi: Setelah mengakui bahawa diantara para sahabat yang terkenal Ali mempunyai kemuliaan tertentu, menjadi ketua yang zuhud, adakah kamu fikir yang dia mementingkan diri atau mahukan kuasa?

Sheikh: Adalah mustahil untuk memikirkan perkara yang sedemikian kepadanya. Kamu telah menunjukkan fakta yang telah diketahui umum bahawa Ali telah berikan talak tiga kepada dunia. Setelah membuktikan bencinya terhadap dunia, bagaimana dia boleh tertarik kepadanya. Selain itu, kedudukan dia amat tinggi adalah mustahil untuk melayani anggapan yang palsu terhadapnya.

Shirazi: Maka turutan dari itu, bahawa semua tindakkan yang begitu wara’ adalah khusus untuk Allah. Dia tidak pernah berganjak walau seinci dari jalan yang benar.

Sheikh: Ya telah pasti dan kami tidak menafikan perkara ini mengenai Ali.

KEENGGANAN ALI MEMBERIKAN BAI’AH KEPADA ABU BAKR MEMBUKTIKAN CARA MELANTIK KHALIFA ADALAH SALAH.
Shirazi: Apabila nabi wafat, Ali menurut dari wasiat nabi, melakukan upacara pengkebumian. Sebahagian manusia berkumpul di Saqifa-e-Bani Sa’ida, memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Kemudian, apabila Ali dipanggil, mengapa dia menolak bai’ah?
Jika cara Abu Bakr dilantik menjadi khalifa adalah betul, dan persoalan ijma telah dibuktikan adalah adil, maka Ali yang begitu zuhud dan wara’ tentu tidak akan menyimpang dari kebenaran. Kamu masih ingat hadith yang saya rujuk pada malam yang lalu, yang mana nabi berkata, ‘Ali bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ali.' Jika peraturan Saqifa diasaskan pada keadilan dan perlantikan Abu Bakr adalah sah, Imam pasti menyambut mereka dan mengiktiraf Abu Bakr sebagai khalifa yang sah. Tetapi sebenarnya dia dengan tegas menentang pilihan itu. Penentangan Ali pastinya berasaskan kepada satu atau dua perkara. Sama ada Ali menentang jalan yang betul, dan melanggar arahan nabi, atau dia mengaggap ijma sebagai satu tipu muslihat.
Pada kemungkinan pertama, itu adalah diluar persoalan untuk memikirkan bahawa Ali akan menafikan kebenaran. Menurut nabi, Ali bersama kebenaran dan kebenaran berputar kelilingnya. Lebih-lebih lagi tiada siapa pernah mengatakan Ali tertarik kepada kekuasaan dunia. Dia telah mentalakkan dunia 3 kali. Dia tidak berhajat kepada menguasai politik. Ianya adalah syarat kedua yang membuat dia menolak pada mengiktiraf khalifa Abu Bakr. Dia tahu itu telah menyalahi kehendak Allah dan juga nabi.

Sheikh: Adalah pelik bagi kamu yang mengatakan bahawa Ali tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Rujukan dari buku sejarah kamu dan juga kami membuktikan bahawa Ali memberikan bai’ah kepada khalifa Abu Bakr dan tidak menentang ijma.

Shirazi: Kamu telah lupa segala perbincangan kita yang lalu dimana saya telah berikan dengan mendalam kenyataan ulama kamu? Bahkan Bukhari dan Muslim masing-masing telah menulis di dalam Sahih mereka bahawa Ali tidak memberikan bai’ah pada masa itu. Ulama kamu secara umum telah mengaku bahawa pada hari pertama, apabila Imam yang suci telah dipaksa dan dengan cara menghina telah diseret keluar dari rumahnya kemasjid [sebagaimana telah dikatakan dahulu] dia tidak memberikan bai’ah tetapi telah pulang kerumah. Ibrahim Bin Sa’d Saqafi (mati 283 H.), Ibn Abi’l-Hadid Tabari, dan lainnya telah menulis bahawa Ali memberikan bai’ah selepas enam bulan [iaitu selepas kematian Fatima]. Walaupun jika kita mengaku, dalam pergertian katakanlah, bahawa Imam memberikan bai'ah, mengapa dia tunggu sehingga 6 bulan baru melakukannya?

Sheikh: Tentu dia mempunyai sebab pada melakukannya. Dia sahaja yang mengetahuinya. Tetapi mengapa kita harus risau mengenai perbalahan yang berlaku diantara mereka yang terdahulu? Mengapa kita harus mencungkil kedalam perbezaan mereka selepas 1 300 tahun? [ketawa yang mengamatkan dari penonton]

Shirazi: Apabila kamu tidak dapat mencari jawapan yang munasabah untuk membuktikan maksud kamu, kamu bergantung kepada jawapan yang sedemikian. Tetapi dihadapan manusia yang berfikiran waras, perkara itu amat jelas pada memerlukan sebarang pembuktian.
Dari kenyataan kamu bahawa kita tidak perlu mencampuri di dalam perbezaan orang yang terdahulu, pastinya kamu betul, sehingga kini urusan mereka tidak punya apa-apa kaitan kepada kita. Tetapi di dalam keadaan kita sekarang kamu telah tersilap, kerana menjadi tanggong jawab bagi setiap muslim untuk mempunyai keimanan yang berasaskan kepada jelasnya penghuraian, bukan dari ikutan tanpa difikirkan. Di dalam membuat penyelidikan mengenai agama, kita mempelajari sejarah islam yang sama. Kita dapati bahawa, setelah wafatnya nabi, dua golongan muncul. Maka kita perlu pada penyelidikkan supaya kita faham mana diantara dua golongan yang mendapat petunjuk yang sebenar. Pastinya kita jangan mengikut mereka yang terdahulu dengan membuta tuli.

Sheikh: Pastinya maksud kamu adalah khalifa Abu Bakr tidak adil. Tetapi jika Abu Bakr bukan khalifa yang sebenar, dan itu adalah hak Ali, mengapa dia tidak menggunakan kekuatannya yang khas dan keberaniannya pada menegakkan keadilan? Dia biasa menghadiri solat dan juga memberikan nasihat yang berguna kepada khalifa yang terkenal di dalam perkara yang penting.

DIAMNYA NABI.

Shirazi: Pertama, nabi dan penggantinya bertindak menurut kehendak Allah yang perkasa. Sebab itu kami tidak dapat mengatakan sebarang bantahan kenapa mereka tidak memulakan peperangan; atau mengapa mereka berdiam diri dihadapan musuh atau mengapa mereka menderita kekalahan.
Jika kamu menkaji fakta sejarah mengenai kehidupan nabi dan penggantinya, kamu akan dapati banyak kejadian yang sama berlaku. AL-Quran telah menyatakan sebahagian dari peristiwa itu. Di dalam surah al-Qamar, al-Quran menyampaikan apa yang nabi Nuh katakan apabila manusia menolaknya, ‘sesungguhnya saya telah ditewaskan [oleh manusia ini] maka berikanlah pertolongan.’[54:10]
Di dalam surah Mariam, al-Quran memberitahu kita diamnya Ibrahim apabila dia meminta pertolongan bapa saudaranya Azar dan mendapat jawapan yang mengeciwakan, ‘Dan saya akan jauhkan diri dari kamu dan apa yang kamu serukan selain dari Allah, dan saya akan menyeru kepada tuhanku.’ [19:48]
Seperti mana Ibrahim yang telah menjauhkan diri dari manusia apabila dia tidak mendapat sokongan dari bapa saudaranya Azar, Ali juga telah menjauhkan diri dari manusia, dan pergi menyendiri.

Sheikh: Saya fikir menyendiri itu menunjukkan pada hati. Iaitu, dia menjauhi mereka tetapi bukan dari segi fisikal.

Shirazi: Jika kamu teliti ulasan dari kedua golongan, kamu akan dapati bahawa menyendirinya dari manusia adalah fisikal, bukan hanya fisikologi. Saya nyatakan bahawa Imam Fakhru’d-din Razi kata di dalam Tafsir-e-Kabir, jilid V, ms 809: ‘Menyendiri dari sesuatu bererti menjauhkan diri daripadanya. Maksud Ibrahim adalah untuk menjauhkan diri dari pada mereka, dari keduanya fisikal dan juga dari pandangan agama.’
Rakaman peristiwa mengatakan bahawa selepas penolakkan itu Ibrahim berpindah dari Babylon ke Kuhistan di Fars dan hidup menyendiri dikawasan pergunungan selama 7 tahun. Dia kembali ke Babylon dan sekali lagi menyampaikan pengkhabaran Allah secara terbuka dan memecahkan berhala mereka. Dengan perbuatan itu, manusia mencampakkan dia kedalam api. Allah telah menjadikan api itu sejuk dan selamat untuknya, dan dengan itu kenabiannya diperkukuhkan. Di dalam surah Qasas, cerita mengenai Musa melarikan diri kerana takut akan keselamatan dirinya telah disampaikan seperti yang berikutnya:
‘Maka dia melarikan diri, ketakutan, berhati-hati dan dia berkata, ‘Tuhan ku selamatkanlah aku dari manusia yang zalim.’ [28:21]
Di dalam surah A’raf, al-Quran mengatakan rayuan Harun apabila Musa meninggalkannya bertanggong jawab diatas Bani Israil. Manusia terus menyembah anak lembu ema


Pertemuan Yang Kesembilan Jumaat malam, 2 Sha’ban 1345 Hijrah (d)
Di dalam surah A’raf, al-Quran mengatakan rayuan Harun apabila Musa meninggalkannya bertanggong jawab diatas Bani Israil. Manusia terus menyembah anak lembu emas, dan Harun tidak punya siapa yang menyokongnya; tinggal berdiam diri. Al-Quran berkata, ‘Dan dia [Musa] menarik kepala saudaranya, mengheret dia kepadanya. Dia [Harun] berkata, ‘Anak kepada ibu ku Sesungguhnya manusia menganggap aku lemah dan hampir sahaja membunuh ku.’ [7:150]

KEADAAN ALI SAMA SEPERTI HARUN.

Maka menurut dari al-Quran Harun tidak mengeluarkan pedang menentang manusia. Dia berdiam diri apabila mereka menerima anak lembu emas Samiri sebagai objek sembahan kerana dia [Harun] sedar bahawa dia telah dikalahkan. Begitu juga, Ali, yang mana nabi telah menyatakan sebagai Harun [sebagaimana kami telah bincangkan secara mendalam dahulu], telah juga berdiam diri bersabar dan menanggong, apabila ditinggalkan sendirian. Imam yang suci telah dibawa ke masjid dengan paksa dan pedang yang tidak bersarung diletakkan dikepalanya, dan dipaksa memberikan bai’ah. Kemudian dia pergi kepusara nabi dan mengulangi kata-kata sama yang Allah telah sampaikan melalui lidah Harun. Harun telah berkata kepada Musa, ‘Sesungguhnya manusia telah menganggap saya lemah dan hampir sahaja membunuh saya.’

PENERIMAAN NABI.

Contoh bagi maksud tujuan ini adalah nabi Muhammad adalah amat jelas. Kita harus memikirkan mengapa dia kekal diam selama 13 tahun dihadapan aktivi permusuhan dari musuh-musuhnya di Makah sehingga akhirnya dia terpaksa meninggalkan kota asalnya dimalam hari yang gelap. Sebabnya adalah dia tidak punya penolong. Bahkan dimasa dia berkuasa, dia tidak dapat menolak sebahagian dari bid’ah.

Sheikh: Bagaimana boleh begitu, kamu katakan nabi gagal membasmikan bid’ah?

NABI TIDAK DAPAT MEMBUAT PERUBAHAN YANG MEMDADAK KERANA TAKUTKAN MANUSIA.
Shirazi: Telah disampaikan oleh Hamidi di dalam Jam’i Bainu’s-Sahihain dan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad dari Ummu’l-Mu’minin A’yesha, bahawa nabi telah berkata kepadanya, ‘Jika manusia ini tidak berada dekat dengan kekafiran dan kejahilan, dan jika saya tidak takut bahawa ia akan menghancurkan keimanan mereka, saya akan mengarahkan rumah Kabah diruntuhkan dan apa sahaja yang telah dikeluarkan digantikan semula. Setelah meratakan, saya akan bina dua pintu menghadap timur dan barat sebagaimana ianya dimasa nabi Ibrahim, dan saya telah membinanya semula pada tapak yang didirikan oleh Ibrahim.’
Pastinya jika nabi sendiri tidak dapat menentang bid’ah terbesar, Ali hanyalah sekadar memerhati pada prinsip yang sama apabila dia berhadapan dengan pertarungan yang sama.
Ahli fiqh yang terkenal Wasiti Ibn Maghazili Shafi’i, dan Khatib Khawarizmi mengatakan di dalam Manaqib mereka bahawa nabi berkata kepada Ali, ‘Ummah mempunyai dendam yang mendalam terhadap kamu. Sejurus wafatnya saya, mereka akan memperdaya kamu dan menunjukkan apa yang ada di dalam hati mereka. Saya mengarahkan kamu supaya bersabar dan mengawal diri pada ketika itu supaya Allah dapat memberikan ganjaranNya kepada kamu dengan gantian yang lebih baik.’

SELEPAS WAFATNYA NABI KESABARAN ALI ADALAH KERANA ALLAH.

Kedua, Amirul-Mukminin tidak pernah mementingkan diri tetapi selalu ingat kepada Allah. Tumpuannya hanya kepada Allah sepenuhnya. Dia menyerahkan diri dan ahlinya kepada kehendak Allah. Maka, kesabaran dan penanggongan penderitaan untuk mendapatkan haknya adalah semata-mata kerana Allah, supaya tidak ada perpecahan diantara muslim dan bahawa manusia akan kembali kepada jahiliah. Apabila harta Fatima telah dirampas darinya, dia pulang kerumah, sedih dan keciwa. Dia berkata kepada Ali, ‘Kamu telah mengecut seperti uri. Kamu telah bersara dari dunia seperti manusia yang tertuduh dan yang telah patah sayapnya. Sekarang sayap kamu yang lemah tidak dapat membantu kamu. Itu Ibn Qahafa [Abu Bakr] dengan paksaan telah merampas dari saya pemberian bapa saya dan juga nafkah untuk anak-anak saya. Malahan manusia itu telah menghina saya dengan niat yang jahat dan bermusuhan kepada saya.’ Dia berkata dengan pajang lebar.
Imam mendengarkan sehingga Fatima berhenti. Kemudian dia memberikan jawapan ringkas yang sungguh menyakinkan. Dia berkata, ‘Wahai Fatima! Di dalam perkara agama dan menyampaikan yang benar, saya tidak pernah menyembunyikan diri. Tidakkah kamu kehendakki agama yang suci ini terselamat dan nama bapa kamu disebutkan disetiap masjid sehingga akhir zaman?’ Fatima berkata, ‘Ya itulah yang paling saya hajati.’ Ali berkata, ‘Dari itu kamu hendaklah bersabar. Bapa kamu telah memberi arahannya kepada saya mengenai situasi ini, dan saya tahu saya perlu menanggongnya. Jika tidak, saya punya kekuatan pada menundukkan musuh dan merampas semula hak kamu dari mereka. Tetapi kamu harus tahu bahawa dalam perkara itu agama akan hancur. Maka kerana Allah dan keselamatan agamanya, bersabarlah. Balasannya diakhirat untuk kamu lebih baik dari hak kamu yang telah dirampas.’
Atas sebab ini Amirul-Mukminin menjadikan kesabaran kebiasaannya. Dia menerima kesabaran dan diam untuk keselamatan islam. Di dalam kebanyakkan syarahannya dia merujuk kepada maksud ini.

KENYATAAN ALI TENTANG KEBAIKKAN DIAMNYA SETELAH WAFATNYA NABI.

Ibrahim Bin Muhammad Saqafi, seorang ulama sunni yang dipercayai, Ibn Abi’l-Hadid, dan Ali Ibn Muhammad Hamadani mengatakan bahawa apabila Talha dan Zubair memutuskan bai’ah mereka dan meninggalkan Madina menuju ke Basra, Ali menyuruh manusia berkumpul di masjid. Kemudian setelah memuji Allah, dia berkata, ‘Setelah wafatnya nabi, kami katakan bahawa kami adalah ahli bayt, penggantinya, dan orang yang berhak kepada warisannya. Tiada siapa melainkan kami yang boleh menuntut hak memerintah selepas baginda. Tetapi segolongan hipokrit telah merampas hak memerintah dari kami dan menyerahkannya kepada musuh-musuh kami. Demi Allah hati dan mata kami menangis untuknya. Demi Allah kami amat sedih dan keciwa. Saya bersumpah dengan Allah bahawa jika saya tidak takutkan ummah muslim akan hancur, kami telah terbalikkan khalifa. Mereka telah menduduki kekuasaan hingga keakhirnya. Sekarang Allah telah kembalikan kedudukan khalifa kepada saya. Dan kedua mereka [Talha dan Zubair] juga memberikan bai’ah kepada saya. Sekarang mereka telah menuju ke Basra bertujuan untuk membuat kekacauan diantara manusia.’
Diantara ulama kamu yang terkenal, Ibn Abi’l-Hadid dan Kalbi, telah mengatakan bahawa pada masa dia hendak pergi menuju Basra, Ali berkata kepada manusia. Dia berkata, ‘Apabila nabi Allah wafat, Quraish telah menolak kami dan mengenepikan hak kami yang mana kami lah yang lebih layak dari mereka yang lainnya. Maka pada fikiran saya adalah lebih baik bersabar pada ketika itu, daripada membiarkan muslim hancur dan darah mereka ditumpahkan, kerana mereka baru sahaja memeluk islam.
Diamnya dan menahan diri dari mencabar khalifa Abu Bakr dan Umar bukanlah bererti Ali bersetuju dengan mereka. Itu hanyalah kerana dia mahu mengelakkan dari terjadinya perpecahan yang dahsyat diantara manusia dan untuk menyelamatkan agama dari kehancuran. Maka setelah enam bulan berdiam diri dan menolak, kemudian sebagaimana dikatakan oleh ulama kamu, dia berikan bai’ah dan kerja sama dengan mereka. Di dalam surat yang dihantarkan kepada penduduk Mesir melalui Malik Ashtar; dia dengan jelas menulis bahawa diamnya dia adalah untuk mengekalkan agama.
Tek asal surat Ali, yang mana Ibn Abil-Hadid telah rakamkan di dalam Sharh-e-Nahjul-Balagha, jilid IV, ms 164, adalah seperti berikut:
SURAT AMIRUL-MUKMININ KEPADA PENDUDUK MESIR MENERANGKAN DIAMNYA DIA APABILA DITOLAK DARI KEDUDUKAN KHALIFA.
‘Allah yang maha besar menghantar Muhammad sebagai saksi dari para nabi untuk mengingatkan manusia. Maka apabila nabi wafat manusia berselisih diantara mereka, siapa yang akan menggantinya. Saya bersumpah dengan Allah bahawa saya tidak pernah ingat atau percaya, tidak juga ada tanda yang sekecilnya, bahawa orang Arab akan merampas hak bagi pengganti dari ahli bayt dan memberikannya kepada orang lain selepas baginda. Tidak dapat dibayangkan bahawa selepas wafatnya nabi, walaupun terdapat arahan yang nyata, mereka sanggup mengenepikan hak saya.
Saya merasa amat sedih bahawa manusia berlari kepada orang tertentu [Abu Bakr] dan memberikan bai’ah kepadanya. Maka saya menarik diri; sehingga saya melihat bahawa sekumpulan manusia telah menyimpang dari islam dan bertujuan untuk menghancurkannya. Kemudian saya takut, jika saya tidak menolong islam dan juga muslim, islam akan mengalami kehancuran yang lebih menyakitkan saya dari rampasan terhadap hak saya. Yang pastinya kuasa politik tidak dapat bertahan lama. Ia akan pecah seperti juga awan. Atas dasar inilah saya bangun supaya jahiliah menjadi lemah dan islam menjadi kukuh.’

SYARAHAN AMIRUL-MUKMININ SETELAH SYAHIDNYA MUHAMMAD BIN ABU BAKR.
Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 35, menyampaikan dari Kitabu’l-Gharat oleh Ibrahim Ibn Sa’d Bin Hilal Saqafi, yang menyampaikan dari Abdu’r-Rahman Bin Jundab, yang menyampaikan dari bapanya bahawa apabila pihak musuh menduduki Mesir dan Muhammad bin Abu Bakr telah syahid, Amirul-Mukminin memberi syarahan yang mana dia menyatakan perasaan keciwanya terhadap atitiut manusia muslim setelah wafatnya nabi. Dia menuliskan catitan itu di dalam suratnya kepada penduduk Mesir. Imam suci berkata, ‘Seorang berkata kepada saya Wahai anak Abu Talib! Bagaimana tamaknya kamu terhadap kedudukan khalifa.’
Saya katakan kepadanya, ‘Kamu lebih tamak dari saya, dan kamu terlalu jauh dari kedudukannya. Siapakah yang lebih tamak diantara kita? Adakah saya yang meminta hak saya, yang mana Allah dan nabiNya telah menjadikan saya penuntut yang sah, atau kamu, yang telah menghalang saya dari hak itu, dan telah mengadakan halangan diantara saya dengan hak saya?
Mereka semua terdiam dan tidak dapat mengatakan apa-apa. Sesungguhnya Allah tidak akan menolong mereka yang zalim.’
Kenyataan ini dan syarahan yang lain oleh Imam Ali menunjukkan bahawa sebab mengapa Imam tidak menentang musuhnya, tetapi berdiam diri dan memberikan bai’ah selepas enam bulan, bukanlah kerana dia setuju dengan mereka di dalam keputusan mereka mengenai khalifa. Ianya disebabkan dia takut islam akan musnah dan muslim akan terbahagi.
Jika Ali telah bangun mempertahankan haknya, sebahagian manusia tentu telah menyokongnya [ramai yang menyuruhnya tampil kehadapan] dan peperangan saudara telah bermula.
Nabi baru sahaja wafat. Muslim masih lagi dekat dengan era jahiliah, dan akar keimanan belum lagi kuat tertanam. Yahudi, kristian, penyembah berhala, dan hipokrit musuh yang paling bahaya, tentu telah mendapat peluang menghancurkan islam. Seterusnya islam akan musnah.
Amirul-Mukminin faham perkara ini. Lebih-lebih lagi nabi telah memberitahunya bahawa asas bagi islam tidak akan hancur dan agama adalah umpama matahari, yang dapat dilindungi untuk sekita oleh awan kejahilan dan permusuhan tetapi akhirnya akan muncul semula, menyinarkan cahayanya dimana-mana.
Secara ringkas, dia menuntut haknya selama 6 bulan dan membuktikan kebenaran tuntutannya di dalam beberapa perjumpaan dan perhimpunan, tetapi tidak memberikan bai’ah. Walaupun dia tidak memilih untuk berperang, dia terus menuntut haknya melalui hujah dan bantahan.

SYARAHAN SHIQSHIQAYYA JUGA MENERANGKAN DIAMNYA ALI.
Imam yang suci memulakan syarahan Shiqshiqayya dengan maksud yang sama. ‘Demi Allah! Anak Abu Qahafa memakaikan diri dia dengannya [khalifa] walaupun dia pasti tahu bahawa hubungan saya dengannya adalah sama seperti kedudukan paksi pada kinci air. Limpahan air mengalir dari saya dan tiada siapa yang sampai ketinggian pengetahuan saya. Saya menjauhkan diri saya kedudukan khalifa. Kemudian saya pertimbangkan sama ada saya harus mengambil hak saya dengan kekerasan atau secara tenang menahan kegelapan, dimana yang dewasa menjadi lemah, yang muda menjadi tua, dan yang beriman beramal dibawah tekanan sehingga dia bertemu Allah. Saya dapati menahan itu lebih jalan yang lebih bijak untuk diamalkan. Maka saya bersabar walaupun terdapat tusukan dimata dan tercekik dikerongkongan. Saya perhatikan rampasan terhadap warisan saya, sehingga yang pertama telah melalui jalannya. Tetapi dia menyerahkan khalifa kepada Ibn Kattab selepasnya.’
Syarahan ini penuh dengan emosi yang kuat dari Ali. Tetapi setakat ini cukup untuk membuktikan pandangan kami.

KERAGUAN TERHADAP SYARAHAN SHIQSHIQAYYA
Sheikh: Pertama syarahan tidak membutikan tidak senangnya Imam. Kedua, syarahan ini bukan mengenai Ali. Yang sebenarnya itu adalah kerja Seyyed Sharif Razi, yang telah memasukkan di dalam syarahan Ali. Yang sebenarnya Ali tidak ada aduan terhadap khalifa. Bahkan dia amat senang dengan mereka.

Shirazi: Kenyataan kamu itu berasaskan dari kebencian yang melampau. Apa yang Ali katakan dan adukan telah dinyatakan terlebih dahulu. Kedukaan Imam bukannya tertakluk pada syarahan yang itu sahaja. Kamu katakan bahawa pengarang syarahan itu adalah seorang ilmuan yang wara’; Seyyed Raziu’d-din, adalah salah. Ulama kamu seperti Izzu’d-din Abdu’l-Hamid Ibn Abi’l-Hadid, Sheikh Muhammad Abduh, Mufti of Egypt, dan Sheikh Muhammad Khizari (di dalam Muhazirat-e-Ta’rikhu’l-Uma’imu’l-Islamiyya, ms 127, telah mengatakan bahawa syarahan itu adalah Ali. Ulama kamu yang telah mengulas mengenainya. Sebahagian dari ulama fanatik kamu yang datang kemudian telah cuba untuk mengadakan keraguan mengenai kesahihannya, tetapi tiada seorang dari lebih 40 ulama terkenal dari sunni dan shia, yang telah menulis ulasan pada nahjul-Balagha, ada mengatakan perkara yang sedemikian.

SEYYED RAZI.
Ilmuan yang agung lagi wara’ seyyed Raziu’d-din, akan menegah dari dikatakan satu dari syarahannya kepada Ali. Lebih-lebih lagi, ahli bahasa Arab dan sasteranya, yang telah menyelidikki syarah nahjul-Balagha, telah membuat keputusan, pada sudut caranya yang tinggi dan pemikiran yang cemerlang, kerja itu bukan tiruan.
Ulama kamu yang terkenal seperti Izzu’d-din Abdu’l-Hamid Bin Abi’l-Hadid Mu’tazali dan Sheikh Muhammad Abduh, telah mengakui bahawa syarahan Ali yang dalam dan cantik pengetahuannya hanya rendah martabatnya di dalam kemuliaan hanya pada kata-kata Allah dan juga nabi.
Ibn Abi’l-Hadid menyampaikan dari Musaddiq Bin Shabbib sebagai berkata bahawa Ibn Khashshab yang terkenal berkata, ‘Adalah mustahil untuk Razi atau sesiapa sahaja untuk menghasilkan komposisi yang sedemikian rupa. Kami telah mengkaji kerja-kerja Razi; ianya tidak dapat dibandingkan dengan penulisan syarahan Imam.’

SYARAHAN SHIQSHIQAYYA TELAH DIRAKAMKAN LAMA SEBELUM SEYYED RAZI DILAHIRKAN.
Mengenepikan semua aspek yang lain pada persoalan, ramai ilmuan, ahli hadith dan ahli sejarah [keduanya sunni dan shia] telah merakamkan adanya syarah ini sebelum lahirnya ilmuan yang agung Seyyed Razi dan juga bapanya Abu Ahmad Naqibu’t-Talibin.
Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh-e Nahjul-Balagha menulis bahawa dia dapati syarah ini di dalam buku Sheikhnya, Abu’l-Qasim Balkhi Imam-e-Mu’tazila, yang hidup dimasa Muqtadir B’illah Abbasi. Yang pastinya Seyyed Razi telah dilahirkan lama selepasnya. Dia juga menulis bahawa dia melihat syarah ini di dalam Kitabul-Insaf, dari seorang guru yang terkenal, Abu Ja’far Bin Qubba, seorang dari anak murid Sheikh Abu’l-Qasim Balkhi, yang telah meninggal dunia sebelum kelahiran Seyyed Razi.
Juga Sheikh Abu Abdullah Bin Ahmad, yang dikenali sebagai Ibn Khashshab, dikatakan sebagai berkata, ‘Saya telah melihat syarah ini di dalam buku yang ditulis 200 tahun sebelum lahirnya Seyyed Razi. Saya juga telah lihat syarah ini di dalam kerja-kerja penulis ilmuan yang telah menulisnya sebelum kelahiran bapa Seyyed Razi, Abu Ahmad Naqibu’t-Talibin.
Dan kamu katakan bahawa Ali merasa senang dengan penentangnya. Ini pastinya telah mengabaikan kenyataan yang tidak terkira banyaknya dari ulama kamu, yang telah saya nyatakan terdahulu. Saya akan mengatakan satu contoh lagi.
Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 561, merakamkan Ali sebagai berkata, ‘Saya tinggal bersama nabi dari mula sehingga wafatnya. Nabi menghembuskan nafasnya yang terakhir di dada saya. Adalah saya yang memandikan badannya dengan pertolongan malaikat, melakukan solat jenazah, dan kebumikan baginda. Maka tidak ada sesiapa yang lebih dekat, atau yang yang lebih berhak kepada penggantnya selain saya.’
Pada penghujung syarahan dia merujuk kepada penentangnya di dalam perkataan ini, ‘Saya bersumpah dengan Allah, yang Esa, bahawa saya dijalan yang benar dan bahawa penentang saya dijalan yang salah.’
Tetapi kamu katakan bahawa penentangnya dijalan yang benar. Saya harap kamu dapat melihat kepada ayat al-Quran yang mengatakan, ‘Mereka berhasrat untuk memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, dan Allah tidak membiarkan bahkan Dia menyempurnakan cahayaNya, walaupun yang kafir membencinya.’ [9:32]

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home